Sunday, April 12, 2009

Silent on the set, please...


30 seconds to on air..
Silent on the set, please..
Graphic ready...
Vtr ready...
Switcher, ready..
Lighting, ready...
FM, ready...
Cam one, rady...
Cam two, ready..
Cam three, ready...
Cam four ready..ops! no cam four lahhhh...

Terdapat beberapa elemen yang amat penting di dalam penerbitan MCP televisyen. Dalam penerbitan televisyen diantara peralatan yang penting ialah kamera. Kamera video di sambungkan kepada Camera Control Unit(CCU) masing-masing, yakni satu kamera satu CCU. Terdapat beberapa tugas CCU ini dan diantaranya ialah ia mengawal iris kamera video sama ada secara manual dan juga automatik. CCU juga boleh "set" kan white balance kamera video secara manual dan automatik. Itulah diantara tugas CCU. Dalam penerbitan program secara Multiple Camera Production, setiap kemera bertindak merakamkan subjek dalam saiz shot yang berbeza umpamanya jika Cam One memberikan saiz shot CU maka Cam Two pula memberikan saiz shot seperti Full Shot. Pemilihan shot-shot akan ditentukan oleh Pengarah. Visual-visual ini akan terus ke VTR untuk dirakam ke pita atau terus di ke udarakan secara lintas langsung.


Sementara itu audio atau bunyi/ suara subjek akan dirakamkan oleh mikrofon. Mikrofon ini akan menangkap audio dan disalurkan audio consol atau audio mixer. Dari sini audio/ bunyi tersebut di salurkan ke VTR untuk dirakam bersama Visual atau disalurkan terus ke pemancar untuk dipancarkan secara lintas langsung.


Dalam penyiaran televisyen alatan yang perlu ada ialah kamera, lighting, audio mixer, videotape recorder, videotape player, Special Effect Generator atau Video Switcher dan juga mikrofon yang pelbagai. Selain daripada itu kumpulan atau krew penerbitan yang mahir juga amat perlu dalam penerbitan televisyen. Tanpa krew penerbitan yang mahir peralatan yang berjuta RM pun tidak berguna. Bagi mereka yang pernah menerbitkan program MCP ini, mereka tentu telah mengetahui betapa pentingnya krew yang mahir dalam penerbitan MCP.

Cukuplah setakat ini dulu, den akan sambung dengan peralatan-peralatan dalam penerbitan televisyen di masa akan datang. Bukan esok, bukan lusa dan bukan tulat kerana tarikh-tarikh tersebut(13, 14 & 15 April 09) den berada di Fraser Hill. Nanti blog ini akan sunyi dan tidak dapat di update pada tarikh-tarikh tersebut....

2 comments:

CikLieYzaOnline said...

apa beza audio consol dan audio mixer?

daud.montak.zakaria said...

Bendanye sama je, dua2 sama tetapi sebutan je berlainan...