Sunday, January 27, 2013

..kriKET TWENty20 piALA MENteri pengaJIAN TINGgi..


.....promo...

HARI ini kami (aku, shahrul & Ramli) membuat rakaman video Kejohanan
Kriket Twenty20 Piala Menteri Pendidikan Tinggi.
Kejohanan ini bermula dari 21 Januari 2013.

Oval Bayuemas Kelang...
Oval Bayuemas Kelang...

Kejohanan Kriket twenty20 Piala Menteri Pengajian Tinggi telah diadakan di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan tersebut berlangsung
dari 21 - 27 Januari 2013.
Kejohanan ini merupakan sebuah kejohanan tahunan
yang dianjurkan bersama oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kementerian
Pengajian Tinggi dan
Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
rakaman..
 Sejumlah enam buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta
turut mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.
Ini merupakan kali kelima kejohanan ini
telah dijalankan...
Pasukan-pasukan yang mengambil 
bahagian ialah tuan rumah Universiti Kebangsaan
Malaysia, The Asia Pacific University of Technology and Innovation,
Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  dan
Al Bukhari International University.


Semua universiti yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut
telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Perlawanan-
perlawanan telah dijalankan di Oval UKM
dan Oval Bayuemas di Kelang.


Sejak kejohanan ini diwujudkan pada tahun 2009 Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menjuarainya secara berturut turut hingga tahun 2012.
Tahun lalu Universiti Kebangsaan Malaysia telah
mengalahkan Universiti Teknologi Mara
untuk muncul sebagai juara
untuk kali keempat.


Kali ini diperingkat separuh akhir Universiti Kebangsaan Malaysia telah bertemu
dengan The Asia Pacific University sementara Universiti Teknologi
Mara telah bertemu dengan AlBukhari International 
University. Perlawanan tersebut berakhir
dengan UKM mengatasi The 
Asia Pacific University dan Universiti
Teknologi Mara mengalahkan AlBukhari International University.


Kedua-dua pasukan bertemu di peringkat akhir yang berlangsung 
pada 27 Januari 2013 di Oval Bayuemas Kelang.


Pertemuan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara
yang juga berlangsung di Oval Bayuemas Kelang memang amat
dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing..
Penyokong masing-masing tidak
berganjak dari tempat duduk
sambil mata terus 
tertumpu ke tengah padang.
Pertemuan kedua-dua pasukan ini telah
berakhir dengan pasukan UKM sekali lagi telah
memenangi kejohanan ini untuk kali kelima berturut-turut..


Universiti Kebangsaan malaysia sebagai penyandang juara telah mengalahkan
Universiti Teknologi Mara dengan kelebihan lapan wickets.
Denagn itu Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menerima piala Pusingan Menteri
Pengajian Tinggi serta wang dua 
ribu lima ratus ringgit.
Tempat kedua dimenangi oleh 
Universiti Teknologi Mara. Sementara tempat
ketiga disandang oleh AlBukhari International Universiti
yang baru pertama kali menyertai kejohanan ini. Pemain terbaik
dalam perlawanan akhir dimenangi oleh Mohd Haziq Zainuddin dari
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Permain terbaik keseluruhan pula telah dimenangi oleh
Ahmad Faiz Mohd Noor juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semua hadiah kejohanan telah disampaikan oleh
YBhg. Datuk AB Rahim Md Nor, Ketua Setia
usaha, Kementerian Pengajian
Tinggi.............
Kejohanan tersebut berakhir lebih kurang jam 2.00 petang
dan kami bergerak semula ke Universiti
Kebangsaan Malaysia......
Video kejohanan kriket ini akan aku 'upload' ke YouTube apabila
telah siap disunting oleh sdr. SHAHRUL FADLI.....jadi
cubalah pi ke site ini

http://www.youtube.com/user/TheDaudzakaria/videos?sort=dd&view=0

 untuk tonton video tersebut,
dalam masa tak sampai sebulan aku akan
di 'upload' kan.....
in syaa allah...............................

.....sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria