Friday, October 8, 2010

Tamat....Annual Planetary Congress


Jam lebih kurang 12.30 tengah hari semalam, Khamis, 7 Oktober 2010, berakhirlah 'Annual Planetary Congress 2010' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Program berkenaan tamat selepas lawatan Angkasawan ke Muzium UKM dan juga Taman Paku Pakis UKM.

Selama dua hari berturut-turut kami berkampung dalam Dewan Canselor, membuat rakaman MCP program berkenaan. Tidak ramai krew bantuan MCP yang hadir. Ini mungkin disebabkan waktu pejabat, mereka sibuk dengan tugas harian mereka di fakulti, jabatan dan sebagainya. Krew bantuan yang sempat datang memberikan bantuan ialah sdr. YUNUS MISDI, WATIE, MIMIE dan INA?. Staf UAV yang bertugas ialah Jasril, Suraya, Shahrul, Ramli, Kamarul dan aku sendiri sementara sdr. Izad membuat rakaman ENG semasa lawatan angkasawan ke Muzium UKM dan Taman Paku Pakis UKM.

Walau bagaimanapun tugas berkenaan dapat kami jalankan dengan licin dan sempurna tanpa sebarang masalah yang besar berlaku..... Terima kasih kepada semua yang sudi membantu kami, tanpa anda siapalah kami......

*Penghargaan melalui SMS daripada ANGKASA, UKM
'Pihak Institut Sains Angkasa UKM mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang program XXIII Annual Planetary Congress ASE 6 - 7 Oktober 2010. Mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan. Semoga diberkati Tuhan dan kita dapat bekerjasama lagi dimasa depan - Farid Sekretariat ASE 2010.

daudmontakzakaria