Thursday, January 29, 2009

Bilo nak abih...

Muzium Seri Menanti

Jam 7.30 pagi dengan diiringi anggota polis dari Kontijen Polis Selangor, konvoi Kembara Seri Perpatih II bergerak menuju ke Gemencih iaitu di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Salah. Tujuan kedestinasi ini ialah untuk melihat sendiri adat istiadat Perlantikan Dato' Monteri. Di Kampung Salah ini para peserta bersama-sama penduduk kampung telah bergotong royong menyediakan hidangan tengah hari.

Istiadat yang akan diadakan sebelum tengah hari nanti ialah istiadat melantik Buapak Perut Sungai Salah yang telah meninggal dunia. Terdapat tiga puak dalam Suku Waris Tiga Nenek iaitu Perut Rumah Gedang, Perut Sungai Jernih dan Perut Sungai Salah. Istiadat ini telah dilakukan dalam rumah. Oleh itu hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyaksikan istiadat berkenaan sementara yang lain2 hanya mendengar pihak yang terlibat bercakap melalui mikrofon. Macam mendengar radio, hanya ada audio sahaja.

Namun begitu krew rakaman video iaitu Sdr. Wafiy telah merakamkan istiadat tersebut dari mula hingga akhir. Begitu juga, Sdr. Wafiy dan Sdr. Ramli telah merakamkan majlis perasmian program di Kampung Sungai Salah ini. Perasmian tersebut telah dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Gemenchih, YB Dato' Mohd Kamil Abdul Aziz.

Selepas makan tengah hari rombongan kembara bergerak pula ke Muzium Seri Menanti. Satu taklimat telah diberikan kepada para peserta kembara sebelum mereka dibenarkan melawat Muzium Seri Menanti berkenaan di sekitar kawasan dan juga ruang-ruang dalam muzium tersebut. Kira2 jam 6.00 ptg. aku bergerak ke Kuala Pilah untuk mencari penginapan dan akan kembali semula ke Seri Menanti waktu malam nanti. Pada sebelah malamnya pula peserta kembara telah mengambil bahagian dalam Majlis Bacaan Yaasin Perdana di Masjid Di Raja Seri Menanti sempena kemangkatan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Wednesday, January 28, 2009

Ado lae cerito esey...

Mendengar ceramah sejarah Adat Perpatih

Melawat Makam Dato' Dol Said




Destinasi seterusnya ialah Kampung Selemak. Di sini juga peserta kembara telah diberi ceramah ringkas berkaitan sejarah Kampung Selemak yang dikatakan berasal dari perkataan Seri Lemak. Upacara perasmian program di kampung ini pula telah disampaikan oleh ADUN Kota, Dato' Awaluddin Said. Diantara isi ucapan perasmian beliau ialah;

- Memberi nasihat supaya mempelajari tentang Adat Perpatih supaya tidak terkeliru.

Di Kampung Selemak ini juga para peserta kembara telah mengambil bahagian dalam satu program eksplorasi budaya yang telah dirancangkan oleh AJK. Dalam program eksplorasi ini para peserta dapat memahami perkara berkaitan kehidupan masyarakat kampung dan juga budaya yang mereka amalkan. Mengukur kelapa, memancing, mengumpul tahi kambing, membersih perkuburan, membersih kebun, menarik upih dan sebagainya dapat dirasai oleh para peserta.

Kampung Taboh Naning di Melaka menjadi destinasi Kembara Perpatih yang seterusnya. Di sini para peserta kembara telah diberi taklimat dan juga membuat sesi lawatan ke Makam Dato' Dol Said. Kira-kira jam 6.00 petang aku bergegas ke Tampin untuk mencari tempat melolapkan mata untuk malam ini. Sebelum jam 8.00 malam bergegas kembali ke Tabuh Naning untuk rakaman forum. Semasa forum pada sebelah malamnya, para peserta kembara telah mendengar para ahli forum melontarkan pandangan dan pendapat mereka berkaitan hal ehwal adat dalam Forum Perdana Hal Ehwal Adat di Kompleks Japerun. Diantara perkara yang sempat dicatat ialah, Adat ialah peraturan hidup yang menggunakan Islam sebagai panduan, Adat perpatih bukan kolot dan masalah adat adalah urusan semua pihak bukan urusan orang tua sahaja.

Tuesday, January 27, 2009

Bermulalah.....

Masak dodol


Majlis Perasmian

Sebelum pelepasan peserta kembara




Hari ini cuti Tahun Baru Cina hari kedua. Aku bergerak dari kediaman jam 7.30 pagi waktu tempatan dan mengambil saudara Ramli di taman perumahan yang berjiran. Seketika kemudian Sdr. Wafiy muncul di kediaman Sdr. Ramli. Berikutnya, kami sama-sama bergerak ke UKM dengan sebuah kenderaan. Tiba di UKM hampir jam 8.30 pagi. Aku mencapai kamera video, memasangkan bateri dan memasukkan pita ke perut kamera tersebut. Lantas aku rakamkan aktiviti peserta Kembara Seri Perpatih II sedang membuat pendaftaran di meja pendaftaran yang di diami oleh mahasiswi cantik yang bertanggung jawab dalam tugas berkenaan. Pelbagai shot, aneka sudut dan beberapa komposisi aku rakamkan tanpa bantahan dari mereka. mereka tidak membantah diri mereka menjadi tumpuan lensa kamera video yang kemas melekat di tangan aku. Saudara Ramli juga turut merakamkan beberapa subjek dengan menggunakan kamera video kedua iaitu Sony Handycam yang turut kami bawa 'in case' kalau apa-apa perkara berlaku kepada kamera video yang utama. Kembara Seri Perpatih II ini akan disertai oleh 230 orang peserta, dan akan singgah di 13 kawasan persinggahan.

Setelah puas aku membuat rakaman maka aku serahkan pula kamera berkenaan kepada Sdr. Wafiy untuk menghasilkan shot-shot rakaman yang kreatif hasil dari janaan mindanya yang tersendiri. Sdr. Wafiy membuat rakaman ceramah Sejarah Negeri Sembilan yang telah disampaikan oleh Abdul Muluk Daud atau Pak Darma. Antara isi syarahannya ialah;

- Penubuhan Negeri Melayu banyak berkait dengan mitos.
- Lagenda dan fantasi menjadi budaya melayu.
- Tujuan mitos dan lagenda ini adalah untuk menggambarkan bangsa Melayu adalah hebat.
- Masyarakat Minangkabau lebih suka membina penempatan di lereng bukit, ulu sungai dan pinggir hutan.
- Raja Malewar membuka negeri sembilan dalam tahun 1727.

Saudara Wafiy juga merakamkan majlis perasmian Kembara Seri Perpatih II oleh Prof. Dato' Dr. Kamaruddin Kacha mantan Naib Canselor UNISEL. Sdr. Ramli pula merakamkan subjek yang majoritinya dalam ukuran Close Up seperti yang biasa dia lakukan bila diberi tugas. Diantara isi ucapan perasmi ialah;

- Adat Perpatih adalah satu sistem sosial yang lengkap masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan turun temurun.

Seusai perasmian, Sdr. Wafiy merakamkan pula taklimat pihak polis yang disampaikan oleh anggota polis berpangkat Sub Inspektor, aku lupo namonyo... Para peserta kembara mendengar dengan teliti taklimat yang disampaikan itu. Selesai taklimat, aku merakamkan pula para peserta sedang menjamu selera dan seterusnya merakamkan situasi semasa mereka mengisi beg masing-masing ke perut bas-bas yang akan membawa mereka berkembara ke seluruh Negeri Sembilan dan Melaka. Apabila saat pelepasan peserta kembara sudah tiba, Prof. Dato' Dr. Kamaruddin Kacha mengangkat bendera pelesan menandakan bermulanya kembara berkenaan. Sdr. Ramli dan Sdr. Wafiy merakamkan detik-detik perlepasan berkenaan sementara aku bertindak sebagai pemandu kereta yang akan membawa jurukamera video menuruti kembara tersebut. Ini bukan bermakna aku lepas tangan tapi sekali sekala aku juga akan turut merakam bersama kerana kembara selama 6 hari ini tentu akan meletihkan kami nanti. Bantu membantu dalam tugas rakaman patut dilakukan tanpa mengira pegawai atau bukan pegawai. Kita semua sama...adalah sama.....

Sepanjang perjalanan, konvoi kembara ini diiringi oleh beberapa anggota polis peronda dari Kontinjen Polis Selangor sepanjang kembara tersebut berlangsung. Peserta kembara kemudian sampai di Kampung Bemban hampir jam satu tengah hari. Rombongan diiringi paluan kompang oleh penduduk kampung. Doa, ucapan aluan, ucapan Pengarah Program, Pengerusi JKKK dan Wakil Menteri Besar N. Sembilan turut menjadi bahan rakaman. Antara isi ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar iaitu Dato' Abdul Ghani Hassan ialah:

- Tentang sejarah penubuhan UKM.
- Menasihat para pelajar supaya membantu membangunkan masyarakat desa.

Namun acara adat perkahwinan yang terdapat 'schedule' dibatalkan. Disebelah petang selepas Zohor, acara mengacau penganan dijalankan di perkarangan Masjid Kg. Bemban. Dodol serta rendang dan menanak nasi secara gotong royong juga turut dirakamkan oleh kami. Shot-shot video, para peserta kembar yang cuba mengacau dodol juga sempat dirakam. Turut dirakamkan oleh kami ialah temu bual dengan Timbalan Pengarah I program kembara ini. Jam 6.00 petang aku bergegas ke Seremban mencari tempat penginapan untuk melolapkan mata malam ini. Sebelum jam 8.00 malam ini kembali semula ke Masjid Kampung Bemban untuk rakaman makam malam.

Sebelah malam Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin telah diadakan. Segala lauk pauk dan nasi disediakan waktu petang tadi secara gotong royong telah dihidangkan. Semua yang hadir telah dijemput untuk menikmati jamuan berkenaan. Beberapa shot rakaman jua berjaya dirakamkan oleh krew video. Selesai makan, kueh dodol yang dijerang di atas api sejak jam 3.00 petang tadi telah pun masak. Hmm...dasyat kueh dodol ni, ia mengambil masa 8 jam untuk masak. Sdr. Wafiy sempat merakamkan ketika dodol berkenaan dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan. Jam 10.00 hampir ke 11.00 malam aku bergerak menuju ke Seremban untuk bermalam sebelum bergerak ke destinasi yang berikutnya pada jam 7.00 pagi esok.

Hmmm...akan bersambung lagi tulisan ni untuk hari2 berikutnya......sekarang ni esei letih bangat..hanya mampu tuliskan catatan satu hari je...

Bermula Kembara.....

pendaftaran

Hari ini bermulalah Kembara Seri Perpatih II anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan atau PERMANIS. Perasmian dan pelepasan akan bermula dari UKM kira-kira jam 11 pagi waktu Malaysia. Sebelum itu kira-kira jam 8.00 pagi akan diadakan Ceramah Umum bertajuk 'Sejarah Umum Negeri Sembilan dan Adat Istiadatnya' di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM. Kami dari Unit Audio Video akan turut serta bersama kembara berkenaan dan akan merakam setiap aktiviti mereka sepanjang kembara tersebut berlangsung. Kami akan pergi seramai 3 orang iaitu SAYA sendiri, SDR RAMLI dan SDR WAFIY. Tidak banyak peralatan rakaman yang kami bawa iaitu kamera video, tripod, bateri, portable light, pita dan reflector. Apa yang kami harapkan sangat ialah semoga kami dapat menjalankan tugas dengan sempurna tanpa sebarang halangan sama ada halangan fizikal ataupun mental. Sepanjang kembara ini aku tak dapat meng 'update' kan blog ini sehingga aku kembali dari kembara berkenaan......o.k esey poi dulu yo.......

Saturday, January 24, 2009

Konsert Dikir Barat...

Krew rakaman sedang bertugas




Persembahan Konsert Dikir Barat merupakan satu program yang dijalankan setiap tahun. Ia merupakan kali ke enam diadakan di DECTAR, UKM. Dalam Konsert Dikir Barat 2009 ini, tiga cabang seni budaya dari pantai timur telah digabungkan dalam persembahan iaitu Dikir Barat, Rebana ubi, Kertuk dan tarian. Konsert berkenaan amat menghiburkan bukan saja persembahan Dikir Barat itu sendiri tapi juga sketsa-sketsa yang diselitkan bersama dalam persembahan berkenaan. Kumpulan Dikir Barat dari UITM juga turut serta bersama Kumpulan Dikir Barat dari UKM dalam konsert berkenaan.

Menurut sejarah, Dikir Barat dikatakan hasil saduran dari tarian yang dikenali sebagai "Tarian Patung Inai" yang diminati oleh orang Siam dan Kelantan pada tahun 1800. Tahun 1940 an Pak Leh Tapang atau Haji Salleh telah mengubah seni berkenaan menjadi Dikir Barat dengan diiringi paluan alat muzik. Dikir barat juga dikatakan ada hubungan dengan Dikir Punjab yang dialunkan dalam Bahasa Punjab atau Arab dan juga Dikir Laba. Dikatakan Pak Leh Tapang telah menggabungkan unsur Patung Ianai, Dikir Laba dan Dikir Punjab untuk membentuk Seni Dikir Barat pada tahun 1948. Sama ada apa yang aku tulis ini benar atau tidak anda carilah kebenarannya sendiri, tak dapek nak tolong lagi dah......

Bagi kami pula, bila ada saja program di DECTAR yang memerlukan rakaman Kamera Berbilang atau Multiple Camera Production, maka kamilah orangnya yang bertanggung jawab dalam hal berkenaan. Persiapan teknikal kami jalankan sejak jam 6.00 petang lagi. Semua peralatan kamera dan peralatan dalam studio rakaman dipasang dan diuji. Hari ini krew yang terlibat dalam pemasangan dan pengujian alatan audio visual di Studio UKM dan DECTAR ialah SAYA , SDR. AZIZ, ZULHIMI, RUHAIZAD, KHAIDIR dan RAMLI. Semasa persembahan Dikir Barat di sebelah malamnya pula, krew lain yang terlibat sama ialah SDR. YUNUS, ISMAHASHIMI, HATA, BUKHARI, WAFIY, JAMALUDIN, SULIMI dan HANIM.

Wednesday, January 21, 2009

Mudahkah.....

Tugas membuat rakaman video bukanlah mudah seperti makan kacang.... Jika ada yang beranggapan begitu maka dia mungkin tidak berapa faham dengan tugas sebagai videographer. Untuk menghasilkan penerbitan yang benar2 baik, banyak aspek sewajarnya diambil kira tanpa sebarang pengecualian. Sudut kamera, shot-shot yang dirakam, komposisi subjek yang dibentuk, pencahayaan yang sesuai dengan mood dan sebagainya merupakan elemen yang amat penting dalam tugas menerbitkan sesebuah penerbitan video.

Antara perkara yang sewajarnya diingat dalam bidang video ialah peralatan.Tanpa peralatan tiadalah visual dan audio, tanpa visual dan audio, tentulah tiada penerbitan. Peralatan video yang akan kami bawa bersama untuk rakaman sepanjang Kembara Seri Perpatih II di Negeri Sembilan dan Melaka nanti ialah kamera video, tripod, bateri yang cukup, portable light, pita video yang mencukupi dan reflector. Tugas menyiapkan peralatan hendaklah dilakukan lebih awal agar tidak berlaku sebarang perkara seperti tertinggal peralatan yang perlu. Jika peralatan didapati kurang satu atau lebih maka ia akan memberi kesan kepada aktiviti rakaman berkenaan. Umpamanya jika tertinggal lampu maka sukar untuk membuat rakaman video di lokasi-lokasi yang memerlukan cahaya yang diperlukan seperti di lokasi-lokasi 'indoor'. Perlu diingat peralatan juga mesti dalam keadaan sempurna dan tidak rosak.


