Friday, February 17, 2012

Noktah untuk BENGkel MCP 2012

....video ini merupakan rakaman dan suntingan peserta
Bengkel MCP 2012...


HARI ini, 17 FEB. 2012, JUMAAT; tamatlah Bengkel MCP kami yang telah berlangsung selama 4 hari. Dalam masa 4 hari tersebut para peserta diberi panduan bagaimana untuk menerbitkan sebuah penerbitan MCP.

...fasilitator2 bersama kumpulan 2...






Dalam bengkel tersebut peserta didedahkan dengan makna MCP, penulisan skrip MCP, Pengendalian kamera video dalam mcp dan juga menerbitkan vt atau bahan yang akan ada bersama penebitan mcp seperti iklan atau psa.

...fasilitator2 bersama kumpulan 1...

Bengkel selama 4 hari ini, kalau nak diikutkan memang tidak mencukupi untuk menghasilkan sebuah penerbitan yang sempurna. Pelajar pengajian media pun memerlukan masa sebulan untuk menghasilkan penerbitan mereka supaya dapat hasil yang hampir sempurna kalau tidak sempurna.

...penerbitan akhir mcp...

Jam 9.00 pagi peserta yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan tersebut, mula membuat penerbitan mereka. Kumpulan 1 memulakan penerbitan mereka kerana props telah
tersedia sejak semalam.
Sebelum membuat rakaman kumpulan berkenaan membuat perbincangan untuk beberapa ketika dikalangan mereka. Tamat perbincangan mereka
masuk ke studio dan duduk di posisi masing2
untuk memulakan kerja penerbitan.


Kumpulan ini diberi masa selama lebih kurang satu jam untuk menyiapkan penerbitan mereka. Kami memberi mereka peluang untuk membuat rakaman berkenaan sebanyak 3 kali. Jika kali pertama sudah berjaya dan puas hati maka rakaman kedua dan ketiga tidak diperlukan lagi.

...kumpulan satu sedang membuat rakaman...






...dalam studio floor...

Jika rakaman pertama tidak memuaskan hati maka mereka boleh membuat percubaan kedua.
Kami boleh memberi mereka sebayak 3 kali percubaan...

Kumpulan pertama membuat rakaman selama 2 kali. Terdapat kesilapan yang menyebabkan rakaman dihentikan seketika seperti hos lupa dipasangkan mikrofon.

...sedang tekun membuat penerbitan...
...sedang giat menghasilkan penerbitan mcp...

Selesai kumpulan pertama, kumpulan 2 pula mengambil tempat. Sebelum memulakan rakaman mereka memasang 'props' untuk beberapa ketika. Selesai persiapan 'props' mereka diminta
berbincang sesama kumpulan sebelum memulakan rakaman.


Selesai perbincangan semua krew mengambil tempat masing2 sebelum memulakan rakaman. Sebagaimana dijelaskan, krew yang terlibat dalam penerbitan ini ialah PENGARAH STUDIO, GRAFIK, VT OPERATOR, SWITCHER, SCRIPT ASSISTANT, PENGARAH STUDIO, FLOOR MANAGER, CAMERAPERSON, dan JURUAUDIO.

....kumpulan 2 sedang memberi tumpuan...




.....en. hasrul..floor manager yang pro sangat, sifu niii...

Kumpulan dua diberi peluang membuat dua kali rakaman. Rakaman yang kedua dikira terbaik.
Penerbitan akhir ini tamat hampir jam 12 tengah hari. Selepas rakaman semua peserta
diminta untuk sesi bergambar secara kumpulan beserta dengan fasilitator-fasilitator, melainkan
kumpulan dua diadakan sesi fotografi sebelum rakaman kerana
jurufoto ada tugas lain lagi....


Nampaknya mereka memang sudah berusaha gigih untuk menghasilkan penerbitan yang terbaik. Masing-masing bekerjasama dengan giat. Masing-masing ambil berat tentang apa yang mereka perlu lakukan. 'Teamwork' memang diamalkan dalam setiap kumpulan.

....di studio floor...







.....semasa sesi pra tonton....

Setelah selesai rakaman, maka sebelah petang iaitu jam 3.00 petang diadakan pula sesi pra tonton dimana semua penerbitan ditayangkan dan dikritik oleh pengkritik. Kami minta 4 orang pengkritik untuk mengkritik hasil mereka. Mereka perlu bertindak sebagai penonton kepada penerbitan tersebut. Kami sebagai fasilitator tidak seharusnya membuat kritikan sebab kami merupakan tenaga pengajar dalam bengkel berkenaan.


Kedua-dua hasil penerbitan tersebut sememangnya mendapat banyak kritikan daripada para pengkritik. Bagi aku kritikan tersebut amat perlu bagi menambahkan lagi maklumat kepada peserta. Kritikan membolehkan kita mendapat feedback daripada penonton berkaitan kelemahan penerbitan yang telah kita terbitkan.

...sesi pra tonton dan kritikan oleh pengkritik...

Melalui kritikan berkenaan juga krew penerbitan dapat mengetahui apa kehendak penonton yang di wakili oleh pengkritik berkenaan. Anggaplah pengkritik sebagai penonton yang prihatin dengan hasil terbitan kita. Anggaplah kritikan sebagai perkara yang positif yang boleh menambahkan 'input' serta sebagai penaik semangat untuk menghasilkan penerbitan yang lebih baik yang mampu untuk memuaskan hati penonton. Bagi aku sebagai penceramah dan fasilitator, penerbitan kalian sudah dikira berjaya. Bukan mudah untuk menghasilkan penerbitan mcp lebih2 lagi yang merupakan 'lintas langsung' atau 'live'. Masa amat dipentingkan dalam mcp tidak boleh terkurang masa dan tidak boleh terlebih masa jugak. Tugas Pengarah Studio amat berat untuk menjaga tugas setiap krew, untuk meneliti masa, untuk menentukan masa dimana iklan akan di 'insert' dan banyak lagi. Begitu juga dengan tugas 'script assistant'. Dalam penerbitan mcp jika salah seorang krew membuat sesuatu kesilapan 'the whole' penerbitan akan hancur... Pada pandangan aku juga, ilmu mcp ini amat perlu diketahui sebab dengan menyertai bengkel ini peserta akan dapat mengetahui dengan jelas betapa sukarnya tugas berkaitan penerbitan mcp. Selain daripada itu peserta tentu tidak akan berasa malu jika bertemu dengan mereka yg terlibat dalam bidang penyiaran, kerana masih boleh berbincang panjang berkaitan bidang berkenaan dengan lebih jauh lagi. Tentu istilah seperti, OB Van (outside broadcasting van), krew 'above the line' dan 'below the line' tidak lagi menjadi igauan jika berkomunikasi dengan mereka yang terlibat dalam bidang penyiaran. Istilah lain seperti 'freeze', 'ready vt', '15 seconds to studio...', 'sound on tape', 'fade in music', 'fade out music', 'fade under music' dan berbagai lagi istilah tentu tidak lagi menjadi tanda soal yg besar dalam kepala para peserta bengkel lagi....
Akhir sekali aku bagi pihak diri sendiri ingin minta maaf atas segala kata-kata yang menyinggung dan bahasa yang songsang jika ada, semasa aku mengendalikan bengkel berkenaan......Di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua krew seperti sdr. shahrul, kamarul, jasril, suraya, ramli, haji izad dan lain2 yang terlibat dalam mengendalikan bengkel berkenaan.....Terima kasih juga kerana sudi membaca coretkan yg agak panjuang ini....sekian...
daudmontakzakaria

Thursday, February 16, 2012

HARI KE-3 BENGKEL MCP di STUDIO UKM


HARI ini 16 Feb. 2012....hari ini juga malas nak menulis panjang cuma ingin paparkan foto BENGKEL MCP 2012 hari KE-3 jerrrr....
Apa-apa pun jika terdapat kata2 yang songsang dan menyinggung hari ini, minta dimaafkan.....


...latihan dalam bilik kawalan ....








...latihan dalam bilik kawalan...












....masih latihan mcp dalam studio ukm...






...dalam 'studio floor'...











...wah! host sedang beraksi....








....wah! CAM FOUR(4) terlalu bersemangat...












...'FLOOR MANAGER(FM)'...suh tengok kamera...






....masih di 'studio floor'...


















daudmontakzakaria

Wednesday, February 15, 2012

Hari Kedua Bengkel MCP...


HARI ini 15 FEBUARI 2012, merupakan hari kedua BENGKEL PENERBITAN MCP anjuran UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR UKM dengan kerjasama PENERBIT UKM.

...perbincangan kumpulan untuk mencari idea dan menulis skrip MCP...

Seperti biasa selepas 'log in' kehadiran, ahli setiap kumpulan mencari berkumpul untuk mencari idea.

....latihan amali peserta bengkel di STUDIO UKM...

Kami sebagai fasilitator memang sedaya upaya cuba membantu dalam sesi perbincangan
peserta bengkel. Mereka diberi masa sehingga jam 1.00 petang.


