Tuesday, July 21, 2009

UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS-SARAWAK 2


17 Julai 2009;
Selepas sarapan kami bertolak ke Santubung untuk bermalam di Kampung Budaya. Semua pelajar di bawa ke sana dengan menaiki dua buah bas. Agak lama juga perjalanan ke sini, hmmm...mungkin hampir sejam kut. Tiba di Kampung Budaya, semua pelajar turun dan sdr. Ramli tidak melepaskan peluang untuk membuat rakaman video ketika mereka berkumpul di hadapan pintu masuk kampung budaya berkenaan.


Para pelajar berkumpul untuk memasuki Kampung
Budaya di Santubung ini.


Semua pelajar memasuki kampung budaya tersebut dan terus ke rumah Melanau untuk mendengar penerangan daripada jurupandu di sana. Selepas sesi penerangan semua pelajar 'check in' di rumah Melanau yang tinggi untuk bermalam di situ selama satu malam. Kami pula akan bermalam di Rumah Orang Ulu yang juga tinggi tetapi ketinggiannya tidaklah setinggi Rumah Melanau.



Sdr. Ismail ni...memang mudah mendapat kenalan, mungkin sikap ramahnya...



Sdr. Ramli terus merakamkan suasana yang terdapat dalam Kampung Budaya berkenaan. Setelah puas mengambil video dan foto, kami pun pergi ke Rumah Orang Ulu untuk 'check in'. Tiba di rumah berkenaan kami pun berehat dan mandi serta makan tengah hari. Selepas menikmati makan tengah hari iaitu kira-kira jam 2.00 petang para pelajar yang menyertai program ini telah melawat rumah-rumah suku kaum yang terdapat dalam Kampung Budaya tersebut. Diantara rumah2 tersebut ialah Rumah Melayu, Rumah Cina, Rumah Melanau, Rumah Orang Ulu dan sebagainya.
Inilah salah sebuah daripada rumah-rumah suku
kaum yang terdapat dalam kampung Budaya



Lebih kurang jam 4.00 petang, para pelajar dan juga pengunjung yang lain telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan suku kaum di bangsal yang disediakan. Antara persembahan kebudayaan tersebut ialah tarian zapin, tarian pahlawan iban dan sebagainya. Agak menghiburkan juga persembahan mereka dengan disulami oleh telatah lucu penari iban. Persembahan tersebut tamat lebih kurang jam 4.30 petang.

Rumah kaum Penan yang sedang dikunjungi oleh pelajar antarabangsa.



Selepas tamat persembahan kebudayaan, para pelajar membuat aktiviti masing-masing. Ada yang melawat sekitar perkampungan, ada yang bermain rakit di kolam dan sebagainya lagi.






Persembahan kesenian suku kaum di pentas khas diperkampungan budaya.




Selepas makan iaitu kira-kira jam 8.00 malam, para pelajar telah diajar menarikan tarian suku kaum oleh seorang jurutunjuk tarian di sebuah rumah suku kaum di perkampungan ini. Mereka juga telah diajar menyanyikan nyanyian suku kaum yang terdapat di Sarawak. Agak kelakar juga melihat para pelajar dan juga urusetia yang turut serta dalam tarian berkenaan. Namun setelah beberapa kali berlatih menarikan tarian berkenaan, nampaknya langkah kaki dan ayunan tangan mereka agak baik jugak.


Para pelajar sedang berlumba rakit di kolam.
Dibelakang ialah Gunung Santubung.


Lebih kurang jam 11.00 malam, Timbalan Naib Canselor, prof. Dr. Saran Kaur telah memberikan ucapan berkaitan program ini. Banyak pihak telah mendapat pujian beliau seperti jurufoto dan juruvideo selain daripada urus setia program. Sdr. Ramli masih terus merakamkan semua aktiviti mereka yang diadakan di sini.

Para pelajar sedang melawat Rumah Penan dan bertanyakan bermacam-macam soalah kepada penjaga rumah berkenaan. Dengan keadaan rumah yang amat ringkas ini bagaimanakah satu keluarga Penan boleh mendapat masa persendirian mereka, hmmmm....persoalan lagi...



Hmmmm.....inilah Rumah Orang Ulu yang menjadi tempat bermalam kami untuk malam ini sahaja. Di belakangnya ialah gunung Santubung. Ketika aku tinggal seorang diri pada waktu tengah malam, macam2 bunyi serangga hutan yang aku dengar. Ada ketikanya bulu roma aku berdiri tegak juga, hmmmm.....seram jugak rasanya...







Prof. Dr. Saran Kaur dan Dr. Kadderi Mad Desa berlumba rakit bersama pelajar tersebut di kolam yang berhampiran. Tak perasan aku grup mana yang menang, grup Prof. Saran atau grup Dr. Kadderi...










Inilah diantara para pelajar yang mengikuti latihan tarian suku kaum ketika mereka berada di Perkampungan Budaya ini.