Selaian dari itu di lokasi-lokasi yang kita ingin dibuat rakaman tersebut mestilah mempunyai kemudahan kuasa elektik untuk tujuan mengecas bateri kamera dan sumber kuasa untuk lampu-lampu video. Seterusnya jangan lupa membawa bersama mikrofon beserta kabel penyambungnya. Mikrofon amat penting jika ingin merakamkan temu bual dengan individu yang ingin ditemu bual yang kenyataannya penting untuk dirakamkan dalam pita video. Mikrofon yang diklipkan ke baju atau tali leher akan menghasilkan bunyi yang bersih dari gangguan sekeliling.

Selain dari peralatan yang tersebut, peralatan-peralatan lain seperti tripod, bateri, pita video, reflector dan sebagainya, tidak kurang penting dalam tugas-tugas rakaman video. Harus diingat sekali lagi persiapan alatan mestilah dibuat awal sebelum memulakan tugas. Semua peralatan mesti disenaraikan dalam catatan supaya tidak timbul sebarang masalah "tertinggal peralatan".......

Monday, January 19, 2009

N. Sembilan, tunggu kami...

Pada 27 Januari hingga 1 Februari 2009 nanti, kami dari unit Audio Video akan mengikuti Kembara Seri Perpatih yang dianjurkan oleh persatuan Mahasiswa N. Sembilan(PERMANIS). Kembara berkenaan difahamkan meliputi Negeri Sembilan dan Melaka. Kami bertindak sebagai juruvideo yang merakamkan rombongan berkenaan ke serata tanah Negeri Sembilan dan Melaka. Kami akan merakamkan aktiviti mereka sepanjang program tersebut berlangsung. Selain maklumat yang sedia ada kami tidak mengetahui sangat apa yang patut kami rakamkan. Oleh itu kami minta AJK kembara berkenaan datang bertemu kami di Pusat Penerbitan untuk berbincang berkaitan perkara tersebut. Perbincangan antara kedua belah pihak adalah penting untuk menghasilkan penerbitan video yang lebih baik. Dalam proses penerbitan video, peringkat ini adalah termasuk dalam peringkat Pra-produksi. Tanpa perbincangan penerbitan video yang dihasilkan mungkin tidak sesempurna yang diinginkan......
Krew dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan yang akan terlibat dalam tugas rakaman nanti ialah SAYA sendiri, SDR. RAMLI ADNAN dan MUHAMMAD WAFIY ADLAN(dari Unit Cetak, Pusat Penerbitan).

Thursday, January 15, 2009

Pengiraan Undi MPP

Krew Unit Audio dan Video, Pusat Penerbitan UKM telah membuat rakaman video aktiviti pemilihan majlis Perwakilan Pelajar di kolej-kolej dan juga pengiraan undi di PUSANIKA dan juga pengiraan undi serta keputusan pemilihan pada waktu malam di Dewan Tun Abdullah Salleh. Dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat tayangan secara langsung pengiraan serta keputusan dan pengumuman keputusan telah ditayangkan secara langsung ke layar di luar dewan untuk tatapan penyokong masing-masing. Keputusan pemilihan MPP berkenaan telah diumumkan oleh Prof. Dato' Dr Muhammad Abd Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada jam kira-kira 11.00 malam. Keputusan pemilihan MPP masih perpihak kepada Gabungan Pro-Aspirasi. Namun mereka kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi dalam pemilihan MPP yang lalu.

Persiapan teknikal oleh krew video dan kakitangan PTM untuk merealisasikan tayangan secara langsung ke layar tayangan di luar dewan bermula sejak jam 6.00 petang. Semua peralatan di pasang dan diuji supaya ia berfungsi dengan lancar apabila program berkenaan sedang berjalan nanti. Krew unit ini diminta oleh Pusat Teknologi Maklumat untuk membantu mereka dari segi teknikal. Krew unit Audio dan Video yang terlibat ialah SDR. AZIZ AHMAD, SDR. KAMARUL BAHARIN SUPAAT dan SDR. RUHAIZAD ABD MAJID. Terima Kasih semua.....

Monday, January 12, 2009

Hmmm...dah siap pun, lega...

Penyuntingan video kempen calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar 2008/09 telah aku siapkan. Agak cepat juga aku siapkannya, kalau tidak disebabkan hari cuti dan juga tugas berkaitan MALAM ANUGERAH SENI UKM, tentu aku dah siapkan video berkenaan pada hari Jumaat.
Hanya satu hari saja untuk aku menyiapkan penyuntingan video berkenaan. Oleh kerana pihak Hal Ehwal Pelajar hendak video berkenaan secepat yang mungkin, aku terpaksa datang pada hari Ahad untuk menyiapkannya. Kalau ikutkan memang tidak berbaloi datang kerja pada hari Ahad kerana aku tidak akan dibayar 'overtime' pun walau satu sen, tapi apa boleh buat dah tanggung jawab. Bukankah kita akan ditanya nanti di alam yang lain berkaitan tanggung jawab kita, bukan begitu???. Mmm...mmm...mmm...

Hari ini pegawai dari Hal Ehwal Pelajar, EN. ZAMBERI dan Chief Clarknya EN. NORSHAH datang untuk priview video berkenaan buat kali terakhir sebelum di transfer ke bentuk DVD. Cuma terdapat beberapa bahagian yang perlu disunting kembali sebelum diserahkan kepada Hal Ehwal Pelajar UKM. Video berkenaan dah pun aku siapkan dan di serahkan kepada HEP jam 4.30 petang tadi untuk ditayangkan kepada para pelajar yang akan memilih calon-calon MPP pada 15 Januari 2009 nanti.

Selepas ni apa pulak tugas yang bakal menanti? Hmmm....aku akan menyunting video Malam Anugerah Seni UKM 2008 untuk diserahkan salinannya kepada PUSAT KEBUDAYAAN UKM, tapi..mmmm...tak tau bila nak mula dan bila pulak akan siap....entah....

Akhirnya terima kasih banyak2 kepada semua krew video yang membantu dalam melicinkan tugas2 aku. Ddalam penerbitan video tiada erti bekerja sorang2, ia mesti dilakukan dalam kumpulan....jika tiada kumpulan, tiada kerja dan jika tiada kerja, tiada juga hasilnya.....

Friday, January 9, 2009

Hmmm....Malam Anugerah Seni UKM 2008

Krew video sedang bertugas dalam studio semasa majlis berlangsung

sedang menikmati jamuan selepas bertugas



Majlis Anugerah Seni UKM merupakan satu majlis tahunan yang antara objektifnya ialah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah menyumbangkan jasa mereka dalam bidang kebudayaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis penganugerahan ini amat bermakna terutama kepada para pelajar.

Seperti biasa tugas kami ialah merkamkan majlis berkenaan yang telah dijalankan di Dewan Canseler Tun Abdul Razak. Tugas kami bermula dari jam 6.00 petang dimana segala persiapan teknikal untuk alatan video telah disiapkan dengan sempurna supaya tidak berlaku sebarang masalah semasa rakaman majlis berkenaan. Semua kamera video dipasang di tripod2 dan segala kabel yang diperlukan disediakan. Dalam bilik kawalan pula semua peralatan video di periksa supaya ia mampu beroperasi dengan baik. Krew grafik pula menaip grafik2 yang diperlukan. Tugas ini kami jalankan dengan kerjasama dari krew luar dari unit kami seperti dari unit cetak dan kejuruteraan.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh pegawai kanan universiti dan tidak ketinggalan Naib Canselor UKM serta Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi. Rakaman telah berjalan lancar dan sketsa yang telah disediakan khusus untuk malam berkenaan telah mampu mencuit hati hadirin yang hadir pada malam tersebut.

Krew video yang hadir dalam tugas rakaman berkenaan ialah saya sendiri, SDR. KAMARUL, SDR. AZIZ, SDR. RAMLI, SDR. RUHAIZAD, SDR. KHAIDIR, SDR, FIRDAUS, SDR. WAFIY, SDR, AZRUL, SDR. YUNUS, SDR. HATA, SDR ISMAHASHIMI, SDR. BUKHARI, SDR. YUNUS, CIK HANIM, CIK HASNAH, SDR. SULIMI. Terima Kasih kepada mereka semua...

