Wednesday, May 27, 2015

sambutan 45 tahun ukm di dectar...

HARI ni, Rabu cuti sebab elergic kat tangan tapi datang gak kerje kerana membantu
rakan rakan dalam rakaman sambutan 45 tahun UKM di
dewan canselor Tun Abdul Razak
UKM.......
Tengok jer ler foto kat bawah ni....letih nak menulis....





foto en. hazrul...







tak tau sapa yg ambil foto ni...
Terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montakzakaria

cabaran kayuhan amal 450 km...

ANTARA 23 - 26 Mei 2015, kami membuat rakaman CABARAN KAYUHAN AMAL
45 KM dalam negeri Selangor dan sebahagian negeri Perak. Kayuhan selama 4
hari tersebut mengandungi beberapa fasa iaitu UKM - TANJUNG 
KARANG; TANJUNG KARANG - TELUK INTAN
TELUK INTAN - TANJUNG MALIM;
TANJUNG MALIM - RAWANG ; PUTRAJAYA - UKM.
Tengok jer ler foto di bawah, ku biarkan ia bercerita dengan menggunakan
bahasanya.....................................................................

teluk intan - tanjung malim
tanjung karang - teluk intan
ukm - tanjung karang
tanjung malim - rawang
putrajaya - ukm
DRAFT SCRIPT

Universiti Kebangsaan Malaysia telah menginjak usia 45 tahun pada 18 mei 2015 yang lalu. Dalam usia yang sedemikian banyak kejayaan telah dicapai oleh UKM dalam bidang akademik dan penyelidikan. UKM juga berjaya menjadi dikalangan 100 buah university terbaik di dunia di bawah usia 50 tahun.

Sempena menyambut 45 tahun UKM, satu kayuhan amal telah diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh KELAB BERBASIKAL UKM. Program ini dikenali sebagai Program Cabaran Kayuhan Amal 450 Kilometer sempenan 45 Tahun UKM.

-       Temubual Pengerusi Program

Menganjurkan sebuah program sama ada besar atau kecil bukanlah mudah, ia memerlukan kesungguhan dan perancangan yang teratur.

-       Temubual  Timbalan Pengerusi Program

Program kayuhan amal ini bermula dari dataran Panggung Seni, UKM. Pelepasan peserta kayuhan amal ini telah disempurnakan oleh YBHG. Prof. dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat.

Dari UKM, kumpulan kayuhan ini bergerak menuju ke Tanjung karang iaitu lokasi terakhir untuk fasa pertama. Lalulintas di kawal oleh Unit Keselamatan UKM. Sementara ambulan Pusat Kesihatan UKM sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku. Kayuhan ini bergerak melalui Dengkil dan Banting.  Di sini mereka berehat seketika untuk mengumpul kekuatan. 

duk belakang hilux
duk belakang hilux lagi
UPSI
duk belakang hilux lagi
lagi duk belakang hilux
Pekan yang dilalui oleh peserta kayuhan selepas Kelang ialah Kapar. Peserta singgah di sini untuk makan tengah hari. Namun perut tidak boleh di isi penuh kerana akan menganggu kayuhan peserta.

Kayuhan bersambung lagi. Berlaku sedikit kemalangan kepada salah seorang peserta kayuhan. Inilah antara cabaran yang tidak diduga yang perlu dilalui oleh para peserta adakalanya disebabkan oleh kesalahan orang lain.

Kayuhan ini diteruskan menuju Tanjung Karang melalui Jeram dan Kuala Selangor. Kayuhan ini berakhir di Kampus UKM Tanjung Karang. Di sini semua peserta menginap untuk menunggu memulakan kayuhan pagi esok.

Kampus UKM Tanjung Karang dibina dalam tahun ………………dan digunakan sebagai pusat memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar oleh pelajar perubatan UKM.

Kayuhan untuk fasa pertama ini mempunyai jarak sejauh 138 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 8 jam.

