Tuesday, March 17, 2009

Latihan MCP Kump. 1 & 2.

Kumpulan 1 dan 2 sedang melakukan latihan penerbitan mereka...





Malam ini kami yakni den dan Sdr. Kamarul Baharin berjalan dengan selambe memasuki Studio UKM yang dikatakan oleh beberapa individu sebagai gua. Kebetulan kami sama-sama sampai di tempat parking kereta sebentar tadi di sebelah DECTAR. Tugas kami malam ini kat studio UKM ialah mengendalikan latihan Multiple Camera Production(MCP) pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK. Seperti biasa setelah siap semua peralatan kami pasang, maka para pelajar berkenaan memulakan latihan mereka. Malam ini kami lebih banyak melihat sahaja apa yang mereka lakukan. Sebelum ini kami memang secara total akan menunjukkan kepada mereka cara melakukan tugas penerbitan program sama ada dari segi pengarahan dan juga kawalan peralatan dalam penerbitan program dengan menggunakan kamera berbilang atau Multiple Camera Production.

Dari pemerhatian kami masih terdapat beberapa kelemahan dalam latihan mereka. Pengarah kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan Satu dan Dua masih tidak mendapat rentak mereka. Kawalan audio masih lagi terdapat kelemahan, begitu juga dengan arahan-arahan. Paparan grafik juga masih tidak lancar. Kawalan VTR dan switcher, nampak ok.

Di akhir latihan pengarah setiap kumpulan bertanyakan pandangan kami terhadap mereka semasa latihan dijalankan. Kami cuma memberi sedikit komen, hmmmmm...mungkin berguna untuk mereka nanti dalam penerbitan akhir. Kami tidak mau memberi komen yang banyak kerana kami tak mau mereka hilang semangat disebabkan oleh komen-komen kami. Walau bagaimana pun kami amat berharap mereka akan dapat mengatasi semua kelemahan berkenaan sebelum penerbitan akhir pada awal bulan April nanti. Den juga agak sangsi dengan kumpulan-kumpulan yang lain kerana latihan pelajar semester ini tidak sekerap latihan peljar dalam semester yang lalu.

Namun den tidak lupa, mungkin akan terjadi keajaiban semasa penerbitan akhir...siapa tahu...bukan begitu? Mungkin semua kumpulan akan dapat mengatasi semua kelemahan mereka dan dapat menghasilkan penerbitan yang lancar, cemerlang, dan menghasilkan markah yang penuh..siapa tahu??? Kami memang amat berharap mereka akan dapat mengatasi kelemahan yang wujud semasa latihan berkenaan.


Pada den, tiada suatu pun yang mustahil melainkan kita sendiri yang membuatkannya mustahil. Jika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu, namun tidak tercapai tujuannya, di situ barulah kita berkata....SUDAH TAKDIRNYA BEGITU. Lepas itu terpulanglah kepada individu, sama ada hendak menangis sepi ko, hendak meraung ko, hendak melolong ko ataupun kombinasi meraung, menghentak-hentak kaki, menarik-narik rambut serta berguling atas bumi...itu masing-masing yang menentukannya....

Tugas kami atau den sendiri ialah memberikan semua pengetahuan yang den ado kepada mereka. Tiada satu pun disembunyikan kerana den percayo kalau kita tidak lokek ilmu, kita akan memperoleh banyak lagi ilmu....jadi untuk apo lokek ilmu???

No comments: