Tuesday, February 3, 2009
Dah mula dah...
Sunday, February 1, 2009
Hari terakhir Kembara.....



Dari balai Undang Luak ini, mereka kemudian bergerak dengan kenderaan ke Muzium Adat untuk majlis penutup program Kembara Seri Perpatih II ini. Krew video telah merakamkan semua aktiviti mereka di Pekan Kelawang ini iaitu di Balai Undang dan di Muzium Adat ini. Pekan Kelawang ini bukanlah pekan yang besar. Keluasannya kecil sedikit daripada pekan Kajang.
Majlis perasmian penutup program kembara ini telah dilakukan oleh Undang-Undang Luak Jelebu. Esey dah lupo sapo namonyo...sebab esey bukan orang Negori. Selepas ucapan, majlis jamuan makan tengah hari pula mengambil tempat. Kemudian diadakan pula sesi lawatan di dalam Muzium Adat. Tidak banyak yang boleh kami rakam dalam muzium berkenaan kerana kekurangan cahaya.
Di akhir program beberapa peserta kembara telah kami rakamkan pendapat mereka berkaitan kembara ini. Rata-rata memuji program ini. Pelajar yang dipilih untuk memberi pandangan ialah pelajar dari IPT selain pelajar UKM, pelajar Sabahan, pelajar UKM asal dari Indonesia, kumpulan penyelidik dan urus setia. Wartawan Sinar juga turut berada di majlis penutup dan majlis2 sebelum ini sepanjang kembara ini berada di Negeri Sembilan.
Apabila program ini tamat dan mula bergerak kembali ke UKM, krew video minta keluar dari konvoi untuk menuju balik ke UKM. Kami pulang melalui jalan raya menuju ke Semenyih. Inilah kali pertama kami melalui jalan ini. Jalan yang bengkang bengkok dan bukit yang di kiri kanan ditumbuhi hutan tebal serta suasana yang dingin dan menyegarkan. Kami singgah sebentar di Empangan Semenyih untuk melihat suasana permandangan di empangan berkenaan. Saudara Wafiy sempat memberi biskut kepada monyet(sedaro lamonyo...) yang berkeliaran di tepi jalan raya di Empangan Semenyih. Kami menyambung kembali perjalanan ke UKM. Sebelum tiba di UKM kami menerima panggilan handphone daripada Sdr. Wafiy. Dia memberitau kami bahawa konvoi kembara telah melepasi pekan Semenyih menuju UKM. Sdr Wafiy sebelum ini telah turun di pekan Semenyih untuk menunggu ayahnya mengambilnya di sana. Tiba di UKM kami menunggu konvoi memasuki pintu utama UKM. Di sini krew video sempat merakamkan detik dimana konvoi kembara memasuki pintu utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Maka tamatlah sudah Kembara Seri Perpatih II Negeri Sembilan dan Melaka ini...
Wassalammmm...............................
Saturday, January 31, 2009
Ado lae...jangan kemano-mano....


Di Teratak Zaaba ini peserta kembara diberi peluang melawat sekitar teratak dan ruang dalam teratak selama lebih kurang setengah jam. Sebaik selesai semua peserta menuju ke kenderaan untuk terus menyambung perjalanan yang telah dirancang dengan rapi. Semasa ini hujan telah agak teduh dan hampir berhenti terus.
Perjalanan yang diteruskan itu telah menuju ke destinasi Laman Bangkinang. Di sini para peserta yang menyertai kembara ini telah mengadakan gotong royong menanam pokok-pokok hiasan di Laman Bangkinang berkenaan. Sebahagian peserta pula sibuk memetik buah-buahan seperti rambutan dan manggis untuk dinikmati kemanisannya. Mata aku tak semena-mena tertumpu kepada sebatang pokok yang menarik untuk melihatnya...hati ku berbisik sendirian ..hmmmm...pokok Tongkat Ali rupanya...
