Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidul Fitri...

HARI ini, Sabtu, 4 September 2010:
Di sini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI kepada semua kaum muslimin dan muslimat.
Kepada mereka yang dah mula bergerak untuk balik kampung tu berhati-hati ketika memandu kerana dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam tentu akan meletihkan dan boleh menyebabkan kita mengantuk. Jika mengantuk, berhentilah dulu di lokasi yang selamat dan rehatlah seketika sebelum kembali memandu. Sekali lagi aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua.....




daud montak zakaria...
4 September 2010; 9.00 am

Friday, September 3, 2010

Munajat.......





KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Jika inilah munajat kita di dini hari...tentu ia akan lebih bermakna....

Tuesday, August 31, 2010

HARI ini, Selasa 31 Ogos 2010:
Semalam, Isnin, 30 Ogos bersamaan 20 Ramadhan, jam 10.00 malam Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan Majlis Sambutan Ambang Merdeka di Dewan Canselor Tun Abdul Razak atau DECTAR.

Program bermula lebih kurang jam 10.00 malam yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin, Ketua Pengarah JASA, Dato' Fuad Hassan dan Tan Sri Naib Canselor UKM, Tan Sri Datuk Prof. Dr Sharifah Hapsah. Acara sambutan diisi dengan doa, bacaan puisi-puisi, nasyid serta nyanyian lagu-lagu Malaysia dan upacara menaikkan bendera negara.

Krew rakaman MCP pada malam berkenaan agak kurang yang dapat menghadirkan diri, mungkin ramai yang cuti panjang untuk balik kampung dan sebagainya. Malam ini jugak aku turun sebagai 'cameraman' untuk mengisi kekurangan krew yang hadir. Sebenarnya dah lama aku tak mengendalikan kamera kerana biasanya aku berada di belakang tabir iaitu dalam Bilik Kawalan atau konti. Rasanya agak seronok jugak sekali sekala mengendalikan kamera. Ermmm...nampaknya skill masih lagi boleh 'pakai', ewahh....hampir 3 jam berdiri tanpa rehat ...boleh tahan gak tu....ermmm...tugas tetap tugas...fikiran positif memberi kekuatan untuk melaksanakan tugas berkenaan...

Yang berkesempatan hadir untuk membantu pada malam tersebut ialah Yunus Misdi, Chef, Rosli Robai, Wafiy dan krew UAV yang bertugas pada malam tersebut ialah Jasril sebagai Grafik, Shahrul sebagai Jurukamera, aku sebagai 'cameraman' dan juga Ramli sebagai audioman sementara Kamarul bertindak sebagai Pengarah Studio merangkap switcher. Sdr. Ruhaizad pula mengendalikan alat tayangan multimedia. Semua 'switcher' kami tidak dapat hadir pada malam berkenaan. Program tersebut tamat pada jam 12.30 tengah malam, dan selepas berkemas, kami pulang dan aku sampai di rumah lebih kurang jam 1.30 pagi...Apa-apa pun tugas dapat dijalankan dengan licin dan aku inginkan ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang dapat membantu.....

daud montak zakaria...
31 Ogos 2010; 9.00 am

Saturday, August 28, 2010

Imbas Kembali(flashback...)

Siannyer kete....
HARI ini, Sabtu, 29 Ogos 2010; Entah kenapa, aku teringat kembali kepada peristiwa kemalangan yang telah aku alami dalam bulan MAC / APRIL 2010 yang lalu. Ops! terlupa aku nak beritau 'entry' aku hari ini bukan merupakan hal berkaitan tugas harian aku...namun ia tidak lari daripada ungkapan....."Blog aku, cerita aku dan cerita rakan-rakan aku......."

Bulan MAC/APRIL 2010 yang lalu, tugas kami memang banyak termasuk melayani latihan amali pelajar PENGAJIAN MEDIA yang menggunakan STUDIO UKM hampir setiap malam untuk latihan menggunakan peralatan audio visual dalam STUDIO UKM yang dibawah kendalian kami.

Inilah keadaan bahagian atap.





Aku ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja jam lebih kurang hampir 7.00 ptg. untuk mengendalikan latihan peralatan untuk pelajar PENGAJIAN MEDIA. Tiba di satu selekoh yang agak tajam kereta yang dipandu tidak dapat dikawal(mungkin minyak atas jalan..). Waktu tu baru saja lepas hujan. Selepas kereta tak dapat dikawal, seketika kemudian...semuanya
gelap...langsung tak sedar. Hanya beberapa saat jer aku ingat sebelum terbabas dan langgar pokok. Kereta aku langgar pokok pun aku tak ingat langsung.

Pintu sebelah kanan teruk kerana terhentak ke batang pokok.

Beginilah keadaannyer...

Aku sedar apabila aku sudah berada di atas rumput, mungkin ada orang yang mengeluarkan aku drpd kenderaan aku tu. Apabila ambulan sampai, terus masuk untuk dibawa ke Hospital Kajang.
Aku sendiri yang bangun masuk ke dalam ambulan. Walau macam mana pun ketika itu aku dalam keadaan antara sedar dengan tidak, tak sempat nak memerhatikan kearah kenderaan aku, tak tau macam mana keadaannya. Hanya yang aku ingat ialah ada seseorang yang beri sehelai kain untuk menutup luka dikepala aku yang berdarah.

Aku cuma dapat mengetahui keadaan kereta aku setelah aku pergi ke bengkel untuk menguruskan tentang 'claim insurance'. Di bengkel tersebut aku 'snap' beberapa foto dan inilah antara foto yang aku paparkan di blog ni. Mekanik bengkel tu berkata, nasib aku baik sebab batang pokok tu tak kena bahagian pemandu iaitu tempat duduk aku, kalau tak tentu kepala aku cedera parah. Cedera aku taklah teruk sangat cuma luka dikepala disebabkan terkena cermin kereta aku yang pecah. Hanya satu malam aku berada di hospital.

Dengan mengalami kemalangan tersebut barulah aku mengerti,
1. kemalangan akan berlaku sekelip mata tanpa sempat untuk kita berfikir terlebih dulu,
2. selepas kemalangan kita takkan sedar langsung, malah sakit pun tiada, jika ajal kita dah sampai mungkin kita akan sedar bila dah di 'alam yang lain...'.
3. Sakit-sakit badan akan terasa bila kita dah keluar hospital. Seluruh badan akan rasa sakit, di sana sakit, di sini sakit dan hampir sebulan jugak aku menanggung kesakitan tersebut....tapi kereta aku pula sakit sampai sekarang.....JPJ "yang baik ati" pun belum luluskan lagi untuk pergi 'inspection' kat PUSPAKOM. Nak bawa jalan jauh, mungkin kereta aku tu dah tak selesa rasanya, maklumlah kemalangan tersebut melibatkan 'chasis'. Tak tau macam mana nak balik kampung RAYA ni...? Ntah lah...apa2 pun aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada pembaca dan pandulah dengan BERHATI-HATI...ewah! dah kene batang idung sendiri pandai pulak aku nasihatkan orang lain.....o.k....
daud montak zakaria...
29 Ogos 2010; 8.00 am

Thursday, August 26, 2010

Video Minggu Keselamatan





HARI ini, Khamis, 26 Ogos 2010;
Sebuah lagi video akhirnya telah dapat disiapkan gak penyuntingannya. Sebenarnya footage video ini telah dirakam dalam bulan Julai yang lalu. Oleh kerana Majlis Konvo yang memerlukan komitmen yang 100% maka penyuntingan video berkenaan terpaksa ditangguhkan. Dalam bulan Ramadhan ini tugas-tugas rakaman video agak kurang jadi aku gunakan masa yang banyak itu untuk membuat suntingan video mana2 yang belum disunting lagi. Video ini tidak disertakan dengan skrip dan suara latar, hanya muzik saja yang dimasukkan. Penyuntingan video ini juga dilakukan kerana pihak Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah meminta untuk mendapatkan salinan video tersebut. Oleh itu penyuntingan perlu dibuat sebelum diedarkan kepada pelanggan.

Sebenarnya aku telah membuat penyuntingan video ini dalam 2 versi, iaitu versi pertama merupakan video yang panjangnya lebih kurang satu jam dan video kedua cuma 5 minit saja durasinya. Versi yang panjang akan diserahkan kepada pelanggan mungkin dalam minggu depan jika tiada apa2 aral. Selepas ini kami mungkin akan membuat penyuntingan video untuk promo UKM-Global Student Mobility Partnership untuk simpanan jabatan kami, itu pun jika tiada apa2 masalah. Harap semuanya akan dapat dijalankan seperti yang telah dirancangkan.

daud montak zakaria...
26 Ogos 2010; 8.00 pm

Tuesday, August 17, 2010

Dah siap pun video Taman Negara...




Ini Video yang dah dikemaskini pada 18 Ogos 2010




HARI ini Rabu, 17 Ogos 2010;
Penerbitan video Kuala Tahan, Taman Negara telah dapat disiapkan hari ini. Walau
bagaimanapun video ini mungkin akan di 'edit' kembali untuk menjadikannya lebih kemas. Sebenarnya rakaman video ini telah dibuat semasa aku dan sdr. REAMLI ADNAN serta sdr. ISMAIL IBRAHIM dan boss kami PROF. K mengikuti program MOBILITI PELAJAR ANTARABANGSA ke KUALA TAHAN, TAMAN NEGARA pada bulan JULAI 2010 yang lalu. Disebabkan sibuk dengan tugas2 untuk Majlis Konvokesyen UKM Ke 38, Ogos lalu, 'footage' berkenaan tidak sempat untuk di 'edit'. Oleh itu sebaik selesai majlis konvokesyen berkenaan, aku mula meng'edit' video tersebut menjadi sebuah penerbitan yang boleh di tonton. Ermmm...inilah hasil suntingan tersebut dan tontonlah ia serta jika boleh berilah sebarang komen di blog ini......

daud montak zakaria...
17 Ogos 2010; 8.00 pm

Saturday, August 14, 2010

Tamat Konvo...bermula puasa....

Dalam control room semasa rakaman MCP
Majlis Konvokesyen UKM 38

Hari ini hari Sabtu, 14 Ogos 2010; Hari ini juga merupakan hari ke 4 berpuasa bagi Muslimin dan Muslimat. Sebelum mencoret blog ini dengan lebih jauh, aku ingin mengucapkan
selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

Hari ini juga bermakna sudah 4 hari Majlis Konvokesyen UKM Ke 38 telah ditinggalkan. Kepada graduan yang telah menerima ijazah mereka aku ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua graduan, semoga hari2 mendatang memberikan kebahagiaan kepada anda semua.

Dalam Control Room semasa rakaman MCP.




Cotrol Room MCP
Dalam Majlis Konvo kali ini, kami telah dapat menjalankan tugas dengan kemas tanpa sebarang kesilapan teknikal yang besar berbanding pada tahun lalu. Tugas-tugas teknikal berjalan
dengan baik. Masalah kamera dan cctv tidak berlaku. Tugas-tugas pengarahan
berjalan dengan lancar. Masing-masing bekerjasama dengan baik
dengan diketuai oleh Boss Penerbit UKM
iaitu boss kami PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID.

Krew MCP yang kami panggil untuk turut membantu kebanyakannya dapat menghadirkan diri, cuma beberapa orang sahaja yang tidak dapat hadir kerana mereka lebih diperlukan di jabatan masing-masing.

Suasana dalam konti.

Tahun ini kami telah menyewa beberapa peralatan dari JELAS JUTA kerana peralatan kami tidak berada dalam keadaan yang baik. Kabel kamera yang sepatutnya kami peroleh sebelum majlis konvo tidak dapat disiapkan. Oleh altenatif lain sewajarnya diambil iaitu dengan menyewa beberapa peralatan yang perlu disewa. Beberapa kakitangan JELAS JUTA ada bersama kami semasa rakaman berlangsung. Mereka diketuai oleh FITRI CHIN. Tugas mereka cuma mengawasi peralatan yang disewa dalam keadaan baik sepanjang masa rakaman MCP dijalankan.
Seramai lebih kurang 40 orang krew rakaman yang terlibat dalam rakaman MCP tersebut. Diantaranya ialah Pengerusi, PRO. DR. KAMARUDDIN M. SAID; ZULKIFLI IBRAHIM, HAZRUL ABD. HALIM, AKU SENDIRI, SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, RUHAIZAD, JASRIL, SURAYA, INSYIRAH, WANI, SALLEH, WANA, HANIM, AZRUL, KHAIDIR, WAFIY, FIRDAUS, ZARIFI, HAFIZ ISMAIL, SHAMSUL, SULIMI, ROSLI ROBAI, WATI, MIMI, HASNAH, CHEF, JAMALUDDIN SABRAN, ISMAHASHIMI, HATA, ZULHIMI, KU Y, ZAIDI, dan beberapa orang lain yang aku kenal wajah tapi lupa lak namanyer......
Kepada krew semua aku ucapkan ribuan terima kasih dan harap akan dapat membantu lagi dalam Majlis Konvo tahun depan pula.......
daud montak zakaria...
14 Ogos 2010; 9.00 am

Thursday, August 5, 2010

Konvokesyen UKM ke 38

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN UKM YANG AKAN MENERIMA IJAZAH DALAM MAJLIS KONVOKESYEN KE-38 YANG AKAN BERLANGSUNG DARI
7 - 10 OGOS DI DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

daud montak zakaria...
5 Julai 2010; 9.00 am

Saturday, July 31, 2010

2 minggu yang AMAT sibuk...


HARI ini, Sabtu 31 Julai 2010;

Aku nak cerita pada mereka yang nak dengar atau baca, dua minggu sebelum Ramadhan ni kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM amat sibuk sekali jika dibandingkan dengan minggu2 yang lain.

Rakaman MCP Pertandingan Puisi Anti Rasuah.



dalam konti semasa rakaman mcp
Dalam dua minggu ni banyak permintaan yang kami terima dari pihak dalam UKM untuk mendapatkan perkhidmatan rakaman video bagi pelgai program yang diadakan.


Diantara program yang minta kami rakamkan ialah Sukan Kriket Universiti-Universiti Antarabangsa, Bengkel UKM-SIT, Seminar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Ceramah dan sebagainya.


Selingan semasa pertandingan puisi anti rasuah.




dalam konti
Apabila banyak pihak yang memohon untuk perkhidmatan berkenaan maka sudah tentu ada yang kami tolak atas alasan yang menasabah. Apa nak buat, itulah saja yang kami mampu lakukan. Kami tidak dapat memenuhi permintaan semua kerana kurang
tenaga kerja dan masalah peralatan.


Rakaman sukan kriket kami rakam beberapa perlawanan yang diadakan seperti di Bayu emas Klang, Kinrara, dan Oval UKM dimana UKM turut serta dalam kejohanan tersebut.


pertandingan puisi anti rasuah






dalam konti
Seminar Keselamatan pula kami rakamkan di PPUKM kerana ia diadakan disana, dua atau tiga kali kami pergi ke sana, namun ada juga sesi yang kami tidak dapat membuat rakaman
kerana terdapat tugas di tempat lain untuk program yang lain.

Hari ini Sabtu 31 Julai, sdr. Jasril dan sdr. Ramli pergi membuat rakaman video untuk program Silang Budaya anjuran NCWO dirumah keluarga angkat angkat mereka di daerah Lembah Kelang. Tugas mereka ini mungkin berakhir malam nanti.

Malam ini pula terdapat rakaman MCP Konsert Gamelan yang akan berlangsung di P.Seni DECTAR.

Minggu depan merupakan hari yang paling sibuk, kerana minggu depan merupakan hari untuk membuat persiapan dalam segala hal berkaitan Majlis Konvokesyen Ke 38 yang akan berlangsung daripada 7 hingga 10 Julai 2010. Ermmmm....tapi apa nak buat dah tugas kami. Harap semua tugas tersebut dapat dijalankan dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan walau sekecil mana sekalipun.......

daud montak zakaria...
31 Julai 2010; 11.00 am

Saturday, July 10, 2010

Kuala Tahan, Taman Negara

HARI ini, Sabtu, jam 1.30 pagi.
Hari ini aku nak menulis sedikit jer berkaitan kunjungan kami ke Taman Negara daripada 6 hingga 8 Julai 2010 yang lalu. Kami berkunjung ke sana bersama kumpulan pelajar yang mengikuti program Global Student Mobility. Kami bergerak ke Kuala Tahan dari Bangi bersama dengan Boss, Ismail Ibrahim, Ramli dan dua orang dari Perhubungan Antarabangsa UKM.

Sungai Tahan.



Sungai Kuala Tahan.
Tiba di Kuala Tahan kami menginap di Rainforest Resort. Setelah berehat seketika, kami bersama kumpulan pelajar program tersebut mudek Sungai Kuala Tahan
dengan lebih kurang 10 buah bot.


Sepanjang Sungai Kuala Tahan bot yang dinaiki singgah di dua atau tiga tempat kerana Boss kami ingin membuat rakaman foto dilokasi yang menarik. Aku juga mengambil kesempatan untuk merakam suasana permandangan yang cantik di sana.



Laluan menuju Lata Berkoh.



Lata Berkoh.
Tiba di satu kawasan pemeliharaan Ikan Kelah semua bot singgah untuk memberi
peluang kepada pelajar yang mengikuti program berkenaan melihat ikan-ikan
yang timbul dipermukaan air. Mereka juga berpeluang mandi
manda di tempat berkenaan.


Kami pulang ke resort hampir waktu senja. Selepas makan malam satu lagi aktiviti dijalankan di Taman Negara iaitu Night Walk. Dalam aktiviti tersebut kami semua dibawa berjalan melalui hutan untuk melihat serangga yang keluar waktu malam.


Lata Berkoh.





Titi Gantung
Dalam aktiviti Night Walk tersebut beberapa serangga yang keluar waktu malam
ditemui seperti labah-labah, kala jengkeng, belalang dan sebagainya.
Pemandu kami menjelaskan semua serangga yang ditemui
untuk kefahaman kami sendiri.


Dihujung perjalanan aktiviti Night Walk tersebut kami semua dibawa ke satu lokasi untuk melihat haiwan yang datang untuk menjelat air masin yang terdapat di tempat berkenaan. Sempat gak dua ekor rusa dijadikan bahan rakaman.
Esoknya kami melalui laluan yang sama waktu siang. Kali ini pemandu pelancong menjelaskan berkaitan tumbuhan yang ditemui seperti kacip fatimah, tongkat ali dan sebagainya.

Bukit Teresek.



Bukit Teresek
Kami juga dibawa mendaki Bukit Teresik. Agak penat juga mendaki bukit berkenaan.
Banyak kali jugak aku berhenti. Tiba2 kaki aku diserang kekejangan...ermmm...
sorang pulak tu... Selepas lama berehat sambung lagi pendakian hingga sampai
di puncak. Di puncak aku berehat sebentar sebelum membuat rakaman
kawasan sekita. Sempat juga merakan Gunung Tahan bersebelahan.
Tak dapat mendaki Gunung Tahan, rakam visual jadilah....mesti
daki satu hari nanti kalau ada peluang...


Seterusnya berjalan atas titian gantung(Kanopi). Masa ini sdr. Ramli berjalan atas titian dan membuat rakaman. Masa ni aku dah keletihan sangat, lagipun tahun lepas aku dah berjalan di titian gantung ini.
Waktu petang pula rombongan ini pergi ke perkampungan orang asli suku Batek. Aku tidak turut serta kerana kekejangan kaki aku menyerang kembali, hanya saudara Ramli yang membuat liputan berkenaan.

Daki Bukit Teresik.

Pada pagi hari terakhir iaitu hari ketiga kami kembali mudek Sungai Tahan untuk pergi ke Lata Berkoh. Di sini pelajar yang mengikuti program ini mandi manda di sana sementara kami membuat rakaman video serta foto berkaitan persekitaran indah di sana. Selepas 'lunch' kami semua kembali ke Bangi dan sampai di UKM jam 6.30 petang....tamatlah kisah Kuala Tahan serta bersambung pula ke Sabah, tetapi krew video pergi kesana ialah sdr. Jasril dan Kamarul...

daud montak zakaria...
10 Julai 2010; 2.00 pm

Saturday, July 3, 2010

Jabatan Pendaftaran Negara

Suasana dalam bangunan JPN Putrajaya.
Pic. by google images.

HARI ini 3 Julai 2010, Sabtu;
Aku nak menulis lagi berkaitan perkara yang bukan merupakan bidang tugas harian aku. Apa2 pun patut gak aku tulis di sini untuk tatapan sape-sape jer yang nak baca tulisan ini. Mana-mana yang tak nak baca tu terpulanglah, bukan berdosa pun. Blog ini blog aku, cerita aku dan cerita rakan-rakan aku.

Hari Sabtu pagi ni aku pergi ke JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, di PUTRAJAYA untuk membuat satu urusan yang tertentu, ermmm...tak perlulah nak cerita apa urusannnya. Yang aku nak cerita kat sini ialah perkhidmatan kaunter JPN ni. Untuk pengetahuan anda Jabatan Pendaftaran Putrajaya dibuka dari hari Isnin hingga Ahad. Hari Sabtu dan Ahad dibuka daripada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Perkhidmatan kaunter mereka amat baik dan mesra bermula dari perkhidmatan mengambil nombor. Mereka melayan dengan mesra pelanggan yang datang. Kemudian tiba di kaunter tempat urusan, mana-mana ruang yang tidak diisi oleh pelanggan kerana tak pasti, kakitangan JPN akan mengisinya. Bila pelanggan bertanya sesuatu, mereka menjawab dengan mesra. Bila no. giliran disebut untuk kaunter 3 misalnya, jika kaunter 3 ada pelanggan ada kakitangan yang akan sedia melayan urusan pelanggan di kaunter yang lain. Urusan di sini amat licin. Kaunter urusan juga banyak. Kakitangan yang mengendalikan urusan amat mesra dan pelanggan saperti aku amat berpuas hati.

Jarang aku jumpa perkhidmatan kaunter yang licin serta mesra dengan pelanggan. Selalu senyum dan tidak meninggikan suara. Itu yang pelanggan perlukan daripada kakitangan kerajaan yang bertugas di kaunter. Sempatlah juga aku menekan butang "perkhidmatan kaunter yang terbaik" disalah sebuah kaunter, tempat aku membuat urusan berkenaan. Aku pernah berurusan dengan banyak kaunter seperti kaunter pos, jpj padang jawa dan sebagainya tetapi tidak pernah mendapat layanan seperti di kaunter JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA.

daud montak zakaria...
3 Julai 2010; 2.00 pm