Hari ini, 11 Ogos 2009, Unit Audio Video dikehendaki membuat rakaman video 'Multiple Camera Production' atau MCP untuk program Majlis Makan Malam NCWO di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Oleh sebab dua orang krew video iaitu sdr. Ramli dan Izad tidak dapat turut serta dalam rakaman berkenaan maka aku terpaksalah mencari altenatif yang lain. Tanpa berlengah aku terus hubungi sdr. Yunus dari Fakulti Kejuruteraan dan minta dia membantu. Sdr. Yunus terus menghubungi sdr. Bukhari drpd Jabatan Seni Bina untuk turut serta membantu.
Sdr. Kamarul sedang memberi arahan kpd jurukamera, aku pula sedang memerhatikan keadaan dan Siti Suraya sedang mengendalikan 'video switcher'.
Aku juga turut minta bantuan sdr. Amri dan Siti Suraya yang ketika ini sedang mengikuti orientasi staf baru selama 3 hari. Mereka berdua ni staf baru Unit Video. Aku tiada pilihan, terpaksa memanggil mereka turut membantu kerana rakaman video MCP memerlukan ramai krew. Aku juga turut minta bantuan sdr. Khaidir dari Unit Cetak Pusat Penerbitan. Dia juga bersetuju
Keadaan semasa majlis sedang berlangsung di dalam Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Hari ini, pagi2 lagi aku dan sdr. Kamarul mengumpulkan semua peralatan yang perlu dibawa ke dewan berkenaan. Jam 1.00 petang, kami bertolak ke Dewan Perda Felda. Kami sampai lebih kurang jam 2.00 petang. Selepas menurunkan peralatan dari van kami terus membawa ke dalam dewan dan terus membuat pemasangan hingga selesai.
Kumpulan sdr. Yunus, Bukhari, Amry, Suraya dan Khaidir bertolak selepas waktu pejabat kerana tugas masing-masing.
Jam 6.00 petang semua peralatan diuji termasuk sistem audio dalam dewan oleh staf teknikal dewan berkenaan. Kami membuat rakaman dan punca audio kami dapati dari PA Sistem dewan tersebut. Terima kasih kepada staf teknikal dewan Felda. Mereka juga membantu menayangkan multimedia yang kami bawa. Video multimedia tersebut berkonsepkan '1 Malaysia'.
Majlis Makan malam berkenaan dihadiri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Turut hadir ialah Datuk Shahrizad. Ucapan malam ini didahului oleh Pengerusi NCWO iaitu Tan Sri Dato' Sharifah Hapsah Syed Shahbudin yang juga Naib Canselor UKM. Dikuti oleh ucapan Datuk Shahrizad. Ucapan Perasmian pula dilakukan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Hmmm...apakah agaknya yang disembangkan oleh sdr. Kamarul dan Siti Suraya tu...????
Majlis Makan Malam NCWO tersebut tamat lebih kurang jam 11.00 malam. Tamat saja majlis, kami terus mengemas peralatan. Tiba-tiba, aku telah disapa atau ditegur oleh seseorang semasa sedang mengemas peralatan. Hmmm....rupa2nya sdri. DWEE iaitu pelajar yang aku kenali kerana dia 'involved' dalam program Silang Budaya anjuran UKM dan NCWO. Dia juga aku kenal kerana dia mengikuti program 'UKM-Global Students Mobility. Aktif jugak dia ni.. Dia juga terjumpa dengan blog aku ni. Bagus, ada juga pelajar yang mengenali aku, terima kasihlah DWEE.
Selepas berkemas, kami terus balik ke UKM. Dalam perjalanan balik, bising jugak dalam van dengan macam-macam cerita yang keluar dan terlintas diminda. Lebih kurang jam 12 lebih kami tiba di UKM dan terus memunggah peralatan daripada van dan dibawa masuk ke bangunan Pusat Penerbitan.
Apa yang menyebabkan geli hati tu...
Tamatlah tugas untuk hari ini dan terima kasih kepada Sdr. Kamarul, Yunus, Amri, Khaidir, Siti Suraya dan Muhammad Bukhari....tanpa anda semua, siapalah aku....
Terima kasih juga kepada sdr. Shohaimi Abdul Rahman dari Pusat Peng. Media & Komunikasi yang telah menyiapkan penyuntingan video multimedia....