Wednesday, April 6, 2011

Hari Kedua XPDC Saintifik Hutan Simpan Kekal UKM


Hari ini, 6 April 2011; kami iaitu sdr. Shahrul, sdr. Raai dan aku masuk ke Hutan Simpan Kekal UKM bersama penyelidik dalam XPDC Saintifik Hutan Simpan bangi. Kali ini kami masuk melalui jalan masuk ke hutan simpan berhampiran Fakulti Undang-undang UKM. Permulaan perjalanan mendaki kami menyertai kumpulan penyelidikan 'antibiotik' dari FSKB.

Sepanjang perjalanan mendaki kumpulan berkenaan mengambil sampel tumbuhan dan mereka berharap untuk memperoleh 50 sampel pada pagi ini. Kumpulan ini tiba di puncak Bukit Rupa dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan menuruni bukit berkenaan.


















Aku serta sdr. Raai tinggal dibelakang sambil membuat rakaman bahan-bahan untuk kami rakam sebagai bahan foto dan video. Dalam perjalanan tersebut kami jumpa dengan kumpulan yang diketuai oleh Encik Damanhuri yang sedang mengambil sampel terutama spesis cendawan. Sempat juga membuat rakaman video semasa mereka mengambil sampel-sampel.
Aku dan sdr. Raai akhirnya tiba di pintu keluar dari trail dekat jalanraya berhampirang Teras Jernang. Rasa sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan di trail-trail.

Oleh itu kami menunggu kenderaan mengambil kami di lokasi tersebut. Setelah kenderaan sampai, pemendu meneruskan perjalanan untuk mengambil peserta yang keluar di Kampung bahagia, bangi dan juga di lokasi berhampiran Nuklear malaysia di Jalan Bangi. Kami kemudian kembali ke Hutan Pendidikan Alam UKM. Pada pandangan aku untuk kajian sains mungkin masih banyak sampel-sampel yang terdapat di Hutan Simpan Bangi. Namun untuk bahan rakaman video kami, kelihatannya macam kekurangan subjek yang hendak dirakam. walau bagaimanapun bahan seperti pengkaji mengambil sampel-sampel masih boleh digunakan untuk menghasilkan video berkaitan "Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Kekal UKM".

daudmontakzakaria