Monday, October 12, 2009

Kerje...oh....kerje...


Hujung minggu ini iaitu 10 dan 11 Oktober 2009, ramai dari kalangan krew Unit Audio Video tidak dapat bercuti dan tentu juga tidak dapat berkunjung kerumah rakan-rakan untuk sambutan Syawal.

Sdr. Jasril Amry membuat rakaman video di Pusat Islam UKM; foto di rakam oleh Siti Suraya.

10 dan 11 Oktober 2009,sdr. Jasril Amry dan Siti Suraya, bertugas membuat rakaman video Kursus Penyempurnaan Jenazah anjuran persatuan pelajar dan Pusat Islam UKM di Masjid UKM. Mereka bertugas dari 10 - 11 Oktober dari pagi hingga ke petang. Ini merupakan tugas kedua mereka tanpa kami(otai).






10 Oktober 2009;sdr. Kamarul membuat rakaman video Jamuan Hari Raya Tan Sri Naib Canselor untuk pegawai-pegawai universiti di kediaman beliau di Kuala Lumpur. Sdr. Jasril dan Siti Suraya juga turut serta bersama sdr. Kamarul.



Bos kami Prof. Dr. K di jamuan Hari Raya NC; foto dirakam oleh Siti Suraya.






11 Oktober 2009; jam 3.00 petang, kami dikehendaki membuat rakaman MCP Majlis Penutup Kosmo Varsiti Futsal di DECTAR, UKM. Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri majlis berkenaan.


Kosmo Varsiti Futsal di DECTAR, UKM





Aku mendapat permintaan rakaman ini pada hari Jumaat lepas. Kelam kabut aku mencari krew MCP dan aku terpaksa meminta tolong sdr. Zulhimi menghubungi semua krew MCP, siapa saja yang boleh bertugas pada hari itu nanti. Aku tidak dapat melaksanakan tugas dengan kemas kerana program ini termasuk dalam katagori "not well organised..." sebab semua arahan aku terima melalui talipon je....

Penyampaian hadiah Futsal....



Misha Omar.....Kosmo Varsiti Futsal 2009

Sebab tugas tersebut diterima melalui talipon jadi aku langsung tidak kenal siapa yang bertanggung jawab berkaitan program ini dan apa-apa peralatan yang diperlukan pun aku kurang pasti.

Melalui surat, kami dikehendaki membuat rakaman perasmian penutup jam 3.00.Namun kami diminta datang untuk membuat rakaman MCP mini concert pada jam 2.30 petang serta juga raptai multimedia. Dengan itu kami terpaksa datang jam 1.00 petang untuk persediaan teknikal.

Bila dilihat kepada aturcara program, perasmian penutup bermula jam 6.00 petang. Akan tetapi sebelum itu terdapat pertandingan akhir futsal berkenaan. Apa-apa pun dapatlah juga kami jalankan tugas namun kepuasannya tidak dapat kami rasakan..


Sdr. Firdaus, krew rakaman MCP.

11 Oktober 2009 juga kami diminta membuat rakaman MCP Malam Irama Keroncong anjuran Pusat Kebudayaan UKM pada jam 8.00 malam. Nampaknya kami terpaksa bertugas tanpa cuti hujung minggu ini. Sdr Jasril Amry dan Siti Surayajuga akan turut serta dalam semua tugas berkenaan. Kesiannya kami tak dapat bercuti hujung minggu.....




Sdr. Wafiy, krew rakaman MCP

Krew yang terlibat dalam rakaman;
1. Kosmo Varsiti Futsal 2009;
Firdaus, Wafiy, Yunus, Isma, Jasril, Shah, Suraya, Kamarul, Izad dan aku juga.......








Salah seorang penyanyi Malam Irama Keroncong

2. Malam Irama Keroncong;
Wafiy, Firdaus, Isma, Yunus, Chef, Khaidir, Sulimi, Jasril, Shah, Hasnah, Kamarul, Suraya dan aku juga.......
Ermmmm...ade keyang tertinggal nama ni.....

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang membantu dalam tugas rakaman video MCP ini....



1. Menunggu giliran bertugas untuk rakaman...
2. Suasana dalam Bilik Kawalan....
3. Persembahan Konsert Mini Kosmo Varsiti Futsal....
4. Juga suasana dalam Bilik Kawalan....
Rakaman Kursus Penyempurnaan Jenazah ini
telah dibuat oleh sdr. Jasril Amri dan Siti Suraya
di Masjid UKM.

Friday, October 9, 2009

Jamuan raya dan....kesiannyeee....


Hari ini, 9 Oktober 2009, Jumaat, kami membuat rakaman MCP Jamuan Hari Raya Peringkat UKM di DECTAR. Awal pagi segala persiapan teknikal untuk tugas rakaman yang masih belum selesai petang semalam telah disempurnakan pagi ini. Semua peralatan telah dipasang dan dihidupkan kuasanya serta diuji di Bilik Kawalan Studio, di Bilik Audio dan dalam dewan besar.

Sdr. Kamarul dan Hanim dalam Bilik Kawalan Studio semasa rakaman.

Nampaknya krew rakaman yang dijemput agak ramai juga yang hadir iaitu sdr. Wafiy, Firdaus, Zulhimi, Chef, Bukhari, Naziruddin, Asrul Khaidir, Sulimi, Hasnah, Hanim....dan...itu aje yang aku ingat.

Jam kira-kira 10.00 pagi rakaman telah kami lakukan sebaik saja VVIP tiba iaitu Tan Sri Datuk Paduka Mazlan iaitu Pengerusi LPU, Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor. Rakaman kami berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sdr. Kamarul dan aku secara bergilir bertindak sebagai Pengarah Studio yang memberi arahan kepada krew melalui intercom.


Rakaman tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Selepas semua peralatan dikemaskan, kami semua meninggalkan dewan untuk pulang.

Di luar dewan aku terjumpa seorang krew kami iaitu Cik Hasnah berdiri berhampiran keretanya bersama Sdr. Wafiy. Rupa-rupanya kereta Hasnah telah di 'block' oleh pemandu yang 'amat bersopan'. Ini menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan keretanya dari 'parking'. Katanya dah lama dia menunggu pemandu kereta tersebut tapi tak jugak kunjung tiba...isy...isy..kejamnya pemandu bersopan tu...
Cik Hasnah bersama sdr. Wafiy, sib baik cik
Hasnah ni tak nangissss.....atau mungkin
dah lepas nangis kut...



Apalah sikap pemandu berkenaan, dia tidak bersikap seperti yang tertulis di cermin keretanya...atau mungkin dia bersikap sopan hanya ketika memandu kut....bukan semasa 'parking'.....agaknyalah...


Macam inilah cara kereta tersebut mem'block' kereta Hasnah, cubalah lihat.....






Cubalah lihat pula 'sticker' yang ditampal di cermin keretanya tu.......kemana perginya sikap yang tertulis di 'sticker' tu....

'BERSOPANLAH SEMASA MEMANDU...'
...semasa 'parking' tak perlulah bersopan kut....

Akhir sekali aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat....jumpa lagi...







Tugas semasa rakaman MCP dalam Bilik Kawalan...

Thursday, October 8, 2009

Ujian untuk krew baru kami.....



Hari ini, 8 Oktober 2009; Sdr. Jasril Amry dan Siti Suraya diminta pergi membuat rakaman video wawancara isteri Arwah Prof. Dr. Ghazali untuk dijadikan bahan untuk membuat multimedia yang akan ditayangkan semasa Malam Kasih Ghazali dalam bulan November yang akan datang.

Foto ini ialah semasa Jasril dan Suraya bersama kami waktu rakaman MCP Pelancaran Buku Raja Alias dalam bulan puasa lalu...

Ini merupakan satu tugas pertama mereka secara persendirian tanpa kehadiran krew-krew yang dah 'otai-otai ni(kami lah tu....). Inilah tugas pertama mereka tanpa kami(otai-otai ni...) sejak mereka menyertai krew unit kami 3 atau 4 bulan yang lalu(aku pun dah lupa bila dia orang masuk...). Diharapkan mereka berdua dapat dan mampu menyempurnakan ujian pertama mereka ni....harap begitulah...


Petang ini juga kami dari Unit Video membuat persiapan teknikal untuk rakaman MCP Jamuan Hari Raya peringkat UKM yang akan diadakan di DECTAR pagi esok. Kami memasang dan menguji alatan audio video supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini ketika rakaman esok.







Petang ini juga diadakan raptai untuk jamuan berkenaan bersama semua ahli jawatan kuasa jamuan. Semua krew yang terlibat lebih daripada 10 orang telah aku hubungi mereka melalui surat rasmi. Harapnya semua akan datang membantu dalam tugas rakaman MCP esok. ahli jawatan kuasa jamuan.


Sdr Ramli sedang membuat persiapan peralatan 'audio'











Sdr. Ramli dan sdr. Shah(krew video terkini UAV sedang merakam sesuatu....)














Raptai...















Raptai juga....













Juga raptai....






video salah satu persiapan teknikal.....

* harap maaf foto dan video tak jelas, maklumlah kamera handphone...

Tuesday, October 6, 2009

Titanic...oh...Titanic...


Malam ni, 5 Oktober 2009; aku secara tidak sengaja telah menonton filem Titanic iaitu sebuah filem yang telah dihasilkan dalam tahun 1997. Filem ini menampilkan watak hero yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dan heroinnya Kate Winslet dan diarahkan oleh James Cameron. Filem ini menelan belanja US200 juta dan telah mengutip lebih 1.8 billion US di seluruh dunia serta telah memenangi 11 Academy Awards.


