Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Raya, janganlah lupe kami bertugas...


videoHari ini, 30 september dan semalam 29 September 2009, kami(Unit Audio Video) telah membuat rakaman ucapan Hari Raya kakitangan-kakitangan yang bertugas pada Hari Raya yang lalu.

Bermula jam 9.00 pagi 29 September 2009, kami bergerak ke Pejabat Keselamatan UKM untuk membuat rakaman berkenaan. Rakaman telah dibuat di Pejabat Keselamatan UKM iaitu kakitangan keselamatan yang bertugas pada Hari raya. Kami membuat rakaman berkenaan di dalam pejabat mereka dan juga di pos-pos pengawal sekitar kampus di bangi.

Pada 30 September 2009 pula, kami membuat rakaman ucapan Hari Raya kakitangan Bahagian Elektrik, Jabatan Pengurusan Pembangunan, UKM pula. Esok....kami mungkin akan ke Pusat Perubatan UKM atau HUKM di Cheras pula. Di sana kami akan cuba mendapatkan ucapan Hari Raya kakitangan di sana terutama para Jururawat yang dikehendaki bertugas pada Hari raya.

Semua rakaman ini akan ditayangkan semasa jamuan Hari Raya peringkat UKM yang akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak pada 9 Oktober 2009 yang akan datang. Krew yang terlibat dalam rakaman ini ialah sdr. Ramli Adnan, Kamarul Baharin, Jasril Amry, Siti Suraya dan aku sendiri. O.K selamat hari raya semua.....
Justify Full

No comments: