Thursday, June 28, 2018

Sambung shooting di JKM...

Hari ni Khamis, 28 Jun 2018...pepagi lagi da sampai opis...terus sambung suntingan video 3 MT. Akhirnya siap jugak setelah beberpa lama buat editing. Siap je terus
upload ke UTube. Ok la tu bila da siap...lega nanti kalau
pihak yg bertanya dulu mintak...suh je
download drpd utube ukm...senang cite...kan...kan.....





Kemudian jam lebih kurang 10 pagi kami iaitu aku, shah dan saniy sambung buat shooting video di JKK sungai merab...Shooting hari ni simple je tak macam shooting
 yang tak jadi semalam tu....kali ni tak sesukar semalam...style 
semalam batal terus...huhuhu....
Shooting hari ni waktu pagi...pi gerak ke JKM dengan 
kete shah...Saniy jugak turut serta....
Tiba sana terus masuk bangunan dan seterusnya
ke bilik bengkel. Masuk je kami terus letak barang. Duduk dan perhati je dia 
orang sedang buat persembahan....Itu cuma raptai kut sebelum kami rakamkan dalam video.....tunggu je mereka habis buat persembahan.....



Selesai persembahan mereka rehat. Kami siapkan peralatan
untuk rakaman. Pasang kamera, lampu dan boom mike. Siap je pasang alat maka mulakan rakaman kami. Kami rakam setiap kumpulan yang melakonkan prosedure berkaitan
lapuran penderaan yakni keganasan rumah tangga. Terdapat beberapa babak
hinggalah selesai satu program kisah keganasan rumah tangga
tu....pandai jugak dia orang siap tengking2 dan
tangisan lagi tu...huhuhu...



Walaupun kelihatan macam mudah je shooting yang kami
buat tapi ia makan masa agak panjang jugak. Dari jam 10 lebih hingga jam 2.00 
petang barulah selesai keje keje shooting berkenaan. Sebenarnya peserta bengkel tersebut datang dari seluruh semenanjung malaysia. Semuanya pegawai Jabatan
Kebajikan Masyarakat seluruh semenanjung.......

Lepas makan tengah hari maka kamipun gerak balik ke ukm. Sdr. shahrul akan
buat proses suntingan atau pos produksi berkenaan. Pihak JKM akan tonton nanti dan buat sebarang perubahan jika ada nanti.....moga dipermudahkan semua olehNYA...
...nampaknya berhubung lagi dengan encik syukri yang peramah
dan lemah lembut tu......



...ok...esok buat keje lain pulak iaitu rakaman ucapan raya staf yang bertugas
hari raya untuk tayangan semasa jamuan raya ukm pada
6 Julai nanti.....huhuhu....

.....sekian....

daud.montak.zakaria