Tuesday, March 31, 2009

Teraso hati...


Sejak satu dua hari ni ada saja individu yang terasa hati kek sapo2 saja. Biasanya orang yang berjiwa halus atau seni akan lebih mudah terasa hati bila terdengar sesuatu yang tidak boleh diterima oleh jiwanya. Den tak pasti pulak adakah bab terasa hati ini hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja??


Pagi ni, den dapat cerita salah seorang kakitangan di bawah unit den meluahkan isi hatinya yang kecewa sangat melalui sms kepada seorang lagi kakitangan di bawah seliaan den. Kakitangan di bawah seliaan den itu yang lebih selesa den anggap seperti kawan dalam perhubungan di antara kami, terasa hati sebab den dah buat perkara yang tak kena dengan citarasanya.



Ceritanya begini, semalam kami mengendalikan latihan MCP pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK di Studio UKM. Den memang selalu ada di dalam Bilik Kawalan di Studio UKM tu memerhatikan pelajar berkenaan membuat latihan mereka. Sememangnya kami mesti ada 'in case' jika timbul sebarang masalah. Kebetulan terdapat sedikit masalah grafik berlaku. Oleh kerana den tidak berapa mendalam ilmu dalam bab-bab grafik ni maka den call lah Sdr. Yunus dari Fakulti Kejuruteraan untuk membantu. Kebetulan juga dia sedang berada di makmal kejuruteraan maka dia dengan senang hati datang ke Studio UKM. Dengan usahanyalah masalah tersebut dapat di atasi dan pelajar yang menghadapi masalah grafik telah mendapat tunjuk ajar daripada Sdr. Yunus ni.


Rakan den yang sememangnya diberikan tanggung jawab menunjukkan perkara berkaitan grafik sepanjang latihan pelajar ni terasa hati dan seterusnya berkecil hati dengan den. Dia mengadu kek rakan den yang sorang lagi tu dia rasa malu dan mengaggap den tak percayakan dia. Sebenarnya den bukan tak percayakan dia, tapi den panggil Sdr. Yunus sebab dia mudah untuk den mintak pertolongan. Dia juga dah biasa dengan grafik kek studio tu dan dapat mencari penyelesaian yang timbul dengan mudah.


Rakan den yang berkecil hati tu memanglah banyak ilmu dalam grafik ni, memang den tak nafikan. Cuma para pelajar mungkin sukar faham dengan cara rakan den tu menunjuk ajar. Disebabkan itulah setiap kali masuk studio pelajar akan menghadapi masalah grafik sedangkan mereka sudah hampir dengan hari penerbitan akhir. Bukan pelajar je risau berkaitan MCP tu, tetapi den pun turut risau sama. Apabila mereka menghadapi masalah mereka akan rujuk kepada den.


Oleh kerana den kurang pengalaman dalam bidang tu iaitu grafik, tentulah sukar bagi den untuk memberi jawapan. Oleh itu terpaksalah den cari penyelesaian yang agak cepat dan berkesan untuk masa ini. Lain kali den akan cuba dalami ilmu den dalam hal grafik ni...InsyaAllah...
Itulah kisahnya dalam perkara kecil hati, terasa hati, tersinggung, dan sebagainya....setakat ni den tak tau apa nak buat dengan hal ni...

Tugas rutin untuk minggu ni..

Malam ni latihan MCP Kumpulan 7 & 8








Keluar rumah jam 7.40 malam. Hujan amat lebat hingga memaksa den memandu agak perlahan. Jarang aku memandu sebegini perlahan jika hari tidak hujan. Rasa macam kuro-kuro pulak. Walaupun hujan mencurah-curah jatuh ke bumi den redah juo memandangkan tugas di Studio UKM bermula jam 8.00 malam.


Tiba di sisi DECTAR hujan sudah agak reda sedikit namun titisannya mampu membasahi pakaian yang den pakai jika sengaja berdiri togak di tengah hujan berkenaan. Tapi sapolah yang kurang akai nak berdiri togak kek hujan tu....kan...kan...Sambil menutup kepala dengan beg galas yang den bawa, kaki den pantas mengatur langkah menuju pintu yang ternganga luas seolah-olah menyambut den. Kalau pintu tu boleh berkato-kato mungkin agaknya dio akan mengucapkan "wellcome sir...."
. Tapi kalau pintu pandai berkato-kato, tontu den cabut lari dah.....


Hmmmm....grrrrrr....raso macam menggigil batang tubuh den ni bilo angin dingin menyapu tubuh den. Kalau diikutkan hati rasonyo lebih baik den duduk kek rumah berbungkus dengan selimut. Tapi mengenangkan tanggung jawab, den tak teringin pun hendak berbuat demikian. Baru saje melangkah masuk pintu Studio UKM tiba-tiba muncul lah pelajar Pusat Pengajian Media yang akan membuat latihan MCP di sini. Den pun memasang dan menyiapkan semua peralatan yang diperlukan oleh mereka.



Bilo siap saja semua peralatan, mereka pun memulakan latihan seperti biasa. Kadang kala kesian juga tengok muko-muko mereka sorang-sorang yang tersenyum kelat seolah-oleh menyembunyikan kerisauan, keletihan, kebimbangan dan seribu satu rahsia lagi yang mereka sendiri mengetahuinya. Tapi apo den boleh buek. Den cumo boleh membantu memberi sedikit sebanyak ilmu yang sememangnye tidak banyak di dalam dada ini....eh! yo ko ilmu dalam dado...hmmmmmmmm....den pun tak pasti....pandai sobut yo....



Malam ni terdapat sedikit masalah berkaitan grafik. Mahu tidak mahu den terpaksa talipon rakan den yang selalu membantu dalam rakaman MCP kami iaitu Sdr. Yunus Misdi. Terima kasih Sdr. Yunus. Dia ni merupakan krew yang lebih banyak ilmunya dalam software Scala ni....Malam ni dialah yang menyelesaikan masalah grafik tersebut. Hmmmmm....itulah tanda kami amat mengambil berat dengan sesiapa saja yang memerlukan bantuan kami. Kebetulan Sdr. Yunus sedang bertugas di makmal Fakulti Kejuruteraan. Itulah juga kita manusia ni, bukan sempurna sangat tanpa cacat cela. Mungkin dia kekurangan di satu sudut namun di sudut yang lain dia mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Oleh itu setinggi mana pun ilmu kita janganlah terfikir untuk mendabik dada mengaku kito mempunyai ilmu yang tinggi.



Akhir sekali den ingin memberikan semangat kepada pelajar yang membuat lathan MCP, janganlah gusar MCP hanyalah MCP, bukan malaikat maut si pencabut nyawa tu. Apa nak dirisaukan....kuatkan semangat.....ayuh kehadapan...terus pandang ke hadapan....hmmmm...tapi sekali sekala pandang gak ke belakang, manalah tahu kalau-klau seekor hantu sedang mengejar dari belakang.....kan...kan...