Saturday, February 28, 2009

Floor Manager



Hand Cues


Floor Manager atau Stage Manager merupakan orang yang menyampaikan semua arahan Pengarah dari dalam Bilik Kawalan kepada 'talent' dan juga krew lain semasa penerbitan dalam studio. Floor Manager juga bertanggung jawab untuk memeriksa 'props' dan 'costume', memegang 'cue card', dengan mengikuti skrip. Pada amnya Floor manager memantau semua operasi di 'studio floor'. Bagi 'talent' Floor Manager merupakan perantara di antara Pengarah dalam Bilik Kawalan dan juga 'performers' dalam 'studio floor'. Semasa semua mikrofon dalam studio di tutup, Floor manager bolehlah menyampaikan arahan-arahan dengan suara kepada semua krew dan talent dalam studio. Apabila mikrofon di buka dan semua kamera membuat rakaman, Floor Manager menyampaikan semua 'cues' kepada 'talent' dengan senyap.


Beberapa arahan dengan menggunakan tangan telah dicipta dan digunakan secara senyap semasa persembahan sedang ke udara. Arahan tangan mesti selalu disampaikan dengan jelas dan bertenaga. Adalah menjadi tanggung jawab Floor Manager bergerak ke posisi dimana 'talent' boleh melihat 'hand cues' yang disampaikan tanpa menggerakkan kepala atau mata-mata mereka. "Cues' mesti disampaikan di sebelah lens kamera yang sedang ke udara. Semasa ke udara 'talent' tak perlulah mengakui faham dengan 'cue' yang ditunjukkan oleh Floor manager dengan mengangguk atau melambai-lambai kerana lambaian tangan dan anggukkan kepala walau sedikitpun akan kelihatan di kamera semasa ke udara(on air). Jika perlu bagi 'talent' untuk mengaku memahami 'cue' berkenaan maka bolehlah memberikan isyarat dengan mata tanpa ketara seperti bekelip mata lama sedikit daripada biasa( sebagai contoh).


Walaupun Floor Manager dikehendaki mempunyai 'eyes contact' dengan 'talent' semasa memberikan arahan namun janganlah keterlaluan kerana ini boleh menyebabkan 'performers' menjadi terlalai, hilang tumpuan atau mereka akan bercakap dengan 'Floor Manager' melebihi daripada bercakap dengan kamera.

Festival Senitari UKM 2009



Cobak terka sapa yang datang STUDIOUKM semasa
kami buat rakaman MCP Festival Tari..

Timo kacih kepada Pelajar Pusat Pengajian Media dan
Komunikasi yang sudi berkunjung
ke STUDIO UKM malam ini...





SENI TARI

Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.

Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :

  1. Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
  2. Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
  3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
  4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
*diambil daripada laman web;
http://members.tripod.com/Bobezani/budaya.htm



Sebentar tadi saya bersama krew rakaman telah membuat rakaman video Multiple Camera Production untuk program Festival Senitari Malaysia, UKM 2009 di Panggung Seni, DECTAR. Malam ini kami bekerja dengan kekuatan seramai 8 orang. Yang paling meletihkan ialah jurukamera kerana mereka tiada mempunyai sesiapa pun untuk menggantikan tempat mereka jika keletihan. Biasanya jurukamera untuk MCP menggunakan 3 buah kamera video ialah seramai 6 orang jurukamera. Namun pada malam ini ramai jurukamera tak dapat menghadirkan diri kerana masalah masing-masing... Yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada malam ini ialah SAYA sendiri, RUHAIZAD, RAMLI, SULIMI, KHAIDIR, FIRDAUS, WAFIY, HANIM dan HASNAH...


Beberapa orang Pelajar Pusat Pengajian media dan Komunikasi telah berkunjung ke STUDIO UKM kerana ingin melihat kami mengendalikan rakaman video MCP berkenaan, namun begitu yang aku kenal namanya cuma seorang iaitu CIK LIZA yang juga seringkali berkunjung ke blog ku...iaitu studiouniversiti.blogspot.com/. "Cue" shot yang saya gunakan semasa rakaman berkenaan merupakan 'cue shot' yang ringkas sahaja kerana kami telah biasa dengan kerja berkenaan.

Malam ini merupakan pertandingan di antara kolej-kolej di UKM. Malam esok kami juga akan membuat rakaman MCP. Program festival malam esok(28 Feb. 2009) ialah pertandingan di antara IPTA termasuk UKM sendiri, UiTM, USIM, UNITEN, ASWARA dan juga Kolej Teknologi Makmal Perubatan. Program berkenaan bermula lebih kurang jam 8.40 malam......


Sekian untuk hari ini...bye...

Thursday, February 26, 2009

Talent


Dalam penyiaran 'talent' digunakan kepada sesiapa saja yang berada di hadapan kamera. Mereka merupakan orang yang mempunyai bakat. Pelakon, emcee dan sebagainya merupakan mereka daripada golongan berkenaan. Talent terbahagi kepada dua bahagian iaitu 'Performers' dan 'Actor'. "Performers" merupakan mereka yang terus berhadapan dengan penonton seperti penemubual, hosts, pembaca berita, dan sebagainya. Sementara pelakon pula yang memainkan peranan dalam cereka dan mereka ilusi untuk sesuatu karektor. Biasanya aktor atau pelakon bekerja dalam penerbitan komedi dan drama-drama. Semua talent mempunyai objektif yang sama iaitu berkomunikasi sesuatu mesej, idea dan emosi dengan penonton. Perbezaan diantara performer dan actor ialah, performer bekerja dengan skrip ringkas dengan latihan yang minimum. Mempunyai kebolehan untuk berfikir dan bertindak dengan cekap dan sentiasa saja berhati-hati dengan masa sesebuah program serta arahan-arahan dari Pengarah. Aktor atau pelakon pula biasanya bekerja dengan skrip yang terperinci yang telah terlebih dahulu dibuat latihan.

Tuesday, February 24, 2009

Latihan MCP








Pelajar-pelajar Peng. Media yang membuat latihan tambahan MCP malam ni....

Malam ni, jam 8 - 10.30 malam lebih kurang, saya dan rakan2 berada di Studio UKM, DECTAR untuk mengendalikan latihan Multiple camera Production bagi Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi FSSK. Ini merupakan latihan tambahan selain daripada yang terdapat dalam jadual iaitu setiap hari Selasa sebelah petang. Seya serta Sdr. Kamarul, Sdr. Ramli dan Sdr. Ruhaizad menunjukkan cara mengendalikan penerbitan MCP. Pengarah atau Penerbit merupakan peneraju utama dalam penerbitan MCP. Oleh itu malam ini kami menekankan kepada arahan Pengarah atau Penerbit dalam mengendalikan rakaman penerbitan MCP berkenaan. Arahan-arahan yang biasa di berikan oleh Pengarah kepada krew seperti Grafik, VT, Switcher, Lighting, FM, Jurukamera dan Audio adalah seperti berikut.

Arahan dari Pengarah;

  • 30 secands to on air...
  • Ready Grafik...
  • Ready VT...
  • Ready Switcher...
  • Ready Lighting...
  • Ready FM...
  • Ready Cam One...
  • Ready Cam Two...
  • Ready cam Three..
  • Ready Audio...
  • 15 seconds to on air ...
  • Studio, silent please...
  • Ready VTR for recording....roll VTR..
  • Ready Vtr for montage. Sound on tape....
  • We are ready for on air 10 seconds from now....9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, roll VT...Take VT..
  • FM vtr for montage is 20 secands...We will come to studio on Cam two, Ready cam 2 for establish shot...10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, Take two....
  • Cam One give me CU of Talent, FM cue talent....Ready Cam One...Take One....
For opening of the production....

Monday, February 23, 2009

Berkaitan Audio Dalam MCP

Dalam Stesen Penyiaran yang besar, Audio Engineer menyelaraskan pengendalian alatan audio oleh krew audio semasa rancangan ke udara. Ada juga terdapat Audio Engineer yang mempunyai monitor- monitor seperti di dalam bilik kawalan. Namun bagi studio yang kecil hanya seorang pengendali alatan audio sahaja yang disediakan. Beliau akan mengawal muzik, sound effect, turntable dan sebagainya yang diperlukan dalam penerbitan.

Sebaik saja program dimulakan, Audio Engineer akan menerima arahan-arahan daripada Pengarah. Berikut adalah 'cues' yang biasa digunakan serta maksudnya.
  • Open mike: Audio Engineer mesti membuka/ menaikkan 'fader' mikrofon.
  • Fade in audio: Audio Engineer menaikkan 'fader' audio perlahan-lahan supaya audio juga kedengaran perlahan-lahan naik sehingga ke tahap yang dikehendaki oleh Pengarah.
  • Fade out audio: Merupakan hal yang bertentangan dengan 'fade in' supaya audio menjadi perlahan secara perlahan-lahan.
  • Hit music: Muzik dinaikkan hingga peringkat yang tinggi.
  • Cut sound: Audio dihentikan secara tiba-tiba seperti mikrofon dan alat-alat bunyian.
  • Sound up & under: Audio dinaikkan hingga 'full level' dan kemudian di turunkan hingga level yang rendah seperti menjadi background.
  • Cross fade: Naikkan satu audio dari satu sumber dan dalam masa yang sama turunkan satu sumber audio yang lain.
Mungkin ada lain-lain 'cues' berkaitan 'audio' dalam buku-buku yang lain. Sila cari....

Sunday, February 22, 2009

Beberapa Peraturan Pengarahan MCP



Peraturan Pengarahan MCP;

  • Berikan semua arahan dengan jelas, tepat dan relaks tetapi sentiasa berhati-hati.
  • Berikan arahan kepada 'talent' sebelum beri arahan kepada kamera.
  • Arahan kepada 'talent' dengan menyebut nama.
  • Jangan beri arahan 'ready' atau 'standby' terlalu jauh daripada apa yang perlu dibuat oleh pengendali alatan video kerana kemungkinan mereka akan lupa.
  • Jangan berhenti di antara 'take' dan 'nombor kamera' seperti 'take (jarak masa) two' kerana seseorang 'switcher' atau 'technical director' akan menekan nombor kamera sebelum 'Pengarah' sebut nombor kamera.
  • Ingat dalam minda nombor kamera yang sedang ke udara. Perhatikan 'priview monitors'.
  • Jangan sebut 'ready' untuk sesebuah kamera dan 'take' untuk kamera yang lain.
  • Bercakap dengan kamera-kamera dengan menyebut nombor bukan nama pengendali kamera berkenaan.
  • Sebut nombor kamera dahulu sebelum beri arahan;
contoh; 'Cam two, give me a CU of Ron'
'Cam three, CU of Lisa'
  • Jika buat kesilapan, betulkan semampu yang boleh dan teruskan persembahan. Beri sepenuh perhatian apa yang sedang berlaku.
  • Jika terdapat sebarang masalah teknikal yang mesti diselesaikan dari Bilik Kawalan beritahu Floor Manager tentangnya melalui intercom.
  • Semasa persembahan bercakap bila perlu. Jika bercakap banyak, krew akan berhenti mendengar dan akan ketinggalan arahan-arahan yang penting. Krew akan mencontohi Pengarah dan mula berkata-kata dalam intercom.
  • Bersedia untuk arahan penutup. Beri arahan masa yang secukupnya kepada FM supaya FM sempat menyampaikan arahan kepada 'talent'.
  • Bila persembahan telah ditamatkan (fade to black) arahkan VTR berhenti, ucapkan terima kasih kepada semua krew dan 'talent'. Jika terdapat sebarang kesilapan jangan komplen dalam studio. Ambil masa untuk bertenang dan bercakap dengan tenang kepada krew yang bertanggung jawab. Berhati-hati dalam mengkritk dan bantu mereka untuk mengelakkan kesilapan di masa akan datang.

Saturday, February 21, 2009

Contoh arahan MCP



Contoh arahan MCP untuk sebuah temubual:

  • Ready to come up cam three(CU of Lisa, the interview host).
  • Ready to cue Lisa.
  • Open mic, cue Lisa, up on (or "fade in") cam three (Lisa addresses camera 3 with opening sentence).
  • Ready CG opening titles - take C.G
  • Cue announcer. Change page. Change page. Ready cam three(which is still on Lisa)
  • Open mic, cue Lisa - take three(introduces guests).
  • Cam one, two- shot of singers. Cam two cover (wide shot of all three).
  • Ready cam one - take one.
  • Ready cam two, open mics (gueste in the interview area) - take two.
  • Ready cam three - take three (Lisa is asking her first question).
  • Cam one on Dave (CU of one of the singers). Ready cam one - take one.
  • Two on Marisa (the ather singer). Ready cam two - take two.

Untuk 'closing of the program'
  • Thirty seconds. Give her/ him a wrap-up.
  • Fifteen seconds. C.G raedy for closing credits.
  • Cam two zoom out a little (which is on a wide shot of the interview area).
  • Ready cam two, ready C.G to roll. Cut Lisa. Take cam two. Cut mics. Cue announcer. Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits.
  • Ready to key C.G (over cam two), key C.G. Key out.
  • Ready black - fade to black. Hold.
  • Stop vtr. O.K, all clear. Good job everyone.

catatan dari buku The Director in production.

Perlunya sikap tanggungjawab...

Jam hampir 9.00 pagi, Sdr. Ruhaizad menghubungi saya melalui handphone. Dia mengatakan bahawa dia telah pergi ke Dewan Gemilang tetapi tidak mendapati sebarang program diadakan di sana. Sebaliknya dia mengatakan hanya terdapat pelajar yang akan menduduki peperiksaan di dewan berkenaan. Sebagai seorang kakitangan yang bertanggungjawab walaupun hari cuti dia datang juga untuk memenuhi permintaan pihak yang inginkan perkhidmatan kami. Namun sebagai pihak yang meminta perkhidmatan adalah sewajarnya jika berlaku sebarang perubahan tarikh dan waktu hendaklah dimaklumkan kepada kami supaya tidaklah perlu kami datang ke UKM semata-mata untuk membuat rakaman program yang telah dibatalkan atau telah diubahkan tarikhnya. Sekarang ini kemudahan amat banyak untuk memaklumkan kepada pihak kami sama ada melalui email, talipon, handphone dan sebagainya....kemudahan teknologi sekarang ini tiada masalah kepada pihak berkenaan untuk menghubungi kami. Kalau kita ada masalah sengan teknologi seperti 'alahan' kepada teknologi masih ada lagi cara lain untuk menghubungi pihak kami.......
Itulah yang dikatakan sikap 'TANGGUNG JAWAB'.................
yang perlu ada walau di peringkat mana sekalipun kita berada, di atas ataupun di bawah, semuanya sama belaka...

Thursday, February 19, 2009

Hmmm...boleh tahan gak..

Nampaknya dalam semester ini tugas kami dari Unit Audio Video agak banyak juga. Tugas yang banyak ini tambah membebankan apabila kami kekurangan kakitangan untuk melaksanakannya.

Kekurangan ini adalah disebabkan oleh berhijrahnya Sdr. Aziz ke tempat kerja di luar sana dan tidak lagi menjadi kakitangan UKM. Selain daripada itu kekurangan kakitangan berkenaan adalah disebabkan kekosongan jawatan Juruteknik yang perlu di isi masih belum kesampaian. Sepatutnya kami mendapat dua orang kakitangan baru untuk mengisi kekosongan jawatan Juruteknik di Unie Audio Video, Pusat Penerbitan.

Ada ketikanya dirasakan seperti kami tidak dapat memenuhi permintaan perkhidmatan berkaitan audio visual yang diminta oleh pihak tertentu dalam UKM. Bagi tugas rakaman video satu kamera, ia memerlukan 2 orang krew. Jika perkhidmatan rakaman video menggunakan 3 atau 4 kamera di DRCTAR pula ia memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang dalam setiap tugas yang dilakukan.

