Tuesday, March 17, 2009

Pantun...oh...pantun...





Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh den bayar,
Hutang budi dibawa mati.

Inilah contoh pantun Melayu yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sehingga ke hari ini. Pantun banyak digunakan dalam semua perkara di zaman Melayu lama dan diantaranya ialah dalam adat pinang meminang. Pantun telah wujud dalam masyarakat Melayu sejak mereka masih lagi tidak pandai membaca dan menulis. Ia telah menjadi satu alat berkomunikasi dalam masyarakat Melayu.

Malam tadi bertarikh 16 Mac 2009, kira-kira jam 8.30 malam, telah diadakan Majlis perasmian penutup dan Penyampaian Hadiah, Pesta pantun UKM 2009 di Panggung Seni, DECTAR. Unit audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan telah membuat rakaman MCP program berkenaan.

Malam ni ramai krew yang telah membantu. Mereka yang hadir membantu ialah MUHAMMAD WAFIY, MUHAMMAD KHAIDIR, AZRUL KHAIDIR, HANIM, MUHAMMAD BUKHARI, JAMALUDIN SABRAN, ISMAHASHIMI, SULIMI, KAMARUL BAHARN, RUHAIZAD, RAMLI ADNAN dan seorang krew baru yang den lupo namonyo...soly maaa...

Terima kasih kepada semua ang membantu....

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik den konang jua.

5 comments:

CikLieYzaOnline said...

Sambungan...

"Budi yang baik den konang jua,
Kalau tak baik, bukan budi namonyo,
Timo kasih penjago guo,
Penggalian kek sini solosai akhirnyo..."

CikLieYzaOnline said...

Dr Asiah ada bercakap,
nak genjak MCP ke minggu hadapan,
kalau setuju silalah cakap,
agar Azahari boleh buat pengumuman.

Masuk guo berhati-hati,
terjumpa sesumpah memang bahayo,
wahai studio yg baik hati,
MCP kita gonjak la yo tarikhnyo....

huhuhuhuhuhu

ukmstudio said...

Naik kereta pergi ke Bangi,
Tiba di Bangi bertukar arah.
Saudara Azahari sudah hubungi,
1 hingga 3 April tarikh diubah.

CikLieYzaOnline said...

Pergi ke Bangi menaiki lori,
singgah sebentar di kedai nyonya,
riang di hati tidak terperi,
terasa dunia aku yang punya...!!!!

heeeeeeee

ct_saggie said...

HUHU..WAH BALAS2 PANTUN DISINI