12 - 15 OKTOBER 2011;
Kami, iaitu aku, sdr. Kamarul dan Ramli bergerak dan berada di Tasik Kenyir untuk kali kedua kerana membuat dokumentari berkaitan Santuari Kelah yang diarahkan oleh Mr. Moritz Bunk. Dalam masa yang sama jugak kami diminta untuk membuat rakaman BENGKEL FOTO di lokasi berkenaan. Kali pertama aku berkunjung ke sini ialah semasa kami mengendalikan BENGKEL VIDEO tahun lalu.
....diperkarangan Pusat Islam UKM, sebelum bergerak dengan bas ke Tasik Kenyir.....
....sudah tiba di negeri Terengganu, kami singgah
dan makan di sini......
Kami bergerak dari UKM Bangi jam 8.30 pagi dengan menaiki bas. Dalam Unit Video
aku, ramli dan kamarul turut sama dalam rakaman untuk dokumentari
yang akan di arahkan oleh Karyawan Tamu Penerbit UKM
Mr Morits Bunk. Namun yang akan naik bas
ialah aku dan ramli sahaja.
Kamarul pula pergi ke destinasi yang dituju dengan menaiki kereta bersama bos kami, mr moritz, dan sdr. raai. Oleh itu aku dan ramli sama menaiki bas yang juga membawa para peserta bengkel foto ke sana...Oh! lupa nak beritau disamping kami membuat rakaman dokumentari, kami juga diminta membuat rakaman video perjalanan bengkel foto.
....rumah peranginan persekutuan tasik kenyir menjadi lokasi penginapan kami....
....pemandangan sekitar rumah penginapan....
Perjalanan kami mungkinmengambil masa yang panjang tentu berjam-jam...alamatnya
kebaslah nampaknya yang ada kat badan. Bukan mudah duduk lama dalam
bas. Fikirlah kami bergerak jam 8.30 pagi dari UKM dan tiba
di Pengkalan Gawi Trengganu jam 5.30 petang.....
hah! fikirlah berapa jam tu...
Bas yang kami naiki pulak tu terlalulah....slow....bas tu banyak sangat guna 'effect' 'slow mo....' Letih sangat menunggu untuk tiba di destinasi, jemu sangat asyik tengok cermin tingkap bas tuuuu....
....jeti rumah peranginan persekutuan...
...Sungai Petang iaitu sungai di mana terletaknya Santuari
Kelah di Tasik Kenyir...
Kami beberapa kali singgah sama ada untuk cari 'toilet' atau untuk mengisi perut
yang lapar sangat. Rasanya cukup malas nak minum banyak dan makan
banyak.....bukan apa sebab malas nak pi 'toilet'. Perjalanan
yang panjang macam tu memang mengundang
ingatan nak pi 'toilet' jer....
Aku sebenarnya tak dapat mengagak berapa jauh dari ukm ke pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Tapi fikirlah tentu jauh bila ambil masa yang lam dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang baru sampai di Pengkalan Gawi Terengganu... 9 jam ooooooo............
....santuari kelah sungai petang di mana penggambaran dilakukan.....
....taman herba di pulau sah kecil....
Tiba di Pengkalan Gawi kami menunggu bot dari Rumah Peranginan Persekutuan
Tasik kenyir untuk mengambil kami di Pengkalan Gawi untuk dibawa
ke Rumah Peranginan Persekutuan Tasik kenyir Terengganu.
Di sini pun kami terpaksa tunggu lama gak.
Dalam masa menunggu tu sempat jugak aku merakam video sekitar pengkalan dengan 'handycam' yang aku bawa sebagai kamera kedua... semua yang aku fikir berguna akan ku rakam. nanti bolehlah pembaca semua menonton video tersebut apabila telah aku siapkan nanti. Sekarang ni penyuntingan sedang dilakukan....
....pokok tongkat ali yang terdapat di taman herba....
....jeti rumah peranginan persekutuan tasik kenyir....
Sempat jugak aku membuat rakaman cahaya matahari yang memancar daripada
celah awan yang gelap di langit...Subhannallah, cantik sangat...visual
tersebut akan aku masukkan dalam video yang sedang aku
sunting tu....sabar....tunggu ia aku siapkan...
Tak lama kemudian bot untuk kami pun sampai, ini merupakan trip kedua yang kami tunggu...hampir maghrib waktu tu...dah senja dan cantek nampaknya cahaya senja kelihatan dari atas bot. Itulah keindahan bagi kita yang jarang dapat melihat pandangan sebegitu.....