Thursday, January 8, 2009

MPP

Rakaman video di Studio UKM untuk Calon Umum Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/09

Calon MPP

Calon MPP

Semasa Penamaan Calon di Pusanika

Semasa Penamaan Calon di Pusanika

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar muncul kembali untuk sesi 2009/10. Hari ini iaitu 8 Januari 2009 telah diadakan Majlis Penamaan Calon untuk MPP. Di Pusanika telah diadakan majlis berkenaan bagi Calon-Calon Umum sementara untuk calon-calon fakulti majlis penamaan calon diadakan di fakulti masing-masing. Di UKM seperti kebiasaan Gabungan Pro Mahasiswa akan menentang calon dari Pro-Aspirasi.

Saya bersama jurukamera video SDR. RAMLI ADNAN telah pergi ke Pusanika UKM untuk merakamkan detik2 penting semasa majlis Penamaan Calon MPP bagi calon umum. Pada sebelah malam kami dari krew rakaman telah merakamkan ucapan calon2 untuk ditayangkan kepada umum dalam kampus UKM sebagai cara mereka untuk mendapatkan undia dari para pelajar. Rakaman tersebut berjalan dari jam 8.00 malam hingga hampir jam 1.00 pagi di dalam Studio UKM. Jumlah semua calon ialah kira-kira 24 orang(tak pasti). Setiap calon diberi peluang bercakap selama 7 minit dan dirakamkan oleh kamera video. Rakaman ini akan diedarkan untuk ditayangkan ditempat-tempat yang tertentu di dalam kampus UKM

Tuesday, January 6, 2009

Skim Pencen atau KWSP, hmmm...nak pilih mana erk???

Hari ini kami membuat rakaman MCP (Multiple Camera Production) ceramah Opsyen dari KWSP ke Skim Pencen. Ceramah berkenaan di sampaikan oleh Datuk Yeow, hmm...entah aku pun lupa namanya betul ke datuk Yeow.... Beliau ialah dari Bahagian Pencen JPA. Presiden CEUPEC juga turut hadir dan memberikan ucapan juga dalam program berkenaan. Program tersebut berlangsung selama 3 jam iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan sarat dengan pertanyaan oleh kakitangan kerajaan yang hadir. Ceramah berkenaan telah dihadiri oleh kira2 dalam lingkungan 500 orang dan kemungkinan majoritinya ialah kakitangan kerajaan yang telah memilih skim KWSP yang ingin kembali ke Skim Pencen. Pandangan aku kedua2 skim mempunyai kelebihan masing2 dan yang dapat aku kutip dari ceramah tersebut ialah yang memilih skim pencen mereka akan dapat pencen sepanjang usia mereka hidup. Jika mereka meninggal ia akan dinikmati pula oleh isteri pesara yang telah meninggal dan juga oleh anak2 mereka sehingga berusia 21 tahun. Pesara juga mendapat kemudahan perubatan. Bagi kakitangan yang telah memilih skim KWSP mereka tidak mendapat kemudahan perubatan apabila bersara dan mereka hanya bergantung kepada caruman KWSP sepanjang perkhidmatan mereka. Mungkin mereka memperolehi ganjaran yang besar namun jika silap pengurusan ganjaran yang besar mana pun akan habis dengan sekelip mata. Misalannya jika selepas bersara kita hidup selama 10 tahun atau 120 bulan. Jika kita berbelanja RM2,000 sebulan maka kita perlu ada RM240,000 jika kita memelih skim KWSP. Ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang tidak percuma....

Lain pula dengan pesara dari katogori skim pencen, dia akan terus menikmati pencennya sehingga bila2 selagi dia masih hidup dan akan beralih kepada isteri2 dan anak2 apabila dia sudah meninggal dunia. Oleh itu tepuk dada tanya selera, skim manakah yang menjadi idaman, KWSP atau PENCEN. Pengisian borang tawaran untuk membuat pilihan dari KWSP ke Skim Pencen akan tamat pada 31 Januari 2009.

Rakaman MCP kami cuma dianggotai oleh 5 orang krew sahaja. Program dalam waktu pejabat menyebabkan kami sukar untuk mendapatkan bantuan dari krew2 jabatan lain dalam UKM. Oleh yang demikian yang paling letih berdiri sehingga 3 jam tanpa berhenti ialah jurukamera...hmmm....kesian mereka.....apa boleh buat..terimakasih ajelah... Krew yang terlibat dalam rakaman berkenaan ialah saya sendiri, SDR. AZIZ, SDR. KAMARUL, SDR. RAMLI dan SDR. FIRDAUS dari Unit Cetak Pusat Penerbitan.

Friday, January 2, 2009

Puashati dengan sketsa??

Kira-kira jam 4.00 ptg Pn. Hazelina, En. Amar dan En. Zul dari Pusat Kebudayaan UKM telah datang ke Pusat Penerbitan untuk 'preview' video sketsa yang telah aku siapkan penyuntingannya. Video tersebut akan ditayangkan pada Malam Anugerah Seni UKM 2008 di DECTAR nanti. Setelah tamat 'preview' video berkenaan, kelihatan mereka semua berpuashati dengan bahan yang telah disunting tersebut. Cuma ada serba sedikit perkara yang agak mecacatkan visual seperti para pelakon seringkali tidak dapat mengelakkan diri daripada melihat kamera yang sedang merakamkan adegan yang sedang mereka lakukan. Namun hal berkenaan tidaklah ketara sangat dan ini juga merupakan satu percubaan Pusat Kebudayaan untuk membawa kelainan dalam majlis anugerah nanti. Pada aku jika mereka berpuashati, aku juga turut menjadi senanghati.......

Pengawal..oh...pengawal..

Kira-kira jam 10.00 dan hampir 11.00 pagi, aku pergi ke pejabat keselamatan untuk mengambil 'sticker' yang telah aku tempah melalui 'online'. Kepada pengawal keselamatan yang sedang menguruskan pembelian 'sticker' yang aku tempah itu aku meminta untuk mendapatkan 'sticker' yang bewarna kuning. Alasan aku ialah aku sering 'parking' kereta di bangunan pentadbiran kerana seringkali ada tugas di sana seperti membawa alatan audio visual untuk dipasang di Bilik Majlis seperti tv litar tertutup untuk program2 tertentu. Aku juga seringkali membawa krew rakaman untuk membuat rakaman video di bangunan pentadbiran yang biasanya diadakan di Bilik Senat dan sebagainya. Pegawai yang menguruskan 'sticker' yang aku tempah itu berkata tak mengapa kalau pakai yang berwarna lain kerana mereka tidak pernah menyaman kereta yang diletakkan di bangunan pentadbiran asalkan jangan di 'parking' di tempat yang telah dikhaskan untuk pegawai2 yang tertentu. Pengawal keselamatan yang ada di sebelahnya yang mempunyai balak di atas bahunya(maksud aku ada pangkat) juga sedang menguruskan 'sticker' untuk pelanggan yang lain, turut berkata bahawa semua warna sama saja sekarang ni. Hmmm...dalam hati aku berkata kalau begitu bolehlah semua warna tersebut dimansuhkan dan dijadikan satu warna sahaja, itu kan senang tak payah bersusah payah mencetak 'sticker' yang berlainan warna, bukan begitu??? Atau kalau begitu bolehlah bukan kakitangan UKM yang menggunakan 'sticker' warna yang berbeza dengan kakitangan UKM diberi warna yang sama dengan kakitangan UKM. Pelik aku dengan sikap orang Melayu ni, bercakap ikut suka mulut tanpa berfikir panjang..... Apa-apa pun terima kasih jugalah kepada pengawal keselamatan yang menguruskan 'sticker' aku yang masih juga memberi 'sticker' yang bewarna yang aku minta itu....

Monday, December 22, 2008

Sketsa...oh...sketsa...

Hari ini kami menyambung kembali rakaman video sketsa Pusat Kebudayaan UKM. Aktiviti penggambaran bermula dari jam 11.00 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang juga. Oleh kerana penggambaran di lakukan di MALAYSIA maka waktu yang ditulis tadi ialah WAKTU MALAYSIA. Penggambaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Semua yang terlibat telah memberikan kerjasama yang sewajarnya. Dalam sesi penggambaran pada pandangan aku, janganlah dilakukan dalam keadaan 'serious' perlu ada gurauan dan sebagainya supaya tugas yang dilakukan tidak memenatkan semua yang terlibat. Lakukan tugas dalam keadaan seperti bersantai, perlu ada gurauan tetapi tugas tetap dilakukan dengan sempurna. Kakitangan yang terlibat sebagai pelakon rata-rata adalah kakitangan Pusat Kebudayaan UKM seperti Pn. Hazelina, En. Rafie, En. Roslan, sdr. Zainuddin, En. Amar dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat sangat nama mereka...Lokasi penggambaran kami hari ini ialah di Panggung Seni, Dewan Besar, dan juga di Galeri Seni serta Pejabat Pentadbiran.

Krew penggambaran cuma 2 orang sahaja iaitu sdr. RAMLI dan saya sendiri...pelik kan cuma DUA ORANG krew je...tapi tidak mustahil untuk melakukannya kerana dimana ada kemahuan di situ mesti ada jalan. Yang penting minat dan juga kemahuan untuk melakukannya. Kalau kita tak mahu atau kurang minat tentu saja mustahil untuk melakukannya. Makan juga akan gagal untuk dilakukan jika kita malas menyuap makanan ke mulut...bukan begitu.....cukup lah setakat ini je ngomelan aku....Penggambaran akan disambung esok.....tungguuuuuuuuuuuu.....

Sunday, December 21, 2008

AUG oh....AUG

Semalam aku terima panggilan dari Sdr. Zulkifli Ibrahim tetapi aku balas dengan SMS yang mengatakan aku berada di Perak. Dia balas O.k dan dia kata dia berada di Kedah....Kemuadian aku dapat panggilan En. Hazrul tapi tak sempat balas. Aku balas dengan SMS yang aku sedang berada di Perak. Dia balas dengan SMS yang mengatakan ada kerja masuk malam esok yakni malam inilah...Dia kata Zul hubunginya dengan talipon. En. Hazrul suruh aku hubungi Sdr. Aziz. Aku hubungi sdr. Aziz. Sdr. Aziz kata Pn. Jaslina talipon Zul mengatakan malam esok yakni malam ini ada tugas masuk iaitu Majlis Makan Malam Asean University Games yang akan disampaikan sendiri oleh KPT. Dikatakan Puan Jaslana talipon Zul minta buat rakaman video dan pemasangan LCD di foyer DECTAR.
Kalau ikutkan jadual kerja harian kami tiada tugas hari Sabtu dan Ahad ini. Ini merupakan kerja yang tergempar. Maka aku pun terus balik ke Bangi dan menghubungi beberapa orang krew untuk membuat rakaman MCP majlis berkenaan. Mereka yang aku hubungi ialah Sdr. Ramli, Sdr. Kamarul, Sdr. Zulhimi, Sdr. Khaidir dan lain2. Sukar juga kalau tugas yang merupakan tugas yang tergempar macam ni terutama untuk mencari krew yang sanggup bertugas secara tergempar dan hari minggu pulak tu. Nampaknya tugas kami sentiasa dalam keadaan 'on call' dan sentiasa di 'remote control' dari jauh umpamanya dari KEDAH DARUL sawah....atau dari PERAK DARUL timah...ops! ye ke darul timah...timah dah habis dah...yang ada mungkin MAK TIMAH........
Walau bagaimanapun semasa majlis berlangsung ramai juga krew yang sempat datang untuk membantu membuat rakaman MCP program berkenaan. Diantara mereka yang sempat hadir ialah Zulhimi, Bukhari, Khaidir, Wafiy, Naziruddin, Asrol, Hasnah, Hanim, dan dua tiga orang lagi yang aku lupa namanya...Rakaman pada masa majlis berlangsung telah berjalan dengan licin tanpa sebarang masalah walaupun tugas berkenaan merupakan tugas yang tergempar...TERIMA KASIH kepada semua yang membantu...

Friday, December 19, 2008

Penyuntingan Sketsa...

Hari ini proses penyuntingan video 'sketsa' untuk Malam Anugerah Seni UKM 2008 telah dimulakan. Tiga buah babak telah disunting. Walau bagaimanapun masih banyak lagi yang belum disunting malah masih belum lagi dibuat penggambaran. Penggambaran banyak ditangguhkan kerana masing-masing terlibat dengan tugas yang perlu diutamakan. Seperti kami dimana kami terlibat dengan rakaman dan penyediaan CCTV untuk Syarahan dan Dialog Nobel Laureate. Selain dari itu kamai juga terlibat dengan rakaman dan penyediaan CCTV untuk Asean University Games 2008 dalam kampus UKM di Bangi. Apa-apa pun penggambaran akan disambung minggu depan...InsyaAllah kalau tiada sebarang aral. Penyuntingan dan pos produksi mesti disiapkan sebelum 9 Januari 2009 kerana tarikh berkenaan merupakan tarikh majlis Anugerah Seni UKM 2008 yang akan berlangsung di DECTAR.

Dalam penggambaran sketsa ini 'continuity' amat penting jika tidak akan menghadapi masalah apabila telah tiba di peringkat penyuntingan umpamanya tertinggal 'shot-shot' yang penting. Kalau tertinggal satu 'shot' pun kita akan menghadapi masalah apabila membuat penyuntingan. Oleh itu 'continuity 'wajib dijaga dengan teliti. Itulah sebabnya dalam setiap penggambaran ia memerlukan seseorang untuk menjaga 'continuity shot'. Individu yang menjaga 'continuity ' akan teliti mencatat 'shot-shot' supaya ia tidak lari dari continuity yang sepatutnya. Penjaga 'continuity' ini dikenali sebagai 'contigirl' mungkin sesuai untuk wanita kerana wanita lebih teliti kepada perkara-perkara yang kecil dan terperinci.

Diperingkat penggambaran atau produksi, ramai krew diperlukan sepanjang penggambaran berkenaan. Krew-krew berkenaan ialah pengarah, jurukamera, jurulampu, juruaudio, contigirl, jika perlu penolong pengarah, dan beberapa orang lagi. Jika penggambaran hanya dilakukan oleh DUA ORANG krew sahaja...hmmmmm....itu amat menghairankan TETAPI tidak mustahil untuk melakukan, cuma produksi berkenaan akan menjadi perlahan dan mungkin sukar untuk disiapkan mengikut waktunya....namun kalau sudah menjadi tugas ia mesti juga disiapkan......tanpa terkeluar daripada 'dateline' yang telah ditetapkan...


Wednesday, December 17, 2008

Nobel Laureate Lecture






semua foto2 adalah pemandangan di Dataran Canselori

Awal pagi persiapan alatan audio visual untuk acara Karate-Do sukan antara universiti asian telah disiapkan di DECTAR. Acara sukan berkenaan bermula pada pukul 9.00 pagi. Persiapan peralatan lebih awal amat penting kerana jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini terhadap peralatan berkenaan maka masih ada masa untuk di perbetulkan. Tidaklah kesuntukan masa untuk memperbaikinya. Kita tidak mungkin mengetahui bila peralatan berkenaan akan mengalami kerosakan dan sebagainya. Oleh itu persediaan awal amat penting.

Setelah peralatan audio visual di DECTAR selesai disempunakan, maka kami bergerak pula ke Dataran Canselori dan Bilik Senat untuk menyempurnakan pemasangan peralatan audio visual untuk Syarahan Nobel Laureate. Segala kemasan akhir dilakukan terhadap semua peralatan yang telah dipasang semalam. Semasa syarahan, Sdr. Kamarul membuat rakaman video dalam Bilik Senat sementara saya dan Sdr. Ramli 'standby' di Dataran Canselori jika berlaku sebarang gangguan kepada audio dan visual yang ditayangkan di layar. Ketika majlis Dialog Nobel Laureate pada sebelah pertang pula, Sdr. Wafiy dari Unit Cetak PP&P pula membuat rakaman di Bilik Senat.

Sambutan terhadap syarahan pada sebelah pagi amat menggalakkan dimana ruang di dalam bilik Senat dipenuhi para hadirin. Sementara hadirin selebihnya yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar pula memenuhi ruang di hadapan layar tayangan di Dataran Canselori. Namun begitu semasa Dialog Nobel Laureate pada sebelah petang dilokasi yang sama tidak mampu menarik para pengunjung untuk memenuhi ruang di depan layar tayangan di Dataran Canselori. Bagaimanapun ruang dalam Bilik Senat dipenuhi oleh para hadirin. Pihak PRO telah minta kami membuat salinan DVD kerana dikatakan NC akan memberikan DVD syarahan berkenaan kepada penceramah sebagai 'souvenir' dalam satu majlis makan malam ini. Dua salinan DVD telah disiapkan dan telah diserahkan kepada En. Saiful pada jam 5.00 petang. Hmmm....tamatlah sudah tugas pada hari ini.....................tugas hari esok pasti setia menanti...hu...hu...hu... rakaman video sketsa dan acara sukan Karate-Do merupakan kedudukan dalam list yang terawal....

Kakitangan yang terlibat dalam kedua-dua program iaitu Syarahan Nobel Laureate, Dialog Nobel Laureate dan acara sukan Karate-Do tersebut ialah Sdr. Ramli, Sdr. Kamarul, Sdr. Ruhaizad, Sdr. Muhammad Wafiy dan Sdr. Ahmad Yunus Misdi. Terima kasih kepada semua......

Tuesday, December 16, 2008

Nobel Laureate...





Sebelah petang saya dan sdr. Ramli serta Kamarul pergi ke Kompleks Tun Abdullah Salleh untuk menyediakan pemasangan CCTV untuk Syarahan Nobel Laureate esok pagi. Namun kami mendapat berita bahawa syarahan berkenaan berpindah ke Bilik Senat. Berita tersebut agak lewat kami terima jika diberitahu lebih awal tentu kami akan terus menuju ke Bilik Senat. Di Bilik Senat Saya bersama Sdr. Ramli terus membuat pemasangan kabel-kabel video dan audio untuk tujuan menayangkan visual syarahan ke Dataran Pentadbiran di bawah. Pemasangan kabel dan ujian audio dan video telah dibuat dan kelihatan tiada sebarang gangguan audio dan video. Tugas pemasangan tersebut dapat kami siapkan pada jam 5.00 petang. Namun begitu pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan akan menyediakan layar tayangan dan alatan PA System esok pagi. Diharap esok pagi tidak akan timbul sebarang kesulitan. Selepas tugas di Bilik Senat kami kembali semula ke DECTAR untuk menguruskan peralatan audio visual di sana kerana acara sukan Karate-Do juga telah selesai. Hmmm...itulah yang saya maksudkan tugas minggu ini ada yang terpaksa dilakukan secara serentak...hmmm..apa boleh buat...


Karate-Do, ahhhh.....




Waktu pagi kami menyediakan kamera video untuk rakaman acara sukan Karate-Do Sukan Universiti Asean di DECTAR. Semuanya dapat disiapkan dengan dengan sempurna. Penyediaan LCD untuk siarkan rakaman kamera di dalam Dewan DECTAR dan Panggung Seni juga dilakuakn untuk tontonan peserta dan penonton.

Kami melakukan rakaman acara sukan berkenaan termasuk majlis perasmiannya. Bagi kami yang seringkali berdepan dengan pelbagai majlis perasmian, perasmian acara Karate_do ini terlalu 'simple', dan tidak berapa kemas nampaknya. Mungkin kerana kurang latihan agaknya...itulah anggapan kami. Hmmm...membuat komen mudah kan....

Kami sebenarnya kekurangan tenaga kerja dalam melaksanakan tugas ini. Oleh yang demikian kami terpaksa meminta bantuan krew dari Unit Percetakan iaitu SDR. MUHAMMAD WAFIY dan dari Fakulti Kejuruteraan, SDR. AHMAD YUNUS MISDI. Hmm...terima kasih kepada kedua-dua mereka....

Monday, December 15, 2008

Hmmmmm....apa boleh buat

Minggu ini merupakan minggu yang padat dengan tugas. Bukan tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi minggu ini ada tugas yang berjalan serentak. Terdapat beberapa program yang memerlukan rakaman video. Perasmian Persidangan Belia Dunia 2008 di Marriot, Putrajaya perlu dirakam. Acara Sukan Antara Universiti Asean perlu dirakam. Sketsa untuk Malam Anugerah Seni UKM 2008 perlu dirakam. Syarahan Nobel Lorrette perlu dirakam. Dialog Nobel Lorrette juga perlu dirakam.

Selain dari itu persediaan CCTV untuk acara Karate-Do antara universiti asean di DECTAR perlu disediakan. CCTV untuk Syarahan Nobel Lorrette di Kompleks Tun Abdullah Salleh juga perlu disediakan. Semua tugas ini perlu dijalankan oleh tenaga kerja seramai empat orang dalam Unit Audio Video. Diharapkan tahun 2009 nanti akan mendapat tambahan tenaga kerja yang baru.

Pagi ini dua buah sketsa untuk Majlis Anugerah Seni telah dirakam. Sketsa tersebut ialah untuk intro sebelum pengumuman calon-calon Anugerah Mahasiswa. Berikutnya ialah sketsa untuk intro sebelum pengumuman Anugerah Seni Bela Diri. Sebelah petang pula rakaman Sketsa untuk intro calon Anugerah Seni Tari. Ketiga-tiganya telah dirakam dengan sempurna dan mendapat kerjasama yang memuaskan dari semua pihak yang terlibat. Rakaman akan dijalankan lagi..emmm..mungkin pada 28 haribulan... Sebelum waktu balik saya dan Sdr. Ramli sempat memasang kabel-kabel kamera untuk rakaman perasmian acara sukan Karate-Do di DECTAR pada esok hari iaitu 17 Disember 2008.

Dalam tugas berkaitan video, peralatan juga memainkan peranan penting disamping tenaga kerja. Peralatan yang kurang perlu ditambah. Peralatan yang telah 'out dated' perlu ditukar. Peralatan yang rosak perlu dibaiki. Semua peralatan ini perlu dipantau dan sentiasa berada dalam keadaan yang siap sedia untuk digunakan. Siapakah yang akan bertanggung jawab memantau dan berusaha untuk menangani masalah ini???? Maksud saya sebarang masalah berkaitan peralatan. Hmmmmm.....ia masih merupakan tanda soal yang BESAR jika ia melibatkan KOS atau BUDGET.......

Kalau kami terpaksa bertugas dengan keadaan peralatan yang serba serbi kekurangan....hmmm....apa boleh buat....jalankanlah juga walaupun hasil kerja berkenaan tersisip sebarang kecacatan......

Wednesday, December 10, 2008

Alkohol dan Arak.....


Sdr. Ahmad Yunus Misdi.

Isu berkaitan alkohol dan arak seringkali menjadi bahan perbincangan terutama dikalangan orang-orang yang beragama Islam. Orang Islam akan mudah tersentuh apabila terdapat makanan atau minuman yang dimasukkan ke mulut mengandungi bahan haram berkenaan. Masalah arak dan alkohol ini selalu ditimbulkan dan dibincangkan dikalangan masyarakat setiap zaman bermula dari saat ia diharamkan di zaman Rasulullah s.a.w. Hingga ke zaman sekarang ini ia menjadi salah satu perkara penting yang dibincangkan dari seminar yang kecil-kecil di kedai-kedai kopi hinggalah ke seminar-seminar yang besar di institusi pengajian tinggi, di peringkat negara dan juga di kalangan negara-negara Islam di dunia. Hari ini Unit audio Visual, Pusat Penerbitan, UKM telah membuat rakaman video sebuah forum bertajuk 'Alkohol dan Arak: Dimana Halal dan Haramnya'.

Semua jurukamera video Unit Audio Video, Pusat Penerbitan sedang bercuti sempena Hari Raya Aidul Adha dan cuti sekolah untuk balik ke kampung dan sebagainya. Oleh yang demikian Unit Audio Video, Pusat Penerbitan telah meminta bantuan jurukamera Fakulti Kejuruteraan UKM, SDR. AHMAD YUNUS BIN MISDI untuk membuat rakaman forum berkenaan.

Ahli-ahli panel forum tersebut ialah PROF. MADYA DR. MOHD. KHAN AYOB (FST, UKM), EN. DZULKIFLI MAT HASHIM (UPM), dan USTAZAH TAQWA (JAKIM) sementara PROF. DATO' PADUKA DR. MAHMOOD ZUHDI (UIA) tidak dapat menghadirkan diri. Pengerusi Forum ialah PROF. DATO' DR. MOHD. YUSOF OTHMAN (UKM).

Antara perkara yang mampu dicatatkan ialah;
- Istilah ALKOHOL berasal dari istilah Arab iaitu 'al-Kohl' dan diperkenalkan selepas zaman Rasulullah s.a.w.

- Istilah Arak juga berasal dari bahasa Arab iaitu 'al-Khamr'

- Alkohol adalah istilah umum

- Jenis alkohol;
ETANOL iaitu sebatian yang memabukkan
METANOL yang juga memabukkan tetapi juga beracun (toxic)

- Fatwa Kebangsaan 1988 mengatakan, alkohol sebagai bahan penstabil dalam kordial adalah diharuskan dan ia tidak memabukkan.

- Terdapat perbezaan diantara penghasilan alkohol untuk minuman dan alkohol untuk tujuan yang lain.

- Proses penapaian(pemeraman yang menggunakan ragi) sedikit sebanyak akan menghasilkan alkohol, tapai umpamanya. Namun tapai diharuskan dalam Islam menurut kata Ustazah dari JAKIM.

- Arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu haram hukumnya.

- Apabila alkohol dicampurkan dengan makanan dan dipanaskan selama 2 jam setengah, ia masih lagi wujud dalam makanan berkenaan.

Untuk keterangan yang lebih lanjut dan memuaskan hati maka dipersilakan saudara/ saudari menghubungi pihak JAKIM dan juga ahli-ahli panel yang berkenaan.............................................

Alamat web JAKIM
http://www.islam.gov.my/portal/


Friday, December 5, 2008

Anugerah Sarjana Bestari

Hari ini kami akan membuat rakaman video Multiple Camera Production untuk Majlis Anugerah Sarjana Bestari di Dewan Canselor Tun Abdul Razak pada pukul 8.00 malam nanti. Namun segala persiapan teknikal akan dilakukan sejak pagi lagi. Raptai majlis akan dijalankan jam 10 pagi. Majlis berkenaan merupakan majlis untuk mengiktiraf sumbangan para pensyarah kepada universiti. Majlis ini diadakan setiap tahun dan ini merupakan tahun yang ketiga.
Sebelum majlis berlangsung satu tayangan video Majlis Anugerah bestari tahun lalu akan ditayangkan semasa para hadirin sedang menunggu tetamu kehormat. Video berkenaan telah aku siapkan penyuntingannya. Seramai 15 krew rakaman video akan bertugas pada malam ini. Semua mereka dipanggil untuk membantu tugas rakaman MCP malam ini. Mereka semua dijemput dari jabatan-jabatan lain dalam UKM untuk membantu dalam tugas rakaman berkenaan. Apa yang diharapkan semoga tugas kami berjalan dengan lancar pada malam ini.....

Saturday, November 29, 2008

Hmmmm..boleh tahan juga

Hmmmm...hujung tahun ni boleh tahan juga banyaknya tugas yang masuk. Jumlahnya melebihi bilangan tahun2 yang lalu....mungkin, aku pun tak begitu pasti sangat. Ini hanya bergantung kepada susutnya jumlah pita rakaman yang ada dalam simpanan aku. Tak tahu mengapa...mungkin student dah cuti atau mungkin nak habiskan segala program yang dah dirancang sebelum muncul tahun baru.....semuanya serba mengkin.. Tugas-tugas tersebut termasuklah seminar-seminar, syarahan-syarahan perdana profesor, sukan univesiti asean, syarahan umum prof. dari luar negara, persidangan meja bulat dan sebagainya. Semua tugas-tugas tersebut perlu dibuat liputan video. Ada ketikanya kami tak menang tangan(ada ke perkataan ni..) untuk melaksana tugas ini kerana kekurangan kakitangan....Walau bagaimana pun tugas perlu juga disempurnakan.

Thursday, November 27, 2008

Siap dahhh....

Hari ini telah siap membuat penyuntingan offline program video Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser. Aku mengerjakan penyuntingan tersbut selama seminggu waktu kerja biasa 8-5 petang. Bagaimana pun penyuntingan dan penerbitan video berkenaan tidak dapat diteruskan kerana belum lagi mendapat kelulusan skrip oleh PROF. DR. JUMAAT ADAM dari Fakulti Sains dan Teknologi. Nak bagi skrip kat PROF. ni pun susah gak memanjang je sibuk, tak tau bila boleh bagi cadangan skrip tu...tunggu je lahhh....Oleh itu aku terpaksa tunggu lagi, entah berapa lama lagi aku pun tak tau....Pembaca skrip juga mesti dicari, belum tau siapa...

Serba secebis skrip ekspedisi....

Bukit Fraser yang bersuhu 14 - 20 darjah celcius dan mempunyai ketinggian 1280 meter dari aras laut terletak di Banjaran Titiwangsa di Pahang menyimpan pelbagai rahsia yang masih belum dirungkai sepenuhnya...

Bukit Fraser mendapat namanya sempena nama Louis James Fraser seorang pengembara dan pencari harta karun British di zaman kolonial yang tiba di Bukit Fraser dalam abad ke sembilan belas.

Tahun 1917 satu pasangan paderi telah menjumpai kembali Bukit Fraser dan berjaya mendapatkan sokongan pihak berkuasa kolonial untuk menjadikan Bukit Fraser sebagai destinasi membebaskan diri dari kepanasan suhu di tanah rendah......dan seterusnya..bla...bla...bla...

Saturday, November 22, 2008

Saudara ABD. AZIZ AHMAD dan Saudara KAMARUL BAHARIN SUPAAT akan berada di Villa Danialla Beach Resort, Kg. Kandis, Bachok, Kelantan untuk membuat rakaman video Seminar Seni Ukir Kayu Melayu: Warisan Nik Rashiddin Nik Hussein. Disamping seminar mereka juga akan membuat rakaman video berkaitan seni ukir Melayu untuk dijadikan sebuah program video. Tarikh mereka akan berada di sana ialah antara 23 - 26 November 2008. Bersama mereka nanti ialah Ketua PPP, PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID dan dari Unit Foto PPP, HAJI ISMAIL IBRAHIM.


Thursday, November 20, 2008

TV Dimana-mana..



Di mana sahaja tempat kita menuggu terutama di hospital, di bank2 dan sebagainya, kita akan melihat televisyen-televisyen digantung untuk tontonan mereka yang sedang menunggu giliran. Namun sedarkah kita apa yang ditayangkan cuma siaran dari stesen-stesen tv tempatan. Pada pandangan aku lebih baik mereka menayangkan video-video berkaitan organisasi mereka. Atau kalau kat hospital elok rasanya mereka menayangkan berkaitan organisasi, berkaitan penyakit-penyakit dan perkara lain yang berfaedah. Maklumat tentang penyakit kalau ditayangkan tentu akan menyedarkan penonton yang sedang menunggu giliran mereka. Ada jugalah maklumat yang mereka dapat dan berguna pula untuk mereka. Alah...bukan sukar sangat nak menghasilkan program video, sekarang ni pun program video boleh di edit melalui komputer riba sahaja. Kalau pihak hospital, mereka tentu mempunyai unit multimedia mereka.... Atau kalau susah sangat hubungi sahaja kami untuk tujuan pembikinan program video untuk tayangan dengan modal yang berpatutan...bukan gitu...????

Monday, November 3, 2008

Hutan Bakau Gelang Patah, Johor.

