Saturday, September 12, 2009

Berbuka Puasa Anak Johor Bersama Menteri Pengajian Tinggi


Hari ini, 12 September 2009, hari Sabtu, kami dari Unit Audio Video telah diminta untuk membuat rakaman video Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Johor IPTA Bersama Menteri Pengajian Tinggi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Pentas dimana majlis perasmian akan berlangsung.




Seperti biasa kami membuat persiapan teknikal lebih awal iaitu jam 2.00 petang kerana kami menjangkakan majlis tersebut bermula jam 4.30 petang. Namun tidak lama kemudian AJK majlis tersebut berjumpa dan memberitahu yang majlis perasmian berkenaan ditunda lewat sedikit iaitu jam 6.00 petang, setelah ketibaan Menteri Pengajian Tinggi.

Sdr. Jasryl Amri dan sdr. Ramli Adnan sedang membuat pemasangan peralatan video dalam dewan besar.





Oleh itu setelah membuat persiapan teknikal, kami pun terpaksa menunggu agak lama sehingga ketibaan Menteri Pengajian Tinggi iaitu pada jam 6.00 petang.

Namun begitu sebelum ketibaan menteri tersebut, program berkenaan telah dijalankan terlebih dahulu dengan acara seperti nyanyian nasyid dan juga persembahan multimedia.

Sdr. Jasryl Amri dan sdr. Ramli Adnan.




Setelah ketibaan Menteri Pengajian Tinggi, maka acara pun bermula dengan ucapan alu-aluan, bacaan doa, ucapan ketua pengarah program, ucapan Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar UKM dan seterusnya ucapan Menteri Pengajian Tinggi dan dialog bersama dengan Pelajar IPTA anak-anak Johor.


Anak-anak johor membuat persiapan sebelum majlis berlangsung.




Ucapan dan dialog dengan pelajar berlangsung sehingga azan Maghrib menandakan waktu berbuka berkumandang di udara. Oleh kerana dialog berlangsung sehingga lepas masa azan maka semua krew audio visual terpaksa meninggalkan kamera untuk berbuka puasa. Apa nak buat, bukankah kita digalakkan berbuka dengan segera, bukan begitu....


Hadirin yang sedang mendengar ucapan.





Selepas berbuka, masing-masing bergegas mengerjakan solat Maghrib, ada yang bergegas ke Pusat Islam UKM yang berhampiran sementara itu ada juga yang bersolat di surau tingkat atas dewan dan ada juga yang bersolat dalam Studio UKM terutama krew video.





Timbalan Naib Canselor, YBhg Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak, sedang menyampaikan ucapan.






Selesai solat di Pusat Islam UKM, semua hadirin kembali ke dewan besar untuk menikmati jamuan makan malam pula. Hadirin telah dihiburkan dengan alunan lagu nasyid oleh Kumpulan Firasat Inzal dan juga deklamasi puisi.

Acara majlis ditamatkan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan juga penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Y.B Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi sedang menyampaikan ucapan.





Biasalah....selepas selesai rakaman semua peralatan dikemaskan dan disimpan kembali dalam Studio UKM sebelum masing-masing mengorak langkah untuk pulang ke rumah...

Maka tamatlah satu lagi tugas dalam bulan puasa ini. Lepas ini entah tugas apa pulak yang akan dilakukan, kami masih menunggu......

Cik Siti Suraya dan Jasryl Amri sedang mengendalikan peralatan grafik.





Krew yang terlibat dalam tugas malam ini ialah, Yunus Misdi, Hafiz, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Siti Suraya, Jasryl, Jamaludin Saleh, Kamarul Baharin, Ruhaizad, Ramli Adnan dan aku sendiri. Terima kasih banyak-banyak kepada semua krew yang terlibat dalam tugas malam ini.....

Sdr. Kamarul Baharin Supaat bertindak sebagai Pengarah Studio pada malam ini dan disebelahnya ialah sdri. Hanim yang bertindak sebagai pengendali 'switcher'.














Sdr. Kamarul dan sdri. Hazni Hanim....

1 comment:

Mohd Najib said...

Salam. En Daud, saya nak tanya. Adakah masih terdapat lagi dalam simpanan pihak penerbitan, video majlis berbuka puasa anak Johor IPTA bersama Menteri Pengajian Tinggi pada september 2009?

-Mohd Najib,Tahun 2 FSSK.
0177382852
iktiqad27@yahoo.com