Wednesday, September 28, 2011

Oh! Konvo 39

AKHIRNYA, 27 September 2011, selesai rakaman 'multiple camera production' atau MCP, majlis Konvokesyen Ke 39. Banyak asam garam, pahit getir ketika melaksanakan tugas berkenaan. Walau bagaimanapun masih tersisip hal-hal yang agak manis walaupun tidak terlalu manis.

...sebelum konvo....

Tugas melaksanakan rakaman mcp yang resmi dan penting ini amat mencabar jasmani dan rohani kami. Tugas ini bertitik tolak daripada masa persiapan peralatan rakaman sehinggalah acara tersebut tamat. Ketika persiapan, segala peralatan yang tidak mencukupi perlu dicari sampai dapat, tak kira dengan apa cara sekalipun asalkan tidak mencuri. Keperluan peralatan tambahan seperti lampu-lampu video, kamera video tambahan dan sebagainya perlu dicari dan jika tiada dalam simpanan, maka perlulah disewa....

....ketika rakaman sedang berjalan.....

Dalam tugas persiapan teknikal, perlu ada kerjasama dikalangan krew bertugas. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kalau sikap kerjasama ini tidak berlaku atau wujud maka
beban tersebut akan terpaksa digalas atau ditanggung oleh orang lain dikalangan
krew yang bertugas.
Ini tentu akan mewujudkan suatu kezaliman terhadap
orang lain. Perlu diingat doa orang yang dizalimi tidak akan dihijab yang
bermaksud doa mereka yang dizalimi mudah untuk
diqabulkan oleh ALLAH S.W.T
Kita tak tau bila doa tersebut akan berlaku, mungkin esok, lusa, minggu, bulan,
tahun dan seterusnya dan....mungkin juga saat bila kita dah hampir
dicabut nyawa, sape tau kan...kan...kan...Perlu diingat, habis
tinggi usia manusia sekarang ialah 80 tahun jer.....

Rakaman video MCP perlu 'perfect'. Kalau tidak mampu mencapai ketahap itu, maka
hampir 'perfect' pun masih boleh diterima.....


Dalam majlis konvokesyen ini, perkara yang paling aku bimbang ialah berlaku kerosakan kepada peralatan teknikal rakaman mcp seperti projektor tidak berfungsi, plasma tv tidak ada visual, cctv di luar dewan terdapat masalah dan peralatan dalam studio ukm mengalami kerosakan sama ada kecil atau besar contohnya seperti 'black out'.

....juru audio kami.....

Perkara ini tentu akan menimbulkan masalah besar jika tidak boleh diatasi dengan cepat atau tidak dapat diatasi langsung. Sememangnya semua mata hadirin dalam dewan yang mungkin jumlahnya lebih 2 atau 3 ribu itu, bertumpu kepada setiap layar tayangan dalam dewan. Kalau layar tersebut tiada visual tentu sekali mengelabah kami dibuatnya......Umpamanya jika studio ukm 'black out', semua screen besar atau kecil tentu tidak ada visual langsung. Itulah masalah kami yang tidak ramai menyedarinya. Jika berlaku tentu 'komplen' akan datang mencurah-curah dengan pantas dan bertimbun-timbun. Harap jangan berlaku sampai bila-bila...INSYAALLAH...

....salah seorang krew kami yang 'macho'...

Acara yang paling aku bimbang dalam majlis konvo ni ialah ketika ucapan CANSELOR dan
NAIB CANSELOR. Maklumlah dalam ucapan-ucapan berkenaan terdapat
tempat-tempat yang perlu di isi dengan gambar dari power point dan
juga gambar secara 'live' dari dalam dewan besar tempat majlis
berlangsung. Biasanya hal ini diminta oleh orang atasan.
Mujurlah bos kami ada untuk menentukan dimana
semuanya harus diletakkan.
Ketika ini krew kami yang terlibat sama ada dalam bilik kawalan dan juga krew dalam
dewan besar perlu bertindak dengan cekap dan pantas tanpa sebarang kesilapan
dan sentiasa siap sedia selalu sepanjang acara tersebut berjalan.
Jika berlaku kesilapan tentu sukar untuk diterima akibatnya seperti jika tersilap
nama VVIP yang dipaparkan di layar tayangan, tentu aib, kan gitu...???


Dalam hal berkerjasama diantara krew, aku tidak layak untuk minta krew yang bertugas sama ada krew UAV atau krew bantuan, dengan menggunakan perkataan yang boleh menyinggung. Dalam keadaan genting sebegini, perasaan masing-masing perlu dijaga..................Terutama krew bantuan yang dijemput untuk membantu dengan 'sukarela'...

...seronok ketika menikmati 'rezeki belanja' bos kami ketika sebahagian krew berehat....

Mereka datang membantu dengan hati yang sukarela, oleh itu tidak logik untuk menginggung perasaan mereka. Ada krew yang sanggup datang dari UKMKL semata-mata untuk membantu kami, fikirlah, jika tiada rasa sukarela tentu dia takkan datang membantu selama 4 hari tersebut. Tak perlulah kita menyinggung perasaan mereka dan tak perlu kita menunjukkan kehebatan kita kepada sesape pun kat kulit dunia ni....tahtah esok kita tak jumpa pun mereka buat selama-lamanya, sape tau kan...ekekeke.... Pada individu yang tersinggung, mungkin mereka akan 'hang'kan bacaan FATIHAH untuk kita...kan...kan...kan... Tidak rugi kita 'BERBAHASA' dengan mereka semua....

....beri tumpuan sepenuhnya ketika bertugas.....

Pandangan aku, keseluruhan aktiviti rakaman MCP majlis konvo tu, hampir keseluruhannya telah berjalan dengan baik dan hampir sangat dengan sempurna. Cuma terdapat sedikit
kesilapan teknik yang menyebabkan beberapa orang graduan
dalam SIDANG 4 tidak terakam dalam pita.
Kerjasama diantara krew JURUKAMERA juga amat baik pada pemerhatian aku, walaupun kami menghadapi kekurangan jurukamera hampir kesemua kamera yang perlu dikendalikan.
Semua krew jurukamera di semua kelima-lima kamera telah bertugas dengan baik. Kerja kamera yang telah mereka lakukan, bolehlah dianggap agak sempurna, walaupun terdapat sedikit kekurangan di sana sini. Pada aku tugas mereka semua sudah 'terbahek'. Kita tidaklah boleh membandingkan jurukamera kita dengan jurukamera 'production house' atau ASTRO atau RTM atau TV3 dan sebagainya. Mereka disana sentiasa ada 'job' yang menjadikan mereka lebih mahir dan 'perfect'. Tak adil menyamakan 'kita' dengan 'mereka'. Pada aku 'berkata-kata adalah lebih mudah daripada melakukannya'. Janganlah pula, kita disamakan dengan burung tiong yang bijak berkata-kata' atau 'ketam yang bijak mengajar anak berjalan'.....


Pandangan aku jugak krew dalam BILIK KAWALAN VIDEO juga telah bertugas dengan cemerlang, bermula daripada Pengarah Studio, switcher, grafik dan sebagainya termasuk PENGARAH STUDIO UTAMA(bos kita).

....serius jugak ketika bertugas.....

Krew BILIK KAWALAN AUDIO juga terbahek, tanpa audio rakaman akan menjadi tidak BERGUNA atau hampeh......... Merekalah yang bertanggung jawab dalam menyelesaikan isu berkaitan masalah audio semasa acara berlangsung.

Hubungan di antara krew juga amat baik, sama ada ketika bertugas dan ketika berehat, ada saja senda gurau dan sebagainya. Suasana bekerja begini tentu mampu mengurangkan 'tension' dan rasa seronok untuk bekerja. Bukan mudah bertugas selama 4 hari, masuk jam 8.00 pagi, keluar dewan jam 6.00 petang. Dalam jangka masa tersebut cahaya matahari tidak kelihatan pun. Walaupun penuh dengan gurauan, tetapi tugas tidak diabaikan....sentiasa diberi keutamaan. Contohnyer, krew grafik sentiasa berlari dari luar Bilik Kawalan Video, bila graduan penerima ijazah bertukar dari satu fakulti ke fakulti yang lain....

Sepanjang majlis berkenaan berlangsung, aku rasa janggal dengan cara bekerja grup lain yang agak formal, melainkan 5 atau 6 orang yang aku kenal. Yang lainnya macam penuh protokol. Aku pulak yang rasa macam terkena 'culture shock'. ( * Masa atau ketika atau hari yang berikutnya, aku terlihat 'seseorang' yang masuk ke dalam studio ukm seorang diri untuk mengambil sesuatu yang tertinggal tanpa sepatah perkataan pun...siapakah gerangan 'anak raja' tersebut....tentu tinggi darjatnya hingga tak perlu bertegur sapa bila masuk ke tempat manusia lain...)

Begitu juga setelah majlis konvo tersebut berakhir, semua krew bekerjasama mengemaskan semua peralatan rakaman mcp. Mengemas kabel, televisyen, extention cable dan sebagainya.....Tiada sebarang rungutan, semua sedia bantu membantu. Semangat 'KERJASAMA' juga merupakan satu kuasa yang mampu menyempurnakan semua tugas dengan baik. Dalam keadaan begini kita tentu tidak boleh menganggap diri kita lebih baik daripada mereka, sama2 bertugas tanpa mengira kita siapa, bimbang nanti timbul rasa RIYAK, yang menyukarkan kita untuk mencium apatah lagi untuk masuk ke syurga...
Sewajarnya diingatkan sekali lagi, tanpa semangat 'kerjasama' kita tidak akan ke mana melainkan jika kita bekerja ' sorang-sorang' tetapi, tentu rimas jika bekerja seorang berpuluh tahun, bukan begitu...?

Apa-apa pun semuanya telah selesai dengan sempurna. Bagi aku jika tidak timbul sebarang 'komplen', maka bolehlah dikatakan tugas kita tersebut boleh dianggap cemerlang. Oleh itu aku ingin mengucapkan terima kasih terlalu banyak kepada krew BANTUAN yang telah sudi membantu kami dalam rakaman MCP tersebut iaitu; SDR. YUNUS MISDI(kejut), KHAIDIR(penerbit), AZRUL KHAIDIR(penerbit), WAFIY(penerbit), HANIM(penerbit), HAZWANI(penerbit), ZULHIMI(ftsm), HATA(ftsm), JAMALUDIN SALEH(fpi), JAMALUDIN SABRAN(ftsm), BADRU NIZAM(fst), SULIMI(fssk), ROSLI ROBAI(fssk), KU WAI(fssk), SHAMSUL BAHARI(fssk), BUKHORI KAMMARSUDDIN(kejut), ZULHAIRI(atma), HASNAH(audit), NORWATI(fep), SITI NORSYARINA(fep), YAN(ptm), YUSRI(ukmkl), SAIFULLAH(fssk), INSYIRAH(penerbit) dan mereka yang tidak ingat nama untuk ditulis di sini. Kalau nak berkenalan dengan mereka semua yang BAIK HATI ni, pi ler ke FB aku....'add' lah mereka......
Terima kasih kerana membaca.
daudmontakzakaria