Semalam, hari Rabu, 13 Oktober 2010; kami dari Unit Audio Video berada di Seri Pacific Hotel, PWTC kerana membuat rakaman video MCP satu seminar anjuran Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM.
Kami bergerak dari UKM jam lebih sedikit 7.30 pagi waktu Malaysia. Sepatutnya kami bergerak jam 7.00 pg atau 7.15 pagi atau 7.30 pagi. Aku sampai pejabat jam 7.00 pagi dan kelihatan sdr. Ramli Adnan sudah ada di pejabat. Pemandu UKM yang akan membawa kami juga sudah menunggu selepas kami ada di pejabat. Sdr. Shahrul turut menyediakan apa yang perlu untuk ke sana. Salah seorang krew kami terpaksa ditinggalkan setelah kami lama menunggu dan kami agak kesuntukan masa, serta bimbang kesesakan lalulintas untuk masuk ke K.L.
Telahan kami memang betul kesesakan berlaku di Sungai Besi dan jugak sebelum masuk ke PWTC. Kami sampai dilokasi tugas lebih kurang 15 minit sebelum acara bermula. Sebelum itu pemandu menerima 'call' daripada sdr. Kamarul Baharin Kamil dari JPP, mungkin bertanyakan kami masih berada di lokasi mana.
Tiba di dewan seminar kami kami terus menghidupkan semua peralatan yang telah kami pasang semalam seperti kamera, LCD dan semua peralatan MCP. Namun acara pagi itu telah berubah sedikit dimana acara perasmina yang sepatutnya diadakan jam 9.00 pagi telah ditunda ke waktu petang. Secara umumnya rakaman dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang tersebut telah berlangsung dengan licin. Krew yang turut bertugas dengan aku ialah sdr. Shahrul, Kamarul dan sdr. Ramli. Terima kasih kepada semua krew dan juga terima kasih kepada penganjur terutama sdr. Kamarul Baharin Kamil dari JPP yang telah melayani kami semua......
daudmontakzakaria
No comments:
Post a Comment