Monday, March 23, 2009

Latihan Kumpulan 7 & 8












Hari ini seawal jam 7.00 petang den keluar dari rumah menuju UKM. Tiba di DECTAR lebih kurang jam 7.15 petang waktu tempatan. Masuk ke Studio UKM. Selepas key in kedatangan di komputer den terus menyiapkan semua peralatan audio visual. Peralatan seperti kabel, tripod, kamera video dan sebagainya masih bersepah di sana sini dalam studio. Perkara ini adalah disebabkan semalam kami membuat rakaman MCP Persembahan Orkestra Tradisional Cina di Panggung Seni.


Lebih kurang setengah jam kemudian semua peralatan audio visual telah siap dipasang dan diuji. Sebenarnya den menyiapkan semua peralatan ini adalah untuk latihan Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK. Kumpulan yang membuat latihan malam ini ialah kumpulan 7 dan kumpulan 8. Tak lama kemudia kira-kira jam 5 minit hampir 8.00 malam terdapat pelajar yang telah tiba di studio.


Setelah semua ahli kumpulan hadir maka mereka pun memulakan sesi latihan. Apa yang dapat den lihat terdapat sedikit kelemahan di sana sini. Oleh itu kelemahan tersebut diberitahu semasa mereka masih dalam latihan sedang berjalan. Kelemahan yang dapat den perhatikan ialah count down, roll vtr, call shot untuk kamera dan establish shot jarang diguna. Masing-masing kumpulan cuma dapat membuat latihan sekali sahaja kerana kesuntukan masa.


Apa-apa pun diharapkan dalam latihan terakhir mereka nanti semua kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini peranan Pengarah dan penolong Pengarah amat penting.

Sunday, March 22, 2009

Orkestra tradisional(Cina)

" Matlamat persembahan orkestra tradisional adalah untuk mencungkil elemen baru dalam orkestra tradisioanal. Oleh sebab itu, 'Nuovo' dijadikan tema bagi persembahan kami kali ini. Dalam persembahan ini, orkestra cina bersama dengan alat muzik melayu dan barat, akan mempersembahkan pelbagai lagu yang merdu dari tempatan serta dari negara lain bagi mencapai matlamat persembahan".

Itulah catatan yang disunting daripada buku cenderamata Persembahan Orkestra tradisional Artisukma UKM 2009.

Den keluar dari rumah jam 6.15 petang dan tiba di sisi Dewan Canselor Tun Abdul Razak jam 6.30 petang. Mengatur langkah masuk ke dalam DECTAR dengan semangat untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Kunci di grill studio UKM dibuka. Sejurus kemudian 'krekkkkk....' bunyi grill besi dibuka menandakan grill tersebut macam berkarat....


Selepas itu key in di komputer, tanda datang bertugas hari ini. On kan semua peralatan dalam studio... Call sdr. kamarul supaya cepat datang ke Studio kerana orang tak cukup untuk memasang kamera, kabel dan tripod di Panggung Seni. Tak tau den mengapa mereka datang lewat hari ini. Namun Sdr. Ramli dah bagi tau den dia tak hadir bekerja hari ni...


Bila sdr. Kamarul tiba kami memasang semua peralatan. Sebenarnya kami terlewat memasang peralatan. Program akan bermula jam 8.00 malam tetapi pada jam 7.30 malam kami masih belum siap pasang semua peralatan. Bukan hal itu sahaja tetapi jurukamera juga ramai yang belum datang.

Apabila tiba jam 8.00 malam program berkenaan pun bermula. Jurukamera cuma seorang sahaja. Oleh itu den terpaksa menjadi jurukmera sementara jurukamera datang. Den jaga kamera satu. Hmmmm...sekali sekala pegang kamera seronok gak, bisik hati den, maklumlah dah lamo tak pegang kamera.... Tak lama kemudian Sdr. Zulhimi datang menggantikan den. Den masuk ke dalam konti dan mengendalikan pengarahan kerana Sdr. Kamarul hendak pergi solat....tugas tugas gak, solat jangan lupo....itulah bezo antaro muslim dan bukan muslim...

