Thursday, February 25, 2010

Latihan MCP Tahun 2 lagi..........

Malam tadi, 24 Februari 2010, hari Rabu, kami mengendalikan latihan penerbitan MCP untuk pelajar tahun 2 Pusat Pengajian Media di Studio UKM, DECTAR.





sdr. Jasril Amry bertindak sebagai 'switcher' sedang membantu pelajar dalam Bilik Kawalan.




sdr. Kamarul sedang membantu pelajar.

Malam ini kami mengajar cara pengarahan MCP kepada kumpulan ini kerana malam sebelumnya mereka telah mengikuti sesi pengenalan peralatan.


Walaupun tanpa Floor Manager, tanpa Swicher..mereka dapat juga melakukan latihan pengarahan MCP dengan bantuan kami.





Inilah dia Pengarah Studio dalam pembikinan....





sdr. Shahrul sedang memberi tunjuk ajar.

Walaupun krew kumpulan ini tidak cukup namun dapatlah juga mereka mengetahui
bagaimana cara memberi arahan semasa penerbitan MCP.



Melalui latihan tersebut, mereka dapat gambaran bagaimana penerbitan MCP dilakukan. Dalam penerbitan MCP ini semangat berkumpulan mesti ada. Tanpa kerjasama semua penerbitan mungkin bersua dengan kegagalan.


Itulah dia 'host' dan 'tetamunya'.....






Ni ler host rancangan tersebut....

Setelah lebih kurang satu jam mereka membuat latihan, nampaknya mereka mempunyai sedikit keyakinan dalam melakukan penerbitan kumpulan mereka nanti...



Kami di sini hanya mampu memberi bantuan sekadar yang termampu namun kunci utama ialah pada diri pelajar itu sendiri. Bagi kami tugas tetap tugas, kami akan lakukan sebaik mungkin untuk mereka....
Krew yang membantu malam ini ialah sdr. Kamarul, Ramli, Ruhaizad, Shahrul, Jasril dan aku.......

Ermmmm....ni dia tetamunyer.....


daud montak zakaria...
25 Feb. 2010; 1.00 am..

4 comments:

soon said...

terima kasih banyak-banyak kepada abang Jas, en.Daud, en.Kamarul,en.Ramli,abang Shah dan en.Ruhaizad.

daripada,
kumpulan 1..

studioukm said...

Sama2 kumpulan 1....

kak piah said...

tq banyak2..

makteh said...

waaa...next sem giliran saya n kelas sy pulak buat mcp.. mcm best je.. x sabar je rasa :D