....foto hiasan...
HARI ini 12 OGOS 2012; sekali lagi aku ingin menulis sesuatu yang bukan
punyai kaitan pun dengan tugas aku sebagai videographer. Oleh itu
aku tercari-cari macam mana aku nak memulakan tulisan aku
ini. Agak menung seketika aku, untuk dapatkan
idea memulakan tulisan.................
Namun tulisan aku ini merupakan
hanya sebuah pandangan aku semata-mata dan
tiada kaitan pun dengan sape2 yang hidup dan sape2 jer
yang sudah mati dan masih mati. 'REDHA' dan 'RIYAK' merupakan
dua perkara yang sering kita ungkapkan dan sering jugak lidah kita menyebutnya.
Kedua-dua perkataan ini mungkin ada kaitannya dalam tulisan aku
ini. Kita sering menyebut perkataan 'redha' terutama kepada
orang lain atau rakan-rakan kita yang ditimpa ujian
atau musibah. Lidah kita lembut saja
menyebutnya bila ditujukan
kepada rakan-rakan
kita.
Namun apabila ujian
atau musibah menjengah diri kita sendiri
seringkali kita terlupa untuk mengapplikasikan
kepada hati kita. Kita rasa amat sukar untuk menyemat rasa
'redha' di sudut hati kita, rasa susah sangat...rasa payah sangat.
Kita mengambil masa untuk memaksakan hati kita supaya dapat menyematkan
rasa redha tersebut dihati kita. Kita rasa diri kita dah redha dengan
apa yang berlaku, namun acapkali juga kita rasa hati kita
mengeluh dan ada ketika secara senyap2 hati
kita macam terasa tidak puas hati
dengan apa yang berlaku.
Bila sedar kembali kita cuba jugak
memaksa hati kita supaya benar2 redha
dengan apa yang ditimpakan kepada kita, tapi lagi
berusaha kita cuba menyematkan rasa redha tersebut di
hati kita, namun lagi kuat juga perasaan kita berusaha menolak
rasa redha tersebut daripada hati kita..
Ermmm...inilah jugak yang berlaku kepada aku. Semalam aku
bersama keluarga berbuka di rumah kakak ipar aku
bersama keluarga. Adik ipar aku serta biras aku
pun turut serta. Keadaan ini memang jadi
tradisi dalam keluarga isteri aku dah
agak lama jugak.
agak lama jugak.
Pertalian antara keluarga
mereka amat rapat.
Bila berjumpa tentu mereka
akan berpeluk dan mencium pipi
masing-masing(adik-beradik mereka).
Suasana ini agak asing pada diri aku. Suasana
berbuka tu tidaklah sehingga mendedahkan aurat dikalangan
masing-masing. Selepas berbuka kami solat maghrib
secara berjemaah yang diimamkan oleh suami
kakak ipar aku. Selesai berbuka kami
semua balik ke kediaman
masing2. Dalam
perjalanan balik 'temperature'
kete aku naik tiba-tiba...aku terpaksa
berhenti dua atau tiga kali untuk sejukkan enjin
dalam keadaan tepi jalanraya yang gelap gelita. Alhamdulillah
tiba juga dengan selamat di rumah. Menjelang pagi
aku 'cek' kete aku....rupanya kelihatan minyak
enjin menitik, banyak juga nampaknya.
Aku pi bawak kete tu ke bengkel
dan tokeh bengkel tu kata
kene buat 'top
overhaul'...
Bila ditanyakan kosnya,
dia kata dalam lingkungan 1K...alamak,
terpegun gak sekejap, macam-macam aku fikirkan,
maklumlah dekat nak hari raya ni...tentu nak balik kampung dan
sebagainya. Fikir punya fikir akhirnya aku setuju dan
dia kata 3 atau 4 hari boleh siap. Sekali
lagi aku pening kepala sebab
macam mana nak pi keje tanpa kete?.
Fikir punya fikir lagi, akhirnya aku hubungi
rakan yang bersetuju untuk menompangkan aku
pegi dan balik keje. Ermmm...alhamdulillah ada gak rakan
yang sudi membantu aku. Itulah...sering rakan hadir
untuk membantu kita...namun kita pula
sanggupkah bersikap yang sama....?
Berbalik kepada perkataan 'redha' tadi, aku
masih tak pasti sama ada hati aku benar2 boleh redha dalam
keadaan aku sentiasa memaksa hati sendiri supaya redha dengan apa
yang berlaku. Segala yang berlaku memang telah dicatat dalam
kitab di azali. Mungkin kita tak boleh mengubah
apa yang telah tercatat...begitulah
cara aku cuba memujuk hati
untuk menerbitkan rasa
untuk menerbitkan rasa
redha tersebut di
sudut hati...
La...ni hati aku masih
berperang untuk menyematkan rasa
redha tersebut di sudut hati. Aku juga rasa sangsi
adakah aku telah berjaya menyemat rasa tersebut di sudut
hati aku ini....
Kadangkala aku rasa aku juga
di serang rasa 'riyak' dalam banyak hal, yang cuba mencari tapak
di sudut hati aku. Aku rasa paparan tulisan aku di FB dan BLOG ini juga
seperti salah satu serangan oleh sikap 'riyak' berkenaan.
Aku tak pasti....tapi itulah yang aku rasakan. Itulah bisikan hati kecil aku
yang hampir percaya sikap 'riyak' cuba menyerang
dan mengambil tempat
dalam ruang hati
ini......
....namun aku sentiasa berdoa supaya aku dijauhkan daripada
sikap TIDAK REDHA dan RIYAK ini...InsyaALLAH...
....terima kasih kerana sudi membaca...dan nasihatlah aku...
DAUDmontakzakaria.
No comments:
Post a Comment