Saturday, October 16, 2010

Cemerlang ker aku...........?


















































































































































Hari ni Jumaat, 15 Oktober 2010;
Kami dari Unit Audio Video, Penerbit UKM telah diberi tanggung jawab untuk membuat rakaman video MCP(Multiple Camera Production) serta diyangkan di layar secara langsung dalam dewan, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM 2010 di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK UKM.

Seperti biasa persiapan teknikal untuk tugas rakaman dilakukan sebelum majlis berlangsung. Sdr. Ramli telah menyiapkan peralatan audio sementara sdr. Kamarul telah memasang kabel-kabel kamera awal petang. Kedua-dua mereka tidak terlibat dengan tugas rakaman MCP malam nanti kerana sdr. Ramli mempunyai hal peribadi untuk ditangani. Sementara sdr. Kamarul hadir dalam Majlis berkenaan sebagai salah seorang yang dikurniakan anugerah cemerlang.

Sepatutnya aku juga hadir dalam majlis tersebut kerana aku jugak merupakan salah seorang yang dikurniakan anugerah cemerlang. Namun aku memilih untuk tidak turut serta kerana aku rasa lebih selesa mengetuai tugas rakaman MCP majlis berkenaan. Jika aku tidak mengetuai tugas rakaman tentu sekali akan memberi kesan kepada penerbitan kerana yang akan bertugas cuma sdr. Shahrul, Jasril dan Suraya dari unit kami. Krew bantuan akan memberi bantuan sebagai jurukamera dan switcher. Ermmm....lagi pun aku merupakan pekerja cemerlang yang memikirkan tentang tugas-tugas yang perlu dipikul.....ewahh.....jangan mare aku masuk bakul angkat sendiri.....heh...heh....heh...

Majlis tersebut bermula lebih kurang selepas waktu Isyak. Majlis anugerah ini merupakan kali pertama dijalankan seperti majlis makan malam. Diantara acara malam tersebut ialah jamuan makan, persembahan seni artisukma dan nyanyian oleh Haziq AF4. Jemputan VVIP yang hadir ialah Pengerusi LPU, Dato' Dr. Mazlan serta Prof. Dato' Dr. Hasan Basri, Timbalan Naib Canselor.

Krew bantuan rakaman MCP kami ialah sdr. YUNUS, HASNAH, HANIM, ROSLI, ISMAHASHIMI, CHEF, WAFIY dan ZULHIMI. Sementara krew video unit kami ialah aku sendiri, Shahrul, Jasril Amry dan Siti Suraya. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KREW YANG DATANG MEMBANTU....TANPA ANDA SIAPALAH KAMI.................

daudmontakzakaria.

Friday, October 15, 2010

Kenyir...oh.....Kenyir...

INSYAALLAH, 24 - 27 Oktober 2010; Kami dari Unit Audio Video, Penerbit UKM akan berada di Tasik Kenyir, Terengganu untuk mengendalikan BENGKEL PENERBITAN VIDEO UKM 2010 di sana.

Bengkel ini adalah anjuran UNIT LATIHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR, UKM dengan kerjasama PENERBIT UKM. Kami akan bertolak ke Kenyir bersama peserta pada 24 Oktober dan bengkel bermula dari 25 Oktober 2010, jam 7.30 pagi hingga 27 Oktober 2010, jam 5.00 petang. Kami berharap akan dapat berkongsi ilmu berkaitan penerbitan video dengan para peserta. Diharapkan ilmu yang tidak seberapa yang kami miliki tersebut mampu memberi sedikit manfaat kepada para peserta yang terdiri daripada kakitangan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Bengkel berkenaan akan meliputi semua fasa-fasa dalam penerbitan sebuah video iaitu dari peringkat idea hinggalah kepada penyuntingan dan proses memasukkan audio ke dalam sesebuah penerbitan.

Sedikit tentang informasi berkaitan Tasik Kenyir; Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terletak di Terengganu. Ia dibina dalam tahun 1985 apabila Sungai Kenyir dibina empangan untuk membentuk stesen janakuasa Sultan Mahmud. Kenyir juga merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini mempunyai keluasan 260 Km persegi serta mempunyai 340 buah pulau-pulau dan lebih daripada 14 buah air terjun.

Oleh itu selamat berjumpa kami di Tasik Kenyir nanti........................
daudmontakzakaria

Thursday, October 14, 2010

Seminar anjuran Jabatan Pengurusan Pembangunan

Semalam, hari Rabu, 13 Oktober 2010; kami dari Unit Audio Video berada di Seri Pacific Hotel, PWTC kerana membuat rakaman video MCP satu seminar anjuran Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM.

Kami bergerak dari UKM jam lebih sedikit 7.30 pagi waktu Malaysia. Sepatutnya kami bergerak jam 7.00 pg atau 7.15 pagi atau 7.30 pagi. Aku sampai pejabat jam 7.00 pagi dan kelihatan sdr. Ramli Adnan sudah ada di pejabat. Pemandu UKM yang akan membawa kami juga sudah menunggu selepas kami ada di pejabat. Sdr. Shahrul turut menyediakan apa yang perlu untuk ke sana. Salah seorang krew kami terpaksa ditinggalkan setelah kami lama menunggu dan kami agak kesuntukan masa, serta bimbang kesesakan lalulintas untuk masuk ke K.L.

Telahan kami memang betul kesesakan berlaku di Sungai Besi dan jugak sebelum masuk ke PWTC. Kami sampai dilokasi tugas lebih kurang 15 minit sebelum acara bermula. Sebelum itu pemandu menerima 'call' daripada sdr. Kamarul Baharin Kamil dari JPP, mungkin bertanyakan kami masih berada di lokasi mana.

Tiba di dewan seminar kami kami terus menghidupkan semua peralatan yang telah kami pasang semalam seperti kamera, LCD dan semua peralatan MCP. Namun acara pagi itu telah berubah sedikit dimana acara perasmina yang sepatutnya diadakan jam 9.00 pagi telah ditunda ke waktu petang. Secara umumnya rakaman dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang tersebut telah berlangsung dengan licin. Krew yang turut bertugas dengan aku ialah sdr. Shahrul, Kamarul dan sdr. Ramli. Terima kasih kepada semua krew dan juga terima kasih kepada penganjur terutama sdr. Kamarul Baharin Kamil dari JPP yang telah melayani kami semua......


daudmontakzakaria

Tuesday, October 12, 2010

Bengkel Pengurusan Konflik...

Hari ini merupakan hari terakhir aku menghadiri BENGKEL PENGURUSAN KONFLIK DAN PERUNDINGAN BERKESAN, di Puri Pujangga,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bengkel ini merupakan anjuran Unit Latihan Pejabat Pendaftar UKM untuk kakitangan GRED 41 ke atas. Ia dikendalikan oleh G. K. Lim. Bengkel ini memakan masa selama 2 hari iaitu 11 - 12 Oktober 2010, dari jam 8.00 am hingga 5.00 pm.

Ramai jugak kakitangan lain yang aku kenal, turut bersama dalam bengkel berkenaan
iaitu sdr. Bukhari dari Pusat Teknologi Maklumat, Anwar dari ATMA, Zaidah
dari Pejabat Bendahari, Najatulmuna dari Perhubungan
Antarabangsa, Hanafi, Pegawai
Sains bersama gang dia dari Fakulti Sains dan Teknologi.
Geng kelakar ni...Cahaya TerpeliharaFB)
mesti kenal dia orang ni....

Agak menarik jugak bengkel ini dan perkara yang paling aku ingat ialah kakitangan yang malas bekerja, bukan sebenar-benarnya mereka malas, tetapi, salah satu daripada faktornya ialah mereka berada dalam bidang tugas yang salah atau 'the wrong job'. Salah satu daripada cara mengatasi hal tersebut ialah gantikan mereka dengan kakitangan yang lain.....aku setuju dgn perkara ini, tapi leh ker di 'apply' kan kat UKM ni...?
Bengkel Pengurusan Konflik ini tamat lebih kurang jam 5.10 pm. Namun tugas
aku belum lagi selesai......

Lebih kurang jam 6.00 pm aku bergerak pula ke PWTC dengan menumpang kereta sdr. Kamarul untuk membuat persiapan teknikal rakaman video MCP di sana.

4 orang daripada kami kakitangan Unit Audio Video Penerbit UKM telah pergi
terlebih dahulu dengan membawa peralatan-peralatan
audio visual yang perlu dipasang.

Setibanya kami di sana(aku & kamarul) aku lihat semua barang telah dimasukkan kembali ke dalam kenderaan untuk dibawa kembali ke UKM. Aku bertanya sdr. Shah kenapa berlaku begitu. Shah kata pihak JPP yang menganjurkan Seminar berkenaan tidak perlukan rakaman MCP tetapi lebih berminat kepada rakaman SCP saja, salah satu sebabnya mungkin ketiadaan layar tambahan.
Semasa sarapan sdr. Kamarul Baharin Kamil dari JPP minta kami buat jugak rakaman MCP dan mereka akan cuba dapatkan satu lagi layar tayangan tambahan, dan aku terus bersetuju. Namun ada pandangan yang mengatakan aku silap membuat keputusan untuk membuat tugas berkenaan. Pada aku keputusan aku betul sebab kami diberi gaji setiap bulan untuk membuat kerja yang diminta.
Kemudian kami terus memasang semua peralatan MCP berkenaan hingga selesai lebih kurang jam 10 malam. Namun kami masih tidak memperoleh layar yang lain untuk tayangan, dan hanya menggunakan salah sebuah layar yang sedia ada dalam dewan berkenaan. Bila siap pemasangan, kami terus kembali ke UKM, esok pagi kami akan bertolak dari UKM jam 7.00 am atau 7.15 am ke PWTC. Moga semua tugas berjalan lancar....INSYAALLAH....

*Dalam tugas video ni...ada ketikanya kami diumpamakan seperti 'bola'.........

daudmontakzakaria....

Sunday, October 10, 2010

Manifestasi Seni Antarabangsa UKM



























































Semalam, 9 Oktober 2010, Sabtu;
Kami diminta membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) untuk program Manifestasi Senitari Antarabangsa UKM. Program berkenaan berlangsung di Panggung Seni, Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Tan Sri Naib Canselor hadir sama menyaksikan program tersebut. Tarian yang ditarikan ialah tarian Melayu, Amerika Latin, Thailand, Indonesia dan sebagainya.

Agak ramai jugak krew dari jabatan lain dalam UKM yang hadir membantu kami dalam rakaman tersebut. Bermula daripada persiapan teknikal hinggalah kepada masa rakaman, semuanya berjalan lancar, cuma terdapat satu masalah dipermulaan persembahan kerana berlaku 'black out' dalam STUDIO UKM. Namun masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera. Krew yang membantu kami dalam rakaman itu ialah KHAIDIR, ROSLI ROBAI, YUNUS MISDI, WATIE, ZULHIMI, HATA dan HANIM. Jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu.

daudmontakzakaria

Friday, October 8, 2010

Tamat....Annual Planetary Congress


Jam lebih kurang 12.30 tengah hari semalam, Khamis, 7 Oktober 2010, berakhirlah 'Annual Planetary Congress 2010' di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Program berkenaan tamat selepas lawatan Angkasawan ke Muzium UKM dan juga Taman Paku Pakis UKM.

Selama dua hari berturut-turut kami berkampung dalam Dewan Canselor, membuat rakaman MCP program berkenaan. Tidak ramai krew bantuan MCP yang hadir. Ini mungkin disebabkan waktu pejabat, mereka sibuk dengan tugas harian mereka di fakulti, jabatan dan sebagainya. Krew bantuan yang sempat datang memberikan bantuan ialah sdr. YUNUS MISDI, WATIE, MIMIE dan INA?. Staf UAV yang bertugas ialah Jasril, Suraya, Shahrul, Ramli, Kamarul dan aku sendiri sementara sdr. Izad membuat rakaman ENG semasa lawatan angkasawan ke Muzium UKM dan Taman Paku Pakis UKM.

Walau bagaimanapun tugas berkenaan dapat kami jalankan dengan licin dan sempurna tanpa sebarang masalah yang besar berlaku..... Terima kasih kepada semua yang sudi membantu kami, tanpa anda siapalah kami......

*Penghargaan melalui SMS daripada ANGKASA, UKM
'Pihak Institut Sains Angkasa UKM mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan sepanjang program XXIII Annual Planetary Congress ASE 6 - 7 Oktober 2010. Mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan. Semoga diberkati Tuhan dan kita dapat bekerjasama lagi dimasa depan - Farid Sekretariat ASE 2010.

daudmontakzakaria

Tuesday, October 5, 2010

Persiapan teknikal rakaman MCP angkasawan.


Malam ini Selasa, 5 Oktober 2010; kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman MCP dan tayangan di DECTAR atau Dewan Canselor untuk 'Annual Planetary Congress 2010'.



Staf Unit Audio Video yang awal sampai studio.



persiapan sedang berjalan.
Kami sampai Studio UKM lebih kurang jam 8.00 malam waktu tempatan. Selepas 'log in' kami terus membuat pemasangan peralatan dalam dewan.

Peralatan yang kami pasang ialah 4 buah tvf plasma, kabel kamera dan juga ujian kepada sistem yang telah dipasang. Semua tugas berjalan dengan licin dan lancar.
Lebih kurang jam 10.30 malam semua tugas telah selesai dan kami mula bergerak untuk pulang. Kami gagal untuk 'log out' sebab server di Studio UKM tidak berfungsi dengan baik.
Kami yang bertugas ialah Suraya, Shahrul, Kamarul, Ramli dan aku sendiri sementara Jasril Amry tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

daudmzakaria

Sunday, October 3, 2010

Penutup 'Programming Contest'


Tarikh 2 Oktober 2010: MCP penutup program 'Programming Contest" peringkat kebangsaan.











Krew yang hadir: cukup untuk melakukan tugas dengan sempurna dan licin.










Persiapan teknikal: jam 2.00 petang terdapat krew yang telah awal-awal
hadir di STUDIO UKM

Krew yang hadir: Aku, Sharul, Kamarul, Ramli, Jasril, Anim, Wati, Ina, Yunus, Rosli Robai, Izad sementara SURAYA ada kat Melaka...







daudmontakzakaria

Saturday, October 2, 2010

Perasmian Programming Contest Peringkat Kebangsaan.

1 OKTOBER 2010; kami dari Unit UAV Penerbit UKM telah diminta untuk membuat
tayangan MCP Perasmian Programming Contest di Dewan Canselor.

Sebenarnya tidak ramai krew bantuan yang dapat datang memberikan bantuan mereka kerana ia waktu pejabat dan mereka mempunyai tugas di jabatan masing-masing.










Oleh sebab ramai yang tidak dapat hadir kami dapat juga menjalankan tugas dengan lancar dan licin. Perasmian memakan masa yang singkat dan tugas tersebut tidaklah berat terutama kepada jurukamera. Mungkin kaki jurukamera sengal-sengal sedikit kut sebab terpaksa berdiri hampir satu jam.

Mereka yang datang memberikan bantuan ialah Watie, Ina, Hata dan Zulhimi. Petang ini iaitu 2 Oktober 2010 kami akan membuat rakaman MCP untuk Majlis Penutup pula yang akan diadakan lebih kurang jam 2.30 petang.
daudmontakzakaria.

Thursday, September 30, 2010

Mesy. Konsert DiRaja 2011

Hari ini jam 9.00 pagi aku menghadiri Mesyuarat Konsert DiRaja UKM di Bilik Mesyuarat Canselori. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Prof. Dato' Dr. Muhammad b. Abdul Razak, TNC HEPA. Ini merupakan mesyuarat kali pertama dan aku hadir sebagai wakil Prof. Dr. Kamaruddin M. Said. Melalui mesyuarat tersebut program berkenaan akan diadakan pada 22 Januari 2011 di DECTAR. Mesyuarat berkenaan berlangsung sehingga jam 10.30 pagi. Penerbit UKM memang terlibat dalam program berkenaan dimana tugas-tugas kami ialah dari aspek rakaman video MCP dan juga percetakan bahan-bahan yang diperlukan seperti buku aturcara, poster dan kad jemputan.

daudmontakzakaria.

Tuesday, September 28, 2010

Pertandingan Lagu Irama Asli.

Pertandingan sedang berlangsung.
Jam lebih kurang 11.00 am waktu tempatan, bertarikh 28 September 2010, aku terima SMS bukan SOS daripada sdr. Ruhaizad menyatakan En. Rafie, Ketua Pusat Kebudayaan call malam nanti ada rakaman video MCP pertandingan Irama Lagu Asli di Panggung Seni. Aku menjadi 'blur' sekejap sebab yang aku tau tiada apa2 rakaman video dalam jadual hari ini.

Tanpa membuang masa aku terus hubungi sdr. Hairi iaitu salah seorang staf Pusat Kebudayaan untuk mendapatkan kepastian sama ada sms yang aku terima tu benar atau palsu. Sdr. Hairi mengatakan hal tersebut adalah benar bukan palsu. Aku pun meminta sdr. Hairi bagi tau staf pentadbiran Pusat Kebudayaan untuk ;fax' kan surat dengan segera secara 'official'.

Pertandingan sedang berlangsung di Panggung Seni.

Surat ini amat penting sebagai bukti bahawa kami membuat rakaman berkenaan bukan tugas yang palsu terutama krew bantuan yang perlu surat tugas untuk 'claim' kerja lebih masa.

Hampir tengah hari aku diberitahu dan diberi surat Pusat Kebudayaan oleh Setiausaha Penerbit UKM, Kak Maah. Bila aku perhatikan tarikh tugas tersebut 29 September iaitu malam esok. Tanpa berlengah aku talipon sdr. Jasril di Studio UKM sama ada benar program tersebut malam ini atau malam esok. Jasril mengiakan bahawa program tersebut malam ini bukan esok. Kemudian aku talipon pula sdr. Hairi, beliau kata program tersebut malam ini bukan malam esok. Tarikh dalam surat yang telah di 'fax' itu merupakan tarikh yang tidak benar. Ermmm...macam2.

Kami terpaksa membuat segala persiapan yang perlu untuk rakaman MCP berkenaan. Malam ini aku bertindak sebagai jurukamera kerana krew bantuan tidak mencukupi dan ada yang menarik diri 'last minute'. Krew bantuan yang datang ialah sdr. Bukhari, Hasnah, Sulimi, Khaidir dan Hanim sementara krew unit kami yang tidak hadir ialah sdr. Ramli kerana beliau mempunyai program keluarga. Dia cuma sempat membantu pemasangan peralatan audio sahaja yang kemudiannya dikendalikan oleh sdr. Sulimi. Apa2 pun tugas malam ini berjalan dengan lancar dan licin cuma sekali sekala kamera 2 mengalami gangguan dimana visual nya ada ketikanya tidak boleh 'lock', apa nak buat itulah perkara yang kami terpaksa tanggung untuk jangka masa yang agak lama hingga ke hari ini....

daudmontakzakaria.


Saturday, September 25, 2010

Jamuan Hari Raya UKM 2010

Suasana dalam DECTAR
24 SEPTEMBER 2010, Jumaat, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Jamuan Hari Raya UKM 2010 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.


Ramai hadirin yang terdiri daripada kakitangan UKM pelbagai peringkat jawatan telah hadir ke jamuan berkenaan. Majlis ini merupakan satu majlis yang diadakan setiap tahun selepas HARI RAYA AIDUL FITRI.



Diantara krew MCP yang bertugas..




Krew sedang menjamu selera.
Seperti biasa kami dari Unit Audio Video bertugas membuat rakaman video MCP serta membuat tayangan multimedia semasa majlis berkenaan berlangsung.

Krew 'bantuan' MCP yang bertugas ialah Hasnah, Hanim, Farah Haznam, Khaidir, Wafiy, Ismahashimi, Sulimi, Zulhimi, Ku, dan beberapa orang lagi yang lupa namanya....sorry...
Entah dimana silapnya jugak 'slot' tayangan video tiada dalam aturcara namun akhirnya dapat juga ditayangkan...
Mungkin di masa akan datang hanya video ucapan HARI RAYA Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor yang akan diterbitkan...

daud montak zakaria.