STUDIO DIRECTOR: Audio ready....Audio ready? Audio, are you ready?
SOUND OPERATOR: Sorry director, I just woke up.....
STUDIO DIRECTOR:Aiyaaaaaa........
Audio;
SOUND OPERATOR: Sorry director, I just woke up.....
STUDIO DIRECTOR:Aiyaaaaaa........
Audio;
Audio merupakan elemen yang tidak kurang pentingnya dalam penerbitan televisyen. Jika kita tutup audio atau bunyi semasa berita ditelevisyen sedang ditayangkan, apakah reaksi kita? Walaupun pembaca berita tersebut amat menarik, tetapi jika suara tidak kedengaran, maka tiada gunanya. Di sini kita akan memahami betapa pentingnya 'audio'.
Estetika dalam audio;
Fungsi estetika dalam audio juga boleh dilihat apabila satu babak cereka polis ditayangkan di kaca televisyen. Bunyi-bunyi latar belakang seperti bunyi tayar kereta yang di 'brake', bunyi siren kereta polis dan bunyi tembakan menghidupkan lagi babak berkenaan. Ditambah lagi dengan mode muzik yang cepat, pantas dan tinggi yang dijadikan muzik latar babak tersebut. Semua bunyi ini memberikan kesegaran dan mode kepada babak itu.
Elemen-elemen dalam audio;
Elemen-elemen dalam penghasilan pelbagai jenis audio ini ialah mikrofon, alat perakam dan pemain audio serta peralatan kawalan bunyi. Mikrofon merupakan alat pertama yang menerima gelombang bunyi dalam sistem audio. Semua mikrofon berfungsi menukarkan gelombang bunyi kepada tenaga elektrik yang dikenali sebagai 'audio signal'. 'Audio signal' atau 'sound signal' ini akan dikuatkan oleh alat penguat atau 'amplifier' dan di hantar ke 'loud speaker' yang akan menukarkan kembali 'signal' kepada bunyi. Mikrofon mempunyai beberapa jenis bergantung kepada kegunaannya. Menangkap bunyi suara, bunyi di gelanggang tenis dan merakam satu konsert, semuanya memerlukan mikrofon yang berbeza.
Alat perakam dan pemain audio;
Dalam satu persembahan secara lintas langsung di televisyen, bunyi biasanya dihasilkan bersama dengan gambar. Walaupun apabila satu babak dirakamkan dalam pita video untuk 'post production', audionya juga dirakam dalam masa yang sama dengan gambar. Begitu juga dalam 'field production', suara pemberita di lokasi dan bunyi di sekitarnya akan ditangkap dan dirakam beserta dengan bunyi. Dalam 'electronic news gathering' beberapa bunyi seperti suara latar ditambah semasa 'post production'. Jika program berkenaan dirakam dalam studio, muzik latar dan kesan bunyi biasanya ditambah kepada dialog pelakon.
Dalam penerbitan studio yang lebih kompleks, bunyi letupan, siren dan bunyi pelanggaran kenderaan biasanya ditambah semasa proses 'post production'. Malah ada juga bahagian-bahagian dialog dilakukan 'dubbing' di dalam studio. Bunyi yang telah dirakam seperti muzik, boleh dimainkan dari kaset, CD dan juga DAT(digital audio tape). Sound control "Audio console" digunakan untuk mengawal bunyi sesebuah program. Pada 'audio console' anda boleh memilih sesebuah mikrofon tertentu, menguatkan signal atau isyarat bunyi yang lemah daripada mikrofon atau alat audio yang lain. Ia juga boleh mengawal kekuatan bunyi dan kualiti bunyi, serta mencampurkan(mix) dua atau lebih sumber bunyi.
6 comments:
emmm...
kali ni den xmau tanya tp nk bagi pendapat...
masa den buat shooting utk PKA dulu kan,masa tu kat padang UKM.waktu tu,baru den sedar bahawasanya kalo masa shooting tu ada audio apa2 yg masuk (mksd den,audio yg x kita inginkn)...jd,masa proses editing,kalo scene tersebut mmpunyai dialog,maka hancurlah scene tersebut disebabkn audio yg kita xmau tu kan.sbb dlm proses editing,kita xleh pisahkn bunyi audio dan dialog yg tengah bercakap.kerana kedua2nya tergolong dlm kategori audio yg sama.
pndangn kedua pulak,
den rasa,kalo mcm nk buat drama kan,drama radio lebih mudah berbnding drama tv (mmg senang pun pada hakikatnya) sbb proses editing utk drama radio,kita hanya mncampurkan segala jenis bntuk audio yg kita inginkn dlm satu2 masa.tp kalo drama tv,byk yg kita perlu bagi perhatian dan titikberatkn.
pndangan ketiga plak,
sesungguhnya audio amat penting dlm sesuatu penerbitan.sbb audio la yg akan menaikkn mood pnonton atau pndengar.den nk bagi cth lagi boleh?hehehe.pjg lak tulis...
cthnya kan,masa den buat drama radio,den ada dpt emel dpd Dr Mawar kalo x silap.dan komennya ialah cerita den sebenarnya xlah sedih mana tapi gabungan audio spt muzik dan lagu yg den masukkn tu la myebabkn pndengar menitis air mata.hahaha.perasan lak rasa.huhu.
tp kan,masa den buat dokumentari lak,sesungguhnya kita perlu teliti dgn audio yg nk kita masukkn sbb kalo salah masuk audio dgn scene yg nk kita paparkn,nnt penonton xkan rasa apa yg kita rasa dan mesej yg kita nk sampaikn xkan kesampaian.
lagi kan,
emmm...sbrnya,audio la yg banyak bg ilham kat manusia utk berkarya kan?kalo den nk tulis skrip sedih kan,den mesti akan dengar muzik atau lagu sedih.baru dapat ilham utk menulis begitulah sebaliknya.
sesungguhnya audio amat penting dlm kehidupan manusia.tanpa audio,sepilah dunia.
Betul tu dan bagus serta t.kasih di atas informasi tambahan tersebut...
Den rasa macam inilah Liza, kalau hang ade ape2 pengalaman dalam hal ni, maksud den berkaitan video, hang tambahlah dalam komen tu, nanti kalau ada student penyiaran tersesat kek blog ini bolehlah dia orang gunakan informasi tu. Sekurang-kurangnye dapatlah juga dia orang sedikit sebanyak ilmu kek sini. Pengunjung yang lain2 pun boleh catatkan komen mereka kat sini untuk informasi pelajar yang lain jika mereka tersesat kek blog ni...Besar berkatnya, kalau kita tak kedekut ilmu...
pengalaman?heheh..jap yo den pk.. heheh.. nk tergelak lak kalo ditanya ttg pglaman ni...nt den tulis kek sini..tp,apa den nk tulis yo..emmm..jap,kena pk jap...
emmm..
kalo nk bercakap ttg pglmn den bab2 audio ni,rasanya den lebih byk dpt pglmn masa kendalikan radio MIDAS..
sbbnya,kalo kat radio,audio la yg paling penting (dah nama pun radio kan..heheh)..masa kendalikan radio,pastikan meter sntiasa dijaga.jgn sampai bunyi 'pecah' sbb nt akan mengejutkn pndengar yg tgh mndgr.silap hb,kalo pndgr tu ada penyakit jntung,xpasal2 je nyawa melayang..kan..kan..
emm,suara DJ yg bercakap dan lagu yg bakal diperdengarkan,tahap bunyi audionya adalah berbeza...begitu juga dgn setiap mic.mic yg berbeza pasti mghasilkn thp audio yg berbeza.Oleh itu,teknikal yg mnjaga audio sntiasa kena alert terhadap meter audio tu..jgn lena dibuai mimpi dek kerana kemerduan suara DJ atau suara penyanyi yg sdg menyanyikan lagu...heeeeeeee.
lagi satu kan,
setiap audio akan mggunakan feder (mcmmana entah ejaannya.huhu) yg berbeza.feder tu ialah butang merah,putih,biru dan sbgnya tu la.yg kita naikkan masa DJ atau sesiapa tgh bercakap.
pglmn den masa kendalikan radio dulu,masa jadi DJ,den terlupa nak naikkan feder masa tgh bercakap.jd,maknanya waktu tu ibarat tgh perasan la sbb bercakap sesorang.heee.dan jgn lupa,masa nk naikkn feder utk siarkan lagu,jgn lupa utk turunkan feder utk suara DJ.kalo x,nnt kalo DJ tgh gelak atau sembang atau bersin atau sebagainya akan turut serta sekali sewaktu lagu sedang diperdengarkan.faham x?mknanya,kita kena alert dgn feder mana yg nk kena naik dan feder mana yg nk diturunkan.
pastu,bg sesiapa yg bakal menyambung tradisi drama radio di MIDAS suatu hari nt (kalo masih mengekalkan yg mcm den buat iaitu drama diselitkan dengan lagu sbg pemisah babak),pastikan lagu tersebut sesuai dengan babak yg sedang dilakonkan.sbg cth,kalo wktu tu babak seorang ibu meninggal dunia maka letak la lagu yg sayu mcm pelangi petang atau yg seangkatan dengannya.jgn lak letak lagu yg 'lari' daripada apa yg sedang dilakonkan.nt mood penonton utk mghayati jln cerita tu xkan kesampaian.perlu diingat bhw lagu yg kita selitkn tu bukan sekadar utk memisahkan babak bahkan sebagai 'menarik' pendengar ke dlm drama yg kita sedang perdengarkan (mksd den,menarik pendgr ke dlm babak yg sedang dilakonkan tu skali seolah2 anda turut mgalami apa yg pelakon sdg alami)
faham x setakat ni?cewah,mcm ckgu lak rasa.huhu.
lagi kan,
emmm..
kalo kita nak 'overlap'kan sesuatu audio tu...sbg cth,antara muzik dan dialog yg sedang bercakap,waktu proses editing,pastikan anda menurunkan sedikit audio muzik dan pastikan muzik yg kita masukkn tu 'tepat' pada waktunya.mksd den,emmm...jap..cmna nk terangkan yo..emm..cmni..emm..cthnya,kalo dialog tu cthnya mcmni la..
A:"aku taknak kawan dengan kau lagi"
haaa..pastu anda masukkan la muzik yg mcm seolah2 menyentap jiwa pendengar kat situ sekejap..pastu barulah diiringi dengan dialog B bertanya,"kenapa kau cakap mcm tu?"
hahahaha..ok x peneranganku ini?huhu..susah plk nk terangkan kat sini..heheh.
lagi...emmm..dah cukup kot buat seketika.nt kalo terfikir den akan smbung lagi..heheh.kalo ada yg den salah ke,ekau perbetulkanlah yo.den ni ikut pglmn je..huhu.tak tau la pglmn den ni boleh pakai atau x.huhu.kali pertama den mmberi keterangan serupa ini.heeee
emm,bagi audio utk tv lak,den kurang sikit pglmn bab2 audio sbb den ni terlebih perasan lak jadi pgrah.heheh.
tapi,den rasa,sama je mcm kt radio.tiada apa yg beza.pggunaan dan cara kendaliannya juga sama.
cuma,den nk tambah sikit je kat sini..benda2 asas..mgkin benda ni dianggap remeh tp kdg kala,ada juga org xtau kan...heheh.
emm,berkaitan sumber bunyi.
sumber bunyi terbahagi kpd 2 jns iaitu langsung dan x langsung.
smber bnyi langsung terbahagi kpd 2 iaitu studio dan luar studio.
di studio,kita hanya mggunakn tuturan dan peralatan muzik.tp jika di luar stdio,ia akan melibatkn tuturan,peralatan muzik dan juga bunyi persekitaran.
sumber bnyi x langsung pula terdiri dpd pita kaset,cd,pita video,filem dan reel to reel.
selain itu,perlu diingatkn bhawa jarak sumber dengan mikrofon perlulah antara 6 inci ke 2 kaki.
emm...
tu je kot yg den nk kongsikan.
(sbnrnya,tu je yg den ingat..heheh).mg2 ia akan mmberi mnfaat kpd sesiapa yg memerlukan.
Post a Comment