Den mengarahkan rakaman berkenaan sehingga tamat. Closing credit tidak sempurna kerana kami tak cukup krew. Krew grafik kami bertugas mengendalikan kamera. Selepas beberapa ketika program berlangsung, barulah ramai jurukamera datang. Mereka terlewat sebab mereka menganggap program bermula lepas Azan, kebiasaannya... Tapi ruponyo program bermula jam tepat 8.00 malam kerana program berkenaan ialah persembahan Orkestra Tradisional Cina. Tentulah ia bermula awal kerana kaum Cina je yang menontonnya...Inilah diantara tugas kami yang paling buruk, tanpa perancangan yang sempurna.

Krew malam ni DEN, KAMARUL, YUNUS, ZULHIMI, HATTA, FIRDAUS, KHAIDIR, WAFIY, JAMALUDIN SABRAN, HASNAH, HANIM, SULIMI dan hu..hu..hu... krew baru yang namonyo den lupo laie....

foto semasa bertugas tak sempat nak rakam, sebab sibuk sangat...

Konsert Manis V

Sdr. Kamarul sedang mengendalikan rakaman MCP, Sdri Hanim
sedang mengendalikan switcher.


Sdr. Yunus mengendalikan grafik









Baru sebentar tadi iaitu dari jam 8.00 malam hingga 12.00 malam bertarikh 21 MAC 2009, kami dari Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan telah membuat rakaman video kamera berbilang atau Multiple Camera Production. Program yang kami rakam malam ini ialah Konsert Manis V anjuran Ikatan Studi Islam, UKM. Terdapat beberapa kumpulan nasyid telah membuat persembahan dalam program berkenaan dan diantara kumpulan tersebut ialah DEVOTEE, INTEAM, FIRASAT INZAR dan kumpulan nasyid yang den lupo pulak namonya. Kehadiran peonoton boleh dikatakan amat membanggakan. Kelihatan penonton hampir memenuhi ruang di dalam Dewan canselor Tun Abdul razak.


Malam ini tugas rakaman video dibantu oleh krew dari jabatan lain iaitu SDR. ZULHIMI, SDR. YUNUS, SDR. HATTA, SDR. FIRDAUS, SDR. WAFIY, SDR. KHAIDIR, SDR. SULIMI, SDRI HASNAH, SDRI HANIM dan seorang krew baru yang masih den lupo namonyo..heh...heh...lupo laie den namonyo...

Saturday, March 21, 2009

Majlis Kahwin





Inilah rakan den FIZA dan ISMAHISHAM, dia orang berdua
ni rakan sepengajian den yang masih bujang. Selamat menyambut
hari lahir ke ...dot...dot...dot..ISMAHISHAM(22 MAC ...dot....dot...dot...).
Bilo nak kawin ni...Ado sapo2 kah yang berminat ngan dia orang,
sila contact nombor 999, ops! silap nombor dahhh...??.



Sebelah ISMAHISHAM ialah SABAH berbangsa Arab Iraq, iaitu
rakan sepengajian MASTER Isma di UM sekarang ni...




Sekali lagi hari ini den ingin bercerita hal peribadi lagi. Hari ini den pergi majlis perkahwinan teman den iaitu RUSNANIZA BAHAROM di Melaka. RUSNANIZA ni teman sepengajian den di UKM sesi 1999/ 2000 di Jabatan Komunikasi, FSSK. Den dah janji dengan teman den iaitu ISMAHISHAM dan FIZA untuk pergi bersama ke Melaka. Isma dan Fiza juga teman sepengajian den bersama dengan Ros dalam sesi yang sama. Den keluar dari rumah jam 10.00 pagi. Masuk ke lebuhraya jam 10.10 minit lebih kurang menuju ke selatan. Den keluar di Tol Air Keroh. Den tunggu rakan den iaitu ISMA dn FIZA di Tol Air Keroh.