Sedang menelusuri Sungai Pulai Gelang Patah, Johor sebelum bertemu laut.
Di kiri dan kanan ditumbuhi oleh pohon2 bakau.
Foto dari belakang RAMLI-juruvideo
PPP

Sedang menelusuri Sungai Pulai, Gelang Patah Johor,
sebelum bertemu laut.

Di kiri dan kanan ditumbuhi oleh pohon2 bakau.
Foto dari belakang IKHWAN-jurufoto PPP


1 NOV. 2008.
Kami (DAUD, KAMARUL & RAMLI serta IKHWAN) berada di Gelang Patah, Johor untuk membuat rakaman video dan foto berkaitan kawasan paya bakau yang terletak berhampiran Pelabohan Tanjong Pelepas(PTP) dan juga Wilayah Pembangunan Iskandar dari 31 OKTOBER hingga 2 NOVEMBER 2008. Kami membuat rakaman tersebut untuk Pusat Cerapan Bumi, UKM. Video ini akan dimainkan semasa Pelancaran Buku berkaitan hutan bakau dilokasi berkenaan pada 8 NOV. 2008 di Gelang Patah, Johor. Yang memandu kami untuk ke lokasi-lokasi yang perlu dibuat rakaman video dan foto tersebut ialah Pensyarah FST, DR. WAN JULIANA dan Research Assistant nya, aku lupa namanya...maaflahhh.....


Aku diserang demam semasa aktiviti rakaman video ini sedang dilakukan. Bagaimanapun aku terus juga membantu membuat rakaman kerana tugas tetap tugas, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua....


Dalam dua hari berkenaan kami sentiasa saja bergerak meredah air laut dengan menggunakan bot yang disewa oleh pihak Pusat Cerapan Bumi. Pemandu bot-bot kami ialah PAK ITAM dan anak saudaranya. Menurut sdr. Kamarul, Pak Hitam berpesan supaya berhati-hati di kawasan pokok2 bakau terutamanya berkaitan ular laut yang amat bisa gigitannya yang mungkin tidak sempat untuk mendapat bantuan perubatan...... Beberapa lokasi telah disinggahi dalam kawasan bakau berkenaan untuk merakam subjek-subjek yang diperlukan untuk membuat program video tersebut. Antara lokasi berkenaan ialah kawasan tumbuhan pokok bakau, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pemeliharaan Ikan dalam sangkar, kawasan burung-burung mencari makan, kawasan lumpur, Wilayah Pembangunan Iskandar dan sebagainya lagi. Sungguhpun kami berasa keletihan namun disebabkan tugas berkenaan telah diamanahkan kepada kami, maka hendak atau tidak tugas berkenaan perlu diselesaikan dengan baik.

Tenaga kerja yang terlibat dalam menghasilkan video berkenaan ialah
Rakaman dilokasi: DAUD MONTAK ZAKARIA, KAMARUL BAHARIN SUPAAT & RAMLI ADNAN
Pos Produksi: HAZRUL ABD. HALIM, DAUD MONTAK ZAKARIA, ABD AZIZ AHMAD dengan dibantu oleh RAMLI ADNAN & KAMARUL BAHARIN SUPAAT
Suara latar oleh: KAMARUL BAHARIN SUPAAT & HASLIZA


Berita terbaru ialah program video selama 10 minit ini telah dapat menarik minat sama ada dari pihak Pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Johor, Naib Canselor UKM, Pusat Cerapan Bumi UKM, bos kami dan juga mereka yang menontonnya semasa pelancaran buku berkenaan di Gelang Patah, Johor pada 8 November 2008. Kami mendapat ucapan terima kasih dari Bos kami, Prof. Dr. Kamaruddin dan Prof. Dr. Sharifah Mastura iaitu Dekan FSSK serta Bos Pusat Cerapan Bumi UKM.

Maka bersedialah untuk projek-projek lain yang bakal mendatang...selamat bertugas dengan gigih semua staff multimedia PPP....

Wednesday, October 29, 2008

Tugas di Bukit Fraser

Pusat Bandar Bukit Fraser

Tempat penginapan kami waktu malam yang berkabus


Bilik tempat pembentangan

29 Oktober 2008;
Kami (DAUD & RAMLI-unit video) berada di Bukit Fraser. dari 27 NOV. - 30 NOV. 08. dan EN. HAZRUL serta EN. RAAI (rakaman foto) berada di Bukit Fraser dari 28-31 Oktober 2008. Kami di sini merakan semua aktiviti yang sempat dirakam semasa Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser. Penat juga rasanya mengikut mereka masuk hutan , mendaki bukit dan juga meredah air sungai demi untuk membuat rakaman video yang sempurna.


Antara penyelidikan yang sempat dirakam ialah kajian hidro, kajian tumbuhan, kajian sosial dan ekonomi dan sebagainya. Peserta ekspedisi berkenaan adalah berjumlah kira-kira 100 orang. Dengan mengikuti mereka membuat kajian maka sempat juga kami mengetahui beberapa perkara yang penting. Salah satu ialah dalam kajian sungai di Fraser. Penyelidik mengatakan air sungai utama sudah kotor dan hanya boleh untuk mandi tetapi kalau untuk minum mestilah berfikir beratus kali. Salah satu bahan yang menyebabkan air sungai tersebut tercemar ialah kumbahan dari salah sebuah hotel yang terdapat di hulu sungai berkenaan.

Monday, October 27, 2008

We will be at Fraser Hill tomorrow

Esok 27 Oktober 2008, saya Daud dan sdr. Ramli akan pergi ke Fraser Hill untuk menyertai Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser yang dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Kami ke sana sebagai krew video untuk membuat rakaman program berkenaan. Kemungkinan kami akan mengikuti saintis-saintis yang terlibat dalam kajian, menjelajahi hutan rimba untuk menjalankan penyelidikan mereka di persekiran Bukit Fraser.

Kami berharap akan dapat merakamkan semua aktiviti mereka tanpa sebarang kesulitan dan sebagainya. Kami akan bertolak ke Fraser Hill lebih kurang jam 9.00 pagi. Majlis perasmian ekspedisi berkenaan ialah jam 2.00 petang. Tugas membuat rakaman ini bukanlah semudah yang difikirkan. Kami terpaksa membawa kamera, tripod, dan keperluan lain serta juga memikirkan shot-shot dan sudut yang menarik semasa melakukan tugas rakaman nanti. Apa yang kami harapkan ialah semoga kami sihat supaya tugas dapat dilaksanakan dengan amat licin tanpa sebarang gangguan......aminnnn....

Festival Seni UKM 2008

Hari ini kami telah membuat rakaman video Persembahan Seni UKM 2008 di DECTAR. Festival Seni ini merupakan satu persembahan akhir oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum Pusat Kebudayaan UKM. Setiap pelajar yang mengambil kursus ini diwajibkan membuat persembahan mereka pada masa ini. Diantara kursus-kursus kokurikulum Pusat Kebudayaan UKM ialah Seni Silat, Seni Tari, Nasyid, Rebana Ubi, Cak Lempong, Koir, Muzik Moden, Muzik Asli dan sebagainya.

Sebelum persembahan bermula kami menyiapkan segala peralatan audio visual untuk digunakan dalam tugas membuat rakaman persembahan berkenaan. Sejumlah 3 buah kamera video kami gunakan. Malam ini hanya beberapa orang sahaja krew yang dapat hadir untuk membantu dalam melaksanakan tugas rakaman video Multiple Camera Production untuk persembahan tersebut. Ramai dikalangan krew-krew terlibat dengan tugas fakulti dan jabatan masing-masing. Terdapat juga dikalangan mereka yang bercuti untuk balik kampong. Krew yang terlibat dalam rakaman ini ialah saya sendiri, sdr. Azizi, sdr. Ramli, sdr. Kamarul, sdr. Ruhaizad, sdr. Wafiy dan sdri. Hanim. Biasanya dalam tugas begini kami memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang. Dengan bilangan yang ada semua krew terpaksa bertugas berterusan selama 2 hingga 3 jam tanpa berhenti. Ini sungguh memenatkan terutama jurukamera yang sentiasa berdiri sepanjang persembahan tersebut. Terima kasih kepada semua krew.....