Kami tidak melepaskan peluang merakamkan visual dengan video kamera secara 'candid shot'. Sebelum waktu makan tengah hari, para peserta telah mengikuti majlis perasmian program oleh tokoh politik yang aku dah lupo namonyo... YB Dato'.... Selepas perasmian ini sebahagian peserta kembara telah berkunjung ke Jeram.....hmmmm...lupo aku apo namonyo....
Sebelum matahari melabuhkan tirainya, peserta kembara telah bergerak menuju ke Sekolah Kebangsaan Pataseh. Di sini sempat aku bertanya Anggota Rela yang merupakan penduduk tempatan berkaitan adat Perpatih dan istilah-istilah seperti 'solai sepinggang' dan sebagainya. Di sini satu majlis perasmian telah dijalankan. Oleh siapa???... Aku pun tak tau kerana sudah keletihan untuk turut serta menatap wajah perasmi tersebut. Selesai perasmian di SK Pataseh, aku bergegas ke Pekan Jelebu atau Pekan Kelawang untuk mencari tempat penginapan di sana...
Disebelah malamnya pula telah diadakan demonstrasi Adat Berkodim di dewan sekolah berkenaan. Ramai juga penduduk tempatan datang untuk menonton sama. Sebelum demontrasi adat berkodim itu sebuah kumpulan kesenian telah mempersembahkan tarian dan permainan alat muzik tradisional mereka. Sungguh menghiburkan semua persembahan mereka hingga kaki ku seakan-akan ingin bergerak mengikut irama kesenian yang dipersembahakan oleh mereka terutama lagi rakyat...rinding merinding..oooo....rinding merinding.....terasa macam nak bergerak saja tubuh aku untuk mengikuti irama lagu tersebut.... Adat berkodim ialah satu adat penerimaan seseorang individu yang bukan ahli suku untuk masuk kedalam suku seperti untuk menjadi anak angkat. Majlis perasmian program pada malam ini telah dilaksanakan oleh YB Dato'...ops!! lupo lagi esey ni....maaf yo...
Kesemua program ini telah kami rakamkan dengan sempurna.....
Friday, January 30, 2009
Ado Lae Ruponyo....
Tuan Tulis dikatakan seorang ulamak atau tokoh agama yang terbilang. Beliau lahir dalam abad ke sembilan belas dan pernah menulis Al Quran iaitu tulisan tangan. Itu aje lah maklumat ringkas yang aku dapat. Rakaman video makam ini telah di buat oleh krew video kami.
Konvoi kemudian menyambung perjalanan kembali ke Kampung Kuala Jempol. Di sini satu majlis sambutan telah dibuat bagi menyambut ketibaan rombongan ini. Pembahagian anak-anak angkat kepada keluarga-keluarga angkat telah dibuat bagi peserta perempuan kembara ini. Waktu tengah hari aku bergerak ke Bahau untuk mencari tempat menginap untuk malam ini.
Selepas Solat Jumaat kira-kira jam 3.00 petang, majlis perasmian program di desa ini telah laksanakan oleh YB Dato' Lillah Yasin, Ahli Parlimen Jempol. Sebaik selesai upacara perasmian, para peserta kembara telah di bawa ke sawah untuk merasai pengalaman "MENGUBAH SAWAH dan MENGOCA"
Mengubah sawah ialah proses di mana anak padi yang telah di ambil di tapak semaian di tanam di sawah. Sementara itu mengoca pula ialah cara menangkap ikan di sawah dengan menggunakan tangan. Aktiviti ini tidak banyak dapat kami rakamkan dengan kamera video kerana hujan mula turun dengan agak lebat.
Di sebelah malam pula satu demontrasi adat pinang meminang telah diadakan untuk tontonan para peserta kembara. Kualiti rakaman kami kurang baik kerana kekurangan cahaya. Adat pinang meminang ini kaya dengan patah-patah bahasa kiasan. Kira-kira jam 11.00 malam bergerak kembali ke Bahau untuk menginap. Singgah di gerai makan untuk menikmati makanan di sana. Terjumpa kenalan lama yang berniaga burger dan bercerita denganya berkaitan Adat Perpatih. Adalah sedikit maklumat yang aku dapat daripadanya.....