Foto yang diambil dari sebuah laman web.

Termasuk malam ini, entah berapa puluh kali dah aku menonton filem ini tetapi setiap kali habis menonton, jika ditayangkan lagi aku akan tetap menontonnya. Tak tahu mengapa aku tak jemu menonton filem ini. Hampir setiap babak, macam dah rasa dah hafal semuanya(lebih-lebih lagi babak ketika Jack melukis gambar Rose dan satu babak lagi ketika mereka berdua dalam kereta di dalam kapal Titanic tu...keh...keh...keh...). Bab yang agak menarik bagi aku ialah ketika kapal tersebut hampir karam. Setiap peristiwa dalam keadaan tersebut digambarkan secara terperinci dan berjaya membawa penonton seolah-oleh berada dalam situasi berkenaan.

Sungguh, memang aku tak tau, mengapa aku minat dengan filem ni, sebab kisah cinta ke....sebab kisah bencana ke...sebab kesetiaan mereka ke... atau sebab pengorbanan lelaki untuk wanita. Hmmm...aku pun tak berapa pasti. Ada ke sape-sape di luar sana yang berminat dengan filem ni dan tahu mengape minat dengan filem ni arr....?

Friday, October 2, 2009

Rakaman Kursus dan Bengkel, Pusat Pembangunan Akademik


Hari ini, 2 Oktober 2009, sdr. Kamarul dan Jasril Amry bergerak ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Mereka berdua telah diminta oleh Pusat Pembangunan Akademik untuk membuat rakaman video Kursus Pemantapan Audit Dalaman dan juga Bengkel Teknik Menjawab NCR yang akan diadakan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Mereka akan berada di sana sehingga 4 Oktober 2009.
Jasril Amry, still available....foto semasa rakaman MCP Majlis Konvo Ke-37 UKM lalu...




Beginilah tugas kami, semua tugas rakaman video sama ada MCP, SCP dan juga ENG semua kami lakukan tanpa sebarang pengecualian. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja tugas rakaman yang kami lakukan.

Tugas rakaman video MCP biasanya lebih banyak jumlahnya ketika pelajar tidak bercuti kerana terdapat banyak jumlah aktiviti pelajar di DECTAR perlu dirakamkan dan ditayangkan di layar tayangan dalam DECTAR.

Ini foto sdr. Kamarul semasa rakaman Silang Budaya, ketika ini sedang 'posing' di sebelah kolam renang di rumah Puan Sri Seow Yong, Bukit Putra.




Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Raya, janganlah lupe kami bertugas...


Hari ini, 30 september dan semalam 29 September 2009, kami(Unit Audio Video) telah membuat rakaman ucapan Hari Raya kakitangan-kakitangan yang bertugas pada Hari Raya yang lalu.

Bermula jam 9.00 pagi 29 September 2009, kami bergerak ke Pejabat Keselamatan UKM untuk membuat rakaman berkenaan. Rakaman telah dibuat di Pejabat Keselamatan UKM iaitu kakitangan keselamatan yang bertugas pada Hari raya. Kami membuat rakaman berkenaan di dalam pejabat mereka dan juga di pos-pos pengawal sekitar kampus di bangi.

Pada 30 September 2009 pula, kami membuat rakaman ucapan Hari Raya kakitangan Bahagian Elektrik, Jabatan Pengurusan Pembangunan, UKM pula. Esok....kami mungkin akan ke Pusat Perubatan UKM atau HUKM di Cheras pula. Di sana kami akan cuba mendapatkan ucapan Hari Raya kakitangan di sana terutama para Jururawat yang dikehendaki bertugas pada Hari raya.

Semua rakaman ini akan ditayangkan semasa jamuan Hari Raya peringkat UKM yang akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak pada 9 Oktober 2009 yang akan datang. Krew yang terlibat dalam rakaman ini ialah sdr. Ramli Adnan, Kamarul Baharin, Jasril Amry, Siti Suraya dan aku sendiri. O.K selamat hari raya semua.....
Justify Full

Thursday, September 24, 2009

Studio Televisyen(Studio Floor)


PHYSICAL LAYOUT

Studio Televisyen yang dibina atau direka dengan baik akan menyediakan persekitaran dan penyesuaian yang sempurna untuk semua elemen-elemen utama penerbitan seperti kamera, pencahayaan, bunyi, pandangan, dan aksi-aksi 'performers'

Kebanyakan studio, berbentuk empat segi bujur dengan keluasan lantai yang berbeza. Studio yang lebih besar membolehkan penerbitan yang lebih komplek dan lebih 'flexible'. Jika kita berada dalam studio untuk penerbitan berita, ia lebih kecil saiznya. Namun begitu ada juga studio berita yang lebih besar.

Studio yang lebih luas diperlukan untuk penerbitan yang lebih besar seperti drama dan rancangan yang memerlukan penyertaan penonton di dalamnya. Adalah lebih mudah menerbitkan rancangan yang ringkas dalam studio yang lebih luas berbanding dalam studio yang kecil. Namun studio yang besar sukar untuk diuruskan. Studio yang sederhana besarnya dan yang kecil, mudah diuruskan tetapi tidak 'flexible'.

Lantai Studio

Lantai studio mesti dalam keadaan rata bagi memudahkan pergerakan kamera yang licin. Lantai tersebut mesti kukuh bagi menampung peralatan-peralatan dan set yang berat. Kebanyakan studio mempunyai lantai konkrit yang diliputi oleh tile, plastik keras dan sebagainya.

Ketinggian Siling

Ketinggian siling sekurang-kurangnya 12 kaki. Jika siling terlalu rendah, lampu-lampu akan terlalu hampir dengan 'scene' untuk kawalan cahaya yang baik serta tidak cukup ruang untuk haba yang dibebaskan. Siling yang rendah menyebabkan lampu-lampu dan 'microphone's boom' akan kelihatan dalam 'scene'. Kebanyakan studio mempunyai siling yang melebihi 30 kaki tingginya.

Acoustic Treatment

Siling dan dinding studio biasanya dibina dengan bahan-bahan penyerap bunyi untuk mengelakkan bunyi yang melantun. Bunyi yang melantun akan menghasilkan gema yang amat tidak sesuai untuk rakaman audio dalam studio.

Hawa dingin

Hawa dingin amat perlu kerana studio tidak mempunyai tingkap. Cahaya lampu-lampu studio menghasilkan haba yang amat tidak sesuai untuk peralatan-peralatan elektronik dalam studio. Malangnya kebanyakan alat hawa dingin berbunyi bising yang tidak sesuai untuk di hidupkan semasa rakaman. Oleh itu alat hawa dingin ini akan ditutup semasa kerja rakaman dibuat dalam studio. Walau bagaimanapun mungkin masa ini terdapat alat hawa dingin yang berfungsi dengan senyap.

Pintu studio

Studio-studio memerlukan pintu yang berat dan 'soundproof' serta luas untuk tujuan memasukkan dan mengeluarkan set-set studio dan peralatan-peralatan.

MAJOR INSTALLATION

Sistem 'Intercom'

Sistem intercom membolehkan semua kakitangan penerbitan berhubung diantara satu dengan yang lain. Contohnya Pengarah akan berhubung dengan semua kakitangan penerbitan melalui intercom terutama memberi arahan kepada jurukamera untuk membuat shot. Semua kakitangan penerbitan memakai 'headset' dengan 'earphone' dan 'microphone' kecil untuk 'talkback'. Stesen televisyen yang besar biasanya menggunakan sistem intercom tanpa wayer(wireless intercom system).

Studio Monitors

Monitor-monitor dalam studio televisyen merupakan monitor-monitor yang berkualiti tinggi yang menayangkan video dari ''program switcher'. Sebuah monitor dalam studio amat perlu untuk kakitangan penerbitan dan 'talent'. Kakitangan penerbitan akan dapat melihat shot yang dipilih oleh Pengarah. Monitor dalam studio juga amat perlu untuk pembaca keadaan cuaca, kerana melalui monitor tersebut dia dapat mengetahui visual yang sedang ditayangkan atau sedang 'on-air'. Dalam program yang disertai oleh penonton, studio monitor membolehkan penonton dalam studio melihat bagaimana program berkenaan kelihatan di layar televisyen.

Program Speakers

Program speakers juga mempunyai fungsi yang sama seperti 'studio monitors'. Di mana -mana yang perlu 'program speakers' akan menyediakan bunyi yang seiring dengan visual yang ditayangkan.

Wall Outlets

Bilangan dan kedudukan 'outlets' di dingding studio juga amat perlu diambil kira. 'Outlets' untuk kabel kamera, intercom, kabel mikrofon, dan pelbagai peralatan mesti terdapat di keempat-empat dinding studio dan dalam keadaan mudah untuk digunakan. Jika 'outlets' bertumpu di satu dinding sahaja, ia tentu akan menyebabkan kabel yang disambung akan silang menyilang dalam studio. 'Outlets' mesti dilabel dengan jelas supaya tidak berlaku kesilapan sambungan.

Lighting Dimmer and Patchboard

Kebanyak studio mempunyai 'dimmers control board' untuk melaraskan pencahayaan dalam studio semasa penerbitan dilakukan. "Patchboard' untuk lampu menyambungkan peralatan tersebut kepada pelbagai 'dimmers'. 'Patchboard' biasanya berada dalam studio iaitu dalam studio kawalan.


Thursday, September 17, 2009

Selamat Tinggal Blog Untuk Sementara Waktu




Aku akan bercuti dari hari Jumaat, 18 September hingga hari Isnin, 28 September 2009 kerana Hari Raya. Ermmm....nampaknye Blog ini akan sunyi tanpa sebarang 'posting' untuk seminggu ni. Apa nak buat kat kampung tiada internet, aku pun tidak melanggan 'wireless broadband'. Nak cari kedai yang ade 'WiFi', takde kat kampung........yang ada cuma kedai kopi untuk sembang-sembang politik jeee, ape nak buat kan...kan...kan...

Walau bagaimana pun aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ni dan maaf zahir dan batin....ermmmm...ye ke 'batin' ni....heh...heh...heh...O.K semua, bye................

Wednesday, September 16, 2009

Perutusan Hari Raya Tan Seri Naib Canselor UKM...

Hari ini, 16 September 2009, hari Rabu. Awal pagi lagi iaitu jam 8.00 pagi (eh! awal pagi ke ni...) kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan telah bergerak ke bangunan Canseleri dengan menaiki kereta. Semua kami seramai 5 orang beserta dengan kamera video, tripod, lampu video dan sebagainya akan membuat rakaman perutusan Hari Raya Tan Seri Naib Canselor UKM dan juga ucapan hari Raya Bendahari UKM.
Menunggu di luar pejabat Tan Sri Naib Canselor.




Selesai 'parking' kereta, kami terus menuju 'lift' dan menekan butang nombor 4. Kenape nombor 4, sedangkan pejabat Naib Canselor di paras 6. Sebelum tu aku nak nyatakan sewaktu 'parking' kereta tadi, terasa amat mudah kerana dalam UKM ni memang sukar sangat nak dapat tempat 'parking'. Namun hari ini dengan 'pasport'...' kami nak buat rakaman ucapan Hari Raya Tan Seri Naib Canselor....' dengan tak banyak soal En. Pengawal Keselamatan tu beri kami ruang khas tempat letak kereta berhampiran bangunan tersebut.

Ruang tetamu pejabat Tan Sri.




Di paras 4, kami bertujuan untuk membuat rakaman ucapan Hari Raya Bendahari UKM sebenarnya, iaitu Tuan Haji Rashid. Sampai saja dipejabat beliau, kelihatan kakitangan PTM yang menguruskan rakaman ini, sdr. Meor Sony telah sedia menunggu. Tidak lama kemudian dua orang lagi kakitangan PTM seorang daripadanya sdr. Faril juga tiba di situ.

Sdr. Ramli Adnan.






Seketika kemudian, sdr. Meor Sony telah memberi isyarat, kami boleh memasuki pejabat Bendahari UKM. Maka dengan segera kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman ucapan terserbut. Selesai persiapan rakaman pun dibuat dan ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesilapan yang besar. Selesai saja tugas tersebut, kami berkemas dan menuju ke 'lift' untuk meluncur pula ke paras 6 iaitu tempat terletak pejabat Tan Sri Naib Canselor.

Tiba di pejabat Tan Seri, kami diminta menuggu sebentar di ruang menunggu kerana Tan Seri mempunyai urusan tertentu dengan Bendahari UKM. Dalam masa menunggu, bos Pusat Teknologi Maklumat, Prof. Dr. Osman Karim tiba di situ.
Kakitangan Pusat Teknilogi Maklumat, di kiri tu aku
lupe namanye, maaf dan disebelah kanan
tu sdr. Faril. Sabar menanti....




Apabila kami dibenarkan masuk, segala urusan iaitu mencari sudut rakaman yang sesuai dan juga persiapan teknikal untuk rakaman segera kami lakukan. Sebaik selesai, rakaman perutusan Hari Raya Tan Sri Naib Canselor pun kami lakukan. Proses ini berjalan dengan lancar. Sebenarnya perutusan Tan Sri Naib Canselor ini akan disunting dan di 'uploadkan' oleh pihak Pusat Teknologi Maklumat ke laman web UKM untuk tontonan semua.

Sdr. Kamarul Baharin Supaat.





Apabila selesai, rakaman kedua pula kami lakukan iaitu rakaman ucapan Tan Sri Naib Canselor untuk ditayangkan semasa Jamuan Hari Raya peringkat UKM di DECTAR pada 9 Oktober 2009 nanti. Lokasi rakaman ini kami lakukan di Galeri UKM yang terletak di hadapan pejabat Naib Canselor. Rakaman di sini pun berjalan dengan lancar sehingga selesai.

Sdr. Meor Sony dan Cik Siti Suraya. Ermmm...ini mesti
gossip ni....




Seperti biasa apabila selesai rakaman dilakukan, semua peralatan dikemaskan dan seterusnya kembali semula ke Pusat Penerbitan dan Percetakan. Kakitangan yang terlibat dengan tugas rakaman hari ini ialah:

PUSAT PENERBITAN:
Aku sendiri, sdr. Kamarul Baharin, Ramli Adnan, Jasryl Amri dan Siti Suraya serta Jurufoto sdr. Raai.

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT:
Prof. Dr. Osman Karim, sdr. Faril, sdr. Meor Sony dan maaf sekali lagi, aku lupe lagi dengan nama kakitangan PTN yang ini....maaf.
Dari kiri sdr Ramli, Kamarul(terlindung),
Jasril, Raai dan Prof. Osman Karim.

- Ketika menuggu di ruang tamu pejabat NC.
*Sila layari alamat web di bawah untuk menonton perutusan hari Raya

http://www.ukm.my/portal/berita%20perutusan.html
O.k lah...hanya ini yang dapat aku coretkan di blog ini...jumpe lagi....

Tuesday, September 15, 2009

Rakaman Ucapan Hari Raya...


Hari ini, 15 September 2009, kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan dengan cara bekerjasama dengan Pusat Teknologi Maklumat, UKM, telah ditugaskan untuk membuat rakaman ucapan Hari Raya Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Rahmah, jam 2.00 petang di pejabat beliau di Bangunan Canseleri, UKM.

Inilah dua orang daripada krew kami, maaf, foto dari belakang je.....






Kami tiba di Bangunan Canseleri jam 2.10 petang lebih kurang. Kami terus menuju Pejabat TNC Hal-Ehwal Penylidikan dan Inovasi di tingkat 6 Bangunan Canseleri. Sdr. Ikhwan mula-mula tiba di pejabat TNC berkenaan. Kami diberitahu, TNC Prof. Dr. Rahmah Mohamad agak lewat sedikit kerana hal yang tertentu.

Sdr. Meor Sony sedang berbincang sesuatu dengan 'Setiausaha' TNC sambil diperhatikan oleh sdr. Ikhwan, Jurufoto PP&P.






Dalam masa menunggu, kami membuat persiapan teknikal seperti memasang tripod, kamera video, membuat pemasangan dan ujian pencahayaan dan memilih sudut serta shot kamera yang sesuai . Setelah semuanya selesai dan kelihatan sempurna, kami menunggu ketibaan TNC di lokasi tersebut.




Sdri. Siti Suraya, salah seorang krew kami setelah selesai persiapan teknikal dilakukan.






Sebenarnya video yang akan disunting ini akan di 'upload' kan ke web UKM untuk tontonan warga UKM serta juga akan ditayangkan semasa Majlis Jamuan Hari Raya peringkat UKM yang dijangka akan diadakan pada 9 Oktober 2009 di DECTAR, UKM.

Setelah selesai membuat persiapan teknikal sementara menunggu ketibaan Timbalan Naib Canselor.





Kakitangan yang terlibat dalam rakaman hari ini ialah, dari Pusat Penerbitan dan Percetakan iaitu;
Aku sendiri, sdr. Ramli Adnan, Jasryl Amry, Siti Suraya dan Ikhwan Hashim seorang Jurufoto iaitu rakan sekerja kami di Pusat Penerbitan.


Sdr. Meor Sony dari Pusat Teknologi Maklumat sedang mengemaskini ucapan sambil diperhatikan oleh Penolong Pendaftar, Sdri. Jumriah.






Kakitangan Pusat Teknologi Maklumat yang terlibat dalam rakaman hari ini ialah dua orang Pereka iaitu sdr. Meor Sony dan seorang lagi yang aku lupe namanya....ermmmm....sape ye...laaa...lupe pulak...


Masih lagi menunggu TNC Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi di pejabat beliau, masih sabar menanti....Sdr. Ikhwan dan sdr. Jasryl Amri






Sebenarnya kami telah memulakan tugas rakaman ini sejak semalam iaitu hari Isnin, 15 September 2009. Krew yang terlibat semalam dan tiada hari ini ialah sdr. Faril dari Pusat Teknologi Maklumat dan sdr. Kamarul dari Pusat Penerbitan...


Sdr. Meor Sony dan rakannya dari PTM sedang mengemaskini ucapan.







Tidak berapa lama kami menunggu, akhirnya Prof. Dr. Rahmah, TNC Hal - Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM pun sampai dan selepas saja dia meneliti teks ucapan maka rakaman pun kami jalankan tanpa sebarang masalah.


Sdr. Jasryl yang sedang duduk di kerusi dimana TNC Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi yang akan membuat ucapan untuk rakaman. Mungkin sdr. Jasryl sedang meneliti sudut rakaman kut....






Apabila telah selesai, kami pun mengemas peralatan dan beredar dari Bilik Pejabat TNC Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi berkenaan...
Esok, iaitu hari Rabu, 16 September 2009, kami akan membuat rakaman ucapan Prof. Tan Seri Dato' Naib Canselor Sharifah Hapsah Syed Shahabudin pula pada jam 9.00 pagi di pejabat beliau.
Krew PTM dan Siti Suraya sedang memerhatikan ucapan yang sedang dikemaskini oleh sdr. Meor Sony.






Ini merupakan antara rakaman berkenaan
yang masih belum disunting lagi....

Sunday, September 13, 2009

Krew Penerbitan Berita


Hampir semua stesen penyiaran menerbitkan sekurang-kurangnya sekali siaran berita. Biasanya bahagian berita mempunyai kakitangan penerbitan berita yang berdedikasi dalam tugas penerbitan berita.


Petugas-petugas dalam penerbitan berita;

-News Director: bertanggung jawab dalam semua operasi berita dan bertanggung jawab sepenuhnya dalam siaran berita.

- Producer: Bertanggung jawab secara langsung dalam pemilihan cerita untuk siaran berita.

- Assignment Editor: Menugaskan wartawan-wartawan dan jurukamera untuk membuat liputan peristiwa untuk berita.

- Reporter: Mengumpulkan cerita. Biasanya membuat laporan di kamera semasa di lapangan.

- Videographer: Pengendali kamera video. Jika tiada 'reporter' videographer akan membuat pertimbangan sendiri apa yang perlu untuk dirakam dalam sesuatu peristiwa.

-Writer: Menulis salinan berita yang hendak di keudarakan oleh 'anchor' atau penyampai berita di stesen televisyen. Salinan tersebut berasaskan catatan-catatan 'reporter' dan juga pita video yang diperoleh.

- Videotape Editor: Menyunting video mengikut catatan 'reporter', skrip 'writer' atau arahan penerbit.

- Anchor: Penyampai utama siaran berita yang biasanya dari sebuah set studio.

- Weathercaster: Penyampai keadaan cuaca atau ramalan cuaca.

- Sportscaster: Penyampai berita sukan.

Saturday, September 12, 2009

Berbuka Puasa Anak Johor Bersama Menteri Pengajian Tinggi


Hari ini, 12 September 2009, hari Sabtu, kami dari Unit Audio Video telah diminta untuk membuat rakaman video Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Johor IPTA Bersama Menteri Pengajian Tinggi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Pentas dimana majlis perasmian akan berlangsung.




Seperti biasa kami membuat persiapan teknikal lebih awal iaitu jam 2.00 petang kerana kami menjangkakan majlis tersebut bermula jam 4.30 petang. Namun tidak lama kemudian AJK majlis tersebut berjumpa dan memberitahu yang majlis perasmian berkenaan ditunda lewat sedikit iaitu jam 6.00 petang, setelah ketibaan Menteri Pengajian Tinggi.

Sdr. Jasryl Amri dan sdr. Ramli Adnan sedang membuat pemasangan peralatan video dalam dewan besar.





Oleh itu setelah membuat persiapan teknikal, kami pun terpaksa menunggu agak lama sehingga ketibaan Menteri Pengajian Tinggi iaitu pada jam 6.00 petang.

Namun begitu sebelum ketibaan menteri tersebut, program berkenaan telah dijalankan terlebih dahulu dengan acara seperti nyanyian nasyid dan juga persembahan multimedia.

Sdr. Jasryl Amri dan sdr. Ramli Adnan.




Setelah ketibaan Menteri Pengajian Tinggi, maka acara pun bermula dengan ucapan alu-aluan, bacaan doa, ucapan ketua pengarah program, ucapan Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar UKM dan seterusnya ucapan Menteri Pengajian Tinggi dan dialog bersama dengan Pelajar IPTA anak-anak Johor.


Anak-anak johor membuat persiapan sebelum majlis berlangsung.




Ucapan dan dialog dengan pelajar berlangsung sehingga azan Maghrib menandakan waktu berbuka berkumandang di udara. Oleh kerana dialog berlangsung sehingga lepas masa azan maka semua krew audio visual terpaksa meninggalkan kamera untuk berbuka puasa. Apa nak buat, bukankah kita digalakkan berbuka dengan segera, bukan begitu....


Hadirin yang sedang mendengar ucapan.





Selepas berbuka, masing-masing bergegas mengerjakan solat Maghrib, ada yang bergegas ke Pusat Islam UKM yang berhampiran sementara itu ada juga yang bersolat di surau tingkat atas dewan dan ada juga yang bersolat dalam Studio UKM terutama krew video.





Timbalan Naib Canselor, YBhg Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak, sedang menyampaikan ucapan.






Selesai solat di Pusat Islam UKM, semua hadirin kembali ke dewan besar untuk menikmati jamuan makan malam pula. Hadirin telah dihiburkan dengan alunan lagu nasyid oleh Kumpulan Firasat Inzal dan juga deklamasi puisi.

Acara majlis ditamatkan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan juga penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Y.B Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi sedang menyampaikan ucapan.





Biasalah....selepas selesai rakaman semua peralatan dikemaskan dan disimpan kembali dalam Studio UKM sebelum masing-masing mengorak langkah untuk pulang ke rumah...

Maka tamatlah satu lagi tugas dalam bulan puasa ini. Lepas ini entah tugas apa pulak yang akan dilakukan, kami masih menunggu......

Cik Siti Suraya dan Jasryl Amri sedang mengendalikan peralatan grafik.





Krew yang terlibat dalam tugas malam ini ialah, Yunus Misdi, Hafiz, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Siti Suraya, Jasryl, Jamaludin Saleh, Kamarul Baharin, Ruhaizad, Ramli Adnan dan aku sendiri. Terima kasih banyak-banyak kepada semua krew yang terlibat dalam tugas malam ini.....

Sdr. Kamarul Baharin Supaat bertindak sebagai Pengarah Studio pada malam ini dan disebelahnya ialah sdri. Hanim yang bertindak sebagai pengendali 'switcher'.














Sdr. Kamarul dan sdri. Hazni Hanim....

Krew Teknikal Dalam Penerbitan Televisyen...


Kakitangan Teknikal dalam penerbitan televisyen mengandungi mereka yang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas pengendalian peralatan penerbitan. Mereka merupakan sebahagian daripada krew yang termasuk Jurukamera, kakitangan audio dan pencahayaan atau lampu, pengendali VTR, penyunting video dan pengendali grafik. Kakitangan teknikal bermakna mereka mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan peralatan berkenaan. Perlu juga diketahui bahawa tugas kakitangan teknikal dan bukan teknikal adakalanya akan 'overlap' atau bersilih ganti di antara dengan yang lain bergantung kepada saiz kumpulan penerbitan berkenaan. Contoh yang mudah, stesen penyiaran yang besar mempunyai modal yang besar untuk mengadakan kumpulan penerbitan yang besar.
Satu contoh lagi ialah dalam satu penerbitan seseorang itu boleh dilantik sebagai penerbit dan dalam sebuah penerbitan yang lain dia mungkin boleh dilantik sebagai Jurukamera.


Kakitangan berikut merupakan kakitangan atau crew yang telah dilatih sebagai crew penerbitan;

-Pengarah Teknikal(Technical Director); Bertindak sebagai ketua kakitangan teknikal dalam penerbitan.

-Jurukamera(Camera Operators); mengendali peralatan kamera, juga boleh mengendalikan lampu dalam penerbitan yang mudah. Dalam penerbitan di lapangan (ENG/EFP) mereka ini ada kalanya dikenali sebagai Videographers atau Shooters.

-Pengarah Pencahayaan(Lighting Director); Bertanggungjawab dalam pencahayaan dan didapati dalam penerbitan yang besar.

-Pengendali Video(Video Operator); Melaras atau 'adjusts' kawalan kamera untuk mendapatkan imej yang optima dan diterima dalam penerbitan terutama ketika 'Field Production'. Dia juga dikenali sebagai 'Shader'.

-Juruteknik Audfio(Audio Technician); Bertanggung jawab dalam semua operasi audio. Mengendali Audio Console semasa persembahan. Dia juga dikenali sebagai 'audio engineer'.

-Pengendali VTR(Videotape Operator); Mengendali mesin atau peralatan pita video.

-Pengandali Character Generator(Character Generator Operator); Menaip dan mengeluarkan dari komputer nama-nama dan lain-lain bahan grafik yang perlu di padukan dengan imej video.

-Penyunting video(Videotape Editor); Mengendalikan peralatan penyuntingan semasa pos produksi. Dia membantu dalam memberi cadangan-cadangan penyuntingan yang kreatif.


Above-The-Line and Below-The-Line:

Kakitangan Above-The-Line dan Below-The-Line sebenarnya tidak berapa jelas perbezaannya. Ini adalah kerana dalam penerbitan tertentu Production Assistant atau Technical Director di kelaskan sebagai Below-The-Line, namun dalam penerbitan yang lain mereka dikelaskan sebagai kakitangan atau crew Above-The-Line. Walau bagaimanapun semua mereka adalah penting dalam penerbita televisyen.


ABOVE-THE-LINE:

-Executive Producer
-Producer
-Associates and Production Assistants
-Production Manager
-Director
-Associate Director
-Art Director and Graphic Artist
-Sound Designer
-Talent
-Writer


BELOW-THE-LINE

-Studio Supervisor
-Technical Director
-Camera Operator
-Lighting Director
-Floor Manager
-Floor Persons
-Video Operator
-Audio Technician
-C.G Operator
-Videotape Operator
-Videotape Editor
-Makeup Artist
-Wardrobe People
-Scenery and Property Personnel
-Maintenance Engineer