Thursday, April 10, 2008

Hari Ketiga Penerbitan TV di Studio UKM



Hari ini, Khamis 10 April 08;
Merupakan hari yang ketiga dan terakhir Pelajar Tahun 3 Pusat Pengajian Media dan Komunikasi menjalankan penerbitan MCP (multiple camera production ) mereka di STUDIO UKM, DECTAR. Penerbitan para pelajar ini dinilai oleh pensyarah mereka PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI sepanjang penerbitan MCP berkenaan dilakukan di STUDIO UKM. Disamping itu kami sebagai krew penerbitan STUDIO UKM, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM dapat juga menilai sejauh mana tunjuk ajar yang kami berikan kepada para pelajar terutamanya dari aspek teknikal dan cara pengendalian penerbitan MCP, diaplikasikan oleh mereka semasa penerbitan akhir tersebut dilakukan. Banyak kenangan dapat diimbau kembali hasil dari pergaulan kami dengan para pelajar berkenaan sepanjang sesi latihan dan penerbitan akhir tersebut. Hilai tawa dan adakalanya disulami oleh derai air mata para pelajar mungkin boleh menjadi kenangan mereka selepas bergelar graduan nanti. Bagi kami ingatan tersebut akan menjadi bahan untuk renungan para pelajar berikutnya yang bakal memasuki STUDIO UKM, di DECTAR dalam semester- semester yang akan datang......

Penerbitan akhir MCP hari kedua.




Hari ini 9 April 2008;
Merupakan hari kedua pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK melaksanakan penerbitan MCP (multiple camera production) mereka di STUDIO UKM, di DECTAR. Masing-masing kumpulan telah melaksanakan penerbitan mereka dengan sebaik atau sesempurna yang mungkin bagi mencapai markah semaksima yang mampu diperoleh oleh mereka. Dalam aktiviti penerbitan ini, Pengarah memainkan peranan yang paling penting ibarat seorang nakhoda kepada sesebuah kapal yang sedang belayar. Tanpa nakhoda yang cekap mungkin kapal akan sesat atau hilang haluan di lautan nan luas. Begitulah pentingnya seorang Pengarah dalam sesebuah rancangan yang diterbitkan terutama rancangan yang di keudarakan secara langsung....