Thursday, January 29, 2009
Bilo nak abih...
Namun begitu krew rakaman video iaitu Sdr. Wafiy telah merakamkan istiadat tersebut dari mula hingga akhir. Begitu juga, Sdr. Wafiy dan Sdr. Ramli telah merakamkan majlis perasmian program di Kampung Sungai Salah ini. Perasmian tersebut telah dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Gemenchih, YB Dato' Mohd Kamil Abdul Aziz.
Selepas makan tengah hari rombongan kembara bergerak pula ke Muzium Seri Menanti. Satu taklimat telah diberikan kepada para peserta kembara sebelum mereka dibenarkan melawat Muzium Seri Menanti berkenaan di sekitar kawasan dan juga ruang-ruang dalam muzium tersebut. Kira2 jam 6.00 ptg. aku bergerak ke Kuala Pilah untuk mencari penginapan dan akan kembali semula ke Seri Menanti waktu malam nanti. Pada sebelah malamnya pula peserta kembara telah mengambil bahagian dalam Majlis Bacaan Yaasin Perdana di Masjid Di Raja Seri Menanti sempena kemangkatan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Wednesday, January 28, 2009
Ado lae cerito esey...


- Memberi nasihat supaya mempelajari tentang Adat Perpatih supaya tidak terkeliru.
Di Kampung Selemak ini juga para peserta kembara telah mengambil bahagian dalam satu program eksplorasi budaya yang telah dirancangkan oleh AJK. Dalam program eksplorasi ini para peserta dapat memahami perkara berkaitan kehidupan masyarakat kampung dan juga budaya yang mereka amalkan. Mengukur kelapa, memancing, mengumpul tahi kambing, membersih perkuburan, membersih kebun, menarik upih dan sebagainya dapat dirasai oleh para peserta.
Kampung Taboh Naning di Melaka menjadi destinasi Kembara Perpatih yang seterusnya. Di sini para peserta kembara telah diberi taklimat dan juga membuat sesi lawatan ke Makam Dato' Dol Said. Kira-kira jam 6.00 petang aku bergegas ke Tampin untuk mencari tempat melolapkan mata untuk malam ini. Sebelum jam 8.00 malam bergegas kembali ke Tabuh Naning untuk rakaman forum. Semasa forum pada sebelah malamnya, para peserta kembara telah mendengar para ahli forum melontarkan pandangan dan pendapat mereka berkaitan hal ehwal adat dalam Forum Perdana Hal Ehwal Adat di Kompleks Japerun. Diantara perkara yang sempat dicatat ialah, Adat ialah peraturan hidup yang menggunakan Islam sebagai panduan, Adat perpatih bukan kolot dan masalah adat adalah urusan semua pihak bukan urusan orang tua sahaja.
Tuesday, January 27, 2009
Bermulalah.....



Setelah puas aku membuat rakaman maka aku serahkan pula kamera berkenaan kepada Sdr. Wafiy untuk menghasilkan shot-shot rakaman yang kreatif hasil dari janaan mindanya yang tersendiri. Sdr. Wafiy membuat rakaman ceramah Sejarah Negeri Sembilan yang telah disampaikan oleh Abdul Muluk Daud atau Pak Darma. Antara isi syarahannya ialah;
- Penubuhan Negeri Melayu banyak berkait dengan mitos.
- Lagenda dan fantasi menjadi budaya melayu.
- Tujuan mitos dan lagenda ini adalah untuk menggambarkan bangsa Melayu adalah hebat.
- Masyarakat Minangkabau lebih suka membina penempatan di lereng bukit, ulu sungai dan pinggir hutan.
- Raja Malewar membuka negeri sembilan dalam tahun 1727.
Saudara Wafiy juga merakamkan majlis perasmian Kembara Seri Perpatih II oleh Prof. Dato' Dr. Kamaruddin Kacha mantan Naib Canselor UNISEL. Sdr. Ramli pula merakamkan subjek yang majoritinya dalam ukuran Close Up seperti yang biasa dia lakukan bila diberi tugas. Diantara isi ucapan perasmi ialah;
- Adat Perpatih adalah satu sistem sosial yang lengkap masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan turun temurun.
Seusai perasmian, Sdr. Wafiy merakamkan pula taklimat pihak polis yang disampaikan oleh anggota polis berpangkat Sub Inspektor, aku lupo namonyo... Para peserta kembara mendengar dengan teliti taklimat yang disampaikan itu. Selesai taklimat, aku merakamkan pula para peserta sedang menjamu selera dan seterusnya merakamkan situasi semasa mereka mengisi beg masing-masing ke perut bas-bas yang akan membawa mereka berkembara ke seluruh Negeri Sembilan dan Melaka. Apabila saat pelepasan peserta kembara sudah tiba, Prof. Dato' Dr. Kamaruddin Kacha mengangkat bendera pelesan menandakan bermulanya kembara berkenaan. Sdr. Ramli dan Sdr. Wafiy merakamkan detik-detik perlepasan berkenaan sementara aku bertindak sebagai pemandu kereta yang akan membawa jurukamera video menuruti kembara tersebut. Ini bukan bermakna aku lepas tangan tapi sekali sekala aku juga akan turut merakam bersama kerana kembara selama 6 hari ini tentu akan meletihkan kami nanti. Bantu membantu dalam tugas rakaman patut dilakukan tanpa mengira pegawai atau bukan pegawai. Kita semua sama...adalah sama.....
Sepanjang perjalanan, konvoi kembara ini diiringi oleh beberapa anggota polis peronda dari Kontinjen Polis Selangor sepanjang kembara tersebut berlangsung. Peserta kembara kemudian sampai di Kampung Bemban hampir jam satu tengah hari. Rombongan diiringi paluan kompang oleh penduduk kampung. Doa, ucapan aluan, ucapan Pengarah Program, Pengerusi JKKK dan Wakil Menteri Besar N. Sembilan turut menjadi bahan rakaman. Antara isi ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar iaitu Dato' Abdul Ghani Hassan ialah:
- Tentang sejarah penubuhan UKM.
- Menasihat para pelajar supaya membantu membangunkan masyarakat desa.
Namun acara adat perkahwinan yang terdapat 'schedule' dibatalkan. Disebelah petang selepas Zohor, acara mengacau penganan dijalankan di perkarangan Masjid Kg. Bemban. Dodol serta rendang dan menanak nasi secara gotong royong juga turut dirakamkan oleh kami. Shot-shot video, para peserta kembar yang cuba mengacau dodol juga sempat dirakam. Turut dirakamkan oleh kami ialah temu bual dengan Timbalan Pengarah I program kembara ini. Jam 6.00 petang aku bergegas ke Seremban mencari tempat penginapan untuk melolapkan mata malam ini. Sebelum jam 8.00 malam ini kembali semula ke Masjid Kampung Bemban untuk rakaman makam malam.
Sebelah malam Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin telah diadakan. Segala lauk pauk dan nasi disediakan waktu petang tadi secara gotong royong telah dihidangkan. Semua yang hadir telah dijemput untuk menikmati jamuan berkenaan. Beberapa shot rakaman jua berjaya dirakamkan oleh krew video. Selesai makan, kueh dodol yang dijerang di atas api sejak jam 3.00 petang tadi telah pun masak. Hmm...dasyat kueh dodol ni, ia mengambil masa 8 jam untuk masak. Sdr. Wafiy sempat merakamkan ketika dodol berkenaan dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan. Jam 10.00 hampir ke 11.00 malam aku bergerak menuju ke Seremban untuk bermalam sebelum bergerak ke destinasi yang berikutnya pada jam 7.00 pagi esok.
Hmmm...akan bersambung lagi tulisan ni untuk hari2 berikutnya......sekarang ni esei letih bangat..hanya mampu tuliskan catatan satu hari je...
Bermula Kembara.....
Saturday, January 24, 2009
Konsert Dikir Barat...


Persembahan Konsert Dikir Barat merupakan satu program yang dijalankan setiap tahun. Ia merupakan kali ke enam diadakan di DECTAR, UKM. Dalam Konsert Dikir Barat 2009 ini, tiga cabang seni budaya dari pantai timur telah digabungkan dalam persembahan iaitu Dikir Barat, Rebana ubi, Kertuk dan tarian. Konsert berkenaan amat menghiburkan bukan saja persembahan Dikir Barat itu sendiri tapi juga sketsa-sketsa yang diselitkan bersama dalam persembahan berkenaan. Kumpulan Dikir Barat dari UITM juga turut serta bersama Kumpulan Dikir Barat dari UKM dalam konsert berkenaan.
Menurut sejarah, Dikir Barat dikatakan hasil saduran dari tarian yang dikenali sebagai "Tarian Patung Inai" yang diminati oleh orang Siam dan Kelantan pada tahun 1800. Tahun 1940 an Pak Leh Tapang atau Haji Salleh telah mengubah seni berkenaan menjadi Dikir Barat dengan diiringi paluan alat muzik. Dikir barat juga dikatakan ada hubungan dengan Dikir Punjab yang dialunkan dalam Bahasa Punjab atau Arab dan juga Dikir Laba. Dikatakan Pak Leh Tapang telah menggabungkan unsur Patung Ianai, Dikir Laba dan Dikir Punjab untuk membentuk Seni Dikir Barat pada tahun 1948. Sama ada apa yang aku tulis ini benar atau tidak anda carilah kebenarannya sendiri, tak dapek nak tolong lagi dah......
Bagi kami pula, bila ada saja program di DECTAR yang memerlukan rakaman Kamera Berbilang atau Multiple Camera Production, maka kamilah orangnya yang bertanggung jawab dalam hal berkenaan. Persiapan teknikal kami jalankan sejak jam 6.00 petang lagi. Semua peralatan kamera dan peralatan dalam studio rakaman dipasang dan diuji. Hari ini krew yang terlibat dalam pemasangan dan pengujian alatan audio visual di Studio UKM dan DECTAR ialah SAYA , SDR. AZIZ, ZULHIMI, RUHAIZAD, KHAIDIR dan RAMLI. Semasa persembahan Dikir Barat di sebelah malamnya pula, krew lain yang terlibat sama ialah SDR. YUNUS, ISMAHASHIMI, HATA, BUKHARI, WAFIY, JAMALUDIN, SULIMI dan HANIM.
Wednesday, January 21, 2009
Mudahkah.....
Antara perkara yang sewajarnya diingat dalam bidang video ialah peralatan.Tanpa peralatan tiadalah visual dan audio, tanpa visual dan audio, tentulah tiada penerbitan. Peralatan video yang akan kami bawa bersama untuk rakaman sepanjang Kembara Seri Perpatih II di Negeri Sembilan dan Melaka nanti ialah kamera video, tripod, bateri yang cukup, portable light, pita video yang mencukupi dan reflector. Tugas menyiapkan peralatan hendaklah dilakukan lebih awal agar tidak berlaku sebarang perkara seperti tertinggal peralatan yang perlu. Jika peralatan didapati kurang satu atau lebih maka ia akan memberi kesan kepada aktiviti rakaman berkenaan. Umpamanya jika tertinggal lampu maka sukar untuk membuat rakaman video di lokasi-lokasi yang memerlukan cahaya yang diperlukan seperti di lokasi-lokasi 'indoor'. Perlu diingat peralatan juga mesti dalam keadaan sempurna dan tidak rosak.
Selaian dari itu di lokasi-lokasi yang kita ingin dibuat rakaman tersebut mestilah mempunyai kemudahan kuasa elektik untuk tujuan mengecas bateri kamera dan sumber kuasa untuk lampu-lampu video. Seterusnya jangan lupa membawa bersama mikrofon beserta kabel penyambungnya. Mikrofon amat penting jika ingin merakamkan temu bual dengan individu yang ingin ditemu bual yang kenyataannya penting untuk dirakamkan dalam pita video. Mikrofon yang diklipkan ke baju atau tali leher akan menghasilkan bunyi yang bersih dari gangguan sekeliling.
Selain dari peralatan yang tersebut, peralatan-peralatan lain seperti tripod, bateri, pita video, reflector dan sebagainya, tidak kurang penting dalam tugas-tugas rakaman video. Harus diingat sekali lagi persiapan alatan mestilah dibuat awal sebelum memulakan tugas. Semua peralatan mesti disenaraikan dalam catatan supaya tidak timbul sebarang masalah "tertinggal peralatan".......
Monday, January 19, 2009
N. Sembilan, tunggu kami...
Krew dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan yang akan terlibat dalam tugas rakaman nanti ialah SAYA sendiri, SDR. RAMLI ADNAN dan MUHAMMAD WAFIY ADLAN(dari Unit Cetak, Pusat Penerbitan).
Thursday, January 15, 2009
Pengiraan Undi MPP
Persiapan teknikal oleh krew video dan kakitangan PTM untuk merealisasikan tayangan secara langsung ke layar tayangan di luar dewan bermula sejak jam 6.00 petang. Semua peralatan di pasang dan diuji supaya ia berfungsi dengan lancar apabila program berkenaan sedang berjalan nanti. Krew unit ini diminta oleh Pusat Teknologi Maklumat untuk membantu mereka dari segi teknikal. Krew unit Audio dan Video yang terlibat ialah SDR. AZIZ AHMAD, SDR. KAMARUL BAHARIN SUPAAT dan SDR. RUHAIZAD ABD MAJID. Terima Kasih semua.....
Monday, January 12, 2009
Hmmm...dah siap pun, lega...
Hanya satu hari saja untuk aku menyiapkan penyuntingan video berkenaan. Oleh kerana pihak Hal Ehwal Pelajar hendak video berkenaan secepat yang mungkin, aku terpaksa datang pada hari Ahad untuk menyiapkannya. Kalau ikutkan memang tidak berbaloi datang kerja pada hari Ahad kerana aku tidak akan dibayar 'overtime' pun walau satu sen, tapi apa boleh buat dah tanggung jawab. Bukankah kita akan ditanya nanti di alam yang lain berkaitan tanggung jawab kita, bukan begitu???. Mmm...mmm...mmm...
Hari ini pegawai dari Hal Ehwal Pelajar, EN. ZAMBERI dan Chief Clarknya EN. NORSHAH datang untuk priview video berkenaan buat kali terakhir sebelum di transfer ke bentuk DVD. Cuma terdapat beberapa bahagian yang perlu disunting kembali sebelum diserahkan kepada Hal Ehwal Pelajar UKM. Video berkenaan dah pun aku siapkan dan di serahkan kepada HEP jam 4.30 petang tadi untuk ditayangkan kepada para pelajar yang akan memilih calon-calon MPP pada 15 Januari 2009 nanti.
Selepas ni apa pulak tugas yang bakal menanti? Hmmm....aku akan menyunting video Malam Anugerah Seni UKM 2008 untuk diserahkan salinannya kepada PUSAT KEBUDAYAAN UKM, tapi..mmmm...tak tau bila nak mula dan bila pulak akan siap....entah....
Akhirnya terima kasih banyak2 kepada semua krew video yang membantu dalam melicinkan tugas2 aku. Ddalam penerbitan video tiada erti bekerja sorang2, ia mesti dilakukan dalam kumpulan....jika tiada kumpulan, tiada kerja dan jika tiada kerja, tiada juga hasilnya.....
Friday, January 9, 2009
Hmmm....Malam Anugerah Seni UKM 2008


Seperti biasa tugas kami ialah merkamkan majlis berkenaan yang telah dijalankan di Dewan Canseler Tun Abdul Razak. Tugas kami bermula dari jam 6.00 petang dimana segala persiapan teknikal untuk alatan video telah disiapkan dengan sempurna supaya tidak berlaku sebarang masalah semasa rakaman majlis berkenaan. Semua kamera video dipasang di tripod2 dan segala kabel yang diperlukan disediakan. Dalam bilik kawalan pula semua peralatan video di periksa supaya ia mampu beroperasi dengan baik. Krew grafik pula menaip grafik2 yang diperlukan. Tugas ini kami jalankan dengan kerjasama dari krew luar dari unit kami seperti dari unit cetak dan kejuruteraan.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh pegawai kanan universiti dan tidak ketinggalan Naib Canselor UKM serta Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi. Rakaman telah berjalan lancar dan sketsa yang telah disediakan khusus untuk malam berkenaan telah mampu mencuit hati hadirin yang hadir pada malam tersebut.
Krew video yang hadir dalam tugas rakaman berkenaan ialah saya sendiri, SDR. KAMARUL, SDR. AZIZ, SDR. RAMLI, SDR. RUHAIZAD, SDR. KHAIDIR, SDR, FIRDAUS, SDR. WAFIY, SDR, AZRUL, SDR. YUNUS, SDR. HATA, SDR ISMAHASHIMI, SDR. BUKHARI, SDR. YUNUS, CIK HANIM, CIK HASNAH, SDR. SULIMI. Terima Kasih kepada mereka semua...
Thursday, January 8, 2009
MPP
Saya bersama jurukamera video SDR. RAMLI ADNAN telah pergi ke Pusanika UKM untuk merakamkan detik2 penting semasa majlis Penamaan Calon MPP bagi calon umum. Pada sebelah malam kami dari krew rakaman telah merakamkan ucapan calon2 untuk ditayangkan kepada umum dalam kampus UKM sebagai cara mereka untuk mendapatkan undia dari para pelajar. Rakaman tersebut berjalan dari jam 8.00 malam hingga hampir jam 1.00 pagi di dalam Studio UKM. Jumlah semua calon ialah kira-kira 24 orang(tak pasti). Setiap calon diberi peluang bercakap selama 7 minit dan dirakamkan oleh kamera video. Rakaman ini akan diedarkan untuk ditayangkan ditempat-tempat yang tertentu di dalam kampus UKM
Tuesday, January 6, 2009
Skim Pencen atau KWSP, hmmm...nak pilih mana erk???
Lain pula dengan pesara dari katogori skim pencen, dia akan terus menikmati pencennya sehingga bila2 selagi dia masih hidup dan akan beralih kepada isteri2 dan anak2 apabila dia sudah meninggal dunia. Oleh itu tepuk dada tanya selera, skim manakah yang menjadi idaman, KWSP atau PENCEN. Pengisian borang tawaran untuk membuat pilihan dari KWSP ke Skim Pencen akan tamat pada 31 Januari 2009.
Rakaman MCP kami cuma dianggotai oleh 5 orang krew sahaja. Program dalam waktu pejabat menyebabkan kami sukar untuk mendapatkan bantuan dari krew2 jabatan lain dalam UKM. Oleh yang demikian yang paling letih berdiri sehingga 3 jam tanpa berhenti ialah jurukamera...hmmm....kesian mereka.....apa boleh buat..terimakasih ajelah... Krew yang terlibat dalam rakaman berkenaan ialah saya sendiri, SDR. AZIZ, SDR. KAMARUL, SDR. RAMLI dan SDR. FIRDAUS dari Unit Cetak Pusat Penerbitan.
Friday, January 2, 2009
Puashati dengan sketsa??
Pengawal..oh...pengawal..
Monday, December 22, 2008
Sketsa...oh...sketsa...
Krew penggambaran cuma 2 orang sahaja iaitu sdr. RAMLI dan saya sendiri...pelik kan cuma DUA ORANG krew je...tapi tidak mustahil untuk melakukannya kerana dimana ada kemahuan di situ mesti ada jalan. Yang penting minat dan juga kemahuan untuk melakukannya. Kalau kita tak mahu atau kurang minat tentu saja mustahil untuk melakukannya. Makan juga akan gagal untuk dilakukan jika kita malas menyuap makanan ke mulut...bukan begitu.....cukup lah setakat ini je ngomelan aku....Penggambaran akan disambung esok.....tungguuuuuuuuuuuu.....





















