Depan pintu utama sedia menunggu beberapa orang siswi yang ingin menyambut ketibaan VIP...rupanya di DECTAR akan diadakan majlis makan malam kolej, tak tau den kolej mana. Terus berjalan masuk dewan dan seterusnya ke Studio UKM berhampiran dengan Panggung Seni. Pintu dibuka dan terus masuk lalu login kedatangan untuk bekerja malam ni. Sebaik selesai login, den menyediakan semua peralatan audio visual yang diperlukan di dalam studio.
Sebenarnya malam ni kumpulan 4 pelajar Pusat Pengajian Media akan mengadakan latihan penerbitan MCP. Kami akan mengendalikan latihan berkenaan. Kami yakni den, sdr. Kamarul dan Sdr. Ramli Adnan akan membantu kumpulan berkenaan cara pengendalian peralatan untuk penerbitan MCP. Seperti biasa kami akan membantu sepenuh hati tanpa sebarang niat tersembunyi yang terselit di sudut hati kami. Kali pertama latihan semua kesilapan yang wujud telah diperbetulkan sedikit demi sedikit hasil perbincangan kami dengan semua ahli kumpulan yang terlibat. Selepas pembetulan dilakukan, latihan diteruskan. Setelah semuanya agak o.k kami tinggalkan mereka menjalankan latihan dengan sendiri.
Walaupun kumpulan 4 tidak mempunyai krew yang cukup untuk latihan namun mereka masih jua mempunyai semangat untuk berlatih. Itulah yang amat penting bagi kami jika kerjasama kami diperlukan. Bagi kami semangat mereka untuk berlatih menyebabkan kami bersedia untuk membantu secara "all out". Apa yang den harapkan malam esok iaitu 19 Mac 2009 jam 8.00 malam segala kesilapan malam ini tidak akan berlaku dan dapat mereka atasi. Yang paling penting, semasa penerbitan akhir nanti mereka dapat melakukan tugas masing2 dengan sempurna dan mampu menghasilkan penerbitan yang cemerlang.....