Tak lama kemudian ISMA tiba dan dia keluar dari kereta. Den pun turut keluar dan sama2 menuju ke arah satu sama lain. Kami berbincang tentang arah nak menuju ke rumah pengantin. Den bukan tahu sangat cuma bergantung kepada peta di kad jemputan yang telah diberi oleh ROS. Den meminta ISMA memandu di hadapan sebab den ni kalau berkaitan dengan arah2 di jalan raya ni agak kureng sedikit, bimbang akan sesat. Arah kek udara mungkin den mahir kut sebab den selalu lihat kapal terbang terbang di udara....heh...heh...


Semasa bersua dengan ISMA, kami sama-sama terlupa untuk bersalam. Agaknya kami rakan yang amat rapat(very close friends), yang menyebabkan kami lupo nak bersalam dan mengucapkan salam antara satu dengan lain. Betul ko kalau terlalu rapat akan menyebabkan lupo bersalam.....hmmmm...ontahlah.....Sebenarnya gelagat kami tak bersalam tu dilihat oleh rakan bangsa Arab ISMA yang ketika itu berada di dalam kereta bersama FIZA. Mungkin dikalangan bangsa Arab Muslim, bersalam dan mengucapkan salam merupakan satu hal yang mesti dilaksanakan dan merupakan sesuatu yang pelik jika tidak dilakukan. Fiza lah yang melaporkan perkara tu kepada kami(perkataan "melapor" tu satu drpd perkataan dalam media, jadi apa yang aku tulis kat blog ni tak lari dari tajuk 'media')


Kemudian kami terus memandu menuju ke rumah pengantin di Merlimau, Melaka. Tiba di taman perumahan pengantin kami terdengar paluan kompang. Bunyi paluan kompang itulah yang memandu kami ke rumah pengantin. Tiba di rumah pengantin kami terus masuk ke rumah untuk melihat ROS yang pada ketika itu sedang bersanding dengan suaminya(mestilah dengan suaminya, takkan suami orang pulak...kan...kan....) di atas pelamin. Aku terpegun dan tergamam seketika...... Hati ku berkata "Wah!! comey sungguh si Ros ni....hmmm...inilah kuasa tangan juru solek yang mahir...bisik hati den lagi.... Den sempat merkamkan foto dia orang bersanding dengan handphone den.... Maso tu kamera den tertinggal dalam kereta...heh...heh...heh....Daripada tiada, biarlah ada...kan...kan...


Sejurus selepas itu kami pun menuju ke khemah untuk makan maklumlah perut ni meronta-ronta meminta untuk di isi. Sempat jugo den merakamkan foto pengantin yang berada di bawah khemah. Sebelum balik kami sempat bersalam dengan ROS dan suaminya. Ros inilah teman den yang bertugas sebagai Penerbit Rancangan di RTM tu. Suaminya pun bertugas di RTM. Dalam perjalanan balik teman den si ISMA ajak den singgah di Hentian Air Keroh untuk solat. Selepas itu kami mengikut haluan masing-masing untuk pulang ke kediaman rasmi masing-masing..

Friday, March 20, 2009

Kumpulan Kimi

Kimi dan ahli kumpulannya...



Sekali lihat kumpulan ini mempunyai potensi untuk
menggerakkan industri media di masa depan
(sekali pandang lahh...kalau dua kali pandang, tak pasti lah....)


Hari ini walaupun den bercuti, den datang juga ke Studio UKM untuk membantu Kumpulan Kimi yang akan mengadakan latihan MCP dalam pukul 9.00 pagi. Den tiba di Studio UKM dan mendapati sdr. Kamarul Baharin telah menyediakan semua peralatan audio visual untuk latihan.

