Hari ni, SELASA, 5 Disember 2017, kami membuat rakaman video Single Camera.
Rakaman tersebut kami buat di Kampung Kacau Semenyih. Kampung
berkenaan merupakan kampung baru orang asli. Sebenarnya
kampung berkenaan merupakan penempatan
baru orang asli yang kebanyakannya
dipindahkan semasa pembinaan empangan semenyih
pada tahun 1985 yang lalu.
asli farm resort tu dalam kampung kacau... |
masuk melalui kampung pasir, kampung lalang sebelum kg kacau... |
treking bermula dari asli farm resort... |
treking masuk ke hutan hingga ke air terjun sungai batangsi.. |
Kami bergerak dari UKM
pada pukul 8.00 pagi. Kami menaiki
4wd UKM yang dipandu oleh En. RAIS....terima kasih banyak en. rais...
Aku dengan sdr. RAMLI buat rakaman video sementara sdr. SHIDDAN
membuat rakaman foto. Perjalanan dari UKM ke Kg Kacau mengambil masa
selama lebih kurang 1 jam. Sejumlah 2 buah 4wd, sebuah van, sebuah
coaster dan sebuah bas telah menyertai lawatan CIMB YOUNG
ASEAN LEADERS ke kampung tersebut. Sampai je
ke kampung tersebut semua di bawa
ke sebuah dewan orang ramai.
Dalam dewan tersebut
telah diadakan taklimat oleh pakar ekonomi
dr. doris dan penduduk tempatan kepada kumpulan ASEAN
YOUNG LEADERS tersebut. Setelah selesai sesi taklimat di dewan, semua
asean leaders di bawa untuk mengikuti jungle tracking menuju
air terjun sungai batangsi. Kami iaitu, aku dan ramli
serta shiddan merakam segala
aktivi sepanjang tracking dan ketika berada di kampung kacau tersebut.
taklimat oleh dr. doris |
masih dengar taklimat |
jurufoto pkk shiddan.. |
Hutan tersebut banyak nyamuk....beribu ribu nyamuk. Harap bukan nyamuk
aedies, kalau nyamuk aedes tentu berpuluh kali kena denggi sebab
rasanya beratus nyamuk menghisap darah aku. Ini kes derma darah dalam paksa...huhuhu...Bukan setakat nyamuk, pacat pun merata rata...
Tak jemu jemu pacat yang beberapa ekor menyukat
jalan yang dilalui oleh kami semua...sempat aku rakam dengan
kamera dua ekor pacat yang sedang kejar mangsa...
Sekali sekali suara halus jeritan kedengaran...huhuhu........
shiddan...ramli dan aku.... |
sharma sedang jelaskan berkaitan pokok herba.... |
belakang sana tu kuil budha burma...tak tau pulak ada kat situ...besar... |
Terdapat juga beberapa spesis herba yang aku dapat tau daripada penduduk tempatan yang menjadi penunjuk jalan semasa merentas rimba berkenaan. Yang biasa
aku dengar tongkat ali, kacip fatimah, senduduk, pokok perancang
khas untuk lelaki dan banyak lagi yang
aku dengar tongkat ali, kacip fatimah, senduduk, pokok perancang
khas untuk lelaki dan banyak lagi yang
aku da lupa.
Menurut sherma yang menjadi penunjuk jalan dalam treking tersebut,
dia kata terdapat
dia kata terdapat
19 jenis pokok herba dalam hutan berkenaan. Ada satu herba yang
aku baru dengar iaitu KEMUYANG...direbus untuk
barah perut............
baju merah tu dr. doris.. |
en. fairuz and the gang dari uctc... |
air terjun sungai batangsi |
nak mula turun kembali ke kampung kacau... |
Sepanjang tracking,
sentiasa saja penduduk orang asli
yang menjadi penunjuk jalan iaitu sherma menjelaskan tentang pokok
pokok herba yang terdapat dalam hutan berkenaan. Tanpa jemu dia bercerita
dengan panjang lebar. Segala penjelasannya di translate oleh ketua program iaitu
dr. doris. Agak lama juga tracking rimba berkenaan. Perjalanan tersebut tamat
bila tiba di air terjun sungai batangsi. Berhenti beberapa ketika di situ.
Tak tau aku sama ada terdapat pelajar yang mandi kat air terjun
tu....sebab aku tak pi naik ke bahagian atas sana...
temubual DR. DORIS |
Bunga Rimba... |
persembahan tradisional.. |
Setelah sebahagian kumpulan mula bergerak balik ke kampung
kami mengambil peluang untuk menemubual ketua program lawatan
ke kampung kacau tersebut iaitu dr. doris. Panjang juga temubual dengan
beliau dalam bahasa melayu. Temubual kedua dalam bahasa inggeris pula dan tidak
sepanjang temubual dalam bahasa melayu. Selesai temubual kami
mula bergerak menuruti kumpulan kumpulan yang lain
untuk turun kembali ke kampung kacau.....
Tiba di dewan kampung kacau semua masuk ke dalam. Semuanya
menjamu selera untuk tengah hari. Selesai makan, dipersembahkan pula dengan
permainan alat muzik tradisional serta juga anyaman yang turut disertai
oleh peserta asean young leaders. Selesai sahaja program
berkenaan, kami iaitu aku, ramli dan shiddan
meninggalkan lokasi tersebut untuk balik ke UKM BANGI....
SEKIAN