Ahad, 24 Mei 2015, peserta kayuhan amal telah siap sedia sejak awal pagi untuk memulakan kayuhan. Fasa kedua ini ialah dari Tanjung Karang ke Teluk Intan Perak.

Setelah semuanya siap sedia dan sesi fotografi telah selesai, kayuhan pon bermula. Kayuhan ini akan melalui Sekincan, Sungai Besar dan Sabak Bernam sebelum tiba di Teluk Intan. Jarak perjalanan lebih kurang 97 kilometer dan dijangka selesai  dalam masa 5 jam.

Dalam perjalanan, peserta kayuhan amal singgah sebentar di sebuah sekolah agama. Peserta kayuhan telah beramah mesra dengan para pelajar. 

ni duk kat menara 'PISA'
di serang elergic...kena injec 2 kali.....
mana ada belakang hilux di situ ada kami....
tugas di mana pon boleh buat kalau nak...
rehat
Terdapat juga peserta yang mengambil sedikit masa member kata-kata semangat kepada para pelajar. Sesi fotografi juga telah dirakam bersama pelajar. Peserta kayuhan akhirnya meninggalkan sekolah berkenaan dengan diiringi oleh lambaian tangan pelajar.

Cuaca agak mendung. Tiba di sabak Bernam, peserta kayuhan telah singgah di sebuah rumah penduduk. Di sini Prof. dato’ Dr. Abdullah sani, pakar ENT telah member khidmat perubatan kepada penghuni rumah terbabit. Semua peserta kayuhan telah diberi jamuan di rumah berkenaan.
Selesai sesi fotografi, peserta kayuhan mula meninggalkan rumah tersebut untuk menuju Bandar Teluk Intan Perak. Kayuhan bukan saja melalui jalan yang lebar dan sesak malah jua melalui jalan yang di kiri dan kanan ditumbuhi pokok yang menghijau.

Tiba di daerah Teluk Intan peserta kayuhan diiringi oleh anggota polis lalulintas IPD Teluk Intan. Setiap anggota polis lalu lintas ini telah menjalankan tugas mereka dengan amat baik. Peserta kayuhan tiba di Kampus UKM Teluk Intan menjelang tengah hari. Peserta akan menginap di kampus ini.

Kampus UKM Teluk Intan ini merupakan kampus untuk pelajar tahun akhir fakulti perubatan yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan di kalangan penduduk sekitar. Kampus ini siap dibina pada tahun 2013.

Menjelang jam 3.00 petang, anggota polis lalu lintas teluk Intan telah mengiringi peserta kayuhan amal ke Balai polis Teluk Intan. Di sini mereka telah bergabung dengan kelab basikal polis teluk Intan untuk mengadakan kayuhan sekitar Bandar Teluk Intan.
Selesai sesi fotografi, mereka mula bergerak keluar dari perkarangan Balai Polis Teluk Intan.

Sejarah teluk intan

rehat
singgah
sebelum mula aktiviti

masih belakang hilux
Kumpulan kayuhan ini telah melawat kawasan Beting Beras Basah.

Sejarah beting beras basah

Mereka juga telah berkayuh menuju Menara Condong Teluk Intan yang telah terkenal kepada pelancong dalam dan luar Negara.

Sejarah menara teluk intan.

Akhirnya kayuhan peserta telah singgah di Rumah Bakti

Pesrta telah disambut oleh penguasaha rumah berkenaan serta penghuninya.
Selepas selesai semua ucapan, pihak UKM yang diwakili oleh Prof. Dato’ dr. Abdullah Sani telah menyampaikan cek dan sumbangan yang lain kepada pihak rumah bakti terbabit.

