Hmmmmm......malam ni den nak mengomel sedikit. Harap jangan marah semuo yo.....Selama kami bertugas di Unit Audio Video PP&P, kami malayani keperluan pelajar Pusat Pengajian Media semasa Latihan Penerbitan MCP di Studio UKM secara adil. Kami sentiasa ingin berlaku adil tanpa sebarang pilih kasih. Kami sentiasa ingin memberi kerjasama kepada setiap pelajar yang datang ke studio kami yang seolah-olah seperti gua ini. Bolehlah dikatakan kami penghuni gua yang baik hati. Apa yang selama ini kami berikan kepada semua adalah merupakan segala pengetahuan yang kami miliki. Tiada istilah 'kedekut' dalam penyampaian pengetahuan dan pengalaman kepada semua.
Dari segi tempahan studio untuk tujuan mengadakan latihan MCP, kami semua bersikap terbuka. Siapa yang membuat tempahan dahulu, dialah yang akan mendapat tarikh dan masa berkenaan untuk latihan. Itulah sebabnya kami membenarkan satu kumpulan menghantar borang tempahan untuk satu hari latihan sahaja supaya kumpulan lain juga mendapat peluang untuk membuat tempahan. Mana-mana kumpulan yang membuat tempahan kami akan layani dengan sebaik yang mungkin. Sekali lagi saya ingin nyatakan istilah "pilih kasih" tiada dalam kamus pemikiran kami. Cuma kalau rajin membuat latihan dan sedia bekerjasama dengan kami, itu yang paling kami harapkan. Selama kami bertugas di sini, rasanya tidak pernah kami mengungkapkan perkataan yang negatif kepada pelajar yang membuat latihan di sini. Kami semua ni baik-baik belako....
Dari sudut peralatan pula, kami cuba memenuhi kehendak semua namun disebabkan kekurangan peralatan yang diperlukan kami hanya mampu memberikan apa saja peralatan yang ada di bawah tanggung jawab kami. Itulah sahaja peralatan yang kami ada buat masa ini. Sebab pembelian peralatan bukan di dalam bidang kuasa kami. Kami hanya boleh mencadangkan pembelian peralatan, jika cadangan tersebut ditolak kami tidak dapat berbuat apa-apa.
Walaupun peralatan berkenaan merupakan peralatan yang amat asas namun konsep penyiaran masih wujud. Pada pandangan den walaupun asas tetapi ia mungkin dapat membekalkan sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan yang amat berguna sebagai bekal untuk pelajar keluar mengikuti latihan industri di media-media penyiaran di luar sana.....
Hmmmmm....rasanya macam terlalu skema pulak nukilan den malam ni, kenapo yo....
4 comments:
Hmmm...
den raso sodeh lak nak tinggalkan guo ni..
dah x lamo den kek sini...
papopun,den ucapkan timo kacih kek semuo penghuni guo sbb sanggup bagi cahayo menerangi kegolapan mlm kek sano...
sanggup datang berikan segalo ilmu dan tunjuk ajar atas dasar keperikemanusiaan dan belas kasihan..
walaupun xdo papo balasan yg den dpt berikan,tp den doakan mg semuo penghuni guo mendapat keberkatan di mano sajo mereka berada...
waaaaa......sodeh lak dengan tetibo...
apo la ekau ni..tajuk yg menyentuh jiwa....
bagi ct....
yg lama tu sejarah...
dan itulah yang permulaan..
klu tiada permulaan...maka tiadalah yg seterusnya..
pape pun..mesti ada permulaan...
so...
bljrlah dari permulaan...
klu yg permulaan pun xth...cmne nak th yg seterusnyer...
kan en.daud kan..
yg penting....ct ok jer dgn semua br2 kat studio tu...xde pape mslh pun....
ct msh belajar lagi...
den nk nyampuk lagi..
hehehehe...
awal den bgn arini..
pagi2 dh kono sampuk kek blog ekau..
pasal ayat terakhir ekau tulis tu..
den pun raso ekau cam skema...
sobab logo ukm besar jo kek jaket ekau haaaa...
hahahahahaha...hanya org rabun dokat jo x nmpak...
ukmnyaaaaaaaaaa....heeeeeeeeee
wah ct,nampaknya komen kita masanya sama...
wah..sejati sejiwa kita ni..
heeeeeeeeeeeee
slmt pagi semua....hhuhuhuu..
saya mewakili kump 2 nk ucpkan trima ksh bebanyk kt en daud dan semua krew studio ukm sbb bnyk br tunjuk ajr kt kita semua(skema la plak ayt den ni.bnyk bnd kn semua blejar, jasamu akn ku kenang smpi bla2..thanksssssssssss....sdh rs nk tnggl kenangan kt cni..dh tak lambt dh den nk kuar,,huhuhuhuhuhu.....
Post a Comment