Sunday, March 15, 2009

Kolej Kris Mas...






Kris Mas merupakan kolej kediaman pelajar dalam kampus UKM yang mempunyai penghuni yang paling ramai. Kolej ini mula diduduki oleh pelajar pada tahun 1999. Malam ini dan malam esok (14 DAN 15 MAC 2009) Kolej Kris Mas mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan di DECTAR. Perasmian telah dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato' Dr. Muhammad Abdul Razak. Seperti biasa kami diminta membuat rakaman video MCP untuk majlis berkenaan. Ia bermula kira-kira jam 8.45 malam waktu tempatan dan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam...Ini baru balik dari DECTAR lah ni.....

Rakaman video MCP hanya kami lakukan bagi kolej-kolej yang membuat permohonan untuk perkhidmatan berkenaan. Malam ni ramai krew rakaman tidak dapat menghadirkan diri untuk membantu dalam melakukan rakaman MCP tersebut. Krew yang sempat hadir ialah,
Sdr. Yunus Misdi, Muhammad Wafiy, Azrul Khaidir, Zulhimi, Sulimi, Ramli, Ruhaizad, Kamarul dan saya sendiri....Ops! lupo lak, switcher kami yang cantik menawan....Sdri Hanim...

Letih memanglah letih, terutama jurukamera kerana mereka terpaksa berdiri di kamera selama 3 jam...whooo...lotih pinggang dibuek yo... Tapi apakan daya, janganlah mengeluh nanti ado yang kato kito ni TAK BERSYUKUR pulak...kan...kan...kan... Kalau mengeluh lagi, tentu ado yang kato nanti..."Ekau ni tak bersyukur, kalau gitu ekau tak payah kojo lah...biar kami yo yang kojo...kan..kan...kan..."


Esok ado laie iaitu sambungan Majlis Makan malam Tahunan Kolej Kris Mas, jam 8.00 malam...

5 comments:

CikLieYzaOnline said...

uhuk..uhuk..uhuk...(batuk tertelan minyak)

ish..ish..ish..
sapala yg kata tu.
xpatut sungguhla..
mungkin org tu xtau kot perjalanan kerja yg terpaksa dilalui oleh org2 studio ni..
tau nak kata sesedap rasa jo....
tp mungkin juga ada kebenarannya...

heeeeeeeeeee

CikLieYzaOnline said...

yg pakai baju putih beriben biru ala2 ahli silap mata tu zahid penyanyi tu ka?

CikLieYzaOnline said...

em..
timo kasihla ada blog ni,
byk mmbntu den siapkan skrip..
(walaupun xsiap lagi)
nt 2jam lagi den sambung gali lagi.
seharian den buka mencari2 khazanah berharga kek sini..

den tarik balikla kata2 den potang td yo..
hehehehehehe

roger n out.

daud.montak.zakaria said...

Janganlah risau Liza, apa2 yang den tulis kek sini yang mengandungi unsur gurau, itu memanglah gurau saja bukanlah serius. Jangan risau, den ni kan kah orang yang baik...orang yang baik tetap akan sentiasa baik...kan gitu?? ewahhhhh...

CikLieYzaOnline said...

hehehehe..
betul..betul..betul...

xpo..xpo..
sesuatu yg mmbuatkan kita jd benar xkan membuatkan kita jd salah..
eh,apa lak den merapu ni...
heeeeeeeee..

ok,den teruskan penggalian kek sini yo..
gali..gali...!!!

roger.