Thursday, November 19, 2015

..kendalikan BENGKEL SCP anjuran Muzium Warisan Akademik

DAY ONE

HARI ini, Selasa, kami mengendalikan BENGKEL SCP anjuran MUZIUM WARISAN
untuk Kolej Felda Trolak. Bengkel tersebut berlangsung selama
TIGA HARI. Kami bertindak sebagai penceramah dan
juga fasilitator....................................
Esok, harap semuanya berjalan dengan licin dan lancar tanpa sebarang
masalah......da letih dengan masalah...harap tiada
lagi selepas ni..........................k.


Terima kasih kerana sudi membaca....
esok.......DAUD.montak.zakaria


DAY TWO...

HARI kedua ni iaitu RABU, aku bawak satu grup yang membuat penerbitan video
berkaitan TAMAN PAKU PAKIS. Disebabkan Taman Paku Pakis
kelihatan tidak berapa banyak bahan untuk dirakam
maka projek berkenaan bertukar
kepada penerbitan video TAMAN HERBA UKM. Staf yang
bertugas di situ pun amat memberi kerjasama kepada pelajar kolej Felda yang
akan membuat penerbitan berkenaan. Kami berada di taman
herba tersebut lebih kurang dua jam sebelum
kembali semula ke Bangunan Penerbit UKM untuk mereka menjalankan
proses penerbitan video seterusnya.......................


sesi temubual

pokok belalai gajah

penamat...
pos produksi

DAY THREE


Hari Ketiga kedua-dua kumpulan penerbitan video menyambung kerja-kerja menyudahkan atau menyiapkan penerbitan mereka. Kerja
ini termasuklah suntingan, baca skrip, masukkan 
muzik, masukkan sound effect dan 
sebagainya.........

foto oleh KAMARUL BAHARIN SUPAAT (dari FACEBOOK)
foto oleh KAMARUL BAHARIN SUPAAT (dari FACEBOOK)
Dalam pukul 5 petang majlis penutup
telah diadakan dan mereka berkumpul untuk preview
penerbitan video yang telah mereka buat serta mendengar komen
komen daripada pengkritik...............

foto oleh KAMARUL BAHARIN SUPAAT (dari FACEBOOK)
Diharap bengkel yang dianjurkan oleh MUZIUM WARISAN AKADEMIK UKM,
dan yang kami kendalikan ini akan mampu
memberi manfaat kepada pelajar KOLEJ YAYASAN FELDA
TROLAK berkenaan............
Segala kekurangan kami dalam mengendalikan bengkel ini mohon
dimaafkan............................
Video boleh disemak di sini.......................................
https://www.youtube.com/user/avukm/videos


KERTAS KERJA YANG DISAMPAIKAN SEMASA KENDALIKAN BENGKEL
PENERBITAN VIDEO KOLEJ YAYASAN FELDA
TROLAK...

PENERBITAN VIDEO SCP
PENDAHULUAN;
Dalam penerbitan video pelbagai peraturan perlu diikuti. Menerbitkan sebuah penerbitan video adalah umpama membina sebuah bangunan. Perancangan amat diperlukan.  Dalam penerbitan video, kita sewajarnya mengetahui tujuan penerbitan berkenaan. Sasaran penonton mesti diambilkira dan objektif video tersebut mesti jelas. Pengumpulan bahan dan sumber amat perlu dan diperiksa kesahihannya. Pilih maklumat yang sesuai untuk penerbitan tersebut. Penulisan skrip amat perlu dan disiapkan sebelum tugas penerbitan dilakukan. Jadual rakaman dan krew mesti diatur. Peralatan juga amat perlu diambilkira kerana tanpa peralatan bermakna penerbitan berkenaan, gagal. Rakaman ‘footage’ untuk indoor dan outdoor juga perlu difikirkan. Penyuntingan juga harus difikirkan  selepas rakaman. Rakaman suara latar, muzik dan ‘sound effect’ juga penting dalam penerbitan video. Yang paling penting untuk diambilkira ialah belanjawan atau  budget kerana tanpa budget mustahil kerja penerbitan boleh dibuat.
Untuk menghasilkan sebuah penerbitan video yang sempurna, setiap tenaga yang terlibat mestilah mempunyai pengetahuan berkaitan bidang berkenaan. Sebuah penerbitan video yang baik memerlukan peraturan seperti berikut.
1.      Idea
Untuk menghasilkan sebuah penerbitan secara berkumpulan satu perbincangan perlu diadakan. Perbincangan perlu untuk mendapatkan idea dikalangan ahli kumpulan. Idea boleh diperoleh hasil daripada perbincangan berkenaan. Setiap idea yang dihasilkan dalam kumpulan akan dibincangkan. Bersetuju membuat pilihan kepada idea yang terbaik.

2.      Kumpulan sasaran
Tumpuan kepada kumpulan sasaran adalah amat mustahak supaya skop video yang diterbitkan tidak menyimpang. Sebagai contoh golongan sasaran ialah ibubapa untuk video berkaitan kehilangan kanak-kanak.

3.      Objektif
Objektif video yang akan diterbitkan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Contoh objektif jika tajuk video tersebut ‘Kehilangan Kanak-kanak’ ialah;
a. Supaya ibubapa dapat memahami masalah kehilangan kanak-kanak.
b. Supaya mereka sentiasa berwaspada
c. Supaya kehilangan kanak-kanak akan berkurangan dan tidak akan berlaku lagi

4.      Isi kandungan
Objektif berkenaan dapat memberi panduan untuk memilih isi kandungan yang betul dan tepat dalam penerbitan video berkenaan.

1.      Format(gendre)
Dalam format atau gendre apa penerbitan tersebut dibuat. Gendre yang digunakan hendaklah menarik penonton. Contoh gendre ialah seperti dokumentari, animasi, drama dan sebagainya.
TERDAPAT TIGA PERINGKAT DALAM PENERBITAN
a.      Pra Penerbitan (pra produksi / pre production)
b.      Penerbitan (produksi / production)
c.       Pasca Penerbitan (pos produksi/ post production)

a. Pra Penerbitan
1.      Skrip
2.      Storyboard
3.      Lokasi
Skrip
Dalam penerbitan video skrip mengandungi suara latar, kesan bunyi, dan shot-shot kamera. Suara latar ialah apa yang akan dikatakan. Kesan bunyi ialah apa yang didengar. Gambar atau visual pula ialah apa yang akan dilihat. Penulis skrip merupakan individu yang mempunyai daya imaginasi. Gunakan perkataan di mana yang perlu. Skrip yang baik akan menghasilkan penerbitan yang bagus dan menarik. Dalam menghasilkan skrip penerbitan video ia perlu didahului dengan idea dan synopsis atau ringkasan cerita serta treatment iaitu mengandungi gerak kerja kamera tanpa skrip.
Storyboard
Apabila skrip telah disiapkan maka ia akan diterjemahkan ke bentuk visual atau storyboard. Visual yang disusun mengikut urutan akan menghasilkan pergerakan cerita yang licin dan lancar. Proses mengatur visual ini akan melibatkan perubahan sehingga setiap yang terlibat akan berpuas hati. Setiap shot dalam storyboard mengandungi nota dan jenis shot.
Recee(mencari lokasi)
Setelah skrip disiapkan, lokasi penggambaran yang sesuai dicari. Lokasi yang dipilih hendaklah menurut apa yang terdapat dalam skrip.
Dalam mencari lokasi perhatian perlu diberi kepada beberapa perkara iaitu punca kuasa letrik, arah matahari terbit dan terbenam, masyarakat tempatan, sewaan, keperluan mendapat kebenaran, keselamatan dan sebagainya.

Skrip audio visual
Sebaik sahaja membuat recee, skrip akhir ditulis. Skrip ini dibahagikan kepada scene(babak) dan shot.

