Thursday, August 9, 2012

MCP Pelajar LI lagiii....

....tontonler hasil rakaman tersebut, moga ada manfaatnyer...INSYAALLAH..

...bilik kawalan utama...
 HARI ini, 9 OGOS 2012; kami membuat rakaman MCP Bicara Santai Muslim 3.
Ia merupakan program yang di cetuskan ideanya oleh Pelajar Latihan
Industri di Penerbit UKM...

....krew konti...
....pengacara....
 Kali ini tajuk yang dibincangkan ialah Cinta Kepada Rasulullah saw. Rancangan
ini di hos kan oleh Pelajar LI sendiri iaitu CIK 'AFIFAH dan
tetamunya ialah CIK FARAH NADIA.

....studio floor....
....cameramen on duty....
 Program ini merupakan rakaman kali ketiga dirakamkan di STUDIO UKM.
Kami banyak membantu mereka dari segi teknikal.
Rasanya kali ini rasanya mereka mungkin
dah sangat memahami kerja
rakaman MCP.

....FM on duty....
Memanglah tujuan rakaman ini dijalankan adalah untuk memberi
mereka ilmu berkaitan rakaman MCP. Kami kongsikan
segala pengetahuan kami yang tak seberapa
ini dengan mereka. Mungkin
kami tidak mempunyai
ilmu lain yang
lebih bernilai, namun
kami berharap ilmu yang tak seberapa
ini akan dapat mereka manfaatkan untuk masa yang
akan datang, INSYAALLAH....
....ERMMMM....rasanya aku dah takde idea untuk menulis lagi....
....terima kasih kerana sudi membaca....dan silalah
tonton rakaman di atas tuuuuu...
DAUDmontakzakaria.

UcaPAN RAye...???

Pusat Islam UKM....Ustaz Hafiz.....
HARI semalam 8 OGOS 2012, kami membuat rakaman ucapan Hari Raya warga
UKM. Sebenarnya aku mendapat informasi  untuk menghasilkan penerbitan
ini agak lewat jugak. Video ini akan digunakan semasa jamuan HARI
RAYA UKM yang akan diadakan di DECTAR pada 28 OGOS
nanti. Aku rasakan masa yang diperuntukkan agak
terbatas. Pada awalnya mereka mahu
ucapan daripada kakitangan
UKM yang bertugas pada
HAri RAya nanti.

Pengarah Keselamatan UKM
Disebabkan masa agak terhad
maka kami mengambil keputusan untuk
merakamkan ucapan daripada kakitangan
UKM tanpa mengira sama ada mereka bertugas atau
tidak pada hari lebaran tersebut. Apa boleh buat daaaaaa...

...beri tumpuan...
Jadi pada pagi 8 OGOS tersebut kami terus membuat rakaman
encik-encik pengawal keselamatan yang sedang bertugas
di pos kawalan utama di pintu masuk utama UKM.
Dapat jugak kami merakamkan tiga atau
empat orang pengawal yang sedang
bertugas mengawal dan memer
hatikan kenderaan yang
keluar dan
masuk
melalui pintu masuk
utama tersebut. Selesai rakaman
di lokasi tersebut kami bergerak pula ke
pejabat keselamatan UKM namun rakaman ucapan
tidak dapat kami jalankan kerana PENGARAH KESELAMATAN
tidak ada di pejabatnya dan kami diminta datang pada jam 
2.30 petang untuk membuat rakaman ucapan berkenaan.
Oleh yang demikian kami meneruskan tugas
kami iaitu ke PUSAT ISLAM UKM
untuk membuat rakaman
ucapan HARI RAYA
kakitangan
PUSAT
ISLAM pula. ALHAMDULILLAH
kami mendapat kerjasama yang baik daripada
pegawai agama PUSAT ISLAM UKM walaupun dikatakan
kami lewat menghubungi PUSAT ISLAM UKM. Memang aku
akui agak lewat menghubungi pusat tersebut. Aku hubungi
mereka pada pagi tadi dan  mengatakan akan
datang ke sana sebelum jam 12.00 tengah 
hari....huhuhu....maaf lerrrrrrr...
Apa-apa pun rakaman
berkenaan telah berjalan dengan
licin dan lancar...terima kasih bebanyak
kepada USTAZ MOHD HAFIZ...sejuk rasa hati
aku bila mereka yang memang 'dipilih' oleh ALLAH SWT,
berada dalam tugas tersebut, bersikap amat mesra kepada
tetamu, dan tidak menghilangkan diri yang mungkin
akan menimbulkan tanda tanya yang maha besar
di kepala para tetamu yang berkunjung
ke PUSAT ISLAM iaitu simbol
agama yang amat di
hormati oleh
khalayak...

......ucapan raya....
Sebelah petang
tepat jam 2.30 petang
seperti yang dijanjikan, kami
telah berada di PEJABAT KESELAMATAN
UKM untuk membuat rakaman ucapan HARI RAYA
staf keselamatan. Sdr SHAHRUL membuat candid shot
aktiviti staf pengawal keselamatan sebelum pertukaran shif berlaku.
Setelah tugas mereka selesai kami merakamkan ucapan
HARI RAYA mereka secara beramai-ramai sebelum
kami membuat ucapan PENGARAH KESELA
MATAN UKM LC JURY. Rakaman
berjalan lancar di sana dan
kami meninggalkan
pejabat keselamatan setelah
berbincang cara untuk mendapatkan
'footage' rakaman HARI RAYA di MASJID UKM
yang akan dilakukan oleh staf PEJABAT KESELAMATAN
pada HARI RAYA nanti.
KREW UAV yang terlibat dalam
rakaman ucapan HARI RAYA tersebut
ialah SDR. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN,
RAMLI ADNAN, dan dua orang PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
sdr. PIAN dan FAISAL selain aku sendiri.
Suntingan video ini akan dibuat
dan disiapkan oleh SDR.
SHAHRUL FADLI.
Kepada yang terlibat dalam tugas ini, diucapkan
bebanyak terima kasih...
mungkinkah ada lagi rakaman ucapan selepas ini di KAMPUS UKM
di BANGI...?? ..ENTAH....aku pun tak tau tapi
rakaman di HUKM untuk para nurse akan
dilakukan oleh SDR. JASRIL AMRY dan SITI SURAYA...

......terima kasih kerana membaca....
DAUDmontakzakaria