Tuesday, January 31, 2012

Sebuah catatan rakaman Loji Pendinginan Lingkungan

sdr. kamarul dan shahrul sedang membuat rakaman.

HARI ini, 31 Januari 2012; kami membuat rakaman video 'footage' untuk
penerbitan video Loji Pendinginan Lingkungan. Sebenarnya ini
merupakan rakaman sambungan rakaman
yang telah kami lakukan sejak tahun
2010 yang lalu.


Kerana cuaca agak tak mengizinkan kami keluar agak lewat untuk 'shooting'. Jam 9.30 pagi kami mulakan rakaman. Kami rakamkan bangunan sekitar kampus yang akan menerima udara dingin dari Loji yang baru dibina di Lingkaran Kedua UKM.

sdr. kamarul dan shahrul.

Kami juga merakamkan loji yang mempunyai konsep yang sama dengan loji baru di Lingkaran 2. Loji yang lama tersebut terletak di Lingkaran Pertama berhampiran FSSK. Antara bangunan lain yang kami rakamkan ialah bangunan FPI, FSSK, PUSANIKA, FEP, PTSL, FTSM dan juga bangunan-bangunan baru yang tidak lama lagi akan siap pembinaannya.

sdr. kamarul & shahrul fadli

Kami tidak sempat untuk menghabiskan 'shooting' waktu pagi jadi kami sambung buat rakaman
lagi pada sebelah petang. Pada sebelah petang kami tumpukan kepada
Loji Pendinginan di Lingkaran 2 yang hampir siap pembinaannya,
mungkin bulan Mac. 2012....


Di bangunan loji ni banyak yang kami rakamkan dan banyak pulak yang aku tanya....ALHAMDULILLAH staf yang bertugas di sana sangat bekerjasama dan mereka memberikan kerjasama sepenuhnya. Ada ketikanya terfikir gak aku, adakah tindakan aku bertanya bermacam-macam tu 'menyakitkan' hati mereka.

...bangunan loji pendinginan lingkungan...

Sebenarnya aku banyak bertanya semua hal-hal teknikal operasi loji tersebut adalah untuk aku lebih memahami. Kalau tidak macam mana aku nak membuat suntingan jika aku tidak faham dan bagaimana pulak aku nak jalinkan visual dengan skrip yang dah tersedia....lojiklah aku bertanya bebanyak soklan kat staj TNEC tu....Apa-apa pun berbanyak terima kasih kat diaorang yang amat memberi kerjasama kepada kami. Aku tak sempat merakam foto bebanyak sebab sibuk ngan bertanya dan sebagainya, lupa pun ya jugak...ekekeke...

Sebenarnya unit kami hari ini membuat beberapa rakaman video selain daripada rakaman sistem penghawa dingin. Rakaman tersebut ialah Perasmian Bangunan Baru Palapes/Suksis oleh Canselor UKM dan juga rakaman video Debat Akhir 1 Malaysia di Dewan Tun Abdullah Salleh....

Apa-apapun terima kasih sebab membaca....
daudmontakzakaria

Saturday, January 28, 2012

Sekadar catatan dini hari....

persiapan untuk KONSERT DIRAJA UKM 2012.

HARI ini kami berada di DECTAR UKM kerana membuat persiapan teknikal untuk rakaman
Multiple Camera Production Konsert DiRaja UKM yang akan berlangsung
pada 28 JANUARI 2012 nanti. Hari Ahad, 29 JANUARI 2012 pula rakaman
Konsert Orkestra UKM pulak...nampaknya hujung minggu
kami kat DECTAR gamaknyer....ekekeke...


Walau bagaimanapun persiapan teknikal kami bermula semalam iaitu 26 JANUARI 2012. Tiada apa yang kami boleh lakukan secara lebih jauh sebab persiapan pentas dan PA Sistem masih belum sempurna.


...persiapan di DECTAR dalam pelbagai perkara...waktu petang...







raptai penuh....

Petang semalam, 27 JANUARI 2012, kami cuma mengikuti raptai pentadbiran
pada waktu petang yang tamat lebih kurang jam 5.30 petang.


Malam tadi iaitu 27 JANUARI 2012, kami tiba lebih kurang jam 8.00 malam kat DECTAR. Kami cuma pasang sebuah kamera video jer. Kami cuma lihat bagaimana acara berkenaan berlangsung semasa raptai penuh tu. Kepala ligat berfikir untuk rakaman MCP esok malam. Fikir posisi kamera, jumlah yang akan hadir...feedback dalam FB macam tak ramai jer....

...raptai penuh sedang berlangsung...




dalam konti....

Sempat buat rakaman foto dan video dengan handphone...tapi video takleh nak upload
ke utube sebab internet lembab macam siput sedut...ekekeke...


Raptai penuh tu tamat jam 11.30malam lebih kurang sebab aku log out jam 11.29 malam...
Dengan mengikuti raptai tersebut dapatlah bayangkan apa yang mungkin dirakam esok, sudut kamera, rakaman mobile camera, krew yang terlibat, LCD perlu atau tidak dan sebagainya lagi...ermmmm....apa2 punlah esok malam, harap tidak berlaku apa2 masalah teknikal dalam rakaman MCP nanti...harap sesangat....

......persembahan penutup....

Harap sesangat jugak ramai krew mcp hadir malam esok....

Apa-apa pun...o.k, terima kasih kerana membaca....

daudmontakzakaria.

Friday, January 20, 2012

Akhirnya siap gak .....





Penerbitan video RUMAH PENGINAPAN PERSEKUTUAN dan RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN BUKIT FRASER atau FRASER HILL telah aku siapkan. Footage video ni telah kami rakam dalam bulan DISEMBER 2011 yang lalu. Jadi kalau sapo2 nak cuti tu pi ler nginap kat Rumah Peranginan Persekutuan tu. RUMAH PENGINAPAN HANYA untuk JUSA A ke atas...tapi Rumah Peranginan Persekutuan pula boleh disewa oleh kakitangan di bawah JUSA A. Tapi kedua-duanya hanya untuk staf kerajaan jer....berkanun pun takleh, swasta pun takleh....Ia sempat disunting dan disiapkan dalam tahun 2012. Apa nak buat sebab tugas atau komitmen yang lain perlu didahulukan.

O.k lah kita tinggalkan dulu hal tersebut. Sekarang ni pulak kami mempunyai dua tugas penerbitan yang pertama kami mesti siapkan penerbitan video SISTEM HAWA DINGIN TNEC. Penerbitan video tersebut perlu siap sebelum 20 MAC 2012. Mana-mana footage yang tidak cukup kami mesti rakam sebelum proses suntingan dan dubbing dilakukan. Agak banyak juga footage yang perlu dirakman dalam masa yang singkat ini....harap dapat disiapkan, INSYAALLAH.

Satu tugas lagi yang perlu kami selesaikan ialah penyuntingan video Melaka Warisan Sejarah(bengkel foto di Melaka). Penyuntingan video tersebut akan aku lakukan sendiri dengan bantuan krew UAV. Harap tugas ini juga dapat aku selesaikan secepat yang boleh. Moga semua tugas aku dipermudahkan, INSYAALLAH.

Untuk pengetahuan korang bagi yang berminat dengan keje video ni tentu rasa seronok dalam bidang ni...boleh rakam video...boleh buat suntingan untuk bentuk cerita....boleh masukkan muzik dan skrip...dan...boleh macam2 ler...yang penting kita mempunyai minat dalam bidang niiii....jadi mana yang berminat tu....teruslah bekarya dengan penerbitan video korang....sampaikan mesej yang korang nak kepada masyarakat....tapi...jangan pulak buat video teklok pulak....o.k!

Sekian dan terima kasih sebab meluangkan masa menatap dan membaca catatan ini...

daudmontakzakaria.

Wednesday, January 18, 2012

Catatan dari Kota A Famosa...











Foto yang dirakam oleh sdr. RAAI OSMAN. Lelaki-lelaki macho, gamaknyer....
















Bandaraya MELAKA.





World Heritage City














Jonker Street.




Jonker Street













Muzium





Kiri Hotel 5 Bintang, RM800 semalam, sewa bilik.



















beca berhampiran Christ Church














berhampiran Christ Church




Christ Church.















St. Paul.



St. Paul Church di puncak bukit St. Paul.














Dalam bangunan St. Paul.




Sebelum rakam penghibur jalanan CLARANCE
di St. Paul.















A FAMOSA.



dalam Dataran .......













KAMPUNG MOTEN bersebelahan bangunan tinggi dipisahkan oleh SUNGAI MELAKA.



di KAMPUNG MOTEN...














Ulama yang membina MASJID TENGKERA abad ke 18, masjid tertua Bandaraya Melaka.


MASJID TENGKERA bercirikan MELAYU, CINA
dan INDONESIA.












Waktu malam di SUNGAI MELAKA berhampiran jeti feri untuk bersiar-siar waktu malam di sini.




peta MELAKA.......

JANUARI 15 - 18, 2012; kami berada di negeri yang menempatkan tinggalan A FAMOSA iaitu...Melaka. Kami berada di sana selama 4 hari kerana membuat rakaman video BENGKEL FOTO Penerbit UKM serta rakaman wawancara untuk dokumentari MR. MORITZ BUNK. Aku pula bercadang untuk menerbitkan sebuah video berkaitan tempat bersejarah di MELAKA dengan diselang-selikan dengan aktiviti peserta bengkel foto semasa amali di lapangan di sekitar BANDAR DIHILIR tersebut. Dah siap pun skripnya semalam, masa waktu dini hari....
Kami bergerak ke sana selepas ceramah foto selesai pada tengah hari AHAD, Januari 15. Krew Unit Audio bergerak ke sana dengan kenderaan sdr. KAMARUL. Kami tiba di sana lebih dahulu daripada bas UKM yang ditumpangi oleh peserta bengkel berkenaan di sebuah apartment hotel....eh1 lupa lak namanya...
Tiba di MELAKA, taklimat urus setia dan kata aluan oleh Ketua Penerbit UKM dijalankan di sebuah restoren. Berikutnya, setelah selesai taklimat, semua peserta merayau di sekitar bandar tersebut untuk mencari dan merakamkan segala subjek menarik berkaitan MELAKA. Sekitar kawasan tersebut banyak gak hotel-hotel yang dapat ku lihat. Rasanya memang ramailah agaknya pelancong di sini, tu sebab perlukan hotel tuk penginapan mereka. Ramai gak pelancong yang kelihatan samaada dari dalam dan luar negara.
Kompleks Menara Taming Sari nampaknya dalam proses penyelenggaraan yang agak lama. Tak dapatlah kami untuk cuba berada di puncaknya untuk membuat penggambaran dari menara berkenaan, merakam seluruh bandar tersebut. Muzium pun ada yang sedang dalam proses penyelenggaraan. Kalaupun boleh masuk muzium tu, bukan boleh rakam video dan foto pun...kalau nak rakam video hanya bangunan luar jer ler...
Petang tu kami cuma merayau di sekitar termasuk sekitar bangunan tinggalan sejarah seperti Christ Church, Bukit St Paul, Gereja St paul, A Famosa dan seterusnya Jonker Street. Di Gereja St. Paul, kami sempat membuat rakaman wawancara pelancong dari luar negara. Bukan semua yang kita hendak wawancara mahu memberi komitmen, ada gak yang mengelak dengan pelbagai alasan. Kami juga sempat merakamkan kata-kata seorang penghibur jalanan serta merakamkan nyanyian penghibur berkenaan.....
Di Jonker Street banyak gak rakaman dibuat. Sesak kawasan perniagaan berkenaan yang kelihatan seperti pasar malam. Kawasan ni 99% peniaga terdiri daripada kaum Cina. Macam2 barang dijual di sini, namakan apa saja yang terlintas di kepala, ia pasti ada dijual di sini. Terdapat juga sebuah pentas mungkin untuk kegunaan persembahan Cina seperti opera kut. Namun ketika kami buat rakaman, ada persembahan karoake nyanyian Cina di pentas berkenaan, ada gak yang menontonya.
Malam tu kami turun bandar gak buat rakaman di sekitar bandar waktu malam pulak.
Hari berikutnya, JANUARI 16, buat jugak rakaman video sekitar bandar MELAKA. Kami merakam keadaan sekitar dan jugak peserta bengkel foto berkenaan sedang mencari subjek dan sudut rakaman foto. Waktu malam pulak rakaman juga dibuat. Krew video sempat membuat rakaman semasa menyusuri SUNGAI MELAKA dengan feri pada waktu malam. Aku tidak sertai krew sebab kepala sakit sesangat dan tinggal jer di jeti. Sakit kepala sebab mungkin suhu MELAKA panas!.
Hari berikutnya, JANUARI 17, waktu pagi kami masuk KAMPUNG MOTEN. Kampung berkenaan merupakan kampung Melayu yang wujud sejak abad 18. Kampung ini mengekalkan bentuk rumah Melayu tradisional walaupun sekelilingnya tumbuh bangunan yang tinggi-tinggi belaka, kelihatan seperti 'antara dua darjat'.... Kami buat rakaman suasana kampung ini serta rumah yang berbentuk rumah Melayu tradisional. Kami sempat jugak membuat rakaman temubual dengan peserta bengkel berkaitan bengkel foto yang mereka sertai ini...4 orang berjaya kami temubual, yang pada mulanya sukar nak di pelawa.... Kampung ini telah dianggap sebagai warisan sejarah yang terus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.
Seterusnya kami bergerak pula ke satu lokasi lain iaitu untuk membuat rakaman video MASJID TENGKERA. Masjid Tengkera ini merupakan masjid terawal di BANDAR MELAKA. Ia dibina oleh seorang ulama keturunan India pada abad ke 18. Ulama tersebut pernah tinggal di MEKAH selama 20 tahun. Kelainan yang ada berkaitan masjid ini ialah, ia mempunyai ciri-ciri Melayu, Cina dan Indonesia. Ciri Cina ialah ia mempunyai menara seperti menara PAGODA.
Akhirnya kami membuat rakaman pusara HANG JEBAT di Jalan Hang Jebat iaitu berhampiran Jonker Street. Sukar jugak mencari lokasi pusara ni, jalan pun sempit. Kalau baru datang ke sini tentu sesat. Ia dalam kawasan penempatan etnik Cina. kiri, kanan, depan dan belakang bangunan rumah dan bangunan kedai kaum Cina. Tiba di pusara tu aku terus membuat rakaman video berkenaan. Sukar jugak untuk mencari sudut sebab ada seorang yang macam 'kurang akal' letakkan beg plastik ntah apa isinya di bahagian kepala pusara berkenaan. Dia pun taknak bergerak dari tempat tersebut. Mau tak mau, terpaksalah aku cari sudut supaya dia tidak termasuk dalam 'frame' rakaman aku tu...kesian aku.... Dari catatan yang terdapat di pusara tu tertulis 'dipercayai' ia adalah pusara HANG JEBAT. Tentu ramai yang tahu cerita HANG JEBAT ni kan...dia mempunya pegangan 'raja adil raja disembah....(sila sambung sendiri...).
KREW VIDEO yang terlibat dalam rakaman video di MELAKA ialah sdr. SHAHRUL, KAMARUL, JASRIL AMRY dan aku...... Maka selesailah rakaman di negeri yang menempatkan kota A FAMOSA tuuu...Terima kasih kerana sudi membaca....
daudmontakzakaria.

Saturday, January 7, 2012

Video Keselamatan Bangunan


HARI ini, Sabtu 7 Januari 2012, kami membuat rakaman 'footage' untuk penerbitan VIDEO KESELAMATAN BANGUNAN. Kami cuma membuat rakaman 'footage' seperti yang telah diminta. Penyuntingan pula akan dilakukan oleh pihak PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT.

Tugas rakaman telah kami lakukan sejak jam 8.00 pagi yang meliputi kawasan di luar DECTAR serta dalam bangunan berkenaan.
Ini merupakan projek pertama yang akan meliputi bangunan-bangunan tertentu
dalam kampus UKM. Aku biarkan foto-foto di sini menceritakan
segala-galanya.....























daudmontakzakaria

Thursday, January 5, 2012

Helaian baru....


Hari ini dah 3 hari aku mula bekerja setelah lebih 15 hari aku bercuti panjang. Masuk kerja baru beberapa hari, tugas dah menunggu kami dan mungkin tugas-tugas tersebut amat rindu kat kami jugak. Bukan saja tugas rakaman video tapi sebuah penerbitan yang masih dalam proses penyuntingan dan belum disiapkan lagi iatu RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN FRASER HILL.

Sabtu ini kami akan membuat rakaman video KESELAMATAN di DECTAR dari pagi hingga ke petang jika tugas tersebut tidak boleh disiapkan sebelah pagi.

Esok Unit Audio Video pulak akan membuat rakaman video SYARAHAN PERDANA PROFESSOR di BILIK SENAT. Tugas ini memang biasa kami lakukan, memang jadi tanggung jawab kami sejak dari dulu.

15 - 18 JANUARI kami akan membuat rakaman di BANDAR MELAKA sebelum itu dijangka kami membuat rakaman di KUALA SELANGOR. Ia digantikan dengan rakaman video di BANDAR MELAKA. Kami akan membuat rakaman video di sana serta menghasilkan penerbitan video berkaitan lokasi berkenaan.

Hujung bulan JANUARI iaitu 28 dan 29 Januari pulak kami mungkin akan membuat rakaman video MCP Konsert Di Raja dan Konsert Orkestra di DECTAR. Nampaknya tahun baru bukanlah MUSIM BULAN MADU bagi kami, tugas perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Mungkin ada lagi tugas-tugas lain yang masih berlari-lari dalam talian yang tak sabar-sabar menemui dan mencumbui kami...opst!

O.k sekian dan terima kasih kerana membaca, semoga anda semua sentiasa diberkatiNYA.....

daudmontakzakaria.