Tuesday, June 17, 2008

Contoh Olahan Cerita atau Treatment

Siang hari. Long shot dan pan. Kita dilihatkan kawasan ladang kelapa sawit yang luas, tetapi sebahagiannya ditutupi semak. Kedengaran bunyi anjing dari jauh. Kita lihat anjing dan seorang lelaki Cina melangkah sungai dengan memijak batu-batu di dalamnya.

Bunyi anjing semakin ganas membawa pemburu ke arah sesuatu bungkusan. Kamera bergerak ke sebalik bungkusan guni yang besar menampakkan anjing dan pemburu meluru ke arah bungkusan tersebut………..

b. Olahan Cerita/ Treatment

- SATU PROSES PENGISAHAN YANG LENGKAP MENGENAI SATU-SATU CERITA DARI KACA MATA SEORANG TUKANG CERITA TANPA DIALOG.

- MENGGUNAKAN KAEDAH ADEGAN DEMI ADEGAN.

- MEREKA YANG MEMBACA AKAN MERASA KESAN YANG SAMA SEPERTI MENONTON.

- BIASANYA UNTUK FILEM ATAU DRAMA SATU JAM, OLAHAN CERITA ATAU TREATMENT PANJANGNYA DARI 40 HINGGA 60 MUKA SURAT.

Contoh Sinopsis

Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem aksi, fantasi, penggembaraan dan lucu. Ia mengisahkan seorang remaja Amerika bernama Jason di abad ke-21 yang amat meminati filem kung fu. Secara tidak sengaja Jason telah terjumpa sebatang tongkat unik yang telah membawanya terlibat dalam satu pengembaraan di era 500 tahun dulu.

A. Sinopsis

n- MAKLUMAT RINGKAS YANG PADAT DAN JELAS.

n- SINOPSIS YANG BAIK ADALAH DIANTARA 30 – 50 PATAH PERKATAAN DAN KURANG BAIK MELEBIHI 100 PATAH PERKATAAN.

n- SINOPSIS DITULIS DALAM SATU PERENGGAN.

5.1. Pra-Produksi (Pre-Production)

a. SINOPSIS

b. TREATMENT

c. SKRIP

d. PEMILIHAN PELAKON

e. RECEE

f. BELANJAWAN

g. JADUAL PENGGAMBARAN

h. SKRIP PENGGAMBARAN DAN STORYBOARD

i. PEMBINAAN SET

j. PENYEDIAAN KOSTUM

k. SOLEKAN

5. Fasa-Fasa Dalam Produksi Filem dan Video

5.1 PRA-PRODUKSI (PRE PRODUCTION)
Termasuk menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam penyediaan skrip untuk rakaman.

5.2 PRODUKSI (PRODUCTION)
Rakaman sebenar filem atau produksi berkenaan.

5.3 PASCA-PRODUKSI (POST PRODUCTION)
Proses menyunting, memasukkan bunyi dan grafik.

4.1.1 Kandungan Kertas Cadangan

n- NAMA RANCANGAN
Nama rancangan di mana skrip atau rancangan ingin disiarkan.
n
- JENIS RANCANGAN
Sama ada drama, dokumentari, rancangan majalah atau masakan
n
- TAJUK RANCANGAN/ DRAMA/ DOKUMENTARI
Tajuk penerbitan tersebut
n
- KHALAYAK SASARAN
Khalayak umum atau khusus seperti wanita
n
- TUJUAN RANCANGAN/ DRAMA
Mengapa rancangan atau drama tersebut perlu diterbitkan. Apakah matlamat yang hendak dicapai

- BAHASA SIARAN
Bahasa pengantar
n
- SINOPSIS
Secara ringkas
n
- OLAHAN CERITA/ SKRIP
Ditulis dalam kertas lain dan disertakan dengan kertas cadangan.
Perlu menyusun sinopsis dahulu sebelum membuat olahan. Biasanya orang akan membaca sinopsis dahulu sebelum membaca olahan
n
- MAKLUMAT LAIN
Seperti kos pembiayaan, tenaga kerja, lokasi penggambaran, jumlah pelakon jika berkaitan, peralatan yang digunakan, jenis muzik dan perkara lain yang difikirkan perlu.

4.1. Kertas cadangan

n- KERTAS CADANGAN SECARA LENGKAP BIASANYA DILAKUKAN SETELAH OLAHAN CERITA ATAU TREATMENT DAN SINOPSIS DIBUAT.

n
n- TUJUAN KERTAS CADANGAN INI ADALAH UNTUK MEMPENGARUHI PENERBIT UNTUK MENERIMA CADANGAN SKRIP DAN DITERBITKAN MENJADI SEBUAH RANCANGAN YANG BOLEH DISIARKAN.

4. Planning

n- Buat perbincangan dengan ahli kumpulan untuk mendapatkan idea.
n- Seterusnya menulis sinopsis, olahan cerita atau treatment dan skrip
n- Tulis kertas cadangan

3. Jenis-jenis Filem

3.1 FILEM CEREKA
Filem rekaan, rekaan atau fiksyen serta untuk hiburan.

3.2 FILEM DOKUMENTARI
Filem berkaitan kebenaran menurut pandangan pembuat filem dan bukan rekaan.

3.3 FILEM EKSPERIMENTAL
Filem yang berkaitan kebenaran yang mengetengahkan pandangan peribadi.

2.1.3 Perkembangan Pembikinan Filem

GEORGES MELIES DARI PERANCHIS
- Georges Melies telah mengarahkan 531 filem diantara tahun 1896 hingga 1914, dari satu minit hingga 40 minit.
- “A Trip To The Moon” telah ditayangkan pada tahun 1902
- Georges Melies telah memperkenalkan teknik penyuntingan.

EDWIN S. PORTER
- The Great Train Robbery, filem cowboy pertama 1903.
-
DW GRIFFITH
- The Lonely Villa 1909
- The Birth of Nation 1915
- Mula-mula memperkenalkan sudut kamera, saiz long shot dan close up shot.



2.1.2 Sejarah Peralatan Video


n- Perakam video pertama dipasarkan oleh AMPEX dalam tahun 1956 yang menggunakan pita bersaiz 2 inci dan hanya digunakan oleh stesen tv
n- Sony dan Phillip memasarkan VTR pertama mereka dalam tahun 1963.
n- Sony pertama kali memasarkan perakam video untuk kegunaan rumah dalam tahun 1965.
n- Sony mengeluarkan VTR format U-Matic 1971 dan U-Matic Hi-Band 1980 an
n1977 pita VHS (Video Home System) diperkenalkan oleh JVC.



Sejarah

2.1 Sejarah Filem

2.1.1 PENCIPTAAN ALATAN

THOMAS ALVA EDISON
n
n1887 EDISON TELAH MENCIPTA KINETOSCOPE.
nALAT MERAKAM DAN MENAYANG GAMBAR.
nGAMBAR DIRAKAM ATAS PITA CELLULOID BERUPA PLASTIK DICIPTA OLEH GEORGE EASTMAN.


LUMIERE BROTHERS
nMENCIPTA CINEMATOGRAPHE 1895.
nMERUPAKAN KOMBINASI KAMERA, ALAT MEMPROSES FILEM DAN PROJEKTOR.
n28 DIS. 1895 LUMIERE TELAH MENAYANGKAN 10 BUAH FILEM PENDIK MEREKA KEPADA UMUM DI PARIS YANG MENGAMBIL MASA SELAMA 20 MINIT.
nSALAH SEBUAH HASILNYA YANG DITAYANGKAN IALAH “Workers Leaving the Lumière Factory”

Proses Penerbitan Video

FILEM DAN VIDEO MERUPAKAN BAHAN-BAHAN MEDIA YANG PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA HARI INI. BAHAN-BAHAN MEDIA INI MAMPU MEMPENGARUHI PEMIKIRAN KHALAYAK. TERDAPAT SATU TEORI DALAM KOMUNIKASI MEDIA YANG MENGATAKAN BAHAN MEDIA MAMPU MENENTUKAN TAJUK PERBULAN KHALAYAK. TEORI INI DIBERI NAMA TEORI PENENTUAN AGENDA.

Thursday, June 12, 2008

Rakaman MCP Forum Perdana







Hari ini 11 Jun 2008,
Membuat rakaman video Forum Perdana sempena Pentauliahan Pegawai Kadet IPTA Ke-27 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Program berkenaan berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 12.00 malam. Krew video yang hadir pada malam berkenaan cukup bilangannya untuk melaksanakan tugas berkenaan. Krew video dari jabatan lain ialah YUNUS, ZULHIMI, JAMALUDIN SABRAN, HAFIZ ISMAIL, WAFIY, KHAIDIR, BUKHARI & HASNAH serta AZIZ, KAMARUL, RAMLI dan SAYA sendiri.....Terima kasih diucapkan kepada semua krew dari jabatan -jabatan lain........



Sunday, May 25, 2008

Konvo Kolej Komuniti Zon Selangor


  • suasana dalam dewan DECTAR masih lagi terdapat pelajar dan ibu bapa merakam saat2 gembira mereka walaupun majlis sudah lama selesai...
25 Mei 2008;
Kami telah membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) untuk Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Zon Selangor. Majlis berkenaan bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari di dewan DECTAR, UKM di Bangi. Seramai 12 orang staf telah terlibat selain staf Pusat Penerbitan dan Percetakan terdapat juga staf dari jabatan-jabatan lain dalam UKM yang turut membantu. Staf yang terlibat ialah DAUD MONTAK ZAKARIA, RAMLI ADNAN, ABD AZIZ AHMAD, RUHAIZAD ABD MAJID, KAMARUL BAHARIN SUPAAT, YUNUS MISDI, ZULHIMI HAMZAH, ZARIFI SALLEH, HAFIZ ISMAIL, HASNAH, KHAIDIR DAN WAFIY....

Tuesday, May 20, 2008

Bengkel Penerbitan Video

Hari ini 20 Mei 2008,
Kamarul Baharin mula mengikuti Bengkel Penerbitan Video di Cerating, Pahang. Dia mengikuti bengkel berkenaan mulai 20 - 24 Mei 2008. Semoga dia memperoleh ilmu yang bermanfaat untuknya dan Pusat Penerbitan dan Percetakan.

Friday, May 16, 2008

Penyuntingan video

Hari ini masih lagi meneruskan penyuntingan video PTSL. Masalah sering berlaku kerana editing machine sering mengalami ketidak sempurnaan dalam operasinya. Berulang kali syarikat pembekal datang untuk cuba menangani masalah berkenaan. Namun masih juga berulang masalah yang sama. Rasanya sudah tiba masa untuk mendapatkan sebuah lagi mesin penyuntingan baru. Ia bukan saja akan dapat mengatasi masalah mesin yang sedia ada tetapi akan membantu menyiapkan tugas penerbitan video yang mungkin akan bertambah dimasa akan datang.

Hari ini tiga tugas rakaman video dijalankan oleh Unit Audio Visual iaitu Forum Hadhari di Bilik Senat, Pelancaran Sambutan 38 Tahun UKM dan satu lagi tugas di Istana Hinggap di Seremban....

Thursday, May 8, 2008

BOS BARU

Bermula 1 Mei 2008,
kami memperoleh BOS BARU iaitu PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID. Beliau menggantikan YBhg. DATO' DR. ABDUL RAZAK SALLEH yang akan kembali semula ke Jabatan Sains Matematik, FST. Dalam ucapan sulung PROF. DR. KAMARUDDIN, beliau mempunyai wawasannya tersendiri untuk membawa Pusat Penerbitan dan Percetakan terus kehadapan, seiring dengan wawasan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kepada PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID diucapkan SELAMAT BERTUGAS.....dan kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Razak diucapkan terima kasih di atas segala jasa ketika mengetuai kami semua....

Thursday, May 1, 2008

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh kakitangan kerajaan umumnya dan krew video Studio UKM khususnya.