Friday, June 20, 2008

Raptai Majlis Pentauliahan...


Hari ini 20 Jun 2008:
merupakan hari terakhir kami membuat persiapan teknikal peralatan rakaman video untuk Majlis Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet IPTA di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami akan menggunakan empat buah kamera untuk rakaman Multiple Camera Production(MCP) semasa rakaman majlis berkenaan pada 21 Jun 2008 nanti. Seramai lebih kurang 15 orang krew video dari seluruh jabatan dalam UKM akan terlibat. Diharap tugas kami akan dapat dilaksanakan tanpa sebarang kesulitan...mudah-mudahan....