Kumpulan Kimi tiba di Studio UKM jam 9.15 pagi secara beransur-ansur. Sebaik saja semua ahli kumpulan telah tiba, latihan telah dimulakan. Kimi menjadi pengarah untuk kumpulan ini. Dari segi cara pengarahan Kimi kelihatan lebih yakin. Dia telah melakukan tugas pengarahan dengan baik cuma yang dibimbangkan ialah dari sudut countdown, kerjasama dengan Penolong Pengarah kerana penolong berkenaan tidak hadir semasa latihan ini. Selain dari itu den bimbangkan kemampuan krew-krewnya yang lain dalam memberi bantuan kepadanya nanti semasa penerbitan akhir. Latihan mereka pagi ini tanpa melibatkan host yang sebenarnya. Selain daripada itu kehadiran krew yang sedikit mendatangkan masalah.

Namun dapat dilihat semua krew Kimi kelihatan mempunyai keyakinan diri yang agak tinggi walaupun den bimbang dengan kemampuan mereka dalam penerbitan akhir nanti. Mungkin mereka akan dapat memperbaiki kelemahan di sana sini apabila datang lagi ke studio untuk membuat latihan. Kumpulan ini meminta untuk mengadakan sekali lagi latihan pada minggu depan.

Anggapan kami yang sudah berpengalaman lama mengendalikan pelajar latihan MCP ini ialah, kumpulan yang kerap membuat latihan tidak akan menghadapi kesulitan ketika penerbitan akhir nanti. Itu bukankah sudah lumrah alam, siapa yang rajin dia akan lebih berjaya. Jika berlaku sesuatu keajaiban pun, ia merupakan kes-kes yang terpinggir dan amat jarang berlaku....

Thursday, March 19, 2009

Latihan MCP Kump. 4






Hari ini(Khamis), den cuti, begitu juga dengan hari esok iaitu hari Jumaat. Malam ini, 19 Mac 2009 jam 8.00 malam dah tiba di studio UKM seperti juga malam sebelumnya. Semua peralatan audio video di Studio UKM telah disediakan oleh Sdr. Kamarul Baharin Supaat. Malam ini Sdr. Kamarul Baharin bertugas dalam DECTAR kerana ada Majlis Makan Malam Kolej.

Ketika berada dalam Bilik Kawalan atau Konti salah seorang pelajar yang membantu kumpulan 4 telah tiba. Kedengaran dia termengah-mengah. Bila ditanya katanya dia fikir dia telah terlambat tapi rupa-rupanya dia yang terawal tiba. Seketika kemudian tiba "the real host" Kumpulan 4. Beberapa ketika kemudian seorang lepas seorang pelajar latihan MCP tiba di studio. Dalam penerbitan yang sebenar di dunia luar ketepatan masa amat dititik beratkan dan amat perlu dalam bidang penyiaran.

Setelah semuanya tiba di studio, latihan pun dimulakan. Kali pertama terdapat sedikit kelemahan. Latihan kali kedua juga terdapat kelemahan namun dengan sedikit perbincangan telah dapat diperbaiki. Seterusnya kumpulan 4 telah menjalani beberapa kali lagi latihan tanpa kehadiran kami iaitu den dan Sdr. Ramli.

Sebelum balik, Ketua Kumpulan iaitu "The Iron Girl"(sengaja suntik semangat) telah meminta untuk mengadakan latihan lagi pada minggu depan iaitu hari Selasa 24 Mac; jam 4.00 ptg - 6.00 ptg. Pada keseluruhannya latihan Kumpulan 4 telah bertambah baik. Mungkin sekali lagi latihan, mereka mungkin tidak mengalami sebarang kesulitan dalam penerbitan akhir nanti, InsyaAllah.

Wednesday, March 18, 2009

Latihan MCP Kumpulan 4..

Inilah kumpulan 4, bagus, jangan sekali-kali
luntur semangat tu...

Itulah...bila den nak rakam foto, lari,
kan dah nampak tangan jo..


Tiada suatu pun yang mustahil, selagi kita
belum tahu ia ditakdirkan mustahil...


Malam ni tiba di DECTAR lebih kurang 5 minit lagi ke pukul 8.00 malam. Parking kereta di tempat biasa dan matikan enjen, buka pintu, "tup", bunyi pintu kereta ditutup, kemudian tittttttttttt...bunyi central lock di aktifkan sebaik saja punat di kunci, den tekan. Seterusnya den mengatur langkah menuju pintu dewan...ops! laaaa....berkunci rupanya pintu yang selalu menjadi laluan den. Hmmm...terpaksalah menapak menuju pintu utama DECTAR.


Depan pintu utama sedia menunggu beberapa orang siswi yang ingin menyambut ketibaan VIP...rupanya di DECTAR akan diadakan majlis makan malam kolej, tak tau den kolej mana. Terus berjalan masuk dewan dan seterusnya ke Studio UKM berhampiran dengan Panggung Seni. Pintu dibuka dan terus masuk lalu login kedatangan untuk bekerja malam ni. Sebaik selesai login, den menyediakan semua peralatan audio visual yang diperlukan di dalam studio.



Sebenarnya malam ni kumpulan 4 pelajar Pusat Pengajian Media akan mengadakan latihan penerbitan MCP. Kami akan mengendalikan latihan berkenaan. Kami yakni den, sdr. Kamarul dan Sdr. Ramli Adnan akan membantu kumpulan berkenaan cara pengendalian peralatan untuk penerbitan MCP. Seperti biasa kami akan membantu sepenuh hati tanpa sebarang niat tersembunyi yang terselit di sudut hati kami. Kali pertama latihan semua kesilapan yang wujud telah diperbetulkan sedikit demi sedikit hasil perbincangan kami dengan semua ahli kumpulan yang terlibat. Selepas pembetulan dilakukan, latihan diteruskan. Setelah semuanya agak o.k kami tinggalkan mereka menjalankan latihan dengan sendiri.



Walaupun kumpulan 4 tidak mempunyai krew yang cukup untuk latihan namun mereka masih jua mempunyai semangat untuk berlatih. Itulah yang amat penting bagi kami jika kerjasama kami diperlukan. Bagi kami semangat mereka untuk berlatih menyebabkan kami bersedia untuk membantu secara "all out". Apa yang den harapkan malam esok iaitu 19 Mac 2009 jam 8.00 malam segala kesilapan malam ini tidak akan berlaku dan dapat mereka atasi. Yang paling penting, semasa penerbitan akhir nanti mereka dapat melakukan tugas masing2 dengan sempurna dan mampu menghasilkan penerbitan yang cemerlang.....

Tuesday, March 17, 2009

Latihan MCP Kump. 1 & 2.

Kumpulan 1 dan 2 sedang melakukan latihan penerbitan mereka...





Malam ini kami yakni den dan Sdr. Kamarul Baharin berjalan dengan selambe memasuki Studio UKM yang dikatakan oleh beberapa individu sebagai gua. Kebetulan kami sama-sama sampai di tempat parking kereta sebentar tadi di sebelah DECTAR. Tugas kami malam ini kat studio UKM ialah mengendalikan latihan Multiple Camera Production(MCP) pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK. Seperti biasa setelah siap semua peralatan kami pasang, maka para pelajar berkenaan memulakan latihan mereka. Malam ini kami lebih banyak melihat sahaja apa yang mereka lakukan. Sebelum ini kami memang secara total akan menunjukkan kepada mereka cara melakukan tugas penerbitan program sama ada dari segi pengarahan dan juga kawalan peralatan dalam penerbitan program dengan menggunakan kamera berbilang atau Multiple Camera Production.

Dari pemerhatian kami masih terdapat beberapa kelemahan dalam latihan mereka. Pengarah kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan Satu dan Dua masih tidak mendapat rentak mereka. Kawalan audio masih lagi terdapat kelemahan, begitu juga dengan arahan-arahan. Paparan grafik juga masih tidak lancar. Kawalan VTR dan switcher, nampak ok.

Di akhir latihan pengarah setiap kumpulan bertanyakan pandangan kami terhadap mereka semasa latihan dijalankan. Kami cuma memberi sedikit komen, hmmmmm...mungkin berguna untuk mereka nanti dalam penerbitan akhir. Kami tidak mau memberi komen yang banyak kerana kami tak mau mereka hilang semangat disebabkan oleh komen-komen kami. Walau bagaimana pun kami amat berharap mereka akan dapat mengatasi semua kelemahan berkenaan sebelum penerbitan akhir pada awal bulan April nanti. Den juga agak sangsi dengan kumpulan-kumpulan yang lain kerana latihan pelajar semester ini tidak sekerap latihan peljar dalam semester yang lalu.

Namun den tidak lupa, mungkin akan terjadi keajaiban semasa penerbitan akhir...siapa tahu...bukan begitu? Mungkin semua kumpulan akan dapat mengatasi semua kelemahan mereka dan dapat menghasilkan penerbitan yang lancar, cemerlang, dan menghasilkan markah yang penuh..siapa tahu??? Kami memang amat berharap mereka akan dapat mengatasi kelemahan yang wujud semasa latihan berkenaan.


Pada den, tiada suatu pun yang mustahil melainkan kita sendiri yang membuatkannya mustahil. Jika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu, namun tidak tercapai tujuannya, di situ barulah kita berkata....SUDAH TAKDIRNYA BEGITU. Lepas itu terpulanglah kepada individu, sama ada hendak menangis sepi ko, hendak meraung ko, hendak melolong ko ataupun kombinasi meraung, menghentak-hentak kaki, menarik-narik rambut serta berguling atas bumi...itu masing-masing yang menentukannya....

Tugas kami atau den sendiri ialah memberikan semua pengetahuan yang den ado kepada mereka. Tiada satu pun disembunyikan kerana den percayo kalau kita tidak lokek ilmu, kita akan memperoleh banyak lagi ilmu....jadi untuk apo lokek ilmu???

Pantun...oh...pantun...





Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh den bayar,
Hutang budi dibawa mati.

Inilah contoh pantun Melayu yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sehingga ke hari ini. Pantun banyak digunakan dalam semua perkara di zaman Melayu lama dan diantaranya ialah dalam adat pinang meminang. Pantun telah wujud dalam masyarakat Melayu sejak mereka masih lagi tidak pandai membaca dan menulis. Ia telah menjadi satu alat berkomunikasi dalam masyarakat Melayu.

Malam tadi bertarikh 16 Mac 2009, kira-kira jam 8.30 malam, telah diadakan Majlis perasmian penutup dan Penyampaian Hadiah, Pesta pantun UKM 2009 di Panggung Seni, DECTAR. Unit audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan telah membuat rakaman MCP program berkenaan.

Malam ni ramai krew yang telah membantu. Mereka yang hadir membantu ialah MUHAMMAD WAFIY, MUHAMMAD KHAIDIR, AZRUL KHAIDIR, HANIM, MUHAMMAD BUKHARI, JAMALUDIN SABRAN, ISMAHASHIMI, SULIMI, KAMARUL BAHARN, RUHAIZAD, RAMLI ADNAN dan seorang krew baru yang den lupo namonyo...soly maaa...

Terima kasih kepada semua ang membantu....

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik den konang jua.

Sunday, March 15, 2009

Penolong Pengarah (Assistant Director)



Seseorang Pengarah memang amat sibuk semasa raptai dan produksi. Pengarah mesti membentuk dan memberi arahan berkaitan shot-shot kamera, meneliti 'framing' dan komposisi, memberi arahan kepada 'talent', mengikuti skrip, mendengar audio, melihat monitor-monitor, memberi arahan kepada krew-krew produksi, memberi arahan kepada audio, VTR, mengawasi masa program, dan sebagainya. Maka tidak hairanlah seorang pengarah memerlukan pembantu dalam melaksanakan tugasnya. Dalam hal ini seorang penolong pengarah atau Assistant Director amat diperlukan.

