Friday, April 28, 2017

Majlis Anugerah Sukan Ke-27 UKM



SEMALAM, Khamis, 27 April 2017, kami membuat rakaman MCP Majlis Anugerah 
Sukan UKM Ke 27 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM, Bangi.
Anugerah ini merupakan satu majlis yang diadakan pada setiap
tahun untuk pelajar dan kakitangan UKM
yang aktif dalam sukan....

VVIP yang hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan
Universiti, YBHG. TAN SRI DATO SRI DR. IBRAHIM SAAD dan Naib Canselor UKM,
YBHG. PROF. DATO SERI DR. AZLAN GHAZALI. Majlis berkenaan
tamat pada jam lebih 11.00 malam......tahniah kepada semua
penerima anugerah...............................

Ermmm....rasanya aku da gersang idea
nak tulis panjang2, tengok2 je lah foto-foto di bawah tuuuu......
Krew agak mencukupi....terima kasih kepada SEMUA  krew UAV dan krew bantuan
iaitu sdr. AIZAT, FAKHRAN, HJ SULIMI, JAMALUDIN IBRAHIM,
ISMAHASHIMI, SITI SURAYA.....rasanya itu je kot...


...dgn suraya...
aizat...
mufakhran mukhtar








tan seri menyampaikan anugerah olahragawati...
Olahragawan
sesi fotografi

Terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam kerja-kerja rakaman MCP ini.
Terima kasih juga kepada pengunjung yang singgah di blog ini....

DAUD.montak.zakaria

Sunday, April 23, 2017

Persembahan Orkestra Tradisional..

SEMALAM, Sabtu, 20 April 17...8.00 malam, kami membuat rakaman MCP Persembahan Orkestra Tradisional UKM 2017 di dewan Canselor Tun Abdul 
Razak UKM Bangi. Ia merupakan persembahan 
orkestra tradisional Cina.
Bermula dari jam 8.30 malam dan persembahan tamat
pada jam lebih kurang 11.00 malam waktu tempatan. Krew kamera
agak mencukupi tetapi dalam bilik kawalan aku sorang jer yang bertugas. Krew
grafik tidak dapat hadir kerana ada keperluan lain yang lebih
memerlukan mereka.......................Apa2 pon
kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Keperluan grafik akan aku masukkan semasa membuat 
penyuntingan video nanti....Krew jurukamera ramai jugak dan mencukupi.
Terima kasih kepada semua krew iaitu sdr. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, HAJI IZAD,
AIZAT, JAMALUDIN IBRAHIM, MUFAKHRAN, HAJI SULIMI....
Video berkenaan akan aku sunting minggu
depan dan akan upload ke
YouTube rasmi ukm............................................................... pi kat
sini ye.....
Ermmmm..... takde idea nak tulis lagi...tengok2 je la foto2 di bawah nuuu....


poster program...

aku & aizat.....

aizat...krew kamera...

krew kamera....nampak kamera je...

krew kamera...nampak sikit jer tu....


Prof. dato' Dr. Imran Ho, TNC






foto krew...

 Sekiannnnnnnnnnnn.....terima kasih kerana singgah di blog niii....
DAUD.montak.zakaria

Friday, April 21, 2017

Kuliah 2: Keusahawanan & Inovasi

Semalam, Khamis 2017, kami membuat rakaman MCP (Multipple Camera Production) Kuliah 2 Keusahawanan dan Inovasi anjuran Pusat Citra UKM. Kuliah ini 
dihadiri oleh pelajar tahun satu. Lebih 2 ribu pelajar yang terlibat.
Program ini menampilkan tokoh-tokoh
 tertentu dalam bidang keusahawanan untuk memberi syarahan
 kepada para pelajar.....
Bermula jam 2.30 ptg lebih kurang dan tamat lebih kurang jam 5.00 ptg. Selesai
saja program tersebut semua alat dikemas dan disimpan. Kamera dan 
tripod dibawa masuk ke studio. Untuk membawa kamera dan
tripod...seelok-eloknya kamera ditanggalkan daripada
tripod dan dijinjing dengan tangan manakala
tripod ditolak. Jangan sekali-kali
kamera diletakkan di atas triod dan ditolak ke dalam
studio kerana gegaran boleh menyebabkan kamera mungkin akan rosak dan 
tidak berfungsi
atau mana-mana komponen di dalamnya akan
bergegar yang akan memendekkan
 jangka hayat kamera berkenaan.
Hal ini tidak akan ditemui di dalam mana2 buku pun tapi fikirlah
secara logik. Komponen didalam kamera tersebut
dilekatkan di papan litar dengan solder,
bila2 masa sahaja boleh lekang
daripada papan litar.
Komponen-komponen lain pun boleh mengalami kerosakan jika mengalami gegaran 
yang kuat ketika melalui permukaan lantai yang tidak rata.....betul kan...

Kabel kamera pula kami tinggalkan kerana hujung minggu dan beberapa
hari minggu depan ada rakaman mcp dalam dectar.
Kabel berkenaan di susun di tepi supaya tidak
dilanggar oleh troley atau apa apa
jer yang boleh
mengoyakkan penebat kabel kamera
tersebut. Perkara ini memang perlu diberi perhatian
kerana untuk membaiki peralatan bukannya murah, ia memerlukan kos yang tinggi.
Tambahan pula bila alat tersebut rosak dan terpaksa beli yang baharu...tentu 
lebih banyak belanjannya....tak gitu..........................
Jadi...jagalah alatan kita dengan baik....

Ermmmm..........tengok je la foto2 di bawah tu... malas da jari2 
nak mengetuk keyboard ni ha.....






haji sulimi...
aku & temen temen dalam studio...





Terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu sdr. SHAHRUL, KAMARUL, YUNUS, HAJI RUHAIZAD & HAJI SULIMI....jumlah krew agak terhad nampaknya...apa-apa pon semua berjalan dengan licin.....

terima kasih kerana singgah di blog ni.....

DAUD.montak.zakaria

Saturday, April 15, 2017

Kongres Budaya 2017

PAGI tadi, Sabtu, 15 April 17, kami membuat rakaman MCP KONGRES BUDAYA
2017 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Rakaman
 berkenaan telah dapat dilaksanakan dengan licin tanpa sebarang
 masalah. Pada awalnya kelihatan kekurangan krew, 
namun alhamdulillah
ada jugak krew yang dapat hadir membantu. Terima kasih kepada semua krew 
yang telah memberi komitmen yang terbaik. Tugas MCP ni perlu
kepada kerjasama. Tanpa kerjasama ibarat
burung mempunyai kepak yang
kurang sempurna.....
Apa2 pun terima kasih kepada semua krew yang 
terlibat iaitu sdr. YUNUS, FAZLIANA, SURAYA, JAMALUDIN IBRAHIM,
HATA, AIZAD, JASRIL, SHAHRUL, RAMLI....rasanya
itu je kut.............................................






yan, asmahanim, suraya & en. hazrul

sdr. ramli

selfie ngan PM...huhuhu....


perdana menteri




tan sri rais yatim....

yan, ikhwan, asmahanim, suraya & yunus..........

Rakaman MCP ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 3.30 petang. Nanti aku akan upload video tersebut setelah di edit nanti......
Terima kasih kepada yang singgah di blok ini......................................

DAUD.montak.zakaria