Selain menulis skrip mereka juga perlu mencari idea untuk membuat suntingan 'montage' untuk intro penerbitan MCP kumpulan masing-masing.

...latihan amali di studio ukm di dectar...









...latihan amali di studio ukm...

Sebelah petang semua peserta diminta menjalani latihan amali di studio ukm.
Di studio ukm kami membantu mereka mengendalikan peralatan serta
membantu mereka untuk menghasilkan sebuah penerbitan
MCP. Pada peringkat awal agak kekok juga
mereka untuk mengendalikan
penerbitan MCP.


Pada awal pun aku rasa tertanya-tanya sama ada mereka boleh mengendalikan penerbitan MCP. Namun setelah kami beri bimbingan maka didapati mereka hampir mampu mengendalikan penerbitan MCP. Hati aku agak berbunga sedikit tapi bukan berbunga sebab cinta berputik tapi sebab melihat mereka hampir mampu melaksanakan latihan amali mcp mereka denga sempurna....ekekekeke...

...latihan mcp di studio ukm..

Menjelang petang ke dua-dua kumpulan nampaknya hampir mampu menerbitkan penerbitan mereka. Esok ada lagi satu hari untuk mereka membuat latihan. Aku yakin mereka boleh melakukannya....
Aku berharap juga pagi esok mereka sudah menyiapkan skrip untuk di gunakan dalam latihan penerbitan mcp berkenaan. Menjelang petang esok, InyaALLAH mereka mungkin boleh menyelesaikan latihan dengan sempurna. Penerbitan yang akan dirakam akan dijalankan sebelah pagi hari JUMAAT. Berharap sesangat semuanya akan o.k....pesanan untuk PENGARAH STUDIO, tugas anda amat rumit dan penting.....
Sekian catatan untuk hari ini dan terima kasih kerana membaca.....
daudmontakzakaria

Tuesday, February 14, 2012

hari pertama bengkel mcp..

....semasa ceramah...

HARI ini, 14 FEB. 2012 merupakan hari pertama BENGKEL PENERBITAN VIDEO MCP
anjuran UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR, UKM dengan
kerjasama PENERBIT UKM.


Pendaftaran dilakukan pada jam 8.30 pagi. Jika mengikut bilangan peserta yang tercatat dalam senarai ialah hampir 30 orang. Namun yang hadir lebih kurang 20 orang. Itupun kira dah o.k dalam kes bengkel PENERBITAN MCP....

....studio ukm di DECTAR...

Jam 9.30 pagi aku sampaikan kertas bertajuk PENGENALAN KEPADA PENERBITAN MCP. Sdr. Shahrul Fadli sampaikan kertas berkaitan SKRIP MCP. Sdr. Jasril Amry pula berkaitan PENGENDALIAN KAMERA VIDEO MCP. Kertas akhir ialah PENERBITAN VIDEO UNTUK VT yang disampaikan oleh sdr. KAMARUL BAHARIN.

...pengenalan kepada peralatan MCP di Studio UKM...

Bagi aku, dalam bengkel penerbitan MCP selama 4 hari ini, mustahil untuk menghasilkan penerbitan video MCP yang sempurna tanpa sebarang kesilapan. Apatah lagi bagi
mereka yang baru pertama kali melihat atau 'involve' dalam
kerja-kerja penerbitan MCP.


Melalui pengalaman kami mengendalikan latihan MCP pelajar Komunikasi Media beberapa tahun yang lalu, latihan mereka selama lebih kurang 10 hari untuk setiap kumpulan pun, masih mengalami masalah, ketika penerbitan akhir.

...pengenalan kamera video mcp...

Oleh itu dalam bengkel MCP selama 4 hari ini, jika mereka boleh faham 50% pun dah kira amat o.k.... Dalam penerbitan MCP, yang sukar ialah bertindak sebagai PENGARAH STUDIO. Seorang Pengarah perlu mengendalikan semua krew yang lain dan tidak boleh tersilap, jika tersilap ketika program berlaku dia mempunyai kebolehan untuk membetulkan kesilapan tersebut ketika program berkenaan sedang 'on air'. Sukarnya menjadi pengarah...Waktu petang semua peserta dibawa ke STUDIO UKM untuk diperkenalkan kepada peralatan tersebut. sdr. shahrul, haji izad dan jasril amry menjelaskan tentang kamera video, sdr siti suraya, berkaitan grafik, sdr ramli pula menerangkan berkaitan pengendalian audio sementara yang lain2 membantu dalam pengurusan bengkel berkenaan.....Esok ....akan menunggu kami lagi...
Hari ini juga aku sempat menyiapkan 'sampel' video untuk pelanggan kami iaitu JABATAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN dan TNEC. Video berkenaan berkaitan pembinaan loji penghawa dingin di UKM. Tontonlah video berkenaan yg terpapar di bawah...kalau nak ler....itulah catatan hari ini....Apa-apa pun terima kasih kerana membaca....


Monday, February 13, 2012

Persiapan untuk BeNgKeL McP


HARI ini 13 Febuari 2012, ISNIN, kami membuat persiapan teknikal peralatan di STUDIO UKM untuk BENGKEL PENERBITAN VIDEO MCP yang akan dijalankan dari 14 - 17 FEBUARI 2012 nanti.

...persiapan dalam studio...

Jam 9.00 pagi kami dah ada di STUDIO UKM di DECTAR. Pemasangan kabel kamera dibuat. Begitu juga 4 buah kamera DVCam kami pasang beserta dengan 'intercom.


...sedang berfikir bahan unutk 'props' yang ringkas...

Bahagian audio juga telah membuat pemeriksaan berkaitan kabel mikrofon,
mikrofon dan perkara yang berkaitan dengannya.


Sebenarnya terdapat sedikit masalah berkaitan dengan 'intercom'. Sebagaimana biasa aku terpaksa hubungi FITRI CHIN dari JELAS JUTA untuk membantu membuat pemeriksaan peralatan kami.

...FITRI CHIN dan SDR. SHAHRUL FADLI sedang memeriksa intercom...

Jam 3. oo petang sdr FITRI CHIN tiba di STUDIO UKM dan terus periksa peralatan kami. Menjelang jam 5.00 petang semua peralatan berkaitan 'intercom' telah dapat dibaiki. Berharap sangat peralatan tersebut 'fit' untuk digunakan semasa bengkel nanti.
Sebenarnya bengkel mcp ini adalah anjuran UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR UKM dfengan kerjasama PENERBIT UKM. Kami dari UNIT AUDIO VIDEO akan mengendalikan bengkel tersebut. Peserta bengkel berkenaan merupakan kakitangan UKM yang berminat untuk mengetahui semua perkara berkaitan MCP. Kami akan membimbing mereka dari segi teori dan amali. Aku harap bengkel tersebut akan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah...InsyaALLAH....sekian...terima kasih bebanyak kerana sudi membaca....
daudmontakzakaria

Sunday, February 12, 2012

Rakaman TNEC lagi...




HARI ini, AHAD 11 FEBUARI 2012; aku bersama sdr. SHAHRUL FADLI dan JASRIL AMRY
membuat rakaman LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN-LINGKARAN 2 UKM.
Masih ada lagi 'footage' yang tidak mencukupi. Kami membuat rakaman
kira2 jam 9.00 pagi. Sampai di loji tersebut kami terus minta
kebenaran daripada staf DI LOJI untuk membuat
rakaman. Selepas selesai rakaman
kami kembali
ke pejabat. Aku terus membuat penyuntingan video berkenaan.
Mana-mana 'footage' yang perlu diganti aku gantikan dengan yang telah kami
rakamkan sebentar tadi. Yang mana perlu ditambah telah aku tambah.
Walau bagaimanapun penyuntingan video berkenaan
masih belum selesai. Harap dapat
diselesaikan minggu depan...
daudmontakzakaria

Thursday, February 9, 2012

Rakaman MCP Sambutan Maulidur Rasul UKM 2012


HARI ini kami membuat rakaman video MCP sambutan Maulidur Rasul di DEWAN CANSELOR UKM atau DECTAR.
Persiapan teknikal telah kami lakukan sejak awal pagi lagi.

....USTAZ HAFIZ dari PUSAT ISLAM juga turut serta dalam bilik kawalan video...







Mengikut jadual program, jam 8.30 pagi ialah perarakan dari DATARAN PANGGUNG SENI mengelilingi kampus hingga kembali semula ke DECTAR.
Ketika perarakan sdr. SHAHRUL FADLI dan JASRIL AMRY ditugaskan untuk membuat rakaman ENG. Mereka akan menerbitkan sebuah video pendek yang kelihatan seperti video klip, gamaknyer...tunggu jer bila aku uploadkan ke YoUtubE (thedaudzakaria chanel) nanti...

...ketika bertugas dalam bilik kawalan video.....

Hari ini kami menghadapi masalah kekurangan JURUKAMERA. Masalah sebegini
memang biasa kami alami semasa waktu bekerja kerana krew bantuan
kami mempunyai tugas atau kewajipan mereka di
jabatan masing-masing...

....dalam bilik kawalan audio....

Waktu di luar masa pejabat kami tidak menghadapi sebarang masalah krew bantuan kerana kebiasaannya waktu tersebut mereka tiada tugas di jabatan masing-masing...


Disebabkan kekurangan JURUKAMERA maka terpaksalah krew bantuan kami berdiri lebih kurang 2 jam mengendalikan kamera rakaman.
Program dalam dewan tersebut ialah FORUM yang menampilkan ahli panel iaitu pendakwah bebas serta seorang lagi dari USIM. Maaf...aku lupa nama mereka...

...salah seorang ahli panel...

Mungkin ada dikalangan krew bantuan kami yang sakit kaki sesangat kut.... maklumlah lama berdiri jer kat kamera....

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada krew bantuan kami yang sanggup hadir membantu kami. Mereka semua ialah ARENIM, AZRUL KHAIDIR, SYANANA, CHEF, HAJI SULIMI, ZULHIMI dan lain2 yang aku dah lupa...TERIMA KASIH sekali lagi, TANPA ANDA SIAPALAH KAMI....Terima kasih jugak sebab sudi membaca....
daudmontakzakaria

Monday, February 6, 2012

TNEC, rakaman fasa terakhir.



HARI ini, 6 FEBUARI 2012; merupakan hari CUTI UMUM Maulidur Rasul. Walaupun hari cuti kami iaitu aku, shahrul fadli dan kamarul baharin datang jugak ke UKM untuk membuat rakaman video LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN - LINGKARAN 2. Ini merupakan rakaman fasa terakhir Insya ALLAH....


...bilik kawalan loji...

Kami datang ke sini sebab masih ada 'footage' yang tidak mencukupi untuk penerbitan video ini. Skrip video ini ditulis oleh pihak TNEC dan JPP sementara olahan skrip telah aku lakukan.

Dengan kerjasama seorang staf TNEC iaitu EN. HANIF, yang bertugas sebagai salah seorang staf bahagian operasi di loji berkenaan, aku mampu memahami hampir semua perkara bagaimana loji tersebut berfungsi. Mengikut apa yang dijelaskan Loji ini beroperasi dalam beberapa cara. Ketika waktu malam 'chiller' akan menyejukkan air yang akan disimpan dalam tangki TES atau THERMAL ENERGY STORAGE. Penggunakan tenaga eletrik pada waktu malam amat menjimatkan kerana kadar tarif letrik rendah pada waktu tersebut.

Pada waktu siang air sejuk dari tangki TES akan disalurkan ke bangunan-bangunan untuk memberikan suhu yang dingin. Pada waktu penggunaan suhu sejuk yang tinggi diperlukan 'chiller' dan tangki 'TES' akan menyalurkan air sejuk ke bangunan-bangunan yang memerlukannya. Penggunaan yang tinggi ini biasanya diperlukan pada waktu siang ketika waktu bekerja.


Sistem ini juga membolehkan air sejuk disalurkan ke bangunan-bangunan yang memerlukan suhu dingin pada waktu malam ketika proses penyimpanan air sejuk dalam tangki TES sedang dilakukan pada waktu malam oleh 'chiller'.

....sedang menunggu staf di bilik kawalan sebelum kerja rakaman dilakukan.....

Sistem ini juga membolehkan penggunaan 'chiller' untuk menghantar air sejuk ke bangunan-bangunan yang memerlukan tanpa menggunakan air sejuk dalam tangki TES. Operasi ini biasa dijalankan ketika tangki TES sedang dalam proses penyelenggaraan. Ketika ini 'chiller' digunakan sepenuhnya untuk menyalurkan air sejuk ke bangunan-bangunan kerana tangki TES masih belum berfungsi. Tangki ini dijangka siap sepenuhnya dalam bulan MAC 2012.

Fungsi 'cooling' tower yang terletak berhampiran bangunan loji sistem tersebut pula berfungsi untuk menyejukkan 'chiller' bukan untuk menyejukkan bangunan-bangunan. 'Chiller' yang sedang beroperasi akan menjadi panas dan air yang disejukkan di 'cooling tower' akan masuk ke 'chiller' dan menyejukkannya. Air panas dari 'chiller' akan di salurkan ke 'cooling tower' untuk disejukkan sebelum masuk kembali ke 'chiller'. Proses ini berulang-ulang sepanjang 'chiller' beroperasi. Tugas 'chiller' ialah menyejukkan air panas yang datang dari setiap bangunan yang menerima suhu sejuk. Air panas ini disejukkan kembali dan di salurkan ke bangunan yang menerima suhu sejuk dari loji berkenaan. Terdapat tiga warna paip-paip dalam loji tersebut iaitu paip hijau untuk menyejukkan 'chiller', paip biru muda untuk air panas daripada bangunan-bangunan untuk disejukkan dan paip biru tua merupakan paip yang menghantar air sejuk ke bangunan-bangunan untuk menyejukkan bangunan berkenaan.

