Dalam Stesen Penyiaran yang besar, Audio Engineer menyelaraskan pengendalian alatan audio oleh krew audio semasa rancangan ke udara. Ada juga terdapat Audio Engineer yang mempunyai monitor- monitor seperti di dalam bilik kawalan. Namun bagi studio yang kecil hanya seorang pengendali alatan audio sahaja yang disediakan. Beliau akan mengawal muzik, sound effect, turntable dan sebagainya yang diperlukan dalam penerbitan.
Sebaik saja program dimulakan, Audio Engineer akan menerima arahan-arahan daripada Pengarah. Berikut adalah 'cues' yang biasa digunakan serta maksudnya.
Sebaik saja program dimulakan, Audio Engineer akan menerima arahan-arahan daripada Pengarah. Berikut adalah 'cues' yang biasa digunakan serta maksudnya.
- Open mike: Audio Engineer mesti membuka/ menaikkan 'fader' mikrofon.
- Fade in audio: Audio Engineer menaikkan 'fader' audio perlahan-lahan supaya audio juga kedengaran perlahan-lahan naik sehingga ke tahap yang dikehendaki oleh Pengarah.
- Fade out audio: Merupakan hal yang bertentangan dengan 'fade in' supaya audio menjadi perlahan secara perlahan-lahan.
- Hit music: Muzik dinaikkan hingga peringkat yang tinggi.
- Cut sound: Audio dihentikan secara tiba-tiba seperti mikrofon dan alat-alat bunyian.
- Sound up & under: Audio dinaikkan hingga 'full level' dan kemudian di turunkan hingga level yang rendah seperti menjadi background.
- Cross fade: Naikkan satu audio dari satu sumber dan dalam masa yang sama turunkan satu sumber audio yang lain.
Mungkin ada lain-lain 'cues' berkaitan 'audio' dalam buku-buku yang lain. Sila cari....