DAY ONE...
Bengkel MCP kami bermula hari ini. Bengkel tersebut akan berakhir pada hari Jumaat.
Hari pertama ini semuanya teori belaka yang disampaikan....
Bengkel dibuka dengan taklimat Pengarah kami
prof. Datin Dr. Norizan....
En. Hazrul sampaikan kertas 'Pengenalan kepada MCP'
Aku ' Cara kerja penerbitan MCP'
Kamarul ' Teknik Persembahan' sementara
Shahrul pula ialah 'Penghasilan Skrip Penerbitan MCP'
Ni kertas aku...
PENERBITAN VIDEO KAMERA BERBILANG
PROSES KERJA
MULTIPLE CAMERA PRODUCTION
Pengenalan;
Video merupakan salah
satu elemen yang penting dalam bidang komunikasi. Di mana-mana sahaja kita akan
bertemu dengan video seperti di srin-srin yang besar hingga skrin pada
handphone. Kita juga boleh bersua dengan video di internet seperti web-web dan
Youtube. Pendek kata tanpa video akan mewujudkan ruang dalam komunikasi.
Penerbitan video kamera berbilang(MCP)
Bila kita mendengar
rakaman video maka secara automatik kita akan terbayangkan cara kerja rakaman
dan penerbitan video dengan menggunakan sebuah kamera video. Jarang kita
memikirkan selain daripada yang tersebut.
Penerbitan video
Kamera Berbilang atau Multiple Camera Production, merupakan satu penerbitan
video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video. Penerbitan cara ini
memerlukan ramai kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengarah Studio.
Jenis Penerbitan Kamera Berbilang
Terdapat dua jenis
penerbitan kamerta berbilang iaitu penerbitan yang dirakam dan akan disunting
kembali dalam pos produksi dan sebuah siaran langsung yang tidak mungkin dapat
dibetulkan sebarang kesilapan jika berlaku.
Diantara program yang
dirakamkan secara penerbitan kamera berbilang ialah Berita, Forum Perdana,
Bolasepak, Sambutan Kemerdekaan dan lain-lain yang seumpamanya.
Lokasi-lokasi penerbitan.
Penerbitan Video
Kamera Berbilang (MCP) boleh dilakukan dalam studio dan di luar studio. Dalam
studio, tugas penerbitan ini dilakukan terutama di stesen-stesen televisyen
seperti rancangan berita, bual bicara dan sebagainya. Tugas ini dilakukan
dengan menggunakan peralatan-peralatan penerbitan yang lengkap dalam sesebuah
studio.
Sementara penerbitan
video kamera berbilang yang dilakukan di luar ialah seperti forum perdana dan
sebagainya yang dijalankan di ruang-ruang terbuka atau dalam dewan-dewan
tertentu. Dalam tugas ini peralatan untuk membuat rakaman akan dipasang
dilokasi berkenaan atau dengan menggunakan OB van (outside broadcast van) yang
dilengkapi oleh peralatan untuk membuat penerbitan video kamera berbilang
tersebut.
Penerbitan Kamera Berbilang.
Penerbitan Video
Kamera Berbilang bermula dengan idea,
penulisan skrip, pemilihan krew, pemilihan hos dan pencarian talent, penyediaan
VT, latihan skrip, latihan kamera, latihan ‘full dress’, penerbitan sebenar.
Idea.
Idea dicari dan
dibincangkan bersama dalam kumpulan. Daripada beberapa idea, yang terbaik akan
dipersetujui untuk dipilih. Banyak idea boleh difikirkan sama ada berbentuk
hiburan, isu-isu semasa dan sebagainya.
Penulisan skrip:
Daripada idea yang
telah terhasil maka skrip akan ditulis. Isi skrip boleh dibincangkan bersama
dalam kumpulan.
Pemilihan krew:
Pemilihan krew juga
dilakukan iaitu sebagai Pengarah Studio, FM atau Floor Manager, Grafik, VT atau
Pengendali Pemain Pita Video, Jurukamera, Jurulampu, Juru audio dan Switcher.
Pemilihan Hos:
Hos mestilah dipilih
dengan teliti. Dia mestilah petah berkata-kata. Mampu mengendalikan rancangan dengan
baik.
Pemilihan Talent:
Talent hendaklah
dipilih daripada kalangan mereka yang mahir dengan apa yang akan dibincangkan.
Dia juga mesti petah berkata-kata.
Penyediaan Bahan Untuk VT
Penyediaan bahan
untuk VT bergantung kepada topic yang dibincangkan seperti temubual orang
ramai, temubual pakar-pakar yang berkaitan dan sebagainya. VT juga termasuk
penyediaan iklan-iklan dan juga Pesanan Khidmat Awam. Penyediaan VT ini
melibatkan krew membuat rakaman dan suntingan video sebelum penerbitan MCP
bermula.
Penyediaan Props:
Penyediaan props juga
dibuat dalam studio iaitu alat-alat atau hiasan dalam penerbita MCP berkenaan.
Contohnya seperti meja, meja, kerusi,backdrop dan sebagainya.
Latihan:
Setelah semua di atas
selesai, latihan pun dimulakan. Terdapat beberapa jenis latihan iaitu latihan
skrip,latihan kamera dan latihan ‘full dress’. Latihan skrip melibatkan hos.
Latihan kamera melibatkan pengendalian peralatan untuk penerbitan mcpdan dalam
latihan ‘full dress’ pula semua terlibat sama seolah-olah penerbitan sebenar.
Penerbitan Sebenar:
Dalam penerbitan
sebenar semua krew yang terlibat serta hos dan talent siap sedia dalam
penerbitan mcp ini. Mereka mesti bersedia lebih awal supaya kerja-kerja rakaman
berjalan lancar. Dalam Penerbitan MCP, masa mesti tepat terutama dalam
rancangan ‘live’. Semua yang terlibat mesti bekerjasama dan menjalankan
tugasnya dengan baik.
Kakitangan dan
tugas-tugas mereka dalam Penerbitan Kamera Berbilang
Dalam penerbitan
video kamera berbilang ramai kakitangan diperlukan untuk mengendalikan
peralatan-peralatan tertentu. Mereka ini mestilah mahir dengan peralatan yang
dikendalikan kerana jika mereka tidak berkemahiran penerbitan atau rakaman yang
dijalankan akan mengalami kecacatan. Bayangkan apabila seorang Jurukamera tidak
mengetahui saiz-saiz shot yang diminta oleh Pengarah Studio. Lebih buruk lagi
jika penerbitan yang sedang dijalankan itu di keudarakan secara lintas langsung
atau ‘live’. Diantara kakitangan yang terlibat dengan penerbitan video kamera
berbilang ialah Pengarah Studio, Penolong Pengarah, Pengurus Pentas atau Floor
Manager, Grafik, VTR Operator, Jurulampu, Juru Audio dan Jurukamera atau
Videographer.
Kakitangan berikut merupakan
kakitangan atau crew yang telah dilatih sebagai crew penerbitan;
Tugas-tugas
kakitangan penerbitan MCP
1. Pengarah Studio
Seorang Pengarah
Studio bertanggung jawab dalam menyelaras dan member arahan kepada semua
kakitangan dalam penerbitan kamera berbilang tersebut. Dia merupakan orang yang
bertanggung jawab menukarkan skrip kepada bentuk visual yang kreatif dan
sempurna. Dalam penerbitan kamera berbilang setiap arahannya mesti diikuti
supaya tugas penerbitan akan dapat dilakukan dengan sempurna dan licin.
2. Penolong Pengarah atau pembantu Skrip
Penolong Pengarah bertugas
membantu Pengarah Studio dalam penerbitan. Tugasnya akan ditentukan oleh
Pengarah Studio. Diantara tugas Penolong Pengarah ialah membantu Pengarah dalam
memberikan arahan kepada krew. Dia akan memberitahu arahan seterusnya selepas
Pengarah memberikan arahannya kepada krew. Penolong Perngarah juga bertugas
menjaga masa penerbita tersebut. Dia juga menyemak pita-pita untuk ‘insert’
untuk penerbitan dan jugas grafik.