Selesai acara di rumah bakti, semua peserta kayuhan UKM telah diiringi oleh polis lalu lintas Teluk Intan ke kampus UKM Teluk Intan. Mereka akan menginap di sini sebelum menyambung kembali kayuhan pagi esok.

dalam lori pulak...
UPSI


UPSI
canselori
Hari Isnin, 25 Mei 2015, seperti biasa setiap peserta kayuhan akan membuat persediaan untuk menyambung kembali kayuhan. Setelah segalanya selesai dan setelah doa dipanjatkan kepada Ilahi, kumpulan ini memulakan kayuhan. Mereka meninggalkan kjampus UKM Teluk Intan menuju Tanjung Malim. Fasa ketiga ini mempunyai jarak perjalanan 98 kilometer dan dijangka mengambil masa selama lebih kurang lima jam.

Peserta kayuhan akan melalui Bidor, Sungkai, Slim River sebelum tiba di lokasi yang dijadualkan iaitu Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.

Peserta kayuhan singgah dibeberapa lokasi, mengumpulkan tenaga untuk meneruskan cabaran.

Di Sungkai, peserta kayuhan singgah di MRSM. Pihak MRSM menyambut baik kedatangan peserta kayuhan amal ini. Sesi bertukar tukar fikiran dijalankan secara santai dengan Pengetua MRSM tersebut. Ini juga salah satu cara mempromosikan UKM kepada pihak luar.

Kayuhan diteruskan lagi kerana lokasi akhir masih belum di jejaki serta masih jauh lagi. Masing-masing kelihatan masih bertenaga untuk meneruskan kayuhan. Kali ini kayuhan mereka disirami air hujan buat seketika.

Akhirnya setelah agak lama berkayuh maka menjelang tengah hari mereka tiba di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.

-       Sejarah tanjung Malim dan UPSI

Selepas berehat, jam 5.00 petang, peserta kayuhan amal berkayuh di sekitar Tanjung Malim iaitu kampus universiti, Bandar Proton dan kawasan sekitar sebelum berhenti untuk berehat menunggu memulakan kayuhan pagi esok.

tamat daaaaa....
foto kenangan...
Hari Selasa, 26 Mei 2015, seperti biasa setiap peserta kayuhan akan membuat persediaan untuk menyambung kembali kayuhan. Setelah segalanya selesai dan setelah doa dipanjatkan kepada Ilahi, kumpulan ini memulakan kayuhan. Mereka mula meninggalkan kampus university Sultan Idris di Tanjung Malim menuju ke Rawang.

Mereka meneruskan kayuhan dengan bertenaga sepanjang perjalanan menuju Rawang. Tiba di Rawang jalanraya bertambah sesak. Kayuhan amal ini juga melalui Kuala Kubu Bharu dan singgah sebentar di sini untuk mengumpul tenaga. Pasukan Perubatan juga turut memberikan bantuan kepada para peserta yang mengalami masalah. Kayuhan bersambung dan bila tiba di daerah Rawang jalanraya bertambah sesak. Para peserta singgah di Hutan Lipur untuk berehat dan makan tengah hari.
Selesai berehat dan makan tengah hari semua peserta masuk kenderaan untuk pergi ke Putrajaya. Basikal para peserta juga ada yang dimasukkan ke dalam lori untuk dibawa ke sana. Keputusan ini diambil kerana keadaan jalanraya yang sibuk dan sesak yang mungkin boleh membahayakan peserta kayuhan.

Di Putrajaya, peserta menyambung kembali kayuhan menuju Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Mereka berkayuh dari Putrajaya menuju UKM adakalanya dalam kumpulan dan ada ketikanya berjauhan antara satu dengan yang lain.
Akhirnya peserta kayuhan amal ini tiba di UKM dan disambut oleh pegawai UKM di Bangunan Canselori. Sesi bergambar juga telah diadakan.

Pada 27 Mei 2015, semua peserta kayuhan amal telah diberi penghargaan dalam Majlis Pelancaran Sambutan 45 Tahun UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia......................

Sekian dan terima kasih sebab sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria