Showing posts with label jpj padang jawa. Show all posts
Showing posts with label jpj padang jawa. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

Imbas Kembali(flashback...)

Siannyer kete....
HARI ini, Sabtu, 29 Ogos 2010; Entah kenapa, aku teringat kembali kepada peristiwa kemalangan yang telah aku alami dalam bulan MAC / APRIL 2010 yang lalu. Ops! terlupa aku nak beritau 'entry' aku hari ini bukan merupakan hal berkaitan tugas harian aku...namun ia tidak lari daripada ungkapan....."Blog aku, cerita aku dan cerita rakan-rakan aku......."

Bulan MAC/APRIL 2010 yang lalu, tugas kami memang banyak termasuk melayani latihan amali pelajar PENGAJIAN MEDIA yang menggunakan STUDIO UKM hampir setiap malam untuk latihan menggunakan peralatan audio visual dalam STUDIO UKM yang dibawah kendalian kami.

Inilah keadaan bahagian atap.





Aku ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja jam lebih kurang hampir 7.00 ptg. untuk mengendalikan latihan peralatan untuk pelajar PENGAJIAN MEDIA. Tiba di satu selekoh yang agak tajam kereta yang dipandu tidak dapat dikawal(mungkin minyak atas jalan..). Waktu tu baru saja lepas hujan. Selepas kereta tak dapat dikawal, seketika kemudian...semuanya
gelap...langsung tak sedar. Hanya beberapa saat jer aku ingat sebelum terbabas dan langgar pokok. Kereta aku langgar pokok pun aku tak ingat langsung.

Pintu sebelah kanan teruk kerana terhentak ke batang pokok.

Beginilah keadaannyer...

Aku sedar apabila aku sudah berada di atas rumput, mungkin ada orang yang mengeluarkan aku drpd kenderaan aku tu. Apabila ambulan sampai, terus masuk untuk dibawa ke Hospital Kajang.
Aku sendiri yang bangun masuk ke dalam ambulan. Walau macam mana pun ketika itu aku dalam keadaan antara sedar dengan tidak, tak sempat nak memerhatikan kearah kenderaan aku, tak tau macam mana keadaannya. Hanya yang aku ingat ialah ada seseorang yang beri sehelai kain untuk menutup luka dikepala aku yang berdarah.

Aku cuma dapat mengetahui keadaan kereta aku setelah aku pergi ke bengkel untuk menguruskan tentang 'claim insurance'. Di bengkel tersebut aku 'snap' beberapa foto dan inilah antara foto yang aku paparkan di blog ni. Mekanik bengkel tu berkata, nasib aku baik sebab batang pokok tu tak kena bahagian pemandu iaitu tempat duduk aku, kalau tak tentu kepala aku cedera parah. Cedera aku taklah teruk sangat cuma luka dikepala disebabkan terkena cermin kereta aku yang pecah. Hanya satu malam aku berada di hospital.

Dengan mengalami kemalangan tersebut barulah aku mengerti,
1. kemalangan akan berlaku sekelip mata tanpa sempat untuk kita berfikir terlebih dulu,
2. selepas kemalangan kita takkan sedar langsung, malah sakit pun tiada, jika ajal kita dah sampai mungkin kita akan sedar bila dah di 'alam yang lain...'.
3. Sakit-sakit badan akan terasa bila kita dah keluar hospital. Seluruh badan akan rasa sakit, di sana sakit, di sini sakit dan hampir sebulan jugak aku menanggung kesakitan tersebut....tapi kereta aku pula sakit sampai sekarang.....JPJ "yang baik ati" pun belum luluskan lagi untuk pergi 'inspection' kat PUSPAKOM. Nak bawa jalan jauh, mungkin kereta aku tu dah tak selesa rasanya, maklumlah kemalangan tersebut melibatkan 'chasis'. Tak tau macam mana nak balik kampung RAYA ni...? Ntah lah...apa2 pun aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada pembaca dan pandulah dengan BERHATI-HATI...ewah! dah kene batang idung sendiri pandai pulak aku nasihatkan orang lain.....o.k....
daud montak zakaria...
29 Ogos 2010; 8.00 am

Tuesday, May 18, 2010

JPJ PADANG JAWA.