3. Pengurus Pentas atau Floor Manager (FM)
Pengurus Pentas atau
lebih dikenali sebagai FM bertugas membantu Pengarah Studio dalam penerbitan
MCP. Dia akan memastikan ketibaan ‘talent’ di studio. Dia juga bertanggung
jawab menyampaikan setiap arahan Pengarah Studio kepada krew di ‘studio floor’.
FM juga member arahan kepada ‘talent’ semasa tugas sedang berjalan. Ketika
rakaman FM memberikan arahan kepada ‘talent’ dengan menggunakan bahasa isyarat.
Semasa penerbitan berlangsung hanya suara ‘talent’ sahaja yang kedengaran
kerana jika terdapat suara yang tidak diperlukan ia akan turut terakam atau di
keudarakan. Pengurus Pentas atau FM menerima setiap arahan Pengarah Studio
melalui intercom yang digunakan kerana bilik kawalan dan ‘studio floor’
dipisahkan oleh dinding cermin yang kedap.
4. Pereka Grafik.
Pereka Grafik
bertugas menurut apa yang diarahkan oleh Pengarah Studio. Dia bertanggung jawab
mereka grafik di set serta menaip garafik untuk digunakan dalam penerbitan
tersebut.
5. Video Tape Operator (VT)
Operator ini bertugas
mengendalikan pita-rakaman yang akan dimainkan semasa penerbitan berlangsung.
Dia bertanggung jawab memeriksa pita tersebut termasuk durasinya. Dia juga
bertanggung jawab membuat rakaman penerbitan tersebut ke pita.
6. Jurulampu
Jurulampu bertanggung
jawab memberikan pencahayaan kepada penerbitan tersebut menurut yang dikehendaki
oleh pengarah Studio. Dia akan mencipta pencahayaan biasa atau pencahayaan yang
kreatif untuk penerbitan berkenaan.
7. Jurukamera atau Videographer
Jurukamera bertugas
menurut arahan yang diberikan oleh Pengarah Studio. Pengarah Studio akan sentiasa
memberikan arahan kepada Jurukamera sepanjang penerbitan tersebut berlangsung.
Jurukamera mestilah mereka yang memahami tugas mereka dengan sempurna. Mereka
mesti mahir dengan saiz-saiz shot, jenis shot-shot, gerakan seperti dolly,
track dan sebagainya. Jika mereka kurang mahir ia akan memberikan kesan kepada
Pengarah Studio. Pengarah Studio sudah tentu tidak dapat memberikan arahan
dengan berkesan dan seterusnya penerbitan berkenaan akan mengalami kecacatan di
sana-sini. Jurukamera akan sentiasa menerima arahan daripada Pengarah Studio
melalui intercom yang terdapat pada headset yang digunakan.
8. Juruaudio atau Sound Supervisor
Juruaudio bertanggung
jawab menentukan tempat-tempat untuk meletakkan mikrofon. Dia akan
mengendalikan peralatan audio dan bertanggung jawab mendapatkan rakaman audio
yang diperlukan oleh Pengarah Studio. Selain mengawal audio yang dirakam
melalui mikrofon, dia juga bertanggung jawab memainkan audio muzik untuk
menjadi ‘background’ kepada penerbitan tersebut atas arahan Pengarah Studio.
Arahan diterima daripada Pengarah Studio melalui intercom yang terdapat pada
headset.
Arahan-arahan Pengarah Studio kepada kakitangan
penerbitan
Sebelum memulakan
sebarang rakaman di studio atau di luar studio, perancangannya telah dibuat sebelum
tarikhnya tiba. Skrip, menghubungi talent, membuat rakaman footage untuk
dijadikan insert semasa penerbitan mcp dan sebagainya lagi. Bila semuanya sudah
selesai dan saat untuk rakaman tiba, semua krew telah berkumpul di studio.
Perbincangan dengan Pengarah Studio diadakan terlebih dahulu. 30 minit sebelum
rakaman atau siaran langsung semua krew telahpun berada di tempat
masing-masing. Bila semuanya telah sedia, masing-masing menunggu masa untuk
rakaman atau siaran langsung.
Penerbitan Kamera
Berbilang ini mempunyai seorang Pengarah yang mengarahkan krew bawahannya.
Tugas pengarah ialah mengarah dan menyatukan elemen-elemen penerbitan yang
berbeza secara serentak dari dalam bilik kawalan(control room). Dalam
penerbitan ini pengarah cuba menerbitkan sebuah hasil penerbitan yang
memerlukan penyuntingan pos produksi yang minima atau dalam penerbita secara
langsung atau ‘live’ dia cuba menerbitkan sebuah penerbitan yang sempurna tanpa
sebarang kesilapan.
Pengarahan dalam
penerbitan kamera berbilang merangkumi kerjasama dalam operasi teknikal yang
dikendalikan oleh krew dan juga aksi talent. Seorang Pengarah Studio akan
mendapati bahawa mengarah talent serta kakitangan –kakitangan kamera-kamera, audio, grafik dan sebagainya
adalah merupakan satu tugas yang sangat mencabar.
Tugas mengarah dari dalam Bilik Kawalan
-
Seorang
Pengarah mesti prihatin bukan saja dari segi visual(shot-shot) tetapi juga
dengan urutan-urutan(sequences) pelbagai shot-shot.
-
Bilik
Kawalan memang direka khusus untuk penerbitan kamera berbilang dan ia
memerlukan kerjasama diantara kemudahan rakaman serta juga manusia.
-
Penerbitan
kamera Berbilang memerlukan latihan yang sebanyak mungkin supaya ia akan
berjalan lancar.
-
Latihan
memberi peluang kepada Pengarah dan krew produksi apa yang akan dilakukan
semasa penerbitan secara langsung dan menjadi lebih bersedia dengan apa juga
kemungkinan.
Latihan dalam penerbitan Kamera Berbilang
-
Pembacaan
Skrip
-
Latihan
tanpa alatan
-
Latihan
dengan menggunakan kamera
-
Latihan
keseluruhan dengan kamera.
Contoh arahan Pengarah
Studio:
SCRIPT ASSISTANT: 30 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready graphic, ready vt, ready switcher, ready lighting, ready
SA, ready FM, ready Cam 1, Cam 2,
Cam 3, ready Audio......
SCRIPT ASSISTANT:
15 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready to roll
VTR for recording....
SCRIPT ASSISTANT:
10 seconds to on air, 9, 8, 7,..
DIRECTOR: Roll VTR for
recording..
Ready VT to roll montage...sound on tape....
SCRIPT ASSISTANT:
5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Roll VT...Take VT...
FM, vtr for montage is 20 seconds....we will come to studio on Cam Two,
Ready Cam Two for establish shot..
Ready Cam Two for establish shot..
DIRECTOR: We will come to studio in 10 second,
SCRIPT ASSISTANT: 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Ready Cam 2, take two....
Ready to come up on Cam 3, ready cam 3
for MS on Lin,
open mic, FM cue Lin, up on cam 3.... take 3...
Ready music, fade in music...
Ready music to fade under, fade music
under....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, open mic, ready Cam 1...take One....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, open mic, ready Cam 1...take One....
TO STOP PROGRAMME FOR ADVERTISEMENT:
SCRIPT ASSISTANT: We'll have a break in 30 seconds for
advertisement..
15 second.....
DIRECTOR: FM cue Lin....
Ready to roll VT for advertisement...
SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Roll VT, Take VT...
SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Camtwo...
DIRECTOR: Ready Cam Two...give me wide shot..
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Ready Cam Two, Take Two; open mics; cue Lin..
15 second.....
DIRECTOR: FM cue Lin....
Ready to roll VT for advertisement...
SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Roll VT, Take VT...
SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Camtwo...
DIRECTOR: Ready Cam Two...give me wide shot..
SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Ready Cam Two, Take Two; open mics; cue Lin..
TO CLOSE PROGRAMME:
SCRIPT ASSISTANT: Thirty seconds to close the program...
DIRECTOR: Give her/ him a wrap-up.
SCRIPT ASSISTANT: Fifteen seconds.
10 seconds, 9,8,7...
DIRECTOR: Ready cam two, ready closing credits to roll.....
Cut to Lin. Take cam two. Cut mics. Cue Lin.....
Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits....
Ready to key out Graphic, key out graphic...
Ready black....
SCRIPT ASSISTANT: 10 from now, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,
DIRECTOR: Ready black, fade to black. Hold. Stop vtr. O.K, all clear. Good job everybody.
Peraturan Pengarahan
MCP;
·
Berikan semua arahan
dengan jelas, tepat dan relaks tetapi sentiasa berhati-hati.
·
Berikan arahan kepada
'talent' sebelum beri arahan kepada kamera.
·
Arahan kepada 'talent'
dengan menyebut nama.
·
Jangan beri arahan
'ready' atau 'standby' terlalu jauh daripada apa yang perlu dibuat oleh
pengendali alatan video kerana kemungkinan mereka akan lupa.
·
Jangan berhenti di
antara 'take' dan 'nombor kamera' seperti 'take (jarak masa) two' kerana
seseorang 'switcher' atau 'technical director' akan menekan nombor kamera
sebelum 'Pengarah' sebut nombor kamera.
·
Ingat dalam minda nombor
kamera yang sedang ke udara. Perhatikan 'priview monitors'.
·
Jangan sebut 'ready'
untuk sesebuah kamera dan 'take' untuk kamera yang lain.
·
Bercakap dengan
kamera-kamera dengan menyebut nombor bukan nama pengendali kamera berkenaan.
·
Sebut nombor kamera
dahulu sebelum beri arahan;
contoh; 'Cam two, give
me a CU of Ron'
'Cam three, CU of Lisa'
'Cam three, CU of Lisa'
·
Jika buat kesilapan,
betulkan semampu yang boleh dan teruskan persembahan. Beri sepenuh perhatian
apa yang sedang berlaku.
·
Jika terdapat sebarang
masalah teknikal yang mesti diselesaikan dari Bilik Kawalan beritahu Floor
Manager tentangnya melalui intercom.
·
Semasa persembahan
bercakap bila perlu. Jika bercakap banyak, krew akan berhenti mendengar dan
akan ketinggalan arahan-arahan yang penting. Krew akan mencontohi Pengarah dan
mula berkata-kata dalam intercom.
·
Bersedia untuk arahan
penutup. Beri arahan masa yang secukupnya kepada FM supaya FM sempat
menyampaikan arahan kepada 'talent'.
·
Bila persembahan telah
ditamatkan (fade to black) arahkan VTR berhenti, ucapkan terima kasih kepada
semua krew dan 'talent'. Jika terdapat sebarang kesilapan jangan komplen dalam
studio. Ambil masa untuk bertenang dan bercakap dengan tenang kepada krew yang
bertanggung jawab. Berhati-hati dalam mengkritk dan bantu mereka untuk
mengelakkan kesilapan di masa akan datang.
Arahan Pengurus Pentas atau Floor Manager kepada
kakitangan di ‘studio floor’ dan ‘talent’
Tugas Pengurus Studio
ialah menyampaikan semua arahan Pengarah Studio kepada kakitangan penerbitan di
‘studio floor’ serta menyampaikan arahan Pengarah Studio kepada talent. Sebelum
rakaman di buat atau di keudarakan, Pengurus Studio akan memberi arahan untuk
bersedia kepada semua kakitangan penerbitan di Studio floor’.
Ketika 30 saat
sebelum bermula dia akan meminta semua diam dan bersedia. Kemudian dia akan
memberitahu semua kakitangan di ‘studio floor’ rakaman akan bermula 15 saat
dari sekarang. Bila tiba ke saat 10 saat dia akan membuat ‘countdown’ 9, 8, 7,
6,…. Bila tiba di saat ke 5 dia Cuma ‘countdown’ tanpa suara tetapi dengan
mengangkat jarinya. Pengurus Pentas atau FM akan mengikut ‘countdown’ yang
dilakukan oleh Penolong Pengarah atau Pembantu Skrip dalam Bilik Kawalan.
Contoh arahan Floor
Manager;
FM : 30 seconds to on
air, please silent….
FM : 15 seconds to on
air…
FM : 10, 9, 8, 7, 6,
…….
…..5, 4, 3, 2, 1,
(mengangkat jari)
FM : 10, 9, 8, 7, 6,
…….
…..5, 4, 3, 2, 1,
(mengangkat jari)
Stand by. FM mengangkat tangan pada permulaan
penerbitan atau selepas sesuatu keadaan kepada yang berikutnya.
Cue. FM tunjuk tangan kepada ‘talent’ supaya ‘mulakan
berkata-kata’.
Cut. FM menggerakkan tangan melintasi leher yang bermakna
‘berhenti berkata-kata’ atau ‘berhenti bergerak’ kepada ‘talent’.
Stretch. FM menarik tangannya menjauhi satu dengan yang lain
bermakna masa masih banyak dan ‘slow down’, mendekatkan tangan2 yang membawa
makna masa cuma tinggal sedikit lagi dan ‘cepat-cepat’.
Speed up. FM memusingkan tangannya di atas kepala
membentuk bulatan secara ‘clockwise’ yang member makna ‘talk faster’. Kelajuan
bulatan yang dilakukan adalah bermakna ‘masa telah suntuk’.
OK. FM membuat bulatan dengan jari telunjuk dan
ibu jari yang member makna ‘everything is fine’.
30 seconds to go. FM membentuk huruf t dengan kedua-dua tangannya yang
member makna tinggal 30 saat rakaman atau segmen tersebut sebelum berakhir.
15 seconds to go/wrap it up. FM menggenggam tangan ke atas yang member makna tinggal
lagi 15 saat dan ‘talent’ menamatkan apa-apa sedang dia lakukan.
Speak more softly. FM mengangkat tapak tangannya atas mulut yang member
makna ‘speak more softly’.
Speak up. FM
meletakkan tangannya di telinga yang memberi makna menyuruh bercakap
atau mula bercakap (speak up).
Speak or look at this camera. FM
menunjuk ke arah
kamera yang sedang ‘on-air’ yang bermakna ‘bercakap atau lihat kamera’ ( speak
or look at this camera). Gerakan melambai-lambai dari satu kamera ke satu
kamera yang lain bertujuan mengingatkan ‘talent’ bahawa Pengarah Studio
menukarkan kamera pertama kepada kamera yang satu lagi untuk ‘on-air’.
Esok sambung lagi untuk.....
DAY 2
HARI ini, Rabu, bengkel MCP disambung dan hari ini setiap kumpulan menyiapkan penulisan skrip serta juga menyiapkan bahan-bahan untuk VT. Walau
bagaimanapun tugas2 berkenaan masih belum selesai hingga
waktu kerja berakhir. Tugas yang hampir
siap itu akan disambung esok...................................
Bile telah selesai, esok semua peserta bergerak ke STUDIO UKM
untuk menjalani latihan amali penerbitan MCP di sana hingga tamat waktu pejabat.....
.............................................................................................
............................................................................
DAY 3.
HARI ini, Khamis dan merupakan hari ketiga BENGKEL MCP kami berlangsung
dan hari ini setiap kumpulan menyiapkan apa2 yang masih belum siap.
Bercadang hendak menggunakan blue screen...rupanya
ada masalah teknikal...oleh itu jika studio
di upgrade nanti jangan lupa
masukkan kemudahan untuk menggunakan
blue atau green screen, kalau tak akan menangis sampai kiamat untuk
mendapatkan cara menggunakan teknik berkenaan
dengan alat yang wujud sekarang..............
Ermmmmm....malas nak tulis lagi, tengok jer gambor-gambor
di bawah tuuuuuuuuuuuuuu.........
DAY 4
Jumaat, 9 Okt. 2015, merupakan hari terakhir bengkel mcp di studio ukm.
Hari ini mereka membuat latihan penerbitan mcp serta juga
penerbitan akhir waktu pagi.....
Sebelah petang diadakan majlis penutup dengan dihadiri
oleh Pengarah PKK sendiri iaitu Prof. Datin
Dr. Norizan serta juga Datin Dr. Saadah yang menjadi juri bersama dengan
Pengarah PKK. Di akhir program sijil2 disampaikan kepada
para peserta oleh Datin Pengarah.................
Terima kasih kerana sudi membaca..................dan terima kasih
jugak kepada semua krew dan peserta yang terlibat......................................
DAUD.montak.zakaria