Sejak satu dua hari ni ada saja individu yang terasa hati kek sapo2 saja. Biasanya orang yang berjiwa halus atau seni akan lebih mudah terasa hati bila terdengar sesuatu yang tidak boleh diterima oleh jiwanya. Den tak pasti pulak adakah bab terasa hati ini hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja??
Pagi ni, den dapat cerita salah seorang kakitangan di bawah unit den meluahkan isi hatinya yang kecewa sangat melalui sms kepada seorang lagi kakitangan di bawah seliaan den. Kakitangan di bawah seliaan den itu yang lebih selesa den anggap seperti kawan dalam perhubungan di antara kami, terasa hati sebab den dah buat perkara yang tak kena dengan citarasanya.
Ceritanya begini, semalam kami mengendalikan latihan MCP pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK di Studio UKM. Den memang selalu ada di dalam Bilik Kawalan di Studio UKM tu memerhatikan pelajar berkenaan membuat latihan mereka. Sememangnya kami mesti ada 'in case' jika timbul sebarang masalah. Kebetulan terdapat sedikit masalah grafik berlaku. Oleh kerana den tidak berapa mendalam ilmu dalam bab-bab grafik ni maka den call lah Sdr. Yunus dari Fakulti Kejuruteraan untuk membantu. Kebetulan juga dia sedang berada di makmal kejuruteraan maka dia dengan senang hati datang ke Studio UKM. Dengan usahanyalah masalah tersebut dapat di atasi dan pelajar yang menghadapi masalah grafik telah mendapat tunjuk ajar daripada Sdr. Yunus ni.
Rakan den yang sememangnya diberikan tanggung jawab menunjukkan perkara berkaitan grafik sepanjang latihan pelajar ni terasa hati dan seterusnya berkecil hati dengan den. Dia mengadu kek rakan den yang sorang lagi tu dia rasa malu dan mengaggap den tak percayakan dia. Sebenarnya den bukan tak percayakan dia, tapi den panggil Sdr. Yunus sebab dia mudah untuk den mintak pertolongan. Dia juga dah biasa dengan grafik kek studio tu dan dapat mencari penyelesaian yang timbul dengan mudah.
Rakan den yang berkecil hati tu memanglah banyak ilmu dalam grafik ni, memang den tak nafikan. Cuma para pelajar mungkin sukar faham dengan cara rakan den tu menunjuk ajar. Disebabkan itulah setiap kali masuk studio pelajar akan menghadapi masalah grafik sedangkan mereka sudah hampir dengan hari penerbitan akhir. Bukan pelajar je risau berkaitan MCP tu, tetapi den pun turut risau sama. Apabila mereka menghadapi masalah mereka akan rujuk kepada den.
Oleh kerana den kurang pengalaman dalam bidang tu iaitu grafik, tentulah sukar bagi den untuk memberi jawapan. Oleh itu terpaksalah den cari penyelesaian yang agak cepat dan berkesan untuk masa ini. Lain kali den akan cuba dalami ilmu den dalam hal grafik ni...InsyaAllah... Itulah kisahnya dalam perkara kecil hati, terasa hati, tersinggung, dan sebagainya....setakat ni den tak tau apa nak buat dengan hal ni...

2 comments:
laaa...siannya ekau,den plak menambahkan lagi garam kek ats luka ekau.mesti pedih..ish..ampun yoo..cmni la,ekau terus terang jo la kek kakitgn tu.ckp baik2,msti dio phm..insyaAllah..xpun,caro kedua..yg ni den slalu guno.kalo den nk pujuk org,den slalu jo "reka" cito.ekau sajo2 la bual2 papo ngn dio.pastu ekau buat2 la masuk cito bab2 mcp ni.pastu ekau kato la,puji la dio sikit.pastu ckp la kerisauan ekau ttg mcp ni.pastu ekau pandai2 la go on ngn cito semua.pandai2 la ekau pujuk dio.
den bg cth yo..hee.mcm ckgu lak..
xtau la leh pakai x idea den ni.
1-ekau jumpo la dio.sembg2 pasal apo2 jo la.
2-ekau buek2 ckp pasal studio.peralatan ko apo ko.
3-ekau buek2 lagi ckp bab2 mcp lak.
4-ekau ckp la "sib baik la ekau dtg mlm tu,kalo x,xdo org ajar grafik.
5-tp tu la kan,sian plak tgk budak2 tu,xpndai lagi bab2 grafik di saat2 akhir ni..haih...risau den nengok budak2 tu haaaa..
6-ekau ngn yunus la yg byk bntu den.kalo den,den xtau bab2 grafik ni.xpandai sgt.tkasih byk2 la yo..
7-ekau tepuk la bahu dio ko.
8-ekau senyum kek dio.
9-ekau golak dlm hati selama 1 minit sambil kato.."pandai jugo aku buek mimik muko temberang ni"
xpola..asalkan boleh pujuk dan jadikan air mineral dahhhh..
10-ekau tarik nafas dan hembus.
11-ekau mesti akan raso lego.
12-org tu pun msti akan tenang sikit bilo ekau buek cmtu.
percayo la ckp den..den dh byk kali buek cmni. 99.95% berjayo.
SELAMAT MENCUBO!!!
Post a Comment