Sekarang jam 12.22 tengah malam;
Dalam jam 11.30 malam tadi aku baru saje balik dari Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Unit video kami diminta membuat rakaman video MCP Pertandingan Boria FEStKUM pada malam ini.
Macam biasalah, sejak jam 6.30 malam kami mula membuat persiapan teknikal untuk membuat rakaman video MCP berkenaan. Daripada pemasangan peralatan hinggalah kepada menguji alat berkenaan.
Hari ini kami menggunakan 3 buah kamera, tidak 4 buat seperti majlis Perasmian FEStKUM. Persiapan peralatan kami lakukan dengan menggunakan tenaga kerja seramai beberapa orang saja.
Krew rakaman video yang kami jemput dari jabatan luar hanya akan datang lebih kurang jam 8.00 malam. Itulah kebiasaannya kerana mereka dijemput untuk mengendalikan kamera sahaja.
Setelah pemasangan selesai, kami menguji peralatan tersebut. Apabila telah sempurna krew yang membantu membuat persiapan pergi menjamu selera sebelum mula bertugas malam ini. Mesti makan beb....kalau tak macam mana nak buat kerje, bukan begitu?
Malam ini merupakan pertandingan Boria Kumpulan 1. Kumpulan 2 akan berlangsung malam esok.
Sejarah Boria.
Permainan Boria ini banyak dikatkan dengan peristiwa Karbalaiaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian.
Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Ta’ziya. Anda boleh membaca lebih banyak berkaitan Boria di laman web di bawah.....
Krew yang terlibat dalam rakaman MCP malam ini ialah, Sdr. Ramli, Sulimi, Chef, Hata, Zulhimi, Azrul Khaidir, Khaidir, Hanim, Siti Suraya, Naziruddin, Kamarul, Amry, Shahrul dan Aku....
daud montak zakaria...