Scenario Writing
Title:                                                                                                          Date:
                                                                                                                  Page:
No.
Visual
Effect
Audio








Skrip amat penting dalam penerbitan video. Sebuah skrip sama seperti sebuah ‘blue print’ untuk proses penerbitan video. Skrip akan memberi pertunjuk atau arah yang jelas;
a.      Kandungan mesej dalam penerbitan
b.      Jenis-jenis shot dan hubungan shot-shot dengan kesinambungan(continuity)
c.       Jenis-jenis ‘props’
d.      Titik-titik peralihan diantara babak-babak untuk menjadikan jalan cerita lebih mudah difahami.
e.      Suara latar, dialog, muzik dan kesan bunyi yang dimasukkan adalah untuk mengkayakan perjalanan maklumat.
Terdapat tiga jenis  SKRIP yang biasa dibincang dalam hubungan dengan penerbitan video iaitu;
a.      Treatment script
b.      Audio visual script
c.       Shooting script
Untuk menerbitkan program video, skrip audio visual dibentuk atau dibina. ‘Shooting script’ dibina kemudian daripada audio visual script. ‘Treatment script’ pula ditulis sebelum ‘audio visual script’ dan ‘shooting script’.
Apabila ‘audio visual script’ ditulis ia diserahkan kepada Pengarah untuk dibuat penerbitan. Pengarah akan menukarkan audio visual script kepada ‘shooting script’ sebelum membuat penerbitan.


1.      PERANCANGAN.
Perancangan / Planning
Sebelum turun membuat penggambaran, mesyuarat diadakan dengan semua krew dan sebagainya. Perkara yang dibincangkan termasuklah
1.      Kandungan skrip
2.      Peralatan untuk penerbitan
3.      Peranan dan tanggung jawab setiap ahli
4.      Reka bentuk set dan cahaya(hubungan dengan sudut kamera)
5.      Hubungan krew dan pelakon semasa shooting.

a.      Skrip
Setiap krew mempunyai skrip ketika mesyuarat dan semua perkara berkaitan penerbitan dikaji, dibincang dan diselesaikan.
b.      Peralatan
Jumlah peralatan yang akan digunakan bergantung kepada saiz penerbitan.
i.  Rakaman dalam studio (Studio shooting)
Kamera
Pita
Camera Control Unit
Head set
Video Tape Recorder
Video Tape Player
Monitor
Mikrofon
ii.  Rakaman di lokasi (Location shooting)
Kamera
Headset
Mikrofon
Bateri
Lampu
iii. Pasca penerbitan (Post production)

iv.  Editing machine
a.      Peranan dan tanggung jawab setiap ahli
Terdapat banyak tugas untuk dilaksanakan dalam proses menerbitkan sebuah program video dan tugas-tugas ini termasuk pengendalian kamera, pengendalian lampu-lampu, penyuntingan, muzik dan sebagainya.

b.      Persiapan peralatan
Untuk persiapan peralatan ia mengambil banyak masa. Persediaaan peralatan termasuk membina set, meletakkan peralatan di posisis yang telah ditentukan, penyambungan kabel-kabel serta mengumpul serta meletakkan semua props yang diperlukan.

c.       Hubungan antara krew dengan pelakon atau pengacara
Sebelum rakaman, perbincangan diantara Pengarah dan pelakon atau pengacara diadakan untuk membina keyakinan kepada diri pelakon atau pengacara. Bila semua bersedia dan Pengarah puas hati maka Pengarah akan memberi arahan supaya mengambil posisi tugas masing-masing dan bersedia. Lokasi rakaman akan menjadi senyap dan member tumpuan kepada tugas masing-masing.

            3. Perlu diingat kembali Penerbitan Video Mempnyai Tiga Peringkat.
-Pra Penerbitan (pra produksi / pre production)
-Penerbitan (produksi / production)
-Pasca Produksi (pos produksi / post production)

Pra penerbitan (pra produksi / pre production)
Peringkat ini termasuklah idea, synopsis, treatment, penyediaan skrip, recee untuk mencari lokasi sesuai, jadual penggambaran
Penerbitan (produksi / production)
Di peringkat ini semua krew rakaman akan mula membuat rakaman di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan mengikut skrip yang telah ditetapkan. Dalam peringkat ini rakaman dijalankan di luar studio dan dalam studio bergantung kepada keperluan skrip. Rakaman juga dijalankan ‘indoor’ atau ‘outdoor’.


Dalam kerja-kerja penerbitan ia melibatkan rakaman studio dan rakaman lokasi.
a. Studio shooting;
Segala rakaman dilakukan dalam studio. Semua peralatan lengkap studio digunakan.
b. Location shooting;
Ditahap penerbitan peringkat ini, persiapan yang cukup amat perlu. Rakaman di sini adalah mengikut apa yang ada dalam skrip. Peralatan yang diperlukan ialah kamera, pita, bateri kamera, headset, mikrofon dan kabel mikrofon. Semua peralatan perlu dipastikan boleh berfungsi.

RECORDING SHEET NO:…………….. TITLE: ………………….. DATE:………….  TAPE NO: ……………..
SCENE SHOT
SHOT NO.
CONTENT
TAPE COUNTER
FROM – TO
COMMENT


























Krew Produksi
Penerbitan video merupakan satu kerja secara berkumpulan dan setiap individu mempunyai tugasnya yang sendiri.
1.      Pengarah;
Bertanggung jawab untuk keseluruhan penerbitan program berkenaan dan member arahan-arahan dalam kerja penerbitan.
2.      Jurukamera;
Menerima arahan daripada pengarah dan mengendalikan kamera video.
3.      Jurulampu
Bertanggung jawab dalam mengendalikan lampu untuk pencahayaan.
4.      Juruaudio;
Bertanggung jawab dalam rakaman audio  untuk penerbitan berkenaan
5.      Jurusolek

Bertanggung jawab dalam solekan pada mereka yang akan berada dihadapan kamera.
1.      Kesinambungan(contigirl)
Bertanggung jawab dalam memerhati dan mencatat segala perkara semasa rakaman.
2.      Clapper board;
Bertugas memegang clapper board.
3.      Penyunting;
Bertanggung jawab dalam membuat penyuntingan penerbitan mengikut apa yang terdapat dalam skrip.
Gerak kerja kamera
Semasa rakaman di lokasi terdapat gerak kerja tertentu kamera ketika rakaman. Semua kerja kamera ini adalah mengikut skrip yang telah ditetapkan. Gerak kerja kamera ini bukan saja mencantikkan visual tetapi juga ada ketikanya mempunyai erti tertentu.
Saiz shot-shot
Terdapat beberapa saiz-saiz shot dalam penggambaran video yang seringkali kelihatan apabila kita menonton sebarang rancangan di media-media elektronik.
      Long shot (LS) or full shot (FS). Dari atas kepala hingga kaki.
      Medium shot (MS), biasanya dari pinggang ke atas.
      Medium close-up (MCU) , dari bahu hingga ke atas kepala.
      A close-up (CU) bahagian muka.
      Extreme close-ups (XCUs), bahagian mata sahaja atau mulut sahaja atau satu mata sahaja.
Extreme Long shot(ELS); saiz shot yang sangat luas iaitu subjek yang hendak dirakam dan apa yang ada disekitarnya.
EST (Establishing shot) atau Wide shot(WS); ialah saiz shot jika pada seorang manusia ialah diri manusia itu sendiri dan kawasan sekitarnya.
Sudut kamera
Terdapat pelbagai sudut kamera semasa membuat penggambaran video. Seorang jurukamera perlu mahir dengan istilah-istilah tersebut.


1.      Secara menegak(vertical)
High angle; ialah kamera berada di atas subjek.
Eye view: kamera mempunyai paras yang sama dengan mata subjek atau orang yang dirakam
Low angle: ialah kamera berada di bawah sementara subjek di atas.
Bird view shot; kamera berada jauh di atas sementara subjek yang hendak di rakam berada di bawah.
2.      Secara mendatar(horizontal)
Front: kamera berada di hadapan subjek yang dirakam.
Profile: kamera merakam dari sebelah kiri atau kanan subjek
Back: kamera berada di belakang subjek yang dirakam.

