Friday, March 20, 2009

Kumpulan Kimi

Kimi dan ahli kumpulannya...



Sekali lihat kumpulan ini mempunyai potensi untuk
menggerakkan industri media di masa depan
(sekali pandang lahh...kalau dua kali pandang, tak pasti lah....)


Hari ini walaupun den bercuti, den datang juga ke Studio UKM untuk membantu Kumpulan Kimi yang akan mengadakan latihan MCP dalam pukul 9.00 pagi. Den tiba di Studio UKM dan mendapati sdr. Kamarul Baharin telah menyediakan semua peralatan audio visual untuk latihan.

Kumpulan Kimi tiba di Studio UKM jam 9.15 pagi secara beransur-ansur. Sebaik saja semua ahli kumpulan telah tiba, latihan telah dimulakan. Kimi menjadi pengarah untuk kumpulan ini. Dari segi cara pengarahan Kimi kelihatan lebih yakin. Dia telah melakukan tugas pengarahan dengan baik cuma yang dibimbangkan ialah dari sudut countdown, kerjasama dengan Penolong Pengarah kerana penolong berkenaan tidak hadir semasa latihan ini. Selain dari itu den bimbangkan kemampuan krew-krewnya yang lain dalam memberi bantuan kepadanya nanti semasa penerbitan akhir. Latihan mereka pagi ini tanpa melibatkan host yang sebenarnya. Selain daripada itu kehadiran krew yang sedikit mendatangkan masalah.

Namun dapat dilihat semua krew Kimi kelihatan mempunyai keyakinan diri yang agak tinggi walaupun den bimbang dengan kemampuan mereka dalam penerbitan akhir nanti. Mungkin mereka akan dapat memperbaiki kelemahan di sana sini apabila datang lagi ke studio untuk membuat latihan. Kumpulan ini meminta untuk mengadakan sekali lagi latihan pada minggu depan.

Anggapan kami yang sudah berpengalaman lama mengendalikan pelajar latihan MCP ini ialah, kumpulan yang kerap membuat latihan tidak akan menghadapi kesulitan ketika penerbitan akhir nanti. Itu bukankah sudah lumrah alam, siapa yang rajin dia akan lebih berjaya. Jika berlaku sesuatu keajaiban pun, ia merupakan kes-kes yang terpinggir dan amat jarang berlaku....

3 comments:

ct_saggie said...

ya...ct sokong kimi
kimi boleh...
my frend 4 ever kimi..
teruskan ushaha...

wulan said...

en daud,saya munirah(kump2) nk tanya, minggu dpn ada tak hari free untuk lathn mcp? and pasal latihan group saya hari selasa malam cmner? nk comfirm je..thankssssss...

ukmstudio said...

Kump. 1 dan 2 jam 8.00 malam, hari elasa...