Thursday, April 2, 2009

1 April 09 yang bukan april fool...

Kumpulan Moon sebelum penerbitan akhir









Dr. Asiah(di belakang) sedang memerhatikan
Kumpulan Moon.

Kumpulan Liza sedang membuat latihan malam tadi..










Hmmmm....masing-masing mungkin mengurut dada, ada juga yang mungkin melihat kalender berulang kali hingga hafal setiap angka dan huruf di muka kalender tersebut, ada juga yang mungkin mundar mandir ke hulu ke hilir sambil geleng kepalo, mungkin ada juga yang setiap saat melihat muka jam hingga tak sedar sebarang perkara di hadapannya, mungkin juga ada yang termenung tanpa menjamah lima pinggan hidangan di hadapan matanya... Mungkin perkara berkenaan belaku kepada Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi yang sedang menunggu masa penerbitan akhir ' multiple camera production' mereka.


Hari ini iaitu 1 April 2009, penerbitan akhir MCP bermula. Jam 9.00 pagi, den memberhentikan kereta di sisi DECTAR, dan tiba-tiba sebuah kereta yang membawa beberapa orang penumpang turut memberhentikan kereta di sebelah kereta den. Den keluar dari kereta, para penumpang kereta yang singgah di sisi den juga keluar sama. Laaaaaa....rupanya mereka pelajar Media yang akan membuat penerbitan akhir MCP di Studio UKM nanti. Kami saling sapa menyapa sambil berjalan menuju ke Studio UKM. Kami melangkah masuk studio. Sebenarnya penerbitan akhir MCP bermula pada sebelah petang nanti. Mereka datang waktu pagi untuk membina set dalam studio bagi penerbitan mereka nanti. Mereka juga bertujuan untuk membuat latihan terakhir sebelum tiba waktu peneritan akhir. Kumpulan satu mula menyiapkan set mereka serta membuat latihan terakhir. Den kembali ke Pusat Penerbitan untuk membuat salinan kembali VT yang mengalami sedikit kerosakan visual.


Jam 2.00 petang den masuk ke Studio UKM dan menyediakan peralatan audio visual untuk penerbitan akhir pada jam 3.30 petang. Sebelum sampai masa berkenaan, kumpulan satu menggunakan peluang masa yang masih ada untuk membuat latihan. Bila tjarum jam tiba ke angka 3.30 petang semua persediaan telah dilakukan oleh Kumpulan Satu. Dr. Asiah meminta mereka membuat latihan bahagian2 yang perlu dibuat latihan sebelum penerbitan akhir bermula. Kumpulan Satu ini kemudian memulakan penerbitan mereka dengan diperhatikan oleh Dr. Asiah Sarji. Segala arahan dan gerakan pelajar diperhatikan oleh Dr. Asiah semasa penerbitan akhir berkenaan. Setelah selesai, setiap ahli kumpulan kelihatan amat gembira, hmmmm....seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Kelihatan kelegaan di wajah masing-masing, hingga senyuman yang terukir pun hampir sampai ke telinga masing-masing.
Begitulah juga dengan Kumpulan Dua, keadaannya adalah sama seperti Kumpulan Satu tapi den tak tahulah sama ada senyuman terukir sampai atau tidak ke telinga masing-masing. Terserlah kelegaan di wajah masing-masing. Di akhir penerbitan Kumpulan Dua, den telah dipelawa untuk bergambar dengan semua ahli kumpulan dan juga Dr. Asiah serta Bad. Tuan Haji Sulimi telah merakaman foto berkenaan. Penerbitan akhir ini tamat dalam pukul 6.40 petang. Masa pelajar media sibuk dengan penerbitan akhir, den sempat bercerita dengan Bad berkaitan kisah lama dan cerita yang baru. Hmmmm.....sempat jugak kami bergossip berkaitan beberapa perkara.


Waktu malam den terpaksa bergegas kembali ke Studio UKM untuk mengendalikan latihan akhir Kumpulan Tiga dan Empat. Latihan mereka berjalan seperti biasa dan terdapat juga sedikit kesilapan di sana- sini. Sementara itu Kumpulan Empat meminta untuk melakukan latihan sekali lagi kerana mereka tidak berpuas hati dengan latihan yang pertama. Akhirnya latihan berkenaan selesai ketika jarum jam melewati angka 12.00 malam. La ni baru tibo dari UKM. Dan esok pagi Kumpulan Tiga dan Empat akan melakukan penerbitan akhir mereka. Siap sedialah korang semua.....Tugas hari ini den lakukan bersama Sdr. Ramli dan Sdr. Ruhaizad.

Wednesday, April 1, 2009

Cuaca o.k, MCP o.k ke???

Kumpulan 1 dan 2










Malam ni cuaca amat baik tidak seperti semalam. Bagi makhluk yang banyak mintak ni, kalau musim hujan saja dia kato cuaca tak baik. Kalau hari-hari asyik panas je dia kato tak baik juga. Jadi yang mana sebenarnya baik bagi manusia?. Sukar sekali hendak menjawabnya, tepuk dada tanya selera. Tapi silap haribulan tepuk dada, tak sempat nak tanya selera, nyawa dah tiada. Sebabnya bila tepuk dada, kalau terkuat tepuk tentu jo sakit. Kita mana tau mungkin jantung kita gugur sebab sudah reput, sapa tau....


Malam ni den masuk Studio UKM seperti biasa, dan buat perkara yang biasa juga bila melangkah kaki masuk melepasi pintu studio tu. Tangan meraba-raba dalam gelap mencari suis lampu, 'tap' bunyi suis lampu di buka, hmmmm...torang bendorang studio ni, taklah golap macam guo yo. Nasib baik hari ni bukan hari bumi, kalau tak tontu golap walaupun suis dibuko. Ketika jari menari-nari di atas key komputer untuk 'key in' kedatangan, derapan bunyi langkah kaki masuk ke dalam studio kedengaran di telinga den. Biasalah tu, tentu je pelajar Pusat Pengajian Media. Mereka membuat latihan MCP malam ini. Den datang pun sebab itulah, kalau tidak buek apo den meronyam datang malam malam buto kek studio ni. Malam ni giliran Grup satu dan grup dua pulak mengadakan latihan MCP di studio ini.


Selesai kumpulan satu membuat latihan, maka diambil alih pula oleh kumpulan dua. Den lihat saja mereka membuat latihan sama ada melalui ekor mata atau kepala mato den, eh! ado ko kepalo mato????. Tak banyak yang den tegur malam ni kerana bimbang den, sebab esok petang dah nak mulo penerbitan akhir mereka. Den tegur sedikit je antaranya berkaitan tugas SA dan juga tinggikan sedikit suara bila beri arahan. Nampaknya si Moon yang jadi Pengarah Kumpulan satu, eh! yo ko kumpulan satu. Eh! lai sekali, yo ko si Moon.....dio kelihtan gementar je. Den pun tak tau apa pasal dia orang begitu, den selalu kato relax....relax...... Buek macam tak buek....ops! silap...buek macam biaso den kato, jangan mengelabah. Memanglah, kalau MCP ni sentiasa dianggap susah, ia akan menjadi susah. Cubalah bertenang, anggap ia mudah semudah mengunyah kacang, tapi janganlah tersilap kunyah kacang pulak. Kalau kunyah kacang hijau memanglah keras.


Den tau dia orang memang 'tension', makan tension, minum tension, mandi tension....tido tension, eh! tido boleh tension jugo ko? Adakah sebab terlalu banyak keje, manalah dengan MCP nya, kertas projek nya, kertas kerja nya, itu dan ini dan sebagainya. Den pun dah ado pengalaman dulu. Jadi den tau macam - macam masalah maso menjadi student, walaupun den student veteran. Itulah sebabnya seboleh-bolehnya den tak mahu menyeksa batin mereka dengan kerenah-kerenah den walaupun "batin ku menjerit namun, tiada suara...." Kesian dia orang semua...tapi dia orang ni kesian ko kek den ni...hmmmm....ontahlah.

Sebelum mereka meninggalkan Studio kami yang ala guo batu tu, sempat dia orang minta kek den untuk datang jam 9.00 pagi dan 2.00 petang esok untuk buat latihan lagi sebelum penerbitan akhir mula jam 3.30 petang. Tak sampai hati den untuk menghampakan permintaan dia orang tu, dengan rasa hati yang sederhana berat, den setujulah dengan permintaan mereka. Den kesian sebab dulu den jugo pernah jadi seperti mereka sekarang ni. Malam ni hanya den dan Sdr. Ramli yo kek studio. O.k lah, hanya ini saja hasil tarian jari jemari den di atas key-key komputer den untuk pagi ni(2.00 am), assalammualaikum dan selamat malam....have a nice dream...

Tuesday, March 31, 2009

Teraso hati...


Sejak satu dua hari ni ada saja individu yang terasa hati kek sapo2 saja. Biasanya orang yang berjiwa halus atau seni akan lebih mudah terasa hati bila terdengar sesuatu yang tidak boleh diterima oleh jiwanya. Den tak pasti pulak adakah bab terasa hati ini hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja??


Pagi ni, den dapat cerita salah seorang kakitangan di bawah unit den meluahkan isi hatinya yang kecewa sangat melalui sms kepada seorang lagi kakitangan di bawah seliaan den. Kakitangan di bawah seliaan den itu yang lebih selesa den anggap seperti kawan dalam perhubungan di antara kami, terasa hati sebab den dah buat perkara yang tak kena dengan citarasanya.



Ceritanya begini, semalam kami mengendalikan latihan MCP pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK di Studio UKM. Den memang selalu ada di dalam Bilik Kawalan di Studio UKM tu memerhatikan pelajar berkenaan membuat latihan mereka. Sememangnya kami mesti ada 'in case' jika timbul sebarang masalah. Kebetulan terdapat sedikit masalah grafik berlaku. Oleh kerana den tidak berapa mendalam ilmu dalam bab-bab grafik ni maka den call lah Sdr. Yunus dari Fakulti Kejuruteraan untuk membantu. Kebetulan juga dia sedang berada di makmal kejuruteraan maka dia dengan senang hati datang ke Studio UKM. Dengan usahanyalah masalah tersebut dapat di atasi dan pelajar yang menghadapi masalah grafik telah mendapat tunjuk ajar daripada Sdr. Yunus ni.


Rakan den yang sememangnya diberikan tanggung jawab menunjukkan perkara berkaitan grafik sepanjang latihan pelajar ni terasa hati dan seterusnya berkecil hati dengan den. Dia mengadu kek rakan den yang sorang lagi tu dia rasa malu dan mengaggap den tak percayakan dia. Sebenarnya den bukan tak percayakan dia, tapi den panggil Sdr. Yunus sebab dia mudah untuk den mintak pertolongan. Dia juga dah biasa dengan grafik kek studio tu dan dapat mencari penyelesaian yang timbul dengan mudah.


Rakan den yang berkecil hati tu memanglah banyak ilmu dalam grafik ni, memang den tak nafikan. Cuma para pelajar mungkin sukar faham dengan cara rakan den tu menunjuk ajar. Disebabkan itulah setiap kali masuk studio pelajar akan menghadapi masalah grafik sedangkan mereka sudah hampir dengan hari penerbitan akhir. Bukan pelajar je risau berkaitan MCP tu, tetapi den pun turut risau sama. Apabila mereka menghadapi masalah mereka akan rujuk kepada den.


Oleh kerana den kurang pengalaman dalam bidang tu iaitu grafik, tentulah sukar bagi den untuk memberi jawapan. Oleh itu terpaksalah den cari penyelesaian yang agak cepat dan berkesan untuk masa ini. Lain kali den akan cuba dalami ilmu den dalam hal grafik ni...InsyaAllah...
Itulah kisahnya dalam perkara kecil hati, terasa hati, tersinggung, dan sebagainya....setakat ni den tak tau apa nak buat dengan hal ni...

Tugas rutin untuk minggu ni..

Malam ni latihan MCP Kumpulan 7 & 8








Keluar rumah jam 7.40 malam. Hujan amat lebat hingga memaksa den memandu agak perlahan. Jarang aku memandu sebegini perlahan jika hari tidak hujan. Rasa macam kuro-kuro pulak. Walaupun hujan mencurah-curah jatuh ke bumi den redah juo memandangkan tugas di Studio UKM bermula jam 8.00 malam.


Tiba di sisi DECTAR hujan sudah agak reda sedikit namun titisannya mampu membasahi pakaian yang den pakai jika sengaja berdiri togak di tengah hujan berkenaan. Tapi sapolah yang kurang akai nak berdiri togak kek hujan tu....kan...kan...Sambil menutup kepala dengan beg galas yang den bawa, kaki den pantas mengatur langkah menuju pintu yang ternganga luas seolah-olah menyambut den. Kalau pintu tu boleh berkato-kato mungkin agaknya dio akan mengucapkan "wellcome sir...."
. Tapi kalau pintu pandai berkato-kato, tontu den cabut lari dah.....


Hmmmm....grrrrrr....raso macam menggigil batang tubuh den ni bilo angin dingin menyapu tubuh den. Kalau diikutkan hati rasonyo lebih baik den duduk kek rumah berbungkus dengan selimut. Tapi mengenangkan tanggung jawab, den tak teringin pun hendak berbuat demikian. Baru saje melangkah masuk pintu Studio UKM tiba-tiba muncul lah pelajar Pusat Pengajian Media yang akan membuat latihan MCP di sini. Den pun memasang dan menyiapkan semua peralatan yang diperlukan oleh mereka.



Bilo siap saja semua peralatan, mereka pun memulakan latihan seperti biasa. Kadang kala kesian juga tengok muko-muko mereka sorang-sorang yang tersenyum kelat seolah-oleh menyembunyikan kerisauan, keletihan, kebimbangan dan seribu satu rahsia lagi yang mereka sendiri mengetahuinya. Tapi apo den boleh buek. Den cumo boleh membantu memberi sedikit sebanyak ilmu yang sememangnye tidak banyak di dalam dada ini....eh! yo ko ilmu dalam dado...hmmmmmmmm....den pun tak pasti....pandai sobut yo....



Malam ni terdapat sedikit masalah berkaitan grafik. Mahu tidak mahu den terpaksa talipon rakan den yang selalu membantu dalam rakaman MCP kami iaitu Sdr. Yunus Misdi. Terima kasih Sdr. Yunus. Dia ni merupakan krew yang lebih banyak ilmunya dalam software Scala ni....Malam ni dialah yang menyelesaikan masalah grafik tersebut. Hmmmmm....itulah tanda kami amat mengambil berat dengan sesiapa saja yang memerlukan bantuan kami. Kebetulan Sdr. Yunus sedang bertugas di makmal Fakulti Kejuruteraan. Itulah juga kita manusia ni, bukan sempurna sangat tanpa cacat cela. Mungkin dia kekurangan di satu sudut namun di sudut yang lain dia mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Oleh itu setinggi mana pun ilmu kita janganlah terfikir untuk mendabik dada mengaku kito mempunyai ilmu yang tinggi.



Akhir sekali den ingin memberikan semangat kepada pelajar yang membuat lathan MCP, janganlah gusar MCP hanyalah MCP, bukan malaikat maut si pencabut nyawa tu. Apa nak dirisaukan....kuatkan semangat.....ayuh kehadapan...terus pandang ke hadapan....hmmmm...tapi sekali sekala pandang gak ke belakang, manalah tahu kalau-klau seekor hantu sedang mengejar dari belakang.....kan...kan...

Sunday, March 29, 2009

Hari yang agak melesukan....


Sdr. Ruhaizad

Sdri Hasnah & Sdr Yunus


Sdri Hasnah


T.H Sulimi


Sdri Hasnah & Sdr Yunus

Hari agak meletihkan den, bukan meletihkan sangat tapi agak meletihkan je.
Pagi-pagi lagi pergi ke pejabat menyiapakan peralatan untuk dibawa ke Dewan Gemilang. Agak meletihkan bukan sebab apa, tugas tugas menyiapkan peralatan tu terpaksa den lakukan sendirian. Ini disebabkan Sdr. Ramli Adnan menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat di Perak, Sdr. Ruhaizad membantu saudaranya mengadakan majlis perkahwinan. Sementara Sdr. Kamarul Baharin terpaksa bertugas membuat rakaman video Seminar Sejarah Lembah Bujang di Kedah. Dah tu tinggallah den sorang membuat persiapan peralatan untuk membuat rakaman MCP Majlis Perkahwinan Putera Datuk Naib Canselor di Dewan Gemilang.


Banyak juga peralatan yang den terpaksa siapkan iaitu 2 buah kamera video, 1 layar tayangan, 1 LCD projektor, 1 video switcher, 1 monitor, 2 buah tripod, alat perakam DVD dan juga kabel-kabel yang berkaitan. Semua peralatan tersebut den bawa sendiri ke Dewan Gemilang. Di Dewan gemilang sedia menunggu rakan den iaitu Azrul Khaidir dan Hafiz(krew baru yang selalu den lupo namonya, la ni dah ingat dah...). Mereka berdualah yang membantu den memasang peralatan di Dewan Gemilang. Ops! den lupo, sorang lagi teman den yang membantu ialah Sdr. Zulhimi. Hampir siap tugas yang dibuat, sdr. Yunus Misdi pula datang membawa sebuah kamera dan tripod, juga untuk digunakan di dalam rakaman berkenaan.


Majlis bermula seawal jam 12.00 tengah hari. Datuk Naib Canselor menyambut tetamu yang datang ke majlis berkenaan. Lebih kurang jam 2.00 petang, pasangan pengantin memasuki dewan dan terus menuju ke arah hadapan dan duduk. Semua hadirin dan pasangan pengantin menjamu selera dengan diiringi oleh alunan suara dan muzik Pusat Kebudayaan UKM. Majlis tamat lebih kurang jam 4.30 petang.


Jam 5.00 petang pula kami menuju ke Panggung Seni untuk membuat persiapan bagi rakaman MCP program UKM Inter College Arts Festival. Majlis berkenaan bermula jam 8.30 malam waktu tempatan. Malam ini krew bantuan agak ramai juga iaitu ZULHIMI, YUNUS, HAFIZ, AZRUL KHAIDIR, FIRDAUS, HASNAH, ISMAHASHIMI, SULIMI serta Sdr. Ramli dan Sdr. Ruhaizad juga turut serta dalam tugas rakaman malam ni. Program berkenaan tamat lebih kurang jam 11.30 malam. La ni baru tiba kat rumah....hmmmmm....tu lah yang den katokan, tugas hari ini agak melotihkan. Apo nak buat dah tugas, lakukanlah jugo, nanti jiko tak di buek, ado yang kato, taknak kojo berontilah.....isyh...isyh.......bisa...bisa......telingo mendongar yo...

Friday, March 27, 2009

Dari dasar hati...



Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Hmmmmm......malam ni den nak mengomel sedikit. Harap jangan marah semuo yo.....Selama kami bertugas di Unit Audio Video PP&P, kami malayani keperluan pelajar Pusat Pengajian Media semasa Latihan Penerbitan MCP di Studio UKM secara adil. Kami sentiasa ingin berlaku adil tanpa sebarang pilih kasih. Kami sentiasa ingin memberi kerjasama kepada setiap pelajar yang datang ke studio kami yang seolah-olah seperti gua ini. Bolehlah dikatakan kami penghuni gua yang baik hati. Apa yang selama ini kami berikan kepada semua adalah merupakan segala pengetahuan yang kami miliki. Tiada istilah 'kedekut' dalam penyampaian pengetahuan dan pengalaman kepada semua.



Dari segi tempahan studio untuk tujuan mengadakan latihan MCP, kami semua bersikap terbuka. Siapa yang membuat tempahan dahulu, dialah yang akan mendapat tarikh dan masa berkenaan untuk latihan. Itulah sebabnya kami membenarkan satu kumpulan menghantar borang tempahan untuk satu hari latihan sahaja supaya kumpulan lain juga mendapat peluang untuk membuat tempahan. Mana-mana kumpulan yang membuat tempahan kami akan layani dengan sebaik yang mungkin. Sekali lagi saya ingin nyatakan istilah "pilih kasih" tiada dalam kamus pemikiran kami.
Cuma kalau rajin membuat latihan dan sedia bekerjasama dengan kami, itu yang paling kami harapkan. Selama kami bertugas di sini, rasanya tidak pernah kami mengungkapkan perkataan yang negatif kepada pelajar yang membuat latihan di sini. Kami semua ni baik-baik belako....


Dari sudut peralatan pula, kami cuba memenuhi kehendak semua namun disebabkan kekurangan peralatan yang diperlukan kami hanya mampu memberikan apa saja peralatan yang ada di bawah tanggung jawab kami. Itulah sahaja peralatan yang kami ada buat masa ini. Sebab pembelian peralatan bukan di dalam bidang kuasa kami. Kami hanya boleh mencadangkan pembelian peralatan, jika cadangan tersebut ditolak kami tidak dapat berbuat apa-apa.


Walaupun peralatan berkenaan merupakan peralatan yang amat asas namun konsep penyiaran masih wujud. Pada pandangan den walaupun asas tetapi ia mungkin dapat membekalkan sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan yang amat berguna sebagai bekal untuk pelajar keluar mengikuti latihan industri di media-media penyiaran di luar sana.....

Hmmmmm....rasanya macam terlalu skema pulak nukilan den malam ni, kenapo yo....

Wednesday, March 25, 2009

Latihan Grup 5 & 6

Kami sentiasa bersedia memberi bantuan...






sdr. Ramli sedang memerhati pelajar membuat latihan MCP di studio UKM

sdr. kamarul baharin sedang menunjuka ajar cara pengendalian MCP kepada pelajar media



Tiba di DECTAR tepat jam 8.00 malam. Itulah kehidupan kita, ada ketikanya kita mampu menepati masa. Ada kalanya juga kita gagal menepati masa yang kita janjikan. Namun den tidak berjanji pada sesiapapun untuk sampai ke UKM dalam masa yang ditentukan. Kalau den nak datang awal itu pilihan den. Begitu juga kalau den nak tiba lewat, itu juga pilihan den. Adakah den berjanji dengan sesiapa berkaitan masa?. Ermmm....tidak...tidak, dengan sesiapa pun den tak berjanji walaupun secara berbisik di angin yang lalu.


Sebaik sampai saja di muka pintu studio, terus den buka pintu, masuk dan berikutnya key in kedatangan di komputer. Siapkan semua peralatan audio video, uji semua peralatan, periksa apa-apa yang patut sebelum pelajar masuk ke studio. Namun pelajar masuk ke studio hampir jam 8.30 malam. Hmmmmm....lupa de nak beritahu, malam ini ialah malam dimana pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK membuat latihan MCP. Kumpulan 5 dan kumpulan 6 menjalani latihan rutin mereka sebelum 'final production' dalam minggu depan....hmmmm....tak lama lagi rasanya tu dik....hati-hati...



Kumpulan 5 diketuai oleh KIMI kalau tak silap den sementara kumpulan 6, den lupa namanya....sapa yah....waduh...waduh, den benar-benar lupa. Biasanya mereka yang banyak cakap amat mudah diingati namanya seperti KIMI yang mulutnya sentiasa cot cet, cot cet....Kumpulan ni penuh dengan jenaka dan penuh dengan gurau senda bila mengadakan latihan di studio ini. Mereka kata menceriakan suasana. Masa latihan tak mengapa dek tapi ingat....masa 'final production' semasa DR. ASIAH memerhati di belakang korang semua, jangan gurau senda, zip dan kunci mulut daripada sesi-sesi gurau senda. Masa f'inal production' mesti 'serious', tumpukan kepada penerbitan yang sedang 'on air'....faham dik...



Dari sudut pengarahan, kelihatan grup 5 dan 6 semakin baik. Penolong Pengarah telah menjalankan tugas dengan baik ketika membantu Pengarah semasa penerbitan. Cuma ada ketikanya Pengarah terlupa menyebut 'ready' atau 'standby'....Suara Penolong Pengarah nampaknya lantang, suara sebegini amat perlu dengan tujuan supaya didengar oleh krew melalui intercom...sekali lagi 'intercom' bukan 'headphone' tau...Kami krew Studio UKM amat berharap mereka dapat dan mampu menjalankan tugas masing-masing semasa 'final production' nanti, o.k semua??? Bai...bai....