Begitulah proses penyejukkan yang berlaku oleh LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN- LINGKARAN 2 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Terima kasih sebab membaca.....

daudmontakzakaria

Saturday, February 4, 2012

Buku sumber ilmu

HARI ini aku nak menulis perkara yang sedikit berlainan daripada tulisan sebelum ini.
Sekarang ini sedang berlangsung PESTA BUKU di PWTC.
Hakikat yang kita tidak boleh sangkal ialah BUKU merupakan sumber
ilmu. Tidak kira bidang apa yang kita berada sekarang,
BUKU amat penting sebagai sumber untuk
rujukan.


Pandangan aku, jika kita berada dalam sesuatu bidang tetapi kita tidak mempunyai walau sebuah buku dalam bidang berkenaan, yang kita miliki sendiri, aku anggap masih belum mencukupi. Pada aku, dia belum lagi memenuhi kehendak bidang yg diceburinya. Apa yang dia lakukan adalah cuma sekadar memenuhi kehendak tugas yang telah dipertanggung jawabkan kepadanya dengan lain kata tugas harian dia di tempat keje jer....... Apa yang diperkatakan cuma dengan mendengar apa orang lain kata bukan apa yang digali daripada sumber ilmu iaitu BUKU. Setiap ilmu bukan boleh dengan mudah berpandukan kepada akal semata-mata. Mesti ada sumber rujukan atas apa yang kita perkatakan.

Oleh yang demikian jika ingin bergelumang dalam bidang yang kita ceburi atau bidang yang menjadi minat, kita mesti mempunyai sumber rujukan sekurang-kurangnya sebuah
buku yang kita miliki sendiri. Buku yang kita miliki akan menjadi simbol
yang kita betul-betul minat dalam bidang berkenaan.......


Begitu juga dalam bidang video atau filem, kita perlu miliki sekurang-kurangnya sebuah buku berkaitan bidang tersebut. Buku yang kita beli sendiri, buku hasil titik peluh kita sendiri.....Jika tiada, sukarlah hendak menentukan dia memang benar-benar minat dalam bidang video atau filem.

Segala yang aku tulis ini adalah merupakan pandangan aku sendiri. Sama ada terdapat mereka yang bersetuju atau tidak itu terpulang kepada individu tersebut. Aku tidak kisah pun jika tulisan aku ini tidak popular atau disangkal oleh sesiapa pun sebab masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Lagipun ini blog aku...ekekekekeke.....opst!. Aku tidak berharap pun sesapa saja untuk bersetuju dengan pandangan aku. Apa-apapun terima kasih kerana sudi membaca....

daudmontakzakaria

Friday, February 3, 2012

Minggu-minggu yang kaya dengan cuti...

Minggu ini nak katakan banyak keje mungkin boleh dikatakan banyak gak. Dahlah banyak keje banyak gak cuti, aku bukanlah tak suka cuti tapi suka gak jika keje tak banyak. Boleh dikatakan ada jer cuti panjang termasuk minggu ini yang akan bercuti pada hari ISNIN dan SELASA.

Sekarang ni aku sedang membuat penyuntingan video LOJI PENDINGINAN LINGKUNGAN. Penyuntingan video ini mesti dipercepatkan kerana pelanggan mahu video tu siap sebelum 20 MAC. Oleh itu video ini mesti didahulukan. Video ini akan dibuat dalam dua bahasa iaitu MELAYU dan INGGERIS. Hari ISNIN nanti aku dan krew akan buat rakaman video LOJI PENDINGINAN sebab 'footage' masih belum cukup. Datang gak keje walaupun CUTI UMUM.

Dengan adanya tugas penyuntingan LOJI PENDINGINAN, penyuntingan aku untuk BENGKEL FOTO di MELAKA terpaksa di tunda. Sepatutnya aku sudah siapkan video bengkel tu dengan cepat jika tiada kerja penyuntingan yang lebih utama. Kedua-dua video tu nanti akan disertakan dengan suara latar. Kedua-dua skrip video berkenaan telah aku siapkan. Sebenarnya aku lebih suka membuat penyuntingan sendiri kerana aku tau apa yang aku nak sunting. Kerja-kerja rakaman aku perlukan krew lain terlibat sama sebab ia melibatkan tugas yang agak banyak.

Selain tugas penyuntingan terdapat jugak tugas rakaman video MCP iaitu SAMBUTAN MAULIDUR RASUL di DECTAR. Kami akan membuat rakaman MCP tersebut pada 9 FEB. 2012 nanti. Harap ramai krew bantuan yang akan hadir. Biasanya waktu kerja kami sukar mendapatkan bantuan krew jabatan lain.

Seterusnya kami akan mengendalikan BENGKEL VIDEO MCP di PENERBIT dan STUDIO UKM dari 14 - 17 FEB. 2012. Bengkel ini memang diadakan pada setiap tahun untuk kakitangan UKM. Bengkel ini anjuran UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR UKM dgn kerjasama PENERBIT UKM. Kalau ada permintaan kami sedia membuka penyertaan kepada peserta luar . Anda boleh pi ke sini untuk mendapatkan sedikit maklumat berkaitan bengkel MCP.

Walau apa sekalipun tugas tetap tugas, ia mesti diselesaikan dengan sempurna. Kita dah dibayar upah untuk menyiapkan semua tugas yang telah dipertanggung jawabkan kepada kita. Anggaplah tugas sebagai ibadat dimana upah yang kita dapat tu untuk menyara diri kita dan anggota keluarga kita. Harap semua tugas dapat disempurnakan dengan baik...InsyaALLAH...

Terima kasih kerana membaca....
daudmontakzakaria

Tuesday, January 31, 2012

Sebuah catatan rakaman Loji Pendinginan Lingkungan

sdr. kamarul dan shahrul sedang membuat rakaman.

HARI ini, 31 Januari 2012; kami membuat rakaman video 'footage' untuk
penerbitan video Loji Pendinginan Lingkungan. Sebenarnya ini
merupakan rakaman sambungan rakaman
yang telah kami lakukan sejak tahun
2010 yang lalu.


Kerana cuaca agak tak mengizinkan kami keluar agak lewat untuk 'shooting'. Jam 9.30 pagi kami mulakan rakaman. Kami rakamkan bangunan sekitar kampus yang akan menerima udara dingin dari Loji yang baru dibina di Lingkaran Kedua UKM.

sdr. kamarul dan shahrul.

Kami juga merakamkan loji yang mempunyai konsep yang sama dengan loji baru di Lingkaran 2. Loji yang lama tersebut terletak di Lingkaran Pertama berhampiran FSSK. Antara bangunan lain yang kami rakamkan ialah bangunan FPI, FSSK, PUSANIKA, FEP, PTSL, FTSM dan juga bangunan-bangunan baru yang tidak lama lagi akan siap pembinaannya.

sdr. kamarul & shahrul fadli

Kami tidak sempat untuk menghabiskan 'shooting' waktu pagi jadi kami sambung buat rakaman
lagi pada sebelah petang. Pada sebelah petang kami tumpukan kepada
Loji Pendinginan di Lingkaran 2 yang hampir siap pembinaannya,
mungkin bulan Mac. 2012....


Di bangunan loji ni banyak yang kami rakamkan dan banyak pulak yang aku tanya....ALHAMDULILLAH staf yang bertugas di sana sangat bekerjasama dan mereka memberikan kerjasama sepenuhnya. Ada ketikanya terfikir gak aku, adakah tindakan aku bertanya bermacam-macam tu 'menyakitkan' hati mereka.

...bangunan loji pendinginan lingkungan...

Sebenarnya aku banyak bertanya semua hal-hal teknikal operasi loji tersebut adalah untuk aku lebih memahami. Kalau tidak macam mana aku nak membuat suntingan jika aku tidak faham dan bagaimana pulak aku nak jalinkan visual dengan skrip yang dah tersedia....lojiklah aku bertanya bebanyak soklan kat staj TNEC tu....Apa-apa pun berbanyak terima kasih kat diaorang yang amat memberi kerjasama kepada kami. Aku tak sempat merakam foto bebanyak sebab sibuk ngan bertanya dan sebagainya, lupa pun ya jugak...ekekeke...

Sebenarnya unit kami hari ini membuat beberapa rakaman video selain daripada rakaman sistem penghawa dingin. Rakaman tersebut ialah Perasmian Bangunan Baru Palapes/Suksis oleh Canselor UKM dan juga rakaman video Debat Akhir 1 Malaysia di Dewan Tun Abdullah Salleh....

Apa-apapun terima kasih sebab membaca....
daudmontakzakaria

Saturday, January 28, 2012

Sekadar catatan dini hari....

persiapan untuk KONSERT DIRAJA UKM 2012.

HARI ini kami berada di DECTAR UKM kerana membuat persiapan teknikal untuk rakaman
Multiple Camera Production Konsert DiRaja UKM yang akan berlangsung
pada 28 JANUARI 2012 nanti. Hari Ahad, 29 JANUARI 2012 pula rakaman
Konsert Orkestra UKM pulak...nampaknya hujung minggu
kami kat DECTAR gamaknyer....ekekeke...


Walau bagaimanapun persiapan teknikal kami bermula semalam iaitu 26 JANUARI 2012. Tiada apa yang kami boleh lakukan secara lebih jauh sebab persiapan pentas dan PA Sistem masih belum sempurna.


...persiapan di DECTAR dalam pelbagai perkara...waktu petang...







raptai penuh....

Petang semalam, 27 JANUARI 2012, kami cuma mengikuti raptai pentadbiran
pada waktu petang yang tamat lebih kurang jam 5.30 petang.


Malam tadi iaitu 27 JANUARI 2012, kami tiba lebih kurang jam 8.00 malam kat DECTAR. Kami cuma pasang sebuah kamera video jer. Kami cuma lihat bagaimana acara berkenaan berlangsung semasa raptai penuh tu. Kepala ligat berfikir untuk rakaman MCP esok malam. Fikir posisi kamera, jumlah yang akan hadir...feedback dalam FB macam tak ramai jer....

...raptai penuh sedang berlangsung...




dalam konti....

Sempat buat rakaman foto dan video dengan handphone...tapi video takleh nak upload
ke utube sebab internet lembab macam siput sedut...ekekeke...


Raptai penuh tu tamat jam 11.30malam lebih kurang sebab aku log out jam 11.29 malam...
Dengan mengikuti raptai tersebut dapatlah bayangkan apa yang mungkin dirakam esok, sudut kamera, rakaman mobile camera, krew yang terlibat, LCD perlu atau tidak dan sebagainya lagi...ermmmm....apa2 punlah esok malam, harap tidak berlaku apa2 masalah teknikal dalam rakaman MCP nanti...harap sesangat....

......persembahan penutup....

Harap sesangat jugak ramai krew mcp hadir malam esok....

Apa-apa pun...o.k, terima kasih kerana membaca....

daudmontakzakaria.

Friday, January 20, 2012

Akhirnya siap gak .....





Penerbitan video RUMAH PENGINAPAN PERSEKUTUAN dan RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN BUKIT FRASER atau FRASER HILL telah aku siapkan. Footage video ni telah kami rakam dalam bulan DISEMBER 2011 yang lalu. Jadi kalau sapo2 nak cuti tu pi ler nginap kat Rumah Peranginan Persekutuan tu. RUMAH PENGINAPAN HANYA untuk JUSA A ke atas...tapi Rumah Peranginan Persekutuan pula boleh disewa oleh kakitangan di bawah JUSA A. Tapi kedua-duanya hanya untuk staf kerajaan jer....berkanun pun takleh, swasta pun takleh....Ia sempat disunting dan disiapkan dalam tahun 2012. Apa nak buat sebab tugas atau komitmen yang lain perlu didahulukan.

O.k lah kita tinggalkan dulu hal tersebut. Sekarang ni pulak kami mempunyai dua tugas penerbitan yang pertama kami mesti siapkan penerbitan video SISTEM HAWA DINGIN TNEC. Penerbitan video tersebut perlu siap sebelum 20 MAC 2012. Mana-mana footage yang tidak cukup kami mesti rakam sebelum proses suntingan dan dubbing dilakukan. Agak banyak juga footage yang perlu dirakman dalam masa yang singkat ini....harap dapat disiapkan, INSYAALLAH.

Satu tugas lagi yang perlu kami selesaikan ialah penyuntingan video Melaka Warisan Sejarah(bengkel foto di Melaka). Penyuntingan video tersebut akan aku lakukan sendiri dengan bantuan krew UAV. Harap tugas ini juga dapat aku selesaikan secepat yang boleh. Moga semua tugas aku dipermudahkan, INSYAALLAH.

Untuk pengetahuan korang bagi yang berminat dengan keje video ni tentu rasa seronok dalam bidang ni...boleh rakam video...boleh buat suntingan untuk bentuk cerita....boleh masukkan muzik dan skrip...dan...boleh macam2 ler...yang penting kita mempunyai minat dalam bidang niiii....jadi mana yang berminat tu....teruslah bekarya dengan penerbitan video korang....sampaikan mesej yang korang nak kepada masyarakat....tapi...jangan pulak buat video teklok pulak....o.k!

Sekian dan terima kasih sebab meluangkan masa menatap dan membaca catatan ini...

daudmontakzakaria.