...kawasan penternakan ikan dalam sangkar di tasik kenyir. Ikan tersebut untuk keperluan eksport....
....ikan talapia yang diternak dalam sangkar. ia akan matang
dalam masa 8 bulan...
Tiba di Rumah Perangina tersebut hari dah agak gelap. Perjalanan bot berkenaan
mengambil masa selama lebih kurang 15 minit. Kami menginap dalan sebuah
rumah yang mempunyai 3 bilik. Teman-teman lain yang menginap
bersama kami ialah DR. HAMZAH(FSSK),
DR. AHMAD MAHIR(MATEMATIK),
HAJI SULIMI(PENG. MEDIA FSSK), IKHWAN(PENERBIT UKM),
AZRUL KHAIDIR(PENERBIT UKM) & RAMLI(PENERBIT UKM).
Semasa di tasik kenyir, kami terlibat dalam rakaman dokumentari yang di arahkan oleh Mr Moritz Bunk dan juga rakaman segala aktiviti bengkel foto yang berlangsung di sana.
Lokasi yang kami kunjungi semasa di sana ialah Santuari Kelah, kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar, taman herba.
....peserta bengkel foto sedang mendengar ceramah dalam dewan....
Letih juga perjalanan ke santuari kelah, perjalanan ke sana dengan bot dan dengan berjalan kaki. Lama jugak masa yang diambil iaitu lebih kurang 2 jam untuk pergi sahaja.
Sebelum tiba, kami mendaki bukit setelah turun dari bot. Lama jugak merentas hutan ni....banyak yang aku rakamkan dengan 'handycam'. Seronok jugak melalui hutan ini, bukan saja sejuk dan nyaman tetapi juga penuh dengan kehijauan. Aku amat suka melihat hutan sekali sekala macam ni tapi aku taknaklah menjadi 'orang hutan' pulak. Anak sungai kecil juga dijumpai, jerni....sejuk airnya. Sukar nak dikatakan, sukar nak diungkapkan.....
Tiba di santuari kelah, peserta bengkel dah pun berada di sana. Mereka melihat rakaman dokumentari yang diarahkan oleh Mr. Moritz Bunk. Babak di sini ialah berenang bersama ikan. Pabila selesai, ramai peserta bengkel yang datang ke sini tidak melepaskan peluang untuk bermain dengan ikan yang banyak di situ. Macam macam 'style' dia orang main ngan ikan tu...Lepas tengah hari kami bergerak kembali ke rumah peranginan.
Kami juga berkunjung ke Taman Herba yang terletak di pulau bersebelahan pulau rumah peranginan. Jalan menuju ke taman herba tu penuh ditanam dengan pokok tongkat ali. Taman Herba tak berapa jauh dari jambatan yang menghubungkan pulah sah besar dan pulau sah kecil. Taman herba terletak di pulau sah kecil. Banyak jugak pokok herba yang di tanam di situ seperti biasa tongkat ali lah, kacip fatimah dan pelbagai lagi yang jarang aku dengar. Yang aku rasa pelik ialah sebatang pokok tongkat ali yang agak besar diikat pada tiang bangsal yang terdapat di taman herba tu. Aku jugak diberi minum air tongkat ali oleh penjaga taman herba tersebut....ermmm...pahit rasanya air tersebut...terpaksa aku minum air kosong untuk menghilangkan pahit tu...Sebenarnya aku tak perlu rasanya air tongkat ali tu.....sebab aku sentiasa 'o.k' ...ekekeke...
Kami juga berkunjung ke kawasan ternakan ikan sangkar di Tasik Kenyir. Kawasan tersebut agak luas jugak. Ikan yang dipelihara di situ ialah ikan talapia. Barulah aku tau ikan tersebut bukan berasal dari negara kita. Menurut maklumat, benih ikan tersebut di import dari Taiwan. Ikan tersebut mengambil masa selama 8 bulan sebelum boleh dijual. Sebenarnya ikan di sini di eksport ke luar negara.
Bengkel foto tersebut berakhir dengan acara 'presentation' dan juga penyampaian sijil pada hari Sabtu 15 Oktober 2011. Selesai bengkel semua peserta berkemas untuk pulang dan kami bergerak ke UKM pada jam 2.00 petang dari Pengkalan Gawi Tasik Kenyir serta sampai di UKM hampir jam 11.00 malam.....begitulah ceritanya...terima kasih sebab membaca....
daudmontakzakaria