Monday, December 3, 2018

Sisa sisa MCP untuk aku...


'baru siap edit hari ni, 4 disember 2018'


..yang ini 'short version'...

Hari ni, ISNIN, 3 Disember 2018...hari ni kami membuat rakaman MCP Majlis Syarahan Canselor UKM Ke 3 di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK atau 
DECTAR. Majlis ini merupakan majlis yang diadakan
setiap tahun dan dihadiri oleh
Canselor UKM DYMM Tuanku Muhriz.
Ini merupakan kali ketiga program ini diadakan di dewanberkenaan....
Ini link cerita syarahan canselor yang lalu....klik
la DI SINI


persiapan pentas dan sebagainya...
persiapan pentas dan sebagainya...
Persiapan dewan dectar dijalankan pada hari Ahad iaitu sehari sebelum majlis berlangsung.
Persiapan pentas dan sebagainya disediakan dan dijalankan sejak pagi Ahad.
Sementara sebelah petang pula diadakan pula raptai pentadbiran.
Kami dari Unit Audio Video PKK bertanggung jawab dalam
persiapan teknikal rakaman video berbilang kamera. Kali ini kami gunakan
alat sewaan kerana alatan mcp lama kami sudah kurang berkemampuan untuk digunakan
sebab sudah terlalu lama dan bimbang berlaku masalah teknikal semasa
rakaman nanti.

persiapan...
persiapan teknikal oleh krew jelas juta...
keadaan dalam dectar
Hari Ahad aku, sdr. shahrul dan sdr. ramli datang ke dewan untuk tujuan persiapan alatan mcp tersebut. Kami tiba di dectar lebih kurang jam 9.30 pagi. Syarikat penyewaan
alatan tersebut tiba dalam jam 10.00 pagi. Sebaik tiba mereka terus
memunggah alatan masuk ke dalam studio ukm dan
mula melakukan pemasangan. Kami sewa
mcp dengan 3 buah kamera.
Walaupun 3 kamera sahaja tetapi alatan dalam
studio perlukan kawasan yang luas jugak seperti masa kami sewa alatan
untuk majlis konvokesyen yang lalu.

kali ni 'switcher' kecik aje...
pasang kamera
pasang kamera di bawah seliaan sdr. kamarul jpj dari jelas juta...
Krew syarikat jelas juta ambil masa beberapa jam untuk siapkan pemasangan peralatan mereka. Mereka pasang kabel kabel kamera serta lain lain alatan sama ada dalam
dewan serta dalam studio. Menjelang jam 2.00 petang mereka
telah siap pasang semua alatan yang perlu.
Ujian visual dengan LED dewan tak dapat dibuat
kerana krew pusat kebudayaan ukm ada tugas lain di lokasi yang
lain....
Siap aje pasang krew jelas juta pun balik dan akan datang pada
pagi esok sebelum majlis bermula. Tugas pada hari esok tidaklah banyak
bagi mereka kerana untuk memasang kamera dan tripod serta membuat ujian semua
alatan serta disambungkan ke LED untuk paparan dalam dewan.

krew jelas juta
alat dalam studio
tunggu program bermula...dari kiri AMIRA, SANIY, AMIRA 2, YAN, FAKHRAN, YUNUS dan AKU...
Lebih kurang jam 2.00 petang tiba pulak team dari Pusat teknologi maklumat UKM untuk pasang alatan 'streaming' dia orang. Program hari esok akan ditayangkan
secara 'live' di internet. sebaik selesai pasang krew ptm keluar. Ujian
streaming tak dapat dibuat sebab krew jelas juta dah takde..uji esok aje la..
Sebenarnya
majlis esok bukan saja kami
rakam tetapi juga dipaparkan di layar tayangan dalam
dewan untuk tontonan secara 'live' dalam dewan serta juga ditayangkan
secara 'live' di internet....dalam lain perkataan di ' live streaming' kan...ekekeke... betul ke ayat tu...huhuhu...
Selesai untuk cerita hari Ahad....2 disember 2018

dalam konti...dengan amira 1, amira 2 dari ukm kuala lumpur dua dua, fakulti pergigian ..
..bersama nur fazliana ramli dan jasril amry...dalam konti...
...sempat paparkan dua orang awek pusat komunikasi korporat ukm di layar tayangan dalam dectar..ekeke...
Cerita hari isnin...3 November 2018 pulak. Pagi Isnin aku tiba di dectar lebih kurang jam 7.15 pagi. Tak lama kemudian tiba sdr Shahrul, berikutannya sdr. ramli.
tak lama kemudian lebih kurang jam 8.00 pagi krew jelas juta
pulak tiba di dectar dan mula on kan sistem
serta mula pasang kamera dan
 sebagainya.
Mereka pasang tripod dan kamera
serta cek peralatan berkenaan dari segi rakaman dan tayangan
di LED. Semuanya mereka selesaikan pagi itu sebelum program bermula jam
10.00 pagi.
Tak lama kemudian sdr. Yunus pulak
tiba. Dia bawak roti canai untuk sarapan krew yang
aku minta dia tempah dan bawak ke studio. Kami dapat tau ada
sarapan jugak pagi tu. Tak lama kemudian tiba pulak dua amira..kembar yang berbeza
ibu bapak dari ukm kuala lumpur...fakulti pergigian. Dia datang dari kuala
lumpur untuk bantu kami...terima kasih bebanyak kerana
masih sudi bantu kami hari ni......

ketika program...foto aizat gamaknya....
untuk kenangan....
untuk kenangan...
Aku dan Yunus kemudian pi sarapan pagi di tingkat atas iaitu lokasi yang sama masa kami makan semasa majlis konvo ukm dulu tu. Selesai sarapan masuk kembali ke
dalam studio dan tunggu program bermula. Ada krew yang
datang bantu kami yang aku panggil melalui
surat rasmi. Ada yang tak dapat hadir mungkin
mereka punya tanggung jawab di fakulti memasing, apa apa pun
terima kasih bebanyak kepada semua krew yang terlibat dengan kami pada hari ini...
Semua krew mula 'standby' di posisi memasing 5 minit sebelum program
bermula. Sebaik bermula kami pun seperti biasa jalankan tanggung
jawab kami sebagaimana biasa. Aku bertindak
sebagai Pengarah Studio yang bagi
arahan kepada semua krew semasa rakaman dijalankan sehingga selesai.....
Rakaman telah berjaya dibuat dengan baik...dan akan aku edit
sebelum di upload ke ukm tube.......nanti...
Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat iaitu sdr.
SHAHRUL, RAMLI, YUNUS, JASRIL, YAN, AMIRA, NUR AMIRA,
AIZAT, SANIY dan FAKHRAN....dan semua krew JELAS JUTA....
Akhirnya aku berfoto dengan semua krew jelas juta dan sebahagian krew kami 
kerana ini mungkin kali terakhir aku berkolaborasi bersama team tersebut sebab aku akan mula bersara 'option' pada 1 MAC 2019. Terima kasih kepada NUR
FAZLIANA BINTI RAMLI kerana
tolong rakamkan foto berkenaan..harap..krew semua akan dapat membantu krew selepas aku bersara sehingga bila bila selagi studio ukm masih ada dan masih berfungsi...

~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

1 comment:

Anonymous said...

Lucky Club Online Casino Review | Best Odds & Bonus
Lucky Club luckyclub.live is a brand new online casino founded in 2017. It was launched in 2017 and quickly gained popularity for their easy access to online casino games.