Foto hiasan ambil dari Google Images, TQ


HARI ini hari Selasa; 18 Mei 2010.
Hari ini aku ingin menulis cerita yang bukan berkaitan bidang tugas harian aku pun. Tulisan ni mungkin dapat menjadi panduan pembaca yang terbaca blog ini. Sejak hari Isnin(17 Mei) iaitu semalam aku telah mengambil cuti untuk menguruskan kenderaan aku yang kini masih berada di SEBUAH bengkel di BALAKONG, KAJANG. Kenderaan tersebut telah siap dibaiki dan menunggu masa untuk dibawa ke PUSPAKOM. Dah lebih 2 bulan kereta aku kat bengkel di BALAKONG tu. Termasuk hari ini, bermakna dah 2 harilah aku bercuti hanya mahu menyelesaikan hal berkaitan untuk mendapatkan 'approval' dari pihak JPJ Padang Jawa untuk membawa kenderaan tersebut bagi pemeriksaan di PUSPAKOM. Menurut pihak bengkel hanya 2 pejabat JPJ jer yang boleh memberikan pengesahan tersebut iaitu di Padang Jawa dan di JPJ Setapak.

Setelah semua dokumen diperoleh daripada bengkel, aku pun bertolaklah ke Padang Jawa, kat Shah Alam tu. Bila sampai di sana, pertama kali sampai kat JPJ tu tentulah tak tau apa2 pun maka bertanyalah aku kat staf yang berada di kaunter JPJ berkenaan. Staf yang berada di kaunter beritaulah bahagian yang perlu aku pergi iaitu di bangunan yang lain sambil menunjukkan ke arah belakang iaitu dimana terletaknya Bahagian Kejuruteraan. Ermmm....sebab ini kali pertama pergi ke sana, temangu-mangu gak mencari tempatnyer.....

Tiba di bahagian kejuruteraan tu, aku pun bagilah semua dokumen yang aku bawa dari bengkel tersebut kepada staf bertugas, nampaknya semua staf tersebut terdiri daripada kaum lelaki. Staf berkenaan membuat pemeriksaan setiap helaian yang aku bawa.
Komen-komennya ialah:

1. Borang tersebut terdiri daripada borang yang di fotokopi.
2. Gambar foto kereta tidak cukup besar dan tidak berwarna.
3. Gambar foto yang dirakam tidak pada sudut yang betul.
4. Maklumat dari pihak insuran yang asal tiada cuma dari pihak bengkel sahaja.

Itu jerlah komen yang aku ingat....last sekali semua dokumen dipulangkan kepada aku dan minta kembali dokumen yang dikehendaki daripada pihak bengkel seperti yang diminta. Apa nak buat, sebagai kakitangan kerajaan yang patuh dengan peraturan(ewahhhh.....) aku ikut jerlah kehendak mereka. Ermmmmm....fikirlah, setelah jauh aku berkereta(kereta pinjam pun.......) untuk datang ke JPJ, Padang Jawa, Shah Alam ni, semata-mata hanya untuk mendapatkan keputusan dokumen tersebut di tolak mentah-mentah jer. Bukan dekat beb...lebih 100 km pergi dan balik dari BANGI....

Dipendekkan cerita aku kembali semula ke bengkel tersebut dan menceritakan apa yang mereka kehendaki. Staf bengkel pun sediakan semuanya seperti yang dikehendaki oleh JPJ Padang Jawa. Namun foto yang besar daripada yang telah diberi tak dapat disediakan kerana kalau foto tersebut dibesarkan ia akan bertambah kabur imejnyer. Setelah siap aku pun bergerak ke JPJ Padang Jawa.

Sampai di JPJ PADANGJAWA, aku terus 'parking' kereta yang dikenakan 'charge' RM2 untuk sejam pertama. Kemudian terus pergi ke bahagian kejuruteraan dan terus serahkan dokumen. Staf di kaunter membuat semakan setiap helai dokumen. Aku lihat mukanya macam tidak puas hati jer...mungkin ada dokumen yang tidak memuaskannya. Namun dia terus menyemak dan akhir sekali dia meberi aku satu kertas yang bertulis "dokumen tersebut diterima dan akan dipertimbangkan". Dia kata nanti hubungi kemudian...tapi aku pun tak tau bila, aku ambil keputusan untuk hubungi minggu depan, iaitu selepas aku balik dari HUTAN BELUM di PERAK tu. Ermmmm....dalam hati aku berkata..."pihak bengkel kata kalau 'owner' sendiri yang bawa dokumen tersebut 'approval' akan diperoleh dalam 2 atau 3 jam saja.....'. Tak tau aku mana yang betul. Apa-apa pun aku telah abiskan cuti aku 2 HARI semata-mata hanya untuk berurusan dengan JPJ Padang Jawa...tapi masih gak belum selesai....tolonglah aku JPJ PADANG JAWA, SHAH ALAM atau KLANG...kete tu aku perlu untuk berulang-alik tempat keje, korang kaki tangan kerajaan...aku pun sama gak. Takkan aku nak pinjam kete orang untuk jangka masa yang lebih lama lagi. Kete aku kat bengkel tu pun dah 2 bulan beb... Ini bermakna aku dah pinjam kete orang dah 2 bulan....tolong...tolong...tolong....SOS..........

daud montak zakaria...
18 Mei 2010; 4.00 pm