Dengan adanya Penolong Pengarah, tugas Pengarah menjadi mudah sedikit. Pengarah masih lagi bertanggung jawab kepada keseluruhan produksi. Dengan adanya Penolong Pengarah yang membantu dari segi penjagaan masa, persediaan arahan-arahan(ready cues) dan penyusunan awal shot-shot kamera akan membolehkan Pengarah menumpukan sepenuhnya kepada perkara yang berlaku sekarang tanpa merasa risau apa yang berlaku berikutnya.

Peranan Penolong Pengarah(AD) adalah bergantung kepada Pengarah sesebuah program yang diterbitkan. Terdapat Pengarah yang memberikan tanggung jawab yang besar kepada Penolong Pengarah(AD). Namun yang ideal, Pengarah dan Penolong Pengarah membentuk satu kumpulan yang rapat yang melengkap-melengkapi di antara satu dengan yang lain. Biasanya tugas Penolong Pengarah ialah menentukan masa produksi, menyediakan arahan berikutnya dan penyediaan awal shot-shot kamera.

Timing the show;
Masa amat penting dalam penerbitan. Masa yang tepat akan mengelakkan penerbitan melebihi atau mengurangkan dari masa yang telah ditetapkan. Penentuan masa yang tepat akan menjadikan penerbitan kelihatan lebih baik di skrin tv.

Readying cues
Penolong Pengarah boleh membantu pengarah dengan arahan persediaan untuk audio, lighting, VTR roll, pengacara dan 'talent'. Biasanya Penolong Pengarah memberi arahan persediaan kepada operasi, sementara Pengarah akan memberi arahan untuk beroperasi.

Presetting Camera Shots
Dalam program yang mempunyai skrip lengkap dimana shot-shot yang berurutan telah dirancang, Penolong Pengarah digunakan untuk mengatur shot kamera yang berikutnya. Oleh yang demikian Penolong Pengarah juga mesti mempunyai satu salinan skrip. Dalam produksi Penolong pengarah sewajarnya bersedia dengan satu shot di hadapan Pengarah. Dengan ini Pengarah akan tumpukan kepada kamera yang sedang ke udara dan masa perubahan video.

Penolong Pengarah: After this Cam One ready MCU of 'talent'...
Pengarah: Ready Cam One, take one...

Kolej Kris Mas...






Kris Mas merupakan kolej kediaman pelajar dalam kampus UKM yang mempunyai penghuni yang paling ramai. Kolej ini mula diduduki oleh pelajar pada tahun 1999. Malam ini dan malam esok (14 DAN 15 MAC 2009) Kolej Kris Mas mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan di DECTAR. Perasmian telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato' Dr. Muhammad Abdul Razak. Seperti biasa kami diminta membuat rakaman video MCP untuk majlis berkenaan. Ia bermula kira-kira jam 8.45 malam waktu tempatan dan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam...Ini baru balik dari DECTAR lah ni.....

Rakaman video MCP hanya kami lakukan bagi kolej-kolej yang membuat permohonan untuk perkhidmatan berkenaan. Malam ni ramai krew rakaman tidak dapat menghadirkan diri untuk membantu dalam melakukan rakaman MCP tersebut. Krew yang sempat hadir ialah,
Sdr. Yunus Misdi, Muhammad Wafiy, Azrul Khaidir, Zulhimi, Sulimi, Ramli, Ruhaizad, Kamarul dan saya sendiri....Ops! lupo lak, switcher kami yang cantik menawan....Sdri Hanim...

Letih memanglah letih, terutama jurukamera kerana mereka terpaksa berdiri di kamera selama 3 jam...whooo...lotih pinggang dibuek yo... Tapi apakan daya, janganlah mengeluh nanti ado yang kato kito ni TAK BERSYUKUR pulak...kan...kan...kan... Kalau mengeluh lagi, tentu ado yang kato nanti..."Ekau ni tak bersyukur, kalau gitu ekau tak payah kojo lah...biar kami yo yang kojo...kan..kan...kan..."


Esok ado laie iaitu sambungan Majlis Makan malam Tahunan Kolej Kris Mas, jam 8.00 malam...