Sunday, November 11, 2012

fesTival gameLan uKm 2012


....haji izad & faesal kassim...

MALAM tadi Sabtu 10 November 2012 jam 8.00 malam kami membuat
rakaman MCP Festival Gamelan UKM 2012
di DECTAR UKM.

....shahrul fadli.....

....jasril amry & shahrul fadli...

Kerja-kerja persiapan teknikal dijalankan sejak jam 6.00 petang.
Kami gunakan tiga buah kamera sahaja untuk rakaman
malan itu....


Sdr. Shahrul telah sampai awal, aku pulak sampai lebih kurang jam
6.00 petang diikuti oleh sdr. Ramli. 

....minum dulu sebelum kerja rakaman...yan, yunus & zulhimi....

Cuaca di luar dewan tidak berapa baik kerana hujan turun dengan lebat.
Bimbang jugak aku jika krew ramai yang tak boleh datang
maklumlah suasana sejuk malam tu tentu
sukar untuk meninggalkan
rumah....bukan begitu...

....hafiz taib & jasril amry....

....wafiy, faesal kassim, jasril & yan...

Setelah selesai persiapan kami rehat sebentar menunggu program bermula.
Dijangka program bermula jam 8.30 malam. Dalam masa
menunggu, seorang demi seorang krew tiba
di STUDIO UKM.

.......kamarul & yan.....

....amar baharuddin...

Malam itu VVIP yang hadir ialah Datuk Johari Salleh. Sebenarnya
program ini turut disertai oleh IPT yang lain antaranya
Universiti Petronas dan UNITEN..



Rakaman bermula lebih kurang jam 8.30 malam. Krew MCP ramai jugak 
yang hadir walaupun di luar hujan mencurah-curah.
Dalam studio amat sejuk lebih daripada
biasa kerana mungkin 
cuaca luar yang
sejuk.


Kerja-kerja rakaman pada malam tersebut tidak berjalan dengan lancar.
Berlaku kesilapan teknikal yang amat menyedihkan jugak.
Agaknya 'ORANG TU' takde kut, itulah sebabnya
rakaman malam tu tidak lancar..
gamaknyer....


Walau bagaimanapun tiada apa yang boleh dilakukan, kesilapan tu dahpun
terjadi....terima jer ler.... Harap janganlah hal berkenaan
berlaku lagi dalam rakaman-rakaman
yang akan datang...
Di sini aku ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu
YUNUS MISDI, HAFIZ TAIB, WAFIY ADLAN, 
ZULHIMI, WATIE SHARIF, YAN, FEISAL KASSIM
(PELAJAR LI), SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN,
HAJI RUHAIZAD, RAMLI ADNAN, JASRIL AMRY  dan HAJI SULIMI.
...terima kasih sekali lagi untuk kalian semua....
....terima kasih jugak kepada semua yang sudi membaca, jika
ada sebarang komen, silalah komen...
DAUD.montak.zakaria