Antara tugas yang dilakukan sekarang ialah penyuntingan video KEMBARA SERI PERPATIH II yang sedang aku lakukan sekarang ini. Sudah hampir tiga minggu aku laksanakan namun masih lagi belum siap. Terdapat 14 buah pita rakaman yang perlu aku cari footage yang sesuai untuk disunting menjadi hasil penerbitan. Sekarang ini aku baru membuat penyuntingan offline sementara penyuntingan online masih belum dilakukan selagi penyuntingan offline belum selesai. Masih lagi belum tiba ke tahap melakukan penataan bunyi ke dalam hasil penerbitan berkenaan. Nampaknya masih jauh lagi penerbitan video berkenaan akan selesai. Satu lagi penerbitan video telah disunting ialah Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser, penyuntingan offline telah aku siapkan begitu juga dengan skripnya. Namun penerbitan ini terpaksa ditangguhkan penyuntingannya kerana skrip belum disemak oleh pensyarah berkenaan.

Disamping itu aku tidak dapat menumpukan tugas melakukan kerja penyuntingan kerana tugas2 lain seperti rakaman video kamera berbilang(MCP) juga perlu aku(dan rakan-rakan lain) laksanakan seperti Syarahan Naib Canselor di DECTAR pada 27 Februari nanti. Tugas MCP yang lain ialah pada 27 dan 28 Februari iaitu rakaman MCP Festival Seni Tari UKM di Panggung Seni, DECTAR. Kemungkinan tugas MCP yang baru akan menyusul kerana terdapat beberapa pihak berminat untuk mendapatkan perkhidmatan rakaman video MCP di DECTAR seperti Konsert Manis dan juga Konsert Muzik Alatan Tradisional China....itu pun belum tentu lagi kerana ia bergantung kepada sama ada diluluskan atau tidak.

Selain daripada itu aku(dan rakan-rakan) juga akan mengendalikan latihan penerbitan MCP untuk pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi yang berlangsung pada setiap hari Selasa sebelah petang. Pelajar Pusat Pengajian Media juga memerlukan latihan tambahan yang akan dilakukan dan dikendalikan pada waktu malam di Studio UKM di DECTAR. Dalam waktu yang terdekat ini ialah pada 23 dan 24 Februari ini. Mungkin sedikit hari lagi kumpulan-kumpulan lain juga akan membuat tempahan untuk latihan tambahan di Studio UKM pada waktu malam. Sejumlah 8 kumpulan semuanya yang akan kami kendalikan di Studio UKM nanti...

Seterusnya unit kami juga akan membuat rakaman atau liputan seminar dan sebagainya dengan menggunakan sebuah kamera video antaranya ialah pada 20 Februari 2009 iaitu Seminar IMBIOSIS, 21 & 22 Februari 2009, Seminar kebolehpasaran Graduan(lupa tajuk yang tepat) di Dewan Gemilang.

Mungkin lagi dalam waktu mendatang ini akan terdapat lagi permintaan perkhidmatan dari kami selain perkhidmatan video seperti penggunaan LCD di DECTAR oleh kolej-kolej dan persatuan-persatuan pelajar yang lain terutamanya untuk majlis-majlis makan malam kolej-kolej kediaman....

Itulah diantara tugas-tugas mesti kami pikul walaupun ada ketikanya beserta dengan keluhan lantaran kekurangan tenaga kerja.

Sunday, February 15, 2009

Arahan Pengarah Studio semasa MCP


Arahan Pengarah kepada "VTR OPERATOR".

1. To start videotape for recording a program; (" Ready to roll vtr - roll vtr")


2. To roll a VTR as a program insert, while you are on camera 2; sound is on tape. ; ("Ready to roll VTR, Sound on tape - roll VTR" or " Ready VTR, roll and take VTR").


3. To return from VTR to camera and live announcer/ talent on camera 2; (" Ten seconds to cam two, five seconds to cam two. Ready two, ready cue announcer/ talent - cue announcer/ talent, take two
")


Arahan Pengarah semasa MCP


Arahan Pengarah kepada JURUAUDIO.

1. To active microphone in the studio; (" Ready to cue Mary(talent) - open mic, cue her")


2. To start music ; ("Ready music - music").


3. To bring music under; (" Ready to fade music under - music under
")

4. To take music out ; ("Ready music out - music out" or "fade music out")

5. To play sound effect from a CD ; ("Ready to play sound effect on CD
" or "Ready CD number X - sound effect")

6. Cut between camera 1 and VTR ; ("Ready VTR, roll vtr - take vtr
")

7. Key C.G over base picture on camera 1 ; ("Ready C. G - take c.g / super graphic")

Arahan2 semasa Penerbitan MCP

Arahan Pengarah kepada JURUKAMERA.

1. Cut from camera 1 to camera 3; (" Ready two - take two")


2. Dissolve from camera 3 to camera 1 ; ("Ready one for dissolve - dissolve").


3. Horizontal wipe from camera 1 to camera 3; (" Ready three for horizontal wipe - wipe
")

4. Fade in camera 1 from black ; ("Ready fade in one - fade in one")

5. Fade out camera 2 to black ; ("Ready black - go to black
")

6. Cut between camera 1 and VTR ; ("Ready VTR, roll vtr - take vtr
")

7. Key C.G over base picture on camera 1 ; ("Ready C. G - take c.g / super graphic")

Friday, February 13, 2009

Selamat jalan dan semoga berjaya

Unit Audio Video, Pusat Penerbitan dan Percetakan akan kehilangan seorang kakitangannya iaitu SDR. AZIZ AHMAD, Pembantu Teknik, unit kami. Beliau akan memulakan tugas sebagai tenaga pengajar di kolej di bawah pentadbiran Mara. Beliau akan memulakan tugasnya pada hari Isnin 16 Februari 2009. Semoga beliau berjaya mencapai hasratnya.....

Thursday, February 12, 2009

Penerbitan Kamera Berbilang(MCP)


Penerbitan video kamera berbilang(multiple camera production) ialah satu penerbitan yang menggunakan dua atau lebih kamera video. Penerbitan kamera berbilang(MCP) mempunyai dua jenis:

  • Penerbitan yang dirakam dan akan disunting kembali dalam pos produksi.
  • Penerbitan kemera berbilang untuk sebuah siaran langsung yang tidak mungkin dapat dibetulkan sebarang kesilapan jika berlaku kerana ia merupakan siaran langsung.

Penerbitan ini mempunyai seorang pengarah yang mengarahkan krew bawahannya. Pengarahan kamera berbilang atau MCP bermakna kita mengarah dan menyatukan elemen-elemen penerbitan yang berbeza secara serentak daripada bilik kawalan dalam studio televisyen. Dalam pengarahan kamera berbilang(MCP), pengarah cuba menerbitan sebuah hasil penerbitan yang memerlukan penyuntingan pos produksi yang minima. Dalam siaran langsung pengarah tiada peluang untuk membetulkan apa-apa kesilapan jika berlaku.

Pengarah penerbitan kemera berbilang merangkumi kerjasama dalam operasi teknikal dan juga aksi talents. Seorang pengarah akan mendapati mengarah mesin-mesin yang kompleks seperti kamera-kamera, audio, grafik, pita video dan sebagainya merupakan sesuatu tugas yang mencabar. Namun apabila seorang pengarah telah menguasainya maka tugas yang paling sukar pula ialah berkaitan dengan manusia sama ada dihadapan kamera iaitu talent dan juga krew di belakang kamera.


MENGARAH DARI DALAM BILIK KAWALAN

  • Pengarah mesti lebih perihatin bukan saja dari segi visual(shot shot) tetapi juga dengan urutan-urutan(sequence) pelbagai shot-shot. Ia termasuk penggambaran dalam siaran langsung atau yang terus dirakam dalam pita.
  • Bilik kawalan direka khusus untuk penerbitan kamera berbilang(MCP) dan memerlukan kerjasama diantara kemudahan rakaman dan juga manusia.
  • Pengarahan kamera berbilang(MCP) biasanya dikenali sebagai 'control room directing'.
  • Ia memerlukan melakukan latihan sebanyak mungkin.
  • Latihan memberi peluang kepada pengarah dan krew produksi berlatih apa yang akan dibuat masa penerbitan secara langsung dan menjadi lebih bersedia dengan apa jua kemungkinan.
  • Untuk menentukan penggunaan masa yang optimum semasa latihan, perkara berikut boleh dicontohi;
  1. Pembacaan skrip
  2. Latihan tanpa alatan
  3. Latihan sekali lalu
  4. Latihan dengan menggunakan kamera
  5. Latihan keseluruhan dengan kamera

Wednesday, February 11, 2009

Pendahuluan Pengarahan MCP

Peranan Pengarah dalam ketiga-tiga fasa dalam penerbitan video atau filem iaitu pra produksi, produksi dan pos produksi dapat diketahui melalui perancangan yang teliti, pembentukan pasukan dan kerjasama yang terbentuk dikalangan krew. Tugas utama pengarah ialah belajar bercakap dengan yakin, jelas dan lancar. Pengarahan dalam penyiaran televisyen memerlukan bahasa khusus yang difahami oleh semua ahli dalam pasukan penerbitan. Bahasa yang khusus ini dikenali sebagai bahasa pengarah atau Director's Terminology. Bahasa ini amat perlu untuk kemudahan berkomunikasi dalam penerbitan serta bebas dari sebarang kesilapan di antara pengarah dan kumpulan produksi berkenaan. Walaupun bahasa asas untuk pengarah adalah 'standard' namun terdapat juga kelainan di antara seorang pengarah dengan pengarah yang lain. Pengarah memerlukan 'terminology' yang tepat kerana sesuatu panggilan dalam penerbitan yang tidak tepat akan menyebabkan kesilapan yang teruk. Apa jua bahasa yang digunakan ia mestilan konsisten dan difahami oleh semua yang terlibat dalam penerbitan berkenaan.

Diantara terminologi yang biasa digunakan dalam penyiaran, penerbitan filem atau video ialah;

1. Headroom : tilt up dan tilt down
2. Center it or pan left and pan right
3. Crane up : crane down
4. Dolly in : dolly out
5. Zoom in or tighter : Zoom out or looser
6. Truck right : Truck left
7. Arc left
8. Move talent to left : move talent to right
9. Have talent turn toward camera, face the camera or turn in

Tuesday, February 10, 2009

Hmmm, ontahlah........

Inilah beberapa pelajar yang sedang mendengar penjelasan dari kami kat Studio UKM. Daripada sejumlah hampir 40 orang hanya 6 orang saje terdiri daripada pelajar lelaki. Mano poenyo kaum
lelaki kat nusantaro ni......



View Larger Map

Dalam DECTAR, Studio UKM di sini...



View Larger Map

Pejabat induk kami iaitu Pusat Penerbitan dan Percetakan terletak di sini...

Hari ni awal pagi bila sampai ke tampat keje aku cuba nak mula buat penyuntingan video kembara. Sayang tak dapat nak mulakan hari ni kerana masalah mesin penyuntingan video kami....apo nak buek...nasiblah tu....


Jam 2.00 petang pergi ke Studio UKM di dalam DECTAR untuk membantu pelajar Pusat Pengajian Media, FSSK dalam latihan penerbitan video kamera berbilan(MCP) mereka. Kali ni merupakan kali kedua mereka memasuki studio. Pada kali pertama minggu lepas kami cuma memperkenalkan peralatan audio video dalam studio. Hari ni kami menerangkan tentang peralatan berkenaan serta meminta mereka sendiri membuat latihan penggunaan peralatan berkenaan. Pelajar Pengajian Media dan komunikasi ini berjumlah lebih kurang 40 orang dan telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Mereka merupakan pelajar PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI. Semester kedua setiap tahun mereka akan belajar cara penerbitan video menggunakan 3 atau 4 buah kamera dalam Studio UKM di DECTAR.

Semester ini latihan mereka adalah setiap hari Selasa jam 2 hingga 5 atau 6 petang. Kamilah yang akan mengendalikan latihan mereka secara praktikal di Studio UKM di DECTAR sementara DR. ASIAH mengajar mereka secara teori. Tugas ni dah kami jalankan sejak sekian lama iaitu bermula dari tahun 1993 sejak Studio UKM ini di wujudkan. Rasanya ramailah juga yang telah kami kendalikan di sini termasuklah yang kita kenali di TV3 antaranya ialah Phang Chu Feh. Hari ni 6 kumpulan telah masuk studio dari jam 2 hingga 5 petang.

Tapi ada ketikanya kesian jugak tengok mereka yang pada kali pertama masuk studio. Ada yang kelihatan takut-takut. Itu kali pertama tapi kali kedua ni nampak dah kureng bimbang dilihat dari air muko dia orang. Dah banyak tanyo nampaknya dan kelihatan agak yakin mereka dengan kami semua. Aku pun hairan apalah yang nak dibimbangkan kami bukan makan orang, berkata kasar pun tak pernah apatah lagi menengking....kami semua setakat ini manusia yang baik2 belaka....sedia membantu....ewah... yang ketara kelihatan bimbang ialah siswi, kenapolah bimbang sangat kami tak kacau pun...walaupun kami terdiri daripada lelaki2 tulen....Ops! melalut dah....

Hari ini krew yang membantu para pelajar berkenaan ialahSAYA sendiri, SDR. RAMLI ADNAN yang bertanggung jawab menerangkan barkaitan audio, SDR. AZIZ AHMAD yang mengendalikan GRAFIK, SDR. RUHAIZAD yang bertanggung jawab menjelaskan berkaitan kamera video, sementara AKU dan SDR. KAMARUL menjelaskan kepada pelajar berkaitan CONTROL ROOM. Jika mereka tidak cukup masa untuk membuat latihan mereka akan tempah studio untuk membuat latihan tambahan pada waktu malam, tapi waktu malam hanya hingga jam 11.00 malam sahaja, itu amat bergantung kepda keperluan. Masa ini juga kami mesti berada di studio. Dalam satu sem ni kami akan berada di studio untuk membantu mereka hingga masa penilaian akhir oleh DR. ASIAH. Dalam penilaian akhir nanti setiap kumpulan akan dikehendaki menerbitan sebuah program selama 30 minit. Markah ditentukan oleh pensyarah berkenaan. Dalam hal berkenaan kami langsung tidak masuk campur.
Hmmm...cukuplah untuk hari ni...akan bersambung lagi...

Kembaro Seri Perpatih..

Kembara Seri Perpatih II merupakan satu-satunya tugas yang paling panjang dalam karier aku sebagai kakitangan Unit Audio Video, Pusat Penerbitan. Sebelum ni tugas luar aku adalah kurang daripada lima hari seperti Ekspedisi Saintifik Tasik Chini anjuran FST iaitu cuma empat hari. Kerja Lapangan pelajar sains juga dari FST selama 3 hari saja di lokasi Endau Rompin. Satu lagi rakaman video dan cctv semasa Penganugerahan Bintang Kebesaran Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti cuma mengambil masa dua malam sahaja. Yang paling lama kami melakukan kerja luar inilah dia...Kembara Seri Perpatih II... Kerja luar yang terlalu lama ada ketikanya boleh menyebabkan rasa bosan terutama bagi yang sudah berkeluarga...kalau bujang tak menjadi masalah walaupun di tugaskan membuat liputan video di kutub utara atau kutub selatan cumo kalau kek kutub tu takut mati sojuk lah... Namun begitu tugas kami dalam kembara ini amat menarik. Oleh kerana kembara ini bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain maka kami bukan saja dapat melihat kampung2 yang tak pernah kami kunjungi sebelum ini malah kami juga dapat memerhatikan budaya yang diamalkan oleh masyarakat di kampung-kampung terutama masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan ni...Sebelum ni apa yang di dengar oleh telinga kami dari masyarakat luar Negeri Sembilan ialah konsep nagatif 'solai sepinggang', 'masuk suku' , 'kucing beranak pun balik kampung', dan sebagainya. Tanggapan atau kurang faham masyarakat luar terhadap adat ini menyebabkan mereka menjadi bimbang dengan masyarakat manusia kat Negeri Sembilan tu terutama kepada gadis-gadis dari Negeri Sembilan. Apabila kami yang bukan masyarakat Negeri Sembilan mengikuti kembara ini dan bertanya sedikit sebanyak dengan masyarakat tempatan di sana maka fahamlah kami serba sedikit adat yang mereka junjung selama ini. Selain daripada itu kami juga mendapat maklumat melalui forum, taklimat dan ceramah semasa program berkenaan berlangsung. Melaui kembara inilah kami mengerti istilah adat berkodim, mengubah sawah, mengoca, termasuk juga istilah buapak, suku dan sebagainya...Natijah daripada kembara tersebut maka kuranglah curiga kami terhadap adat mereka..........

Selama kami mengikuti Kembara Seri perpatih II ini, kami telah dapat merakamkan semua aktiviti peserta kembara berkenaan dari pagi hingga ke pagi esoknya. Tetapi kalau ado muko-muko yang tak masuk video tu janganlah marah yoooo...Sejumlah 14 buah pita telah kami gunakan. Pita-pita berkenaan akan aku buat penyuntingan dan mungkin dijadikan jumlah durasinya selama 2 jam...dua jam bolehlah...kalau terlalu panjang nanti jemu menontonnya, nanti keluar muko tu muko tu jo..... Satu versi lagi mungkin dalam 25 minit lebih kurang dan akan aku masukkan suara latar serta muzik....mungkin yo mungkin tidak (pinjam perkataan dari friendster seseorang....tak opo lo yoo..) ....tapi lakaran skrip dah pun aku siapkan....Tak taulah den bilo dvd berkenaan akan dapat den siapkan......opo yang boleh den kobakan ialah sobo je lah yooooo.....

Monday, February 9, 2009

Felda Raja Alias, Serting

Rumah-rumah di dalam Felda Raja Alias, dah banyak berubah...



Di sanun terdapat repliko buku bosar, kalau di baco setahun pun tak tontu boleh selosai. Lupo nama tompek ni..

Kepado sapo2 yang tak kona pokok gotah, nilah dio. Kalau tak kona jangan mandai2 gambarkan pokok gotah macam pokok padi.

Pokok-pokok gotah

Satu lokasi di Bukit Putus


Sdr. RAMLI (Unit Video) dan Sdr. ISMAIL (Unit Foto) ketiko singgah minum di Perhentian Seremban maso dalam perjalanan balik ke UKM. Gambar aku takdo sobab aku yang rakam foto ni. Boss pun takdo sobab dio sodang order minuman...

Hari ini bertolak ke Serting, Negeri Sembilan untuk membuat rakaman video dan foto berkaitan Felda Raja Alias. Tujuan rakaman ini adalah untuk dijadikan footage multimedia yang akan ditayangkan semasa pelancaran buku Penerbit UKM nanti. Kami bertolak jam 9.00 dengan manaiki kereta boss kami Prof. Dr. Kamaruddin M. Said. Sdr. ISMAIL memandu kereta tersebut sementara AKU dan Sdr. RAMLI duduk dibelakang. Boss kami duduk sebelah pemandu. Kami melalui Senawang, Bukit Putus atau Ulu Bendul, Kuala Pilah, Juasseh, Bahau dan sampai di Serting.Tiba di Serting atau di Felda Raja Alias kira-kira jam 12.00 tengah hari. Kami terus merakam video papan tanda masuk ke Felda Raja Alias. Felda ini pernah menjadi lokasi filem BILUT yang di lakonkan oleh Rosyam Noor dan Eja. AKU dan Sdr. RAMLI merakam video sementara Boss kami dan Sdr. ISMAIL merakam gambar foto. Lokasi yang kami rakamkan ialah Kolej Felda, rumah-rumah di Felda Raja Alias dan juga pokok-pokok getah. Multimedia berkenaan ialah berkaitan kemajuan Felda dari mula dibentuk sehinggalah sekarang. Kami menghabiskan masa rakaman selama kurang lebih tiga jam di sana. Hampir jam 3.00 petang kami mula bergerak kembali ke UKM. Tiba di UKM lebih kurang jam 5.00 petang.

Wednesday, February 4, 2009

Negoghi Sembilan laie....



View Larger Map


Hari ini aku mandapat berita akan pergi lagi ke Negeri Sembilan pada hari Selasa 10 Februari nanti. Krew video dan foto akan turut bersama boss kami Prof. Dr. Kamaruddin Said untuk merakamkan dalam bentuk foto dan video lokasi-lokasi tertentu di Felda Serting. Rakaman tersebut akan digunakan untuk membuat persembahan multimedia semasa pelancaran buku barkaitan Felda hujung bulan nanti. Krew video yang akan pergi ialah AKU sendiri dan sdr. RAMLI ADNAN. Krew foto pula ialah sdr. ISMAIL IBRAHIM. Nampaknya tahun ni Negeri Sembilan menjadi destinasi bertuah kami yang terletak di Pantai Barat Semenanjung. Tahun lepas lokasi pantai timur menjadi tempat yang kami kunjungi untuk rakaman video iaitu Rompin, Tasik Chini dan Bukit Fraser. Walau bagaimana pun tidak mengapalah...asalkan kami tidak diminta pergi mendaki Gunung Ledang untuk merakamkan ke dalam pita video wajah Puteri Gunung Ledang...


Itu je...berita selanjutnya akan aku tulis setelah aku balik dari Felda Serting tu. Macam manalah agaknya Felda Serting tu...adakah bangunan pencakar langit di sana????????????

* Boss baru beritau petang tadi, kami akan pergi ke Felda Serting pada hari Isnin 9 Januari 2009 jam 9.00 pagi dan balik semula ke UKM pada hari yang sama. Whooo....pergi Serting masa cuti Thaipusam maaaaa.....

Tuesday, February 3, 2009

Dah mula dah...

Hari ini sudah bermula kelas Multiple Camera Production untuk pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK di Studio UKM untuk semester ini. Kelas mereka bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Namun begitu kami terpaksa tambah masa hingga 5.30 petang. Sebanyak 8 kumpulan pelajar telah kami perkenalkan dengan peralatan-peralatan dalam studio. Pelajar ini ialah pelajar PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI. Kami cuma membantu DR. ASIAH menunjukkan kepada para pelajar berkenaan cara pengendalian peralatan dalam studio untuk menerbitkan program penerbitan dengan menggunakan kamera berbilang. Hari pertama ini kami hanya memperkenalkan peralatan-peralatan yang terdapat dalam studio. Minggu-minggu yang mendatang mungkin kami akan menunjukkan kepada mereka cara menerbitkan sesuatu program penerbitan dengan menggunakan peralatan studio. Krew yang terlibat memperkenalkan peralatan dalam studio hari ini ialah SAYA sendiri, SDR. KAMARUL BAHARIN, SDR. RAMLI ADNAN dan SDR AZIZ AHMAD.

Sunday, February 1, 2009

Hari terakhir Kembara.....




Sdr. Wafiy dan sedaro lamonyo...

Ketika di Empangan Semenyih

Hari ini merupakan hari terakhir Kembara Seri Perpatih II anjuran PERMANIS. Destinasi pertama yang dilawati oleh para peserta kembara ialah Balai Undang-Undang Luak Jelebu di Pekan Kelawang, Jelebu. Disini mereka meluangkan masa selama lebih kurang satu jam di Balai Undang-Undang dengan mendengar taklimat, melawat sekitar serta menikmati jamuan. Krew video merakamkan aktiviti mereka di sini. Aku tidak turut serta berada di dalam Balai Undang ini kerana bersedia dalam kereta untuk membawa krew video.

Dari balai Undang Luak ini, mereka kemudian bergerak dengan kenderaan ke Muzium Adat untuk majlis penutup program Kembara Seri Perpatih II ini. Krew video telah merakamkan semua aktiviti mereka di Pekan Kelawang ini iaitu di Balai Undang dan di Muzium Adat ini. Pekan Kelawang ini bukanlah pekan yang besar. Keluasannya kecil sedikit daripada pekan Kajang.

Majlis perasmian penutup program kembara ini telah dilakukan oleh Undang-Undang Luak Jelebu. Esey dah lupo sapo namonyo...sebab esey bukan orang Negori. Selepas ucapan, majlis jamuan makan tengah hari pula mengambil tempat. Kemudian diadakan pula sesi lawatan di dalam Muzium Adat. Tidak banyak yang boleh kami rakam dalam muzium berkenaan kerana kekurangan cahaya.

Di akhir program beberapa peserta kembara telah kami rakamkan pendapat mereka berkaitan kembara ini. Rata-rata memuji program ini. Pelajar yang dipilih untuk memberi pandangan ialah pelajar dari IPT selain pelajar UKM, pelajar Sabahan, pelajar UKM asal dari Indonesia, kumpulan penyelidik dan urus setia. Wartawan Sinar juga turut berada di majlis penutup dan majlis2 sebelum ini sepanjang kembara ini berada di Negeri Sembilan.

Apabila program ini tamat dan mula bergerak kembali ke UKM, krew video minta keluar dari konvoi untuk menuju balik ke UKM. Kami pulang melalui jalan raya menuju ke Semenyih. Inilah kali pertama kami melalui jalan ini. Jalan yang bengkang bengkok dan bukit yang di kiri kanan ditumbuhi hutan tebal serta suasana yang dingin dan menyegarkan. Kami singgah sebentar di Empangan Semenyih untuk melihat suasana permandangan di empangan berkenaan. Saudara Wafiy sempat memberi biskut kepada monyet(sedaro lamonyo...) yang berkeliaran di tepi jalan raya di Empangan Semenyih. Kami menyambung kembali perjalanan ke UKM. Sebelum tiba di UKM kami menerima panggilan handphone daripada Sdr. Wafiy. Dia memberitau kami bahawa konvoi kembara telah melepasi pekan Semenyih menuju UKM. Sdr Wafiy sebelum ini telah turun di pekan Semenyih untuk menunggu ayahnya mengambilnya di sana. Tiba di UKM kami menunggu konvoi memasuki pintu utama UKM. Di sini krew video sempat merakamkan detik dimana konvoi kembara memasuki pintu utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Maka tamatlah sudah Kembara Seri Perpatih II Negeri Sembilan dan Melaka ini...

Wassalammmm...............................