Thursday, April 2, 2009

1 April 09 yang bukan april fool...

Kumpulan Moon sebelum penerbitan akhir









Dr. Asiah(di belakang) sedang memerhatikan
Kumpulan Moon.

Kumpulan Liza sedang membuat latihan malam tadi..










Hmmmm....masing-masing mungkin mengurut dada, ada juga yang mungkin melihat kalender berulang kali hingga hafal setiap angka dan huruf di muka kalender tersebut, ada juga yang mungkin mundar mandir ke hulu ke hilir sambil geleng kepalo, mungkin ada juga yang setiap saat melihat muka jam hingga tak sedar sebarang perkara di hadapannya, mungkin juga ada yang termenung tanpa menjamah lima pinggan hidangan di hadapan matanya... Mungkin perkara berkenaan belaku kepada Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi yang sedang menunggu masa penerbitan akhir ' multiple camera production' mereka.


Hari ini iaitu 1 April 2009, penerbitan akhir MCP bermula. Jam 9.00 pagi, den memberhentikan kereta di sisi DECTAR, dan tiba-tiba sebuah kereta yang membawa beberapa orang penumpang turut memberhentikan kereta di sebelah kereta den. Den keluar dari kereta, para penumpang kereta yang singgah di sisi den juga keluar sama. Laaaaaa....rupanya mereka pelajar Media yang akan membuat penerbitan akhir MCP di Studio UKM nanti. Kami saling sapa menyapa sambil berjalan menuju ke Studio UKM. Kami melangkah masuk studio. Sebenarnya penerbitan akhir MCP bermula pada sebelah petang nanti. Mereka datang waktu pagi untuk membina set dalam studio bagi penerbitan mereka nanti. Mereka juga bertujuan untuk membuat latihan terakhir sebelum tiba waktu peneritan akhir. Kumpulan satu mula menyiapkan set mereka serta membuat latihan terakhir. Den kembali ke Pusat Penerbitan untuk membuat salinan kembali VT yang mengalami sedikit kerosakan visual.


Jam 2.00 petang den masuk ke Studio UKM dan menyediakan peralatan audio visual untuk penerbitan akhir pada jam 3.30 petang. Sebelum sampai masa berkenaan, kumpulan satu menggunakan peluang masa yang masih ada untuk membuat latihan. Bila tjarum jam tiba ke angka 3.30 petang semua persediaan telah dilakukan oleh Kumpulan Satu. Dr. Asiah meminta mereka membuat latihan bahagian2 yang perlu dibuat latihan sebelum penerbitan akhir bermula. Kumpulan Satu ini kemudian memulakan penerbitan mereka dengan diperhatikan oleh Dr. Asiah Sarji. Segala arahan dan gerakan pelajar diperhatikan oleh Dr. Asiah semasa penerbitan akhir berkenaan. Setelah selesai, setiap ahli kumpulan kelihatan amat gembira, hmmmm....seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Kelihatan kelegaan di wajah masing-masing, hingga senyuman yang terukir pun hampir sampai ke telinga masing-masing.
Begitulah juga dengan Kumpulan Dua, keadaannya adalah sama seperti Kumpulan Satu tapi den tak tahulah sama ada senyuman terukir sampai atau tidak ke telinga masing-masing. Terserlah kelegaan di wajah masing-masing. Di akhir penerbitan Kumpulan Dua, den telah dipelawa untuk bergambar dengan semua ahli kumpulan dan juga Dr. Asiah serta Bad. Tuan Haji Sulimi telah merakaman foto berkenaan. Penerbitan akhir ini tamat dalam pukul 6.40 petang. Masa pelajar media sibuk dengan penerbitan akhir, den sempat bercerita dengan Bad berkaitan kisah lama dan cerita yang baru. Hmmmm.....sempat jugak kami bergossip berkaitan beberapa perkara.


Waktu malam den terpaksa bergegas kembali ke Studio UKM untuk mengendalikan latihan akhir Kumpulan Tiga dan Empat. Latihan mereka berjalan seperti biasa dan terdapat juga sedikit kesilapan di sana- sini. Sementara itu Kumpulan Empat meminta untuk melakukan latihan sekali lagi kerana mereka tidak berpuas hati dengan latihan yang pertama. Akhirnya latihan berkenaan selesai ketika jarum jam melewati angka 12.00 malam. La ni baru tibo dari UKM. Dan esok pagi Kumpulan Tiga dan Empat akan melakukan penerbitan akhir mereka. Siap sedialah korang semua.....Tugas hari ini den lakukan bersama Sdr. Ramli dan Sdr. Ruhaizad.

6 comments:

CikLieYzaOnline said...

den suko tengok gambar yg ke 13 dan 15..dlm gambar 13, ia seolah2 memfokuskan kpd cahaya. persoalannya,masihkah ada chya utk hari esok buek den?huhu.takut....

gambar yg ke 15, tgkpn gambar ekau telah mghasilkan 1 cahaya putih kek cermin yg mmbntuk seolah2 "love".love tu lambang hati.den perhatikan,selama ekau tgkp gmbr sebelum ni, xdo satu pun yg mcm tu.hari ni jo ada "love" kek situ.persoalannya, adakah hati den akan gumbira atau berkecai esok hari?

sama2 kita menanti...

haih...takutnya den ni...

CikLieYzaOnline said...

lagi satu,den suko gmbr yg ke 16..tgn den mcm putih jo..putih jugo rupo2nyo den ni...heeeeeeeeeeee...

ekau jgn lak teraso..
den mmg putih pun...
tapi ekau totap hitam manis...

hahahaahahahahahahaha...
(gelak org tension)

CikLieYzaOnline said...

lagi satu, den nk ucpkan jutaan tkasih sbb sanggup balik lewat walaupun batin ekau "menjerit tanpa suara" melayan kerenah den ni...
kdg2,raso mcm teruk juga den ni..
baru den sedar diri..

selama den hidup, mesti ramai yg terseksa dgn den ni..apo boleh buek..ini la anak cik dean jelapang padi...heeeeeeeeeeee

ct_saggie said...

terima kasih en.duad..
hanya itu yang mampu ct ucapkan..
andai ad terkasar bhs...tersilap bicara..terkurang tingkah laku ku
di harap mohon maaf...
jutaan terima kasih kpd endaud dan yang terlibat..krn melayan ct dan gruop ct ini..
terima kasih
sedih rasa hati ini...
but...thanks sgt2..

wulan said...

saya wakil group 2 pun nk ucpkan TERIMA KASIH kpd en daud n smua krew studio UKM yang bnyk bg bantuan n tnjuk ajr, thanks a lot...maaf dipinta klu de wat clap pape...

daud.montak.zakaria said...

Samo-samo kasih semuo....hmmmmm..malas nak komen panjang, terlalu letih sangat-sangat...