Friday, October 15, 2010

Kenyir...oh.....Kenyir...

INSYAALLAH, 24 - 27 Oktober 2010; Kami dari Unit Audio Video, Penerbit UKM akan berada di Tasik Kenyir, Terengganu untuk mengendalikan BENGKEL PENERBITAN VIDEO UKM 2010 di sana.

Bengkel ini adalah anjuran UNIT LATIHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR, UKM dengan kerjasama PENERBIT UKM. Kami akan bertolak ke Kenyir bersama peserta pada 24 Oktober dan bengkel bermula dari 25 Oktober 2010, jam 7.30 pagi hingga 27 Oktober 2010, jam 5.00 petang. Kami berharap akan dapat berkongsi ilmu berkaitan penerbitan video dengan para peserta. Diharapkan ilmu yang tidak seberapa yang kami miliki tersebut mampu memberi sedikit manfaat kepada para peserta yang terdiri daripada kakitangan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Bengkel berkenaan akan meliputi semua fasa-fasa dalam penerbitan sebuah video iaitu dari peringkat idea hinggalah kepada penyuntingan dan proses memasukkan audio ke dalam sesebuah penerbitan.

Sedikit tentang informasi berkaitan Tasik Kenyir; Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terletak di Terengganu. Ia dibina dalam tahun 1985 apabila Sungai Kenyir dibina empangan untuk membentuk stesen janakuasa Sultan Mahmud. Kenyir juga merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini mempunyai keluasan 260 Km persegi serta mempunyai 340 buah pulau-pulau dan lebih daripada 14 buah air terjun.

Oleh itu selamat berjumpa kami di Tasik Kenyir nanti........................
daudmontakzakaria