Gerak kerja kamera yang lain.
Pan right; arah lensa kamera bergerak ke kanan.
Pan left; arah lensa kamera bergerak ke kiri
Tilt up; arah lensa kamera bergerak ke atas
Tilt down; arah lensa kamera bergerak ke bawah
Crane up; kamera dinaikkan ke atas
Crane down; kamera digerakkan ke bawah
Zoom in; dengan menggunakan zoom lens, subjek dirakam semakin dekat, sementara kedudukan kamera tidak berubah.
Zoom out; dengan menggunakan zoom lens, subjek dirakam semakin jauh. Kamera tetap ditempatnya.
Point of view: kamera bertindak sebagai mata atau pandangan subjek.
Over shoulder: kamera merakam dari belakang subjek yang sedang behadapan dengan subjek yang lain.
Reverse shot: kamera berada di tengah-tengah dua subjek yang sedang berbual.
Two shot: shot dua subjek


Dolly in ; kamera bergerak ke hadapan
Dolly out ; kamera bergerak ke belakang
Move right ; kamera bergerak ke kanan
Move left ; kamera bergerak ke kiri

Pasca penerbitan (pos produksi / post production)
Ini merupakan proses akhir dalam penerbitan dimana rakaman tersebut disunting mengikut skrip yang telah ditetapkan. Dalam proses ini juga muzik dan sound effect serta suara latar(kalau ada) dimasukkan ke dalam penerbitan.
1.      Priview semua visual yang telah dirakam untuk memilih shot-shot yang diperlukan. Jika terdapat kesilapan dalam penggambaran akan dibuat kembali.
2.      Membuat suntingan mengikut urutan dalam skrip.
3.      Pemilihan muzik latar dan ‘sound effect’ yang sesuai
4.      Membuat salinan daripada ‘edited master’.

PENYUNTINGAN
  Kebanyakan program yang ditayangkan di televisyen disunting semasa atau selepas rakaman sebenar dilakukan. Apabila penyuntingan dilakukan selepas rakaman dijalankan ia dikenali sebagai penyuntingan ‘post-production’. Proses ini berbeza dibandingkan dengan penyuntingan ketika rakaman ‘multiple camera production’.
  Penyuntingan melibatkan bahan-bahan seperti ‘footage’ video yang telah dirakam, foto, illustrasi, animasi, grafik, dialog, suara latar, bunyi, muzik dan sebagainya yang boleh disatukan menjadi produk akhir.

FUNGSI PENYUNTINGAN
  Penyuntingan dibuat dengan pelbagai alasan yang berbeza. Ada ketikanya kita perlu menyusun shot-shot untuk menghasilkan cerita. Di masa yang lain pula kita mungkin perlu menyunting untuk memotong shot-shot bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk sesuatu program atau memotong dan membuang perkataan ‘talent’ yang tidak diperlukan atau mungkin juga untuk mengganti shot Medium Close Up dengan shot Close Up yang lebih menarik.

FUNGSI ASAS PENYUNTINGAN
  Semua alasan-alasan berbeza tersebut merupakan contoh FUNGSI ASAS PENYUNTINGAN iaitu;
  Menyambung(combine)
  Memendekkan(trim)
  Membetulkan(correct)
  Membina(build)

DUA JENIS PENYUNTINGAN
  Terdapat dua jenis penyuntingan iaitu penyuntingan ‘off line’ dan ‘on line’.
  Penyuntingan off-line;
     
  Penyuntingan ‘on line’;

PENYUNTINGAN OFF-LINE
  Tujuan penyuntingan ‘off-line’ ialah untuk membentuk asas kepada penyuntingan ‘on-line’. Dalam fasa ‘off-line’ satu ‘rough cut’ dibentuk dan ditunjukkan kepada pengarah,penerbit dan sebagainya untuk diluluskan. Lazimnya dalam fasa ini beberapa perubahan dibuat. Apabila sudah diluluskan atau dipersetujui maka bolehlah diteruskan ke fasa ‘on-line’.

PENYUNTINGAN ON-LINE
  Dalam proses penyuntingan ‘on line’ pula segala perkara yang perlu dimasukkan seperti dialog, muzik, suara latar dan ‘effect’, ‘sound effect’ dan sebagainya dimasukkan ke dalam penerbitan video berkenaan. Namun jika masa tidak mengizinkan fasa penyuntingan ‘off-line’ boleh diabaikan seperti untuk segmen berita.

PRA TONTON
  .Penerbitan video yang telah disiapkan ditonton oleh mereka yang terlibat dengan penerbitan tersebut seperti Pengarah dan Penerbit.
 Jika terdapat sesuatu yang perlu dipinda ia akan dilakukan dan setelah siap akan diedarkan.




Terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria