Thursday, April 28, 2011

Multiple Camera Production-DAY 3


HARI ini merupakan hari terakhir BENGKEL VIDEO 'MULTIPLE CAMERA PRODUCTION' yang kami kendalikan. Bengkel ini dibawah Unit Latihan Pejabat Pendaftar...


...buat jer keje tu...takyah 'peace' ....

wah! Script Assistant yang sentiasa menyokong...


Setelah tiga hari bengkel ini berlangsung maka hari ini adalah hari ketiga.
Pada hari ini mereka diminta untuk menghasilkan sebuah
penerbitan yang mempunyai durasi 15 minit.

...wah! 'serious' nampak.....
foto atas; nampaknyer Azrul boleh keje dengan mantap jika 'awek' ada kat belakang...

Sebelum membuat penerbitan tersebut mereka diminta untuk membuat latihan sebelum rakaman yang sebenarnya.
...wah! junior mastermind.....

Setiap kumpulan diberi masa selama lebih kurang satu jam untuk untuk membuat persiapan dan latihan serta membuat rakaman yang sebenar.



















...juniormastermind...sedang beraksi tuuu...

Mereka diharapkan dapat membayangkan rakaman sebenar tersebut merupakan sebuah rakaman secara langsung yang tidak membenarkan sebarang kesilapan...

...sedang memerhatikan grup lain sedang beraksi....
...ermmm...prihatin ngan penerbitan grup sendiri...

Aku amat berharap sangat yang mereka benar-benar memahami bahawa rakaman MCP secara langsung bukanlah semudah yang dibayangkan. Mungkin krew yang mula melibatkan diri dalam tugas sebegini buat kali yang pertama mungkin akan kerap pergi ke bilik air terutama untuk siaran terus menerus.....

...masa ni sedang 'tension'...
...penutup.....

Selesai rakaman dijalankan di STUDIO UKM kami berpindah ke Bilik Seminar Penerbit UKM pada waktu petang untuk sesi 'komen' kerja-kerja penerbitan yang mereka lakukan.
Setelah tayangan mereka diminta membuat sebarang komen jika ada.
Aku tak berani untuk membuat sebarang komen yang 'serius' memandangkan mereka cuma membuat latihan peralatan dan penerbitan selama lebih kurang 4 jam untuk setiap kumpulan. Tentu tidak adil untuk membuat komen yang mendalam dan 'tidak berhati perut'. Pada pandangan aku tidak adil untuk membuat sebarang komen yang 'detail' dengan masa latihan yang terhad. Sedangkan pelajar yang terlibat dalam bidang penerbitan pun memerlukan lebih daripada seminggu untuk membuat latihan sebelum membuat penerbitan akhir. Apa-apa pun aku sememangnya berpuas hati dengan hasil terbitan mereka walaupun hanya dengan latihan lebih kurang 5 jam....
Cuma yang aku harapkan mereka boleh menilai penerbitan mereka jika terdapat sebarang kecacatan di sana-sini berpandukan pengetahuan yang telah kami kongsikan dengan mereka dalam bentuk teori dan amali selama 3 HARI tersebut. Rujuklah kertas-kertas yang telah kami sampaikan semasa bengkel berkenaan. O.k lah ...semoga anda semua terus tidak jemu menimba sebarang pengetahuan yang bermanfaat, InsyaALLAH......
daudmontakzakaria

Wednesday, April 27, 2011

Bengkel 'Multiple Camera Production; Hari ke 2


HARI ini merupakan hari kedua kami mengendalikan Bengkel Multiple Camera Production anjuran Unit Latihan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama PENERBIT UKM.




'perbincangan ahli kumpulan untuk menghasilkan skrip'




Sejak jam 9.00 pagi lagi setiap kumpulan berusaha untuk menghasilkan skrip untuk penerbitan MCP berkenaan. Kami cuma memberi sedikit kerjasama serta bantuan dalam sesi tersebut.


Kami meminta setiap kumpulan menghasilkan skrip penerbitan MCP yang mempunyai masa tayangan selama 15 minit.












Pada sebelah petang iaitu kira-kira jam 2.00 petang kami berkumpul di STUDIO UKM di DECTAR untuk menjalani latihan amali penerbitan MCP. Di sini mereka mencuba
membiasakan diri dengan perlatan yang terdapat di studio tersebut serta mempelajari carakerja menghasilkan sebuah penerbitan MCP..


Aku pun tidak berapa pasti sama ada bengkel ini mampu menarik hati mereka atau cuma merupakan beban kepada mereka semua. Harap ia tidak menjadi beban. Apa-apa pun kami tetap dengan tanggung jawab kami menjalankan apa yang telah dipertanggung jawabkan kepada kami.







Memang diakui agak sukar jugak untuk membiasakan diri kita dengan kerja yang bukan menjadi tugas harian. Begitu juga dengan mereka, tentu agak sukar untuk
mengendalikan peralatan yang sebelum ini bukan merupakan tugas
harian mereka setiap hari.
Oleh itu tentu agak sukar untuk
memahaminya pada peringkat awal. Namun aku percaya ia bukan sesuatu
yang mustahil untuk dikuasai.
Pada aku jika mereka mampu menghasilkan sebuah penerbitan video, itu sudah kira o.k sebab pelajar komunikasi berlatih SEBULAN untuk menghasilkan sebuah penerbitan. Sementara peserta bengkel ini cuma berlatih lebih kurang 8 jam untuk menghasilkan sebuah 'production'. Bukankah itu sesuatu yang MENAKJUBKAN????
Apa yang diharapkan esok mereka mampu dan berjaya menghasilkan penerbita mereka....InsyaALLAH....


daudmontakzakaria.

Tuesday, April 26, 2011

Bengkel 'Multiple Camera Production'

Hari ini kami mula mengendalikan BENGKEL PENERBITAN VIDEO 'MULTIPLE CAMERA PRODUCTION'. Bengkel ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 26 - 28 April 2011.

Kami menjangkakan untuk memperoleh 30 orang peserta yang akan dibahagikan kepada 3 kumpulan, namun yang hadir hampir 20 orang sahaja.











Bengkel ini merupakan anjuran Unit Latihan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Penerbit UKM. Bengkel ini meliputi teori yang dijalankan di Bilik Seminar Penerbit UKM dan amali di Studio UKM di DECTAR.

Tajuk kertas yang disampaikan ialah Pengenalan Kepada Penerbitan MCP, kertas ini aku yang sampaikan. Kertas kedua ialah 'Penulisan Skrip MCP' yang disampaikan oleh sdr. Shahrul Fadli, kertas ketiga disampaikan oleh sdr. Jasril Amry berkaitan 'Pengendalian Kamera Video MCP' dan kertas terakhir oleh sdr Kamarul Baharin iaitu 'Shot-Shot dalam Penerbitan'.





Pada sebelah petang semua peserta diminta bergerak ke Studio UKM di DECTAR. Di sana semua peserta diperkenalkan dengan semua peralatan yang terdapat di sana.


Di Studio UKM mereka diberi peluang untuk mengendalikan peralatan berkenaan. Hari terakhir mereka akan diminta untuk menghasilkan satu penerbitan video MCP.









daudmontakzakaria

Sunday, April 24, 2011

'Piping' TNEC


Malam tadi, 23 April 2011; jam 8.00 malam kami iaitu aku, sdr. Jasril dan Suraya membuat rakaman video kerja-kerja menanam paip untuk TNEC Cooling System di Lingkungan Kedua iaitu berhampiran FST.


sdr. Jasril Amry (Hanamichi)







Tiba dilokasi kami terus merakamkan pekerja sedang menjalankan tugas mereka seperti menggali tanah, mengawal lalu lintas dan 'welding'.



Jasril & Suraya









Kami bercadang untuk membuat rakaman hingga paip-paip dimasukkan ke dalam tanah. Namun begitu hasrat kami tidak kesampaian kerana kerja-kerja menggali memakan masa yang lama. Menurut pekerja berkenaan mungkin dalam pukul 2.00 pagi barulah paip-paip boleh ditanam. Oleh itu kami tak mampu untuk menunggu hingga jam 2.00 pagi. Pekerja mencadangkan kami supaya membuat rakaman di lokasi lain pada waktu malam dalam bulan Mei nanti. Lokasi lain lebih mudah daripada lokasi ini. Ermmmm....mungkin jugak ada benarnya jadi kami mengambil keputusan untuk membuat rakaman di lokasi lain di masa akan datang...
daudmontakzakaria

Friday, April 22, 2011

Siap sudahhhh.....



Akhirnya siap penyuntingan video EKSPEDISI SAINTIFIK HUTAN SIMPAN UKM & HUTAN PENDIDIKAN ALAM UKM 2011, versi satu yang akan ditayangkan dalam satu program pada hari Ahad ini. Video ini adalah permintaan dari pihak Fakulti Sains dan teknologi UKM. Sdr. Mohamad Ruzi telah mengambil video berkenaan petang tadi. Diharap video berkenaan mampu memuaskan hati semua. Penyuntingan video ekspedisi versi yang panjang mungkin dalam 15 minit akan dilakukan tidak berapa lama lagi....Apa2 pun diharapkan semuanya akan berjalan lancar...InsyaALLAH...
daudmontakzakaria

Thursday, April 21, 2011

TNEC Cooling System

Hari ini terdapat dua tugas perlu diselesaikan. Pertama kerja penyuntingan video yang diminta oleh pihak Fakulti Sains dan Teknologi. Video yang perlu disunting tersebut untuk digunakan sebagai bahan tayangan pada hari Ahad nanti.

sdr. Jasril Amry & Siti Suraya.

Pihat FST minta video tersebut selama antara 5 - 10 minit. Aku dah cuba edit menjadi 5 minit namun agak sukar. Video yang aku mampu edit mempunyai durasi selama 9 minit lebih kurang. Video berkenaan berkaitan XPDC Saintifik Hutan Kekal UKM.
jasril amry

Tugas kedua ialah kami dihubungi oleh pihak TNEC untuk merakam kerja-kerja memuatkan peralatan sisitem penghawa dingin iaitu 'chiller' ke dalam bangunan.
Sejumlah 3 buah 'chiller' perlu ditempatkan ke dalam bangunan yang dalam proses untuk disiapkan.
Kami iaitu aku, jasril & suraya bergerak ke sana jam 9 pagi dan setelah rakaman video dibuat untuk memasukkan sebuah 'chiller' maka kamipun beredarlah dari lokasi berkenaan. Kerja memasukkan 2 buah 'chiller' tidak kami rakamkan kerana video atau kerja-kerja memasukkan peralatan tersebut diperlukan sedikit sahaja untuk program video yang akan disunting nanti..
Kemudia aku terus menyambung tugas membuat penyuntingan video sedang sedang aku lakukan. Penyuntingan disambung sebelah petang dan ia hampir siap. Esok pihak FST akan datang untuk menonton video berkenaan sebelum sebarang keputusan diambil....Harap semua tugas dapat dijalankan dengan baik...InsyaALLAH...
daudmontakzakaria

Wednesday, April 20, 2011

Skrip Ekspedisi..

Hari ini, staff FST datang ke Penerbit UKM minta buatkan satu video untuk ditayangkan pada hari Ahad 24 April 2011 nanti.
Mula buat keputusan untuk hasilkan video tersebut dengan berlatar belakangkan audio berbentuk muzik tapi bila difikirkan macam bosan video tanpa skrip tu....

sdr. Shahrul sedang mengendalikan rakaman skrip yang dibaca oleh sdr. Kamarul...

Akhirnya ambil keputusan untuk buat video beserta skrip, tanpa buang masa petang tu terus pergi studio UKM untuk membuat rakaman skrip tersebut.
Skrip dibaca oleh sdr. Kamarul Baharin dan rakaman dilakukan oleh sdr. Shahrul Fadli. Skrip tersebut aku olah dari semua maklumat yang aku peroleh daripada penyertaan dalam xpdc Hutan Simpan Kekal UKM tempoh hari. Tugas rakaman tersebut tidak mengambil masa yang lama. Balik ke Penerbit aku terus buat penyuntingan untuk menghasilkan video dalam tempoh lebih kurang 7 minit. Berharap sangat aku dapat menyiapkannya pada hari Jumaat ini, InsyaALLAH.....Tuhan ku...mudahkanlah urusan aku ini....
daudmontakzakaria

Sibuk.....????

Sibuk.....?????
ermmmm...yer....nampaknya kami masih sibuk walaupun para pelajar sedang memerah minda mereka dalam peperiksaan akhir semester mereka. Walaupun terlewat aku nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar ukm.....
Banyak juga tugas yang masuk pada hujung bulan APRIL ni dan diantaranya ialah rakaman Syarahan Perdana Professor pada 22 April, Anugerah MAPIM di Legend Hotel K.L, pda 24 April 2011, rakaman TNEC Cooling System, 21 April 2011 dan sebagainya...
Hujung bulan April ini juga iaitu 26 - 28 haribulan, kami akan menjalankan Bengkel Video Multiple Camera Production di Penerbit UKM. Bengkel ini merupakan sebuah bengkel anjuran Bahagian Latihan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Penerbit UKM. Sekarang kami sibuk menyediakan kertas2 yang akan disampaikan nanti. Bengkel tersebut bukan sahaja secara teori malah akan disertakan dengan latihan amali untuk para peserta.
Harap semua tugas yang diamanahkan kepada kami mampu dilaksanakan dengan baik.

daudmontakzakaria

Saturday, April 16, 2011

Skrip XPDC- siap sudahhh...

....entah bila lagi boleh masuk hutan simpan ukm ni...


Hari ini siap juga skrip Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Kekal UKM Bangi. Bagus juga hari cuti kerana cuti membolehkan kita menyiapkan apa yang perlu disiapkan. Ini lah Skrip yang berjaya ditulis.

"Dahulu Hutan Simpan Kekal Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi dikenali sebagai Hutan Simpan Bangi. Ia telah digazetkan sebagai sebagai hutan simpan dalam tahun 1906. Hutan simpan ini telah dibalak beberapa kali diantara tahun 1942 hingga 1960-an.

Hutan simpan ini telah diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk pembinaan kampus di bangi dalam tahun 1970-an.

Beberapa penyelidikan telah dijalankan oleh penyelidik di hutan simpan ini bagi mendapatkan data-data berkaitan hutan berkenaan. Kali terakhir penyelidikan dilakukan ialah dalam tahun 1991.

(ucapan Prof. Emeritus)

Ekspedisi saintifik Hutan Simpan Kekal UKM yang dijalankan dari 5 – 7 April 2011 mempunyai objektif untuk menyemak dan mendokumentasikan kepelbagaian biologi hutan berkenaan.

Disamping itu ekspedisi ini juga mempunyai matlamat untuk menyemai semanagt menghargai alam sekitar.

Ekspedisi ini juga dirancang sebagai salah satu cara untuk menyambut tahun 2011 sebagai Tahun Hutan Antarabangsa yang telah diistiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

(ucapan perasmian oleh dekan)

Dalam tahun 1993 Hutan Simpan UKM yang berkeluasan kira-kira 100 hektar ini telah digazetkan sebagai kawasan hijau untuk mengelakkan ia terus dihakis oleh pembangunan.

Hutan ini diletakkan di bawah ‘Program Pemuliharaan Hutan dan Landskap Mesra-Ekosistem UKM’ dalam tahun 1997.

Dalam ekspedisi ini terdapat 5 laluan telah diwujudkan bagi penyelidik untuk mencari dan mengambil sampel mengikut bidang kajian masing-masing. Laluan ini dipanggil sebagai rintis iaitu Rintis A, B, C, D dan E.

Rintis A bermula dari pintu masuk Jalan Bangi hingga ke Fakulti Undang-Undang yang mempunyai laluan sepanjang 1.15 kilometer.

Semasa ekspedisi kami mengikuti kumpulan yang memasuki laluan masuk berhampiran Fakulti Undang-Undang.

(suara penyelidik tumbuhan untuk antibiotic)

Di laluan ini terdapat pelbagai saiz pokok-pokok. Tumbuhan yang wujud di sini ialah rotan, paku pakis dan kulat.

(suara penyelidik antibiotic)

(suara penyelidik kulat)

Terdapat juga tumbuhan-tumbuhan lain di laluan ini seperti pokok Tongkat Ali, Tapak Sulaiman dan Panah Arjuna.

Kehijauan hutan kelihatan amat indah dengan disulami oleh flora di sana-sini.

Rintis B pula mempunyai jarak 1.29 Kilometer dan di rintis ini tidak kelihatan banyak ditumbuhi pokok-pokok besar.

Tumbuhan-tumbuhan rendah yang tumbuh di sini ialah paku-pakis dan kulat.

Rintis ini tamat di puncak Bukit Rupa yang mempunyai berketinggian 105 meter iaitu puncak yang tertinggi di hutan simpan berkenaan

Rintis D pula bermula dari Hutan Pendidikan Alam dan berakhir di Taman Paku Pakis UKM mempunyai panjang laluan 2.79 kilometer.

Rintis ini kurang mengalami gangguan dan terdapat tumbuhan termasuk Kacip Fatimah, Paku Pakis dan sepsis kulat.

Terdapat sebatang alur air di rintis ini. Kumpulan penyelidik serangga dan tumbuhan telah memasuki laluan ini.

Pada waktu malam kumpulan penyelidik untuk mencari katak dan ular telah memasuki laluan berkenaan. Tidak ketinggalan juga kumpulan penyelidik yang mencari haiwan kongkang.

(kata-kata Dr. Nurhayaty)

Terdapat juga beberapa sepsis serangga yang keluar pada waktu malam. Ketika melalui laluan ini seekor kura-kura juga telah dijumpai di sini.

Rintis terakhir ialah rintis E dimana panjang laluannya ialah 2.15 Kilometer. Laluan rintis ini bermula dari Hutan Pendidikan Alam hingga ke Kampung Bahagia di Bangi.

Laluan rintis ini terdapat lading kelapa sawit, kawasan paya, kawasan bukit, kawasan lapang serta alur air.

Terdapat pelbagai tumbuhan dilaluan ini seperti Tongkat Ali, sepsis kulat dan paku pakis.

Kumpulan penyelidik serangga telah memasuki laluan ini bertujuan untuk mencari sampel kajian mereka.

Dr. Fadzely Rahim seorang pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi telah menjelaskan berkaitan sepsis anai-anai.

(temubual Dr. Fazli)

Namun amat malang sekali di laluan ini terdapat beberapa batang pokok Gaharu telah ditebang oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Bahan daripada pokok ini amat penting dalam pembuatan minyak wangi. Harga bahan yang didapati daripada pokok ini boleh mencapai ribuan ringgit untuk satu kilogram.

Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Kekal Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah disertai oleh 80 orang penyelidik. Ekspedisi ini juga telah disertai oleh penyelidik dari luar Universiti Kebangsaan malaysia.

Kajian atau penyelidikan terakhir yang dilakukan terhadap hutan simpan ini ialah pada tahun 1991.

(ucapan Prof. Emeritus)

Dalam ekspedisi kali ini penemuan baru spesis kulat dan spesis burung telah dilakukan oleh penyelidik ketika ekspedisi selama 3 hari berlangsung.

(ucapan dekan)

Hutan simpan ini dikatakan mempunyai 600 spesis flora dan 800 spesis fauna.

Aktiviti penyelidikan hutan simpan ini sewajarnya dilakukan dari masa ke semasa untuk mendapatkan penemuan baru sepsis flora dan fauna untuk mengemaskinikan data-data yang sedia ada untuk faedah

pelbagai pihak."

daudmontakzakaria


Minggu ini sibuk dengan penulisan dan penyuntingan video EKSPEDISI SAINTIFIK HUTAN SIMPAN KEKAL UKM BANGI. Walau bagaimanapun skrip masih perlu diperhalusi dan penyuntingan masih perlu dikemaskan lagi. Apa2 pun sempat jugak aku membuat suntingan video berkaitan sebahagian XPDC berkenaan ketika penyelidikan dilakukan di laluan atau RINTIS E berkenaan yang turut kami sertai untuk tatapan pembaca semua.
Minggu ini juga kami sibuk dengan penyediaan kertas kerja untuk kami sampaikan dalam BENGKEL VIDEO MULTIPLE CAMERA PRODUCTION yang akan berlangsung pada hujung bulan APRIL ini. Bengkel selama 3 hari tersebut merangkumi kertas kerja dan juga latihan amali di STUDIO UKM di DECTAR. Jumpa kami di bengkel berkenaan, InsyaALLAH.

daudmontakzakaria

Wednesday, April 13, 2011

Rakaman & Penerbitan


Hari ini 13 April 2011;
Hingga ketika ini unit Audio Video Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat rakaman video berjumlah 62 rakaman. Ia merangkumi rakaman video Multiple Camera Production dan Single Camera Production. Biasanya setiap tahun kami dapat membuat rakaman video dalam lingkungan 200 rakaman.




Sementara itu kami juga telah berjaya menerbitakan sejumlah 8 buah penerbitan video setakat ini. Mungkin dalam tahun ini kami boleh menghasilkan 15 buah terbitan. Walau bagaimanapun sasaran kami setiap tahun ialah dalam lingkungan 10 buah penerbitan sahaja. Ia bergantung kepada berapa kali kami keluar membuat rakaman luar seperti ekspedisi umpamanya. Harap tusemua tugas dapat kami laksanakan untuk faedah semua...

daudmontakzakaria..

Tuesday, April 12, 2011

Rakaman Video TNEC Cooling System


Hari ini, 12 April 2011, kami membuat rakaman video pembinaan projek
Cooling System di Lingkungan Kedua UKM di Bangi.

Sebenarnya mengikut jadual yang awal kami ingin membuat rakaman berkenaan pada waktu pagi namun disebabkan oleh cuaca yang agak mendung maka kami bertukar jadual pada waktu petang pulak.

Sdr. Shahrul & Siti Suraya









Lebih kurang jam 2.30 petang kami pun bergerak ke lokasi berkenaan. Tiba di sana kami mula membuat rakaman untuk setiap sudut yang diperlukan. Walaupun cuaca agak panas namun semuanya merupakan perkara biasa. Itulah tugas kami yang tidak mengira masa, keadaan dan sebagainya.

Sdr. Jasril Amry
Di sini sempat jugak aku bertanya seorang pekerja yang 'incharge' dalam projek tersebut berkaitan pembinaan yang sedang kami rakamkan.

Dia menjelaskan dalam sistem tersebut terdapat tangki air, bilik kawalan dan juga chiller.
Chiller akan menyejukkan air dalam tangki yang besar. Air yang sejuk ini disimpan. Apabila suhu sejuk hendak digunakan chiller akan menyalurkan suhu sejuk bersama suhu air sejuk yang di simpan ke bangunan-bangunan. Sementara suhu yang panas akan mengalir semula ke loji yang kemudiannya disejukkan. begitulah konsep sistem penyejukkan ini yang menelan belanja lebih kurang 20 juta RM. Lebih kurang 10 buah bangunan akan menerima faedah daripada pembinaan loji hawa dinign ini. Sistem ini dikatakan menjimatkan kos letrik, ruang dan juga mesra alam.
Setelah tamat membuat rakaman, maka kami bergerak meninggalkan tapak pembinaan tersebut untuk menunggu aktiviti rakaman yang akan datang.
daudmontakzakaria.
Pagi ini, 12 April 2011, aku cuba menyiapkan skrip video Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Kekal Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Sebenarnya secara kasar skrip berkenaan sudah pun siap tetapi hari ini cuma semak dan tambahkan lagi apa yang kurang. Biasanya kalau
menulis skrip ia tidak akan ditulis sekali malah ia akan disemak dari
semasa - ke semasa hinggalah benar2 sempurna.
Harap penyuntingan ini tidak mengambil masa yang lama sebab dalam masa yang terdekat kami mungkin akan membuat rakaman video di Endau Rompin. Video ini juga perlu disunting untuk dijadikan bahan arkib.




Dalam bulan Julai pula selama sebulan kami akan membuat rakaman video Global Student Mobility yang melibatkan pelajar antarabangsa yang akan membuat 'fieldwork' ke seluruh negara iaitu lokasi tertentu yang akan ditetapkan. Lokasi tersebut termasuk Langkawi, Tasik Chini, Taman Negara, Sabah dan Sarawak.
Itulah tugas kami, mungkin ia tidak mampu mendatangkan keuntungan dari segi kewangan namun mungkin masih mampu menjana imej yang baik untuk Pwenerbit UKM, sapa tau kan...

daudmontakzakaria

Friday, April 8, 2011

XPDC Saintifik Hutan Simpan UKM(hari akhir)

Sdr. Shahrul sedang merakamkan DR. FADLI sedang
melihat sampel serangga.

7 ARIL 2011; merupakan hari terakhir Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Kekal UKM di Bangi. Hari ini kami bercadang untuk mengikuti RINTIS E yang dikatakan memiliki ciri-ciri permukaan berbukit, paya dan tanah pamah. Perjalanan dikatakan mengambil masa lebih kurang 2 jam yang bermula berhampiran Hutan Pendidikan Alam UKM dan berakhir di Bangi Lama.
Damai rasanya bila melihat kehijauan dan
keindahan hutan macam ni...

Selepas sarapan pagi kami dibawa dengan kenderaan pacuan 4 roda UKM menuju lokasi dimana penjelajahan hutan bermula. Hari ini jurupandu laluan ini ialah sdr. Sanusi iaitu pelajar 'master' yang amat baik dengan kami.

Sdr. Sanusi disamping pokok GAHARIU yang dah ditebang atau dicuri.
sedang berehat atas batang pokok
GAHARU yg dah dicuri.

Aku, sdr. Shahrul dan sdr. Raai Osman turut serta dalam penjelajahan hutan di sini bersama kumpulan penyelidik serangga yang terdiri drpd pensyarah dan pelajar 'master'. Sebelum ini dua RINTIS yang lain telah kami masuki.


Hutan berhampiran tanah lapang laluan kabel voltan tinggi TNB.













Hutan yang cantik pada mata akulahhh...

Pelajar 'master' yang kami ikuti mempunyai nama timangan mereka iaitu Ida(spiderwoman), Jo dan seorang lagi aku dah lupa namanya, sorry lah... Kesemua mereka ialah pompuan belaka..
Melalui Ida(spiderwoman), secara umumnya barulah aku tau spesis labah-labah yang berlainan juga dapat menentukan pencemaran yang berlaku di sesuatu kawasan. Labah-labah tinggal di mana-mana saja seperti lubang ditanah, pokok mati dan sebagainya. Web atau jaring yang labah-labah tenun di merata-rata tempat yang amat biasa kita lihat adalah merupakan alat untuk memerangkap mangsa untuk makanannya bukan sebagai sarang. Terima kasih banyak2 Ida diatas segala informasi tersebut.

Dalam RINTIS E tersebut kami berjumpa dengan grup DR. FAZLI yang mengkaji serangga. Beliau merupakan penyelidik dan pensyarah yang 'baik sangat'(bukan senang aku nak puji orang macam ni kalau tak baik betul2). Beliau dengan 'humble' menceritakan berkaitan anai-anai secara panjang lebar kepada kami. Merlaluinya aku mendapat maklumat bahawa hanya 1% saja spesis anai-anai yang merupakan serangga perosak daripada lebih 300 spesis anai-anai yang wujud. Dalam sesuatu sarang biasanya terdapat sejumlah trillion anai-anai di dalamnya. Menurut dr. Fazli, anai-anai mempunyai sistem bermasyarakat (foto by raaiosman: sedang merakam sesuatu) yang canggih hingga ada pihak yang mengkaji anai-anai sebagai satu taktik dalam peperangan. Dia juga mengatakan anai-anai kebanyakannya merupakan serangga pengitar semula bahan yang sudah rosak.
Kami bersama bidadari-bidadari 'master' yg comey2 bangat.
Foto by RaaiOsman.

Grup kami juga melalui laluan paya, mendaki bukit dan melalui tanah lapang. Kami berjumpa dengan dua batang pokok GAHARU yang telah ditebang atau dicuri. Resin(tak pasti betul atau tidak nama bahan ni, pi tanya pakar...) pokok ini boleh dijual dengan harga yang tinggi bergantung kepada gred. Harganya disekitar RM 14 ribu hingga RM 40 ribu sekilogram. Pelik aku, mengapa mereka yang menjadi pencuri tu tak membuka ladang pokok GAHARU, rasanya itu lebih mudah daripada menjalankan aktiviti mencuri di sana- sini, hampehhhh....Sebenarnya aku berasa amat puas melalui RINTIS E ini kerana banyak bahan boleh dirakamkan. Kami juga menjumpai sebuah sarang babi hutan serta tempat ia berkubang. Satu perkara yang agak pelik pada aku ialah aku tidak pernah dicumbu oleh walau seekor pun pacat sepanjang xpdc ini. Berlainan semasa di hutan Lata Jarum Raub, Taman Negara Pahang dan hutan Belum di Perak, kaki ku sentiasa jer dicumbui oleh pacat-pacat yang sexy dan menggelikan tu....

Akhirnya kumpulan kami keluar dari hutan di laluan keluar di Kg. Bahagian, Bangi Lama lebih kurang jam 1.30 petang, sebelum kami diambil oleh kenderaan UKM untuk dibawa ke UKM. Acara penutup majlis XPDC Saintifik Hutan Simpan Bangi telah dirakamkan oleh sdr. Shahrul dan Jasril Amry pada jam 6.00 petang hari